Assalamualaikum dan hai semua,
Beberapa hari lepas saya duduk termenung depan laptop sambil scroll komen-komen lama kat blog ni. Terharu sebenarnya bila nampak rakan-rakan blogger masih sudi singgah, baca entri, tinggalkan jejak walaupun masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Rasa macam ada satu komuniti kecil yang sentiasa hidup, saling menyokong tanpa perlu jumpa depan-depan.
Macam biasa, saya suka menulis blog ibarat travelogue hidup – kadang cerita pasal jalan-jalan, kadang pasal aktiviti harian, kadang sekadar luahan hati. Dan dalam setiap cerita tu, ada sahaja rakan blogger yang akan balas dengan senyuman (melalui komen), atau sekurang-kurangnya tanda pernah singgah.
Masa tengah fikir nak tulis entri kali ni, tiba-tiba datang idea… apa kata saya hadiahkan sesuatu sebagai tanda penghargaan? Tak besar, tak mewah, tapi cukup untuk buat hati berbunga bila terima.
Jadi, dengan sukacitanya saya nak umumkan satu GIVE AWAY untuk rakan-rakan blog saya semua
📌 Cara penyertaan:
- Buat posting bertajuk GIVE AWAY: Hadiah Misteri Menanti di Blog Mek Yuhhh
- Muat naik gambar poster di atas ke entri anda dan buatkan link (backlink) ke entri ini.
- Publish-kan posting anda dan tinggalkan komen links di entri ini.
- Terpulang pada anda untuk tulis apa-apa di entri giveaway ini.
- Mana yang belum follow Wajib FOLLOW saya tau... hahahah
- (Pilihan) bantu tag 1, 2, atau seberapa orang teman blogger anda untuk turut menyertai giveaway ini. Maklumlah, saya ni berblog suam-suam kuku, takut tiada siapa sudi sertai. Tapi sekiranya seorang saja yang sertai, ia tetap pemenang.
Dan… drum roll please!
Hadiah? Hadiah misteri! Hehe… saya sengaja rahsiakan dulu biar semua teruja nak tahu.
📅 Tarikh tutup penyertaan: 31 Oktober 2025 (11.59 malam)
📅 Tarikh pemenang : 05 November 2025 (08.00 pagi)
Anggaplah giveaway ni sebagai travelogue kecil kita – perjalanan persahabatan dalam dunia blogging. Semoga hadiah yang bakal diterima nanti jadi pengikat kenangan antara kita semua.
So, tunggu apa lagi? Jom join!
Time free nanti bolehlah join :)
ReplyDeletemacam2 boleh tulis dekat blog...boleh share pengalaman, infomarsi yang ada, boleh luah perasaan juga...insya-Allah, tulis yang baik2, hasil pun yang baik2..
ReplyDeletelinda jin GA ya..
https://rizzlinn.blogspot.com/2025/10/give-away-hadiah-misteri-menanti.html
salam kenal...MA dah join dah, support kengkawan blogger
ReplyDeletehttps://mummyayu.blogspot.com/2025/10/give-away-hadiah-misteri-menanti-di.html