bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Tuesday 19 April 2022

Aktiviti Packing Biskut Raya Untuk Kelab


hari ni rasa haus lain macam sebab di rumah kelab tu panas pastu nak masukkan cookies dalam tu mencabar keimanan sungguh, heheheh... dia punya warna memang mencabar sangat. 

kepada ahli kelab KSR (under syarikat aku ler...) sabar tau khamis kami akan agih-agihkan kepada semua yea. harap banyak kan bersabar, ikhlas dari kami EXCO KSR. Kami cuba buat yang terbaik untuk ahli yang mencarum kepada kelab.




ada satu lagi special untuk ahli ibu pejabat, nantikan dari kami yea... harap dapat lah memberi kegembiraan buat semua kerana banyak aktiviti kelab terpaksa dibatalkan memandang kes covid dalam dua tahun ini sangat mencabar kesihatan kita semua.

            antara ahli kelab yang menjayakan pembungkusan untuk penghantaran ke semua daerah


  ada 1/2 lagi belum packing, sambung esok pulak sebab kami nak balik buka puasa di rumah hehehe

 




Monday 18 April 2022

Kes Adik Bella Didera: Pelaku Melampau


sekarang ni sana sini bercerita pasal kes adik bella tu, aku semasa baca rasa sangat sedih dan sayu. tergamak si pelaku buat macam tu. tak ada langsung belas kesian, macam binatang dah perwatakan kau. sakit betul ati aku bila teringat pelaku ni, kau dah la perempuan mana rasa kasih dan belas kau yea.. baca la petikan daripada web https://ikram.org.my/adik-bella-didera/

aku cnp untuk memudahkan korang membaca di blog aku je.. kepada si pelaku aku berharap sangat kau dapat hukuman yang setimpal

Tentunya perit kita mendengar satu persatu pendedahan yang dibuat oleh saksi dalam kes adik Bella didera. Dari tahun lalu, isu ini hangat diperkatakan. Namun, pelaku yang zalim lagi kejam itu masih belum dikenakan tindakan hukuman.

Suara-suara kita memperjuangkan isu adik Bella didera ini, #JusticeForBella perlu diteruskan. Sejak 2021 lagi rakyat sudah didedahkan bahawa NGO Rumah Bonda itu tidak berlesen apatah lagi beraudit. 

 Terdahulu, saya pernah membangkitkan isu ini melalui penulisan bertajuk ‘Adik Bella, OKU dan kita’ di https://ikram.org.my/adik-bella-oku-dan-kita/, seharusnya pihak berwajib peduli dan segerakan tindakan kepada si pelaku.

 

Bukan penderaan biasa

 “Tak sanggup nak baca satu persatu. Sedangkan kita kalau terpercik air panas sikit pun dah terasa sakit nya. Allahu Akbar, tak terbayang betapa seksanya sepanjang adik Bella didera. Sampai hati si pelaku. Dalam kalangan binatang, tidak ada manusia di situ tetapi dalam kalangan manusia, terdapat syaitan di situ,” kata Azliza melalui sebuah komentar berkaitan isu adik Bella ini.

 

Majoriti netizen sependapat mendoakan agar isu adik Bella didera ini terus diperjuangkan hingga pelakunya dikenakan hukuman yang sangat berat.

 

“Semoga pelakunya mendapat seberat-berat hukuman. Bukan manusia dah ni,” kata Wan Rosli.

 

Mdm Yui pula berkata; maka celakalah tangan-tangan yang berbuat kejahatan dan kezaliman! Semoga pelakunya mendapat hukuman selayaknya.

 

“Memang zalim! Nauzubillah, apa dalam kepala masa buat semua tu? Kepuasan? Keseronokan? Sebak baca. Moga terbela kes adik Bella.”

 

Selain itu, CEO The Content Success, Khairul Hakimin Muhammad menegaskan agar terus berjuang sampai menang kes adik Bella ini.

“Jangan pernah lupa setiap hari kita sedang perjuangkan anak ini.”

 

Sebagaimana yang didedahkan saksi, sebanyak 18 jenis deraan yang terpaksa dihadapi oleh adik Bella. Itu baru 18 yang didedahkan. Apa lagi yang masih belum terluah oleh saksi terhadap kes adik Bella ini?

 

Jangan pula di pihak pelaku mengenakan apa-apa ugutan terhadap saksi selepas mereka meluahkan semua atau sebahagian itu di mahkamah.

 

Memang tidak terungkap betapa azab yang terpaksa diharungi oleh seorang Bella yang tidak berdosa dengan segala pendedahan yang dibuat oleh saksi tersebut. Seakan langsung tiada peri kemanusiaannya. Zalim, kejam!

 

Sebagaimana yang dilaporkan Sinar Harian pada tajuk ‘Saya gigit Bella sebab Siti Bainun suruh’ – Saksi’, inilah senarai 18 jenis penderaan yang dialami oleh adik Bella mengikut saksi :

 

  1. Dipukul dengan hanger sehingga patah.
  2. Dikurung dalam bilik dan tidak dibenarkan bermain dengan kawan-kawan lain.
  3. Dikurung dalam laundry room yang kecil dan penuh dengan barang stor.
  4. Dipaksa berdiri hadap dinding dari jam 8 pagi hingga penghuni masuk tidur.
  5. Disimbah air panas dengan kerap, termasuk tempat luka dan nanah. Hukuman air panas ni hukuman paling banyak Bella kena.
  6. Diikat tangan, kaki dan ditutup mulut.
  7. Ditelanjangkan.
  8. Dipaksa makan najis sendiri. Bella makan kerana takut diseksa, tapi muntah dan dipaksa makan lagi.
  9. Menekap kuali panas pada peha Bella.
  10. Dipaksa bersihkan tandas. Jika dia tidak puas hati, pemanas air dipasang pada suhu maksima sebelum disiram pada Bella.
  11. Tangan diikat dan direndam dalam baldi air panas yang dicampur Dettol dan garam. 
  12. Diberi makanan lebihan penghuni lain atau nasi kosong digaul dengan cili kisar.
  13. Ditenyeh mata, mulut dan luka dengan cili kering. 
  14. Diikat dan tendang diperut oleh OKT. Selepas itu disiram air panas dan ditenyeh cili kering di mata dan luka. 
  15. Dipukul dengan batang penyapu atau penyodok sampai patah.
  16. Dipijak di bahagian lutut oleh OKT.
  17. Dipukul dan ditolak kepala.
  18. Digigit perut oleh penghuni lain atas arahan OKT.

 

Di mana rasa kemanusiaannya jika semua deraan itu dilakukan kepada adik Bella?

 

Percanggahan kepentingan

 

Dalam perkembangan berkaitan, Senator Ras Adiba Radzi menerusi hantaran Facebooknya berkata:

 

“Saya menyokong penuh memorandum yang mengesyorkan untuk menamatkan lantikan Syed Azmi Alhabshi sebagai Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Ahli Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN).”

 

Tambahnya, perkara ini beliau akan bawa kepada perhatian terus YAB Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang).

 

“Percanggahan kepentingan ini berlaku apabila Penasihat MBKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pemegang Amanah YKN juga merupakan Pengasas Bersama Pusat Perlindungan Rumah Bonda NGO, di mana Bella ditempatkan.”

 

Ras Adiba turut berkata, ini jelas menunjukkan terdapat isu integriti dan percanggahan kepentingan (conflict of interest).

 

Memetik kata Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM, Prof. Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar:

 

“Saya mengikuti kes Bella dengan rapat dan melalui input perundangan yang diberi oleh Exco Undang-undang WAFIQ, saudari Fatihah Jamhari.”

 

Dari sudut perubatan, sememangnya beliau merasa amat terkesan dengan penyeksaan yang dilakukan ke atas anak sindrom Down yang tidak berdaya seperti Bella (bahkan keganasan ke atas mana-mana kanak-kanak adalah sangat kejam). 

 

“Kini butiran yang lebih terperinci didedahkan di mahkamah.”

 

Justeru itu, beliau menzahirkan sokongan kepada petisyen penamatan lantikan (klik https://bit.ly/tamat-lantikan untuk isi petisyen), kerana ternyata ada isu integriti dan percanggahan kepentingan (conflict of interest) apabila Penasihat MBKK WPKL dan Pemegang Amanah YKN adalah juga merupakan Pengasas Bersama Pusat Perlindungan Rumah Bonda di mana Bella ditempatkan.

 

“Keberadaan beliau dalam posisi di atas umpama prinsip menegakkan keadilan dan hak kanak-kanak seakan-akan goyah dan terpilih,” tegasnya.

 

Dalam pada itu, Rafidah Hanim yang juga Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa untuk Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) mengucapkan terima kasih kepada Puan Mona Din dan sahabat-sahabat beliau yang memastikan perjuangan #JusticeForBella kekal sehingga Bella mendapat keadilan yang sewajarnya.

 

Peduli kes Bella

 

Isu adik Bella ini perlu diberi keutamaan oleh pemimpin negara terutamanya Perdana Menteri seterusnya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

 

Kita tidak perlukan tragedi lebih teruk lagi daripada azab didera yang adik Bella lalui ini. Ia bukan isu kecil untuk tidak dipandang atau dipeduli, tetapi ia perlu diangkat agar nasib rakyat terbela tanpa prejudis walau siapa pun mereka.

 

Seperti memetik kata-kata penceramah motivasi, Mohd Sukur Ibrahim:

“Sebagai warga OKU, jiwa saya sakit dengan isu jijik ini. Saya struggle sebagai OKU untuk berada dalam masyarakat. Tapi segelintir golongan jijik ni membuatkan jiwa saya dirobek. Ini yang dilaporkan. Berapa banyak kes yang tidak dilaporkan?” soalnya tegas.

 

Justeru menurutnya, kes ini perlu mendapat perhatian agar dijadikan pengajaran, pedoman dan contoh kepada umum agar pelaku lain yang membuat perbuatan jijik ini insaf, takut dan bertaubat atau berdepan dengan hukuman dunia.

 

“Kalaulah pelaku  terlepas, makanya ‘ke laut dalam’ lagilah nasib OKU,” tegasnya.

 

Pada bulan mulia ini, mari kita teruskan berdoa agar keadilan ditegakkan dalam kes adik Bella didera dan si pelaku kezaliman ini dan segala pelaku kezaliman di negara ini segera diberikan pengajaran, dikenakan tindakan dan hukuman
Sunday 17 April 2022

Persiapan Raya Tahun 2022

dah tak lama kita nak menyambut bulan Syawal kan so aku dalam kepala memang banyak nak kena kemas dah hias. aku ni jenis yang tak suka sangat nampak sama je. ni baru nak fikir hiasan yang macam mana pulak tahun ini.

si adha tu makin lasak sekarang ni nak hias lebih-lebih nanti abis dia sepahkan barang-barang. aku dah la garang hehehehe... tak suka rumah bersepah, kalau dia tu 1/2 je boleh buat ruang tamu jadi kelam kabut tu yang masih berfikir sama ada nak banyak ruang kosong atau nak hias banyak bunga nanti.

pening jugak kan kalau ada anak yang lasak dan suka sepahkan barang ea..

aku jenis suka yang simple dan kemas macam dalam gambar ni...
 
bila ruang tamu kemas selesa la nanti nak tonton tv kan. selesa je dan sedap mata memandang. tapi ingat nak letak 1 meja makan kecik dekat belah depan ni tapi tak tau la muat ke tak nanti sebab suben memang suka makan sambil tonton tv. aku la penat sikit nak mengemas.. hehehe
 
   ni putih je dan nampak lapang. tapi biasa aku memang suka dinding putih nampak luas
 
ni pun sama... ringkas dan damai je heheheheh
 
berbalik pada persiapan aku nanti, ingat ada benda nak tukar kalau ada bajet lebih seperti sofa, meja kopi, karpet dan nak lekat kertas dinding lain. ini cuma perancangan je dulu kalau ada bajet heheheh kalau tak ada duduk diam-diam sudah

 

 

 



Saturday 16 April 2022

Tema Putih Untuk Raya 2022

 Assalamualaikum korang,

tahun ni krang dah ada ke tema baju raya? aku tahun ni nak tema warna putih la pulak. warna yang tak pernah ada lagi time raya. so aku decide nak warna putih. nampak bersih je kan tapi risau si adha la dia tu memang lasak kalau dia pakai kena la aku yang berhati-hati nanti. penatla ibu macam ni... huhuhu

cantik kan jubah ni? nampak sangat ayu tapi aku tak adalah tutup semua tu tapi insyaAllah la mungkin satu hari nanti

 

untuk aku mungkin aku pakai jubah je, sama dengan si ayah pakai jubah. adha ingat nak beli kan dia jubah jugak la sama dengan along dia nanti. tapi along tak dapat raya bersama kami kerana dia keluar 4 bulan nanti lepas dia balik dari temerloh untuk 40 hari. tak apa la along janji awak berusaha menjadi umah yang soleh disisi DIA. ibu restu je apa yang awak buat

untuk baju si kakak biar la dia yang pilih nanti, ingat kalau tak ada apa-apa aral nak gi shopping dekat bangi nanti. si kakak tu sure bukan sepasang dan baju dia tu boleh tahan jugak harga nanti. tengok la macam mana bajet ibu dengan ayah yea nak...

                        nampak tak lawa kalau bergambar? nampak sangat kemas dan bersih 

 

aku sangat berharap semoga tahun ini aku dapat berkumpul bersama adik beradik raya nanti tapi ada adik yang tidak dapat balik. tapi tak apa raya kan sebulan nanti boleh kunjung mengunjungi yea (tahan hati dari sebak... huhuhu)


sebelum ni biasa tema kami adik beradik sama tapi tahun ni ada adik beradik tak nak tema putih. tak apa la mana-mana pun boleh janji dapat beraya bersama-sama nanti.

aku kalau tak ada aral nak buat open house untuk sanak saudara dan rakan terdekat. biasa memang tiap-tiap tahun aku akan buat rumah terbuka. semoga tahun ni raya kita akan lebih meriah... insyaAllah

 

 


Friday 15 April 2022

Smart TV box Anroid

ingat senang la nak buat keputusan untuk beli benda alah ni rupanya banyak jugak tau. aku sebenarnya dah muak dengan ASTRO sebab bukan apa bayar mahal-mahal (pakej rm68 je pun) tapi cerita tu je jugak keluar cerita yang sama berulang. kali ni dah nekad nak potong astro kira time raya dah ada neflix kat umah.. hehehe

bukan sebab aku berkira tapi betul kot, bayar walaupun rm68 (bagi aku mahal lah jugak... hehehe) kita ni kenalah jadi pengguna yang bijak kan. awal-awal tu nak pasang mytv tapi bila fikir balik aku pasang anroid box la dulu nanti pasang mytv selepas aku potong astro nanti. lagipun si kecik tu suka tengok youtube dekat hp ayah dia. kadang-kadang tu jadi gaduh ngan ayah dia sebab dia nak konker hp ayah dia. bengang la ayah dia tu

dalam neflix banyak cerita k-pop aku tengok, boring-boring atau stress bleh layan sebab biasa kalau weekday aku jarang tengok tv biasa si adha je tengok cerita upin ipin dia. drama-drama melayu dah tak follow sebab bz dengan bisnes.

dekat opis tengok pc dengan umah pun mengadap pc gak. kadang tu letih mata pandang. so sekarang ni dah cek dalam shoppee nak beli yang mana satu brand box anroid ni dan ada juga tanya rakan-rakan yang dah ada benda alah ni dan tengok review daripada dakam shoppee.

nanti aku update bila dah on nanti yea

Thursday 14 April 2022

Balik berbuka di kampung halaman pada 08/04/2022 - 10/04/2022

Khamis lepas 08/04/2022 aku dan keluarga kecil ku pulang ke kampung halaman iaitu di Kuala Berang Terengganu. pada mulanya aku nak balik hari jumaat pagi memandangkan jumaat tu aku dah apply cuti tetapi si suami nak gerak malam tu jugak (Khamis - 8.30pm), pucuk dicita ulam mendatang memang aku apa lagi terus kemas baju yang nak dibawa.

aku sebenarnya senang je bab-bab packing barang ni sebab aku jenis yang sempoi, lagipun banyak baju aku serta adik beradik yang boleh aku gunakan di kampung tu yang lagi jadi mudah. pastu kalau tak bawak baju jalan pinjam je baju adik-adik yang ada kat umah. diorang tu bab baju boleh dikatakan setiap bulan membeli aku pun xfaham. pastu mak yang tolong kumpulkan bagi sedara mara yang memerlukan. kadang-kadang tu marah jugak sebab mereka ni memang suka membazir

dikampung hanya aku sahaja yang balik memandangkan adik beradik yang lain dah balik seminggu awal iaitu 1 ramadan. aku tak dapat balik waktu tu sebab nak uruskan barang-barang kedai yang masih ada balen perlu aku angkut. sayang weh tutup cafe kesayangan aku tu tapi apa nak buat dah tak dapat dielakkan lagi so i is redha. mungkin DIA nak bagi yang lagi besar dari sekarang kita tak tau kan.

hari jumaat tu aku tak ada la pergi mana-mana sebab memang nak buka puasa di rumah mak sahaja sambil tengok tv dan borak-borak dengan mak. biasa ni la keja aku selain makan, disebabkan bulan puasa tak dapat makan siang so kami layan lah neflix. aku cerita apa lagi kalau tau korea.

sempat aku tengok cerita bersiri tajuk K2. mak pun terjebak layan sekali heheheheh... 

sabtu malam kami berbuka puasa di rumah kak long sebab sabtu tu kak long dan kami pun nak ronda-ronda di kuala terengganu. kak long sempat masak daging singgang, goreng sayur dan ulam ulaman. kami pun ada juga bawak juadah dan suami sempat buat kerabu maggie.






malam tu kami lepak area jambatan angkat Kuala Terengganu sambil beriadah. cuaca sangat baik dan tenang je... hehehhe






Tuesday 12 April 2022

Hari Ke-10 Ramadan

masih sempat lagi aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadan kepada rakan-rakan blogger semoga tahun ini lebih memberi keberkatan kepada kita semua.

hari ni adalah hari ke 10 kita berpuasa so apa menu hari ni ea? aku macam biasa akan masak 2 lauk iaitu antara ayam/daging/ikan dan satu lauk lagi adalah sayur campur/sayur sup atau sayur gorang berdaun. sekarang ni dah senang nak cari ulam, aku ni memang pencinta ulam ulaman seperti petai, kerdas, jering, semua ulam daun, jantung pisang celur dan banyak lagi jenis ulam aku memang suka.

masalah sekarang ni aku nak masak apa yea? rasa aku nak masak daging goreng black paper dan sayur goreng serta ulam ulaman. nak suruh suami petik dekat masjid di kawasan perumahan aku. ada beberapa jiran yang menanam di situ. mereka juga sering memberi dan membenarkan sesiapa sahaja untuk memetik atau mengambil ulam yang mereka tanam.

antara ulam yang mereka tanam adalah ulam raja, timun, pisang dan beberapa lagi ulam yang aku tak kenal tapi aku makan hahahha...

korang nak masak apa pulak hari nni?



Monday 4 April 2022

Small Office Home Office


kepada mereka yang mempunyai perniagan atau tidak sekali pun mesti ada SOHO di rumah masing-masing kan. ini adalah untuk memudahkan kita melakukan perkara atau tugasan dengan tenang dan aman. sebab biasa lah kalau buat dimana2 sudut pasti rasa tidak selesa kerana nanti anak-anak akan kacau dan sebagainya.

aku sangat berangan nak ada SOHO dengan sentuhan daripada designer yang bagus. berangan tak kena bayar kan heheheh. semua tahu kan maksud SOHO ni? SOHO ialah singkatan Small Office Home Office. Saiz SOHO ni agak sederhana sebab masih lagi boleh dibuat office yang memuatkan kurang daripada 10 orang. Sebab tu namanya small office. Pada masa yang sama, boleh jugak dijadikan kediaman, sebab dalam SOHO kebiasaannya akan ada 1 bilik, tandas dan dapur.  Di situ pejabat, di situ juga kediaman.
aku sangat suka jika SOHO aku boleh lihat sekitar yang hijau mcm mengadap pokok atau tanah lapang. sebab tu aku berangan soho aku tingkat 2 dan bercermin supaya aku boleh nampak ruang luar rumah dan jika boleh ia mengadap tumbuhan hijau... heheheh
ni aku tunjukkan SOHO aku yang sekangkang kera ni tapi Alhamdulillah aku seronok walaupun keinginan aku lain. ni yang aku tengah berusaha untuk beli rumah yang mengadap tumbuhan hijau dan sangat damai. 




Sunday 3 April 2022

Camp Murni Gopeng Perak Part4

sampai part 4 key cerita camp murni ni... ni part terakhir dan hari terakhir kami di Gopeng ini. pagi ini cuaca sangat baik dan cerah memudahkan aktiviti kami.


untuk aktiviti pertama selepas selesai sarapan pagi adalah sukaneka. macam kanak-kanak rebina kan? heheheh tapi kami sangat enjoy dan target nak menang walau hadiah hanya hamper. aktiviti pertama adalah :

1) lari bawak bola pimpong dengan sudu (letak kat mulut tu ler)
2) bowling padang dengan menggunakan kelapa kering dan pin dia air mineral
3) letak air dalam botol mineral 
4) belon beracun
5) sambung-sambung ahli kumpulan.

untuk aktiviti pertama biasa je tapi kami kalah sebab semua ahli kumpulan kami cute dan steady je padahal kami memang lambat. hahhahaha

untuk aktiviti kedua adalah bowling padang, yang aktiviti ni aku salah sebab boleh pulak bola aku terkena pin lawan dan jatuh. dapat la pihak lawan mata dan mereka menang... huhuhuhu tapi ahli kumpulan aku sangat supportive dan tidak salah kan aku kerana ini hanyalah permainan sahaja

untuk aktiviti ke 3 letak air dalam botol mineral ni dengan menggunakan tangan sahaja. siapa yang tapak tangan besar memang ada kelebihan la untuk untuk ceduk air dengan banyak tapi kalau tak masuk dalam botol rugi jugak kan.


aktiviti ke empat pula adalah belon beracun iaitu dalam belon ada air. aktiviti ini kami menang sebab salah seorang daripada kami memakai baju 2 lapis dan menggukana baju tersebut untuk sambut belon yang di baling oleh ahli lain.

aktiviti ke lima pula, aktiviti sape sambung yang paling panjang dengan menggunakan apa yang ada dibadan tanpa membuka keseluruhan barang tersebut. 

habis je aktiviti sukaneka, kami terus bergerak ke aktiviti terakhir iaitu memanah. ini la kali pertama aku pegang pemanah dan anak panah. nampak senang tapi susah sebab tapi dia sangat tegang menyebabkan aku tidak dapat nak tarik dengan jauh pastu jari aku menggigil sebab tahan tapi tersebut.
 

bila kali kedua nak panah rasa best pulak memanah ni, ingat selepas ni aku nak belajar memanah la pulak... checheche hahahha



habis aktiviti memanah, selepas lunch kami balik ke dorm untuk kemas barang keluar daripada dorm ini. dan akhir sekali adalah aktiviti penutup dengan memberi hadiah, sijil dan sesi bergambar.





Camp Murni Gopeng Perak Part3

Untuk Aktiviti Petang selepas lunch pula adalah aktiviti air iaitu Tubing. Memang 1st time aku buat aktiviti ni, mencabar tapi aku sangat seronok dan teruja kerana melibatkan air. air dan aku tidak dapat dipisahkan... heheheh


untuk ke distinasi sekali lagi kami menaiki lori yang sama ketika kami ke hiking pagi tadi. perasaan teruja tu sangat kelihatan diwajah aku sebab rakan-rakan cakap aku senyum sampai ke telinga hahahaha

Sampai je ke distinasi aku dah nampak air yang deras, berombak dan banyak batu-batu besar. Jangan pandang rendah aktiviti tubing ni. Bukan boleh duk santai-santai feeling acah-acah mat salleh jemur atas air tengah panas ea. Bila duk buat aktiviti tubing, korang tak boleh duk diam punya. Dah kalau asyik tergolek kena batu-batu sungai. Nak berangan pun tak sempat dik... tapi steady k tak ada terbalik ke lemas ke xde yea. aku enjoy je dengan semua ni(nampak x berlagak nya tu) 

ada dikalangan rakan2 yang lemas, tertelan air deras dan langgar batu pun ramai. tapi kami semua enjoy je dengan aktiviti ini. kalau mereka tanya nak repeat aku rasa aku orang pertama yang angkat tangan.. blueeeekkkk




selesai je aktiviti tubing jam menandakan waktu senja dalam lingkungan 6.30pm. kami bersiap untuk makan malam dan aktiviti malam hanya santai BBQ serta sharing daripada CBM hebat team Abg Long. sangat terinspirasi dengan sharing mereka kerana mereka juga bermula dari bawah yang tiada apa2 yang hutang banyak yang menghadapi masalah kewangan serta masalah kesihatan.

nak berjaya perlu usaha tapi abg long nasihatkan supaya kita berserah dahulu kepada DIA yang maha ESA dalam semua perkara yang kita lakukan. do smart dan sentiasa berdoa supaya apa yang kita usahakan akan terus dapat redha dariNYA.

Selamat menyambut bulan ramadan 2022

Tanggal 03/04/2022 kita menyambut bulan ramadan al-mubarak dengan sangat sederhana. semoga ramadan kali ini memberi kita seribu manfaat dan fadhilah yang kita inginkan dan cari selama ini.

saya juga ingin mengucapkan kepada semua yang membaca blog saya selamat menjalani ibadah puasa dengan tenang. semoga apa yang kita hajati dalam bulan ramadan termakbul

Insha Allah menjelang memasuki bulan  Ramadhan 1443 H.

"DENGAN KERENDAHAN HATI  Sesungguhnya"

Saya atas nama Yuslina Ghazali dan suami sekeluarga Memohon KeMaafan Di Atas Segala Kesalahan Selama Ini jika terdapat kelantangan berbicara/kelakuan yg disedari/tanpa disedari selama ini

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1443 H


 ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِينَ آمَÙ†ُوا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الصِّÙŠَامُ ÙƒَÙ…َا 

Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙ‰ الَّØ°ِينَ Ù…ِÙ†ْ Ù‚َبْÙ„ِÙƒُÙ…ْ Ù„َعَÙ„َّÙƒُÙ…ْ تَتَّÙ‚


MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN

تَÙ‚َبَّÙ„َ اللّÙ‡ُ Ù…ِÙ†َا Ùˆَ Ù…ِÙ†ْÙƒُÙ…ْ jصِياَÙ…َÙ†َا Ùˆَ صِÙŠَامَÙƒُÙ…ْ ÙƒُÙ„ُّ عَامٍ Ùˆَ Ø£َÙ†ْتُÙ…ْ بِØ®َÙŠْرٍ