bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Thursday 30 April 2015

Ke kota singa part 1

Sabtu 25.04.2015 kami sekeluarga berangkat ke kota singa dengan kereta. 1st time bawak kereta rasa cuak juga la sebab tak tahu apa akan berlaku kan.
Kami bertolak lebih kurang pukul 12.40 tengahari, waktu yang agak lewat la untuk berangkat.
Pada awal perjalanan tiada masalah... cuaca kejap cerah kejap hujan. Kejap hujan renyai kejap hujan lebat giler sampai tak nampak jalan.
Dah setengah jalan perjalanan kami, suami berhenti kali ke 2 lebih kurang pukul 3 lebih. Sebelum tu along ada cakap tayar mcm ada masalah, tapi aku cakap mungkin jalan yang tidak rata.
Faizal (adik aku) cek semasa kami berhenti untuk berehat sekejap selepas suami isi minyak full tank sebab kalau masuk ke Singapore isi minyak mesti kos dah jadi tinggi. So kami siap2 isi penuh.
Semasa faizal cek tayar tengok ada masalah... aku pandang suami, dia macam tau je aku nak marah sebab x servis dengan elok kereta.. dia senyum dan minta maaf.
Nasib kami sangat baik sebab belakang petronas ada kedai tayar. So, kena la tunggu kereta tukar tayar dulu.. lama juga la kami tunggu, lebih kurang 1 1/2 jam.
Kami lepas dr woodland checkpoint pukul 7.30pm. Belum habis lagi dekat woodland, kena pergi ke Block B untuk beli autopass untuk kereta Malaysia masuk Singapore. Leceh juga la prosedur dia... tapi Alhamdulillah berjalan lancar.
Beberapa minit kemudian kami kena cek pulak oleh pegawai emigresen kereta n bonet... lepas xde masalah.
Kami sampai rumah Bibik Kom pada pukul 10.30pm. Rasa lama sangat perjalanan nya...
Buku merah jangan lupa bawak... 
Hujan lebat giler, sampai x nampak jalan

Hampir siap
Saturday 11 April 2015

Kita sama

Jika ada orang bicara mengenai kita DI BELAKANG, itu adalah tanda bahawa kita sudah ada DI DEPAN..

Saat orang MERENDAH-RENDAHKAN diri kita, itu adalah tanda bahawa kita sudah berada di tempat yang LEBIH TINGGI..

Saat orang bicara dengan NADA IRI HATI mengenai kita, itu adalah tanda bahawa kita sudah jauh LEBIH BAIK dari mereka..

Saat orang BICARA BURUK mengenai kita, padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka, itu adalah tanda bahawa kehidupan kita sebenarnya LEBIH BAHAGIA dari mereka..

"Payung kita tidak dapat menghentikan hujan..Tapi bisa membuat kita berjalan meredah hujan untuk mencapai tujuan.."

Selamat hari tua suami

Semoga Allah merahmati hidup mu wahai sayang... amin

Thursday 9 April 2015

Mak... rindu mak sangat

Baru tadi buka fb... dr satu isu ke satu isu. Mata aku terarah pada satu artikel berkenaan mak... menghayati sangat bait2 bicara yg dilontarkan. Mak, rindu sangat pada mak...

Monday 6 April 2015

Along pulak ke SALAM

Kisah ni berlaku seminggu sebelum cuti sekolah seminggu baru2 ni. Aqim kena demam denggi. Alhamdulillah semua pulih seperti sedia kala.

Perkara sebenar (03.04.15)

Semalam cerita along kena tumbuk oleh rakan sekolah.

Hari ini en somi ke sekolah untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku. Aku tak ikut sebab aku kerja. Cikgu menceritakan bahawa budak yang tumbuk haqim tidak datang ke sekolah. Cikgu ckp lagi bahawa pelajar ini memang bermasalah. Maksud bermasalah tu adalah sentiasa ponteng sekolah.

Hubby telah mengetahui dimana tempat kediaman pelajar tersebut dan terus ke rumah pelajar tersebut bersama along. Hari ni along mc sebab bengkak yang dialami.

Tiba di rumah, hanya ibu nya sahaja yg ada. Anak nya tiada. Mungkin ponteng lagi... walaupun anaknya dikenakan tindakan gantung sekolah tapi hukuman itu belum dijalankan.

Masih tak puas hati kerana belum berjumpa pelajar yang dicari. Suami ambil keputusan untuk datang kembali waktu malam.

Sekitar pukul 8 malam, suami pergi lagi ke rumah pelajar tersebut. Pelajar dan ayah nya berada di rumah. Ayahnya memihak kepada anaknya. Suami tanya kenapa dia pukul along, alasan along cakap ayahnya bapuk. Along menafikan sekeras kerasnya.

Suami meminta anaknya memanggil kawan2 pelajar tersebut. Suami cerita, sebab aku tidak sama joint dalam perjumpaan ini bahawa rakan2 pelajar tersebut datang beramai ramai. Boleh dikatakan dalam 20 orang.

Suami bertanya siapa yang dengar along mengeluarkan kata kata bahawa ayahnya bapok... tiada siapa antara rakan2 pelajar tersebut yang berani tampil. Bila suami naik angin mana budak yang ckp tersebut, sorang demi seorang meninggalkan rumah pelajar tersebut. Mungkin takut dengan sikap suami yang bertanya dengan garang.

Suami gertak pelajar dan ayah nya bahawa jika pihak kami report polis, sah2 anaknya akan di tangkap tp suami hendak settle dengan cara baik. Dengan cara profesional. Suami cerita lagi bahawa ibunya adalah orang melayu dr terengganu kahwin dengan orang serawak dan tidak tahu status keagamaan kerana ibu dan ayahnya bertatu.

Terkejut aku mendengar cerita dr suami. Beristigfar aku sebentar. Suami aku beritahu kepada pelajar tersebut supaya tidak jadi gengster kerana dia adalah pelajar dan bangsa melayu.

Suami menasihati bahawa kenapa nak bergaduh antara melayu dan tak settle dengan cara baik.. kenapa mesti bertumbuk. Ini sikit, kalau isu ini jadi besar dia akan dihantar ke sekolah jahat.

Harap pelajar tersebut dan keluarga nya akan di rahmati Allah... begitu juga dengan aku sekeluarga.

Ya Allah, lindungi la aku dan keluarga dari sebarang kesulitan hidup... amin

Saturday 4 April 2015

Along bertumbuk

Dipendek kan cerita pada hari khamis 02.04.15 along telah dihantar oleh cikgu balik ke rumah mertua aku kerana ditumbuk dengan rakan sekolah.

Perkara ini masih samar samar kerana aku tak tahu apa punca sebenar perkara yang berlaku.