Tiktok Mekyuhhh

Showing posts with label hOLiDaY. Show all posts
Showing posts with label hOLiDaY. Show all posts
Friday, 31 October 2025

Lawatan ke Hatnyai 24/11/2023 - 27/11/2023 (throwback)



Pada 24 hingga 27 November 2023, aku sekali lagi menjejakkan kaki ke Hatyai, Thailand. Ini kali kedua aku ke sana, dan kali ini pula aku ikut lawatan pejabat. Memang seronok dapat pergi ramai-ramai dengan geng opis, riuh gelak tawa tak berhenti, rasa macam rombongan sekolah pun ada.



Cuma sayangnya, masa kami sampai tu cuaca hujan, jadi dekat Khlong Hae Floating Market tak ada sampan yang beroperasi. Selalunya tempat tu meriah dengan orang jual makanan atas air, tapi kali ni rezeki tak ada. Walaupun begitu, kami tetap teruskan berjalan sebab dah alang-alang sampai, rugi kalau duduk dalam hotel saja.

Antara tempat yang sempat kami lawati termasuk Lee Garden Plaza, Asean Night Bazaar, dan Kim Yong Market. Memang rambang mata tengok barang dari makanan, baju, beg sampai cenderamata, semuanya ada. Waktu malam pula, suasana Hatyai ni hidup betul… lampu-lampu, bunyi muzik jalanan, dan aroma makanan Thai yang menggoda dari setiap penjuru.

Kami juga sempat singgah di Wat Hat Yai Nai, tengok patung Buddha baring yang besar. Cuaca masa tu mendung tapi tetap cantik untuk bergambar. Kalau tak hujan, memang lagi syok nak jalan lama-lama.

Secara keseluruhan, walaupun cuaca tak berapa menyebelahi, lawatan kali kedua ke Hatyai tetap meninggalkan kenangan manis. Mungkin lain kali kalau datang masa cuaca cerah, dapatlah rasa suasana sebenar di Floating Market — siap dengan sampan dan makanan Thai yang asli. Tak sabar nak ulang lagi trip ke Hatyai nanti.

 



Tuesday, 30 September 2025

Travelogue: Skytrex & BBQ Sungai Congkak Bersama 26 Ahli KSR (27/9/25)

 

Pagi Sabtu, 27 September 2025, rombongan kami seramai 24 orang ke sana menaiki kereta masing-masing. Saya menaiki kereta bersama tiga orang lagi, bertolak tepat jam 7.15 pagi. Suasana dalam kereta memang meriah – ada yang sempat tidur, ada juga yang sibuk bercerita pasal pengalaman Skytrex orang lain yang kononnya “paling mencabar”.

 



Sekitar jam 8.45 pagi, kami selamat tiba di Sungai Congkak. Tanpa tunggu lama, masing-masing bersiap sedia untuk memulakan aktiviti Skytrex Adventure.

Antara cabaran yang sempat kami lalui:
 • Flying fox – paling ditunggu-tunggu sebab rasa terbang bebas meluncur dari pokok ke pokok.
 • Meniti atas tali – uji keseimbangan, ada yang gaya penuh yakin, ada juga yang terketar-ketar.
 • Panjat pokok guna tangga – nampak senang, tapi bila dah separuh jalan, lutut mula rasa lain macam.
 • Jambatan gantung – goyangnya boleh buat jantung dup dap dup dap.
 • Halangan labah-labah – kena panjat, cari cara paling kreatif untuk lepas.





Pendek kata, memang berpeluh sakan dan penuh gelak ketawa. Ada yang sempat jadi “jurukamera tak rasmi” ambil gambar aksi-aksi dramatik rakan-rakan.



 



Selesai Skytrex, kami semua berkumpul di kawasan sungai untuk aktiviti BBQ & mandi manda. Bau ayam perap, kambing perap bakar memenuhi udara, buat semua orang tak sabar nak makan. Sambil tunggu makanan masak, ada yang dah terjun awal ke dalam sungai, berendam dalam air sejuk yang menyegarkan. Gelak tawa bergema bila ada yang pura-pura nak ‘tolak’ kawan terjatuh.

Selepas kenyang dengan hidangan BBQ, aktiviti diteruskan dengan sesi santai – ada yang bersembang panjang di tepi sungai, ada yang sambung mandi, dan ada juga yang siap main baling air. Memang terasa suasana kebersamaan, macam satu keluarga besar yang berkumpul.

Jam 5.00 petang, barulah kami kemas-kemas dan bersiap untuk pulang. Walaupun penat, semua nampak puas hati. Aktiviti lasak di Skytrex ditutup dengan BBQ dan mandi sungai yang meriah – kombinasi sempurna untuk hujung minggu yang penuh kenangan.





Wednesday, 17 September 2025

Cuti di Terengganu (13–15 September 2025)


Perjalanan cuti sekolah kali ni memang betul-betul menguji kesabaran. Bertolak dari rumah pukul 9 pagi, ingatkan boleh sampai awal. Rupa-rupanya, jalan penuh jem dengan kereta yang sama tujuan—semua orang ambil peluang balik kampung cuti sekolah.

 



Bayangkanlah, pukul 6.30 petang baru jejak kaki ke kampung. Rasa macam sehari suntuk duduk dalam kereta. Memang kematu bontot dibuatnya.

Sepanjang jalan, macam-macam aktiviti dalam kereta. Mula-mula kunyah kuaci. Lepas tu makan buah. Tak cukup, kek pula jadi alas perut. Tapi walaupun dah makan berkali-kali, tengok jam—kereta masih tak bergerak laju, kampung pun tak sampai-sampai lagi.





Tapi sebaik je kereta masuk halaman rumah, semua letih macam hilang. Bau kampung, suasana riuh keluarga, terus terubat rasa penat.

Aktiviti kampung pun bermula
 • Makan-makan – meja terus penuh dengan juadah kampung. Ada nasi dagang, keropok lekor panas-panas, budu, ikan celup tepung… memang puas hati.
 • Borak-borak – sambil makan, sambil bersembang dengan adik-beradik dan mak. Gelak tawa tak henti, cerita lama keluar balik.
 • Gotong-royong kemas rumah – esoknya, aktiviti wajib mestilah kemas rumah bersama-sama. Sapu, mop, lap habuk, buang barang-barang lama yang dah tak elok. Bila buat sama-sama, kerja pun jadi cepat siap, dan rumah kampung nampak segar balik.


Pendek kata, walaupun perjalanan jauh dan penuh cabaran, cuti 13–15 September di Terengganu tetap jadi kenangan manis. Masa singkat tapi penuh dengan kasih sayang, tawa, dan rezeki makanan yang tak putus-putus. 💕


Thursday, 7 August 2025

Family Day 2025: Momen Indah Bersama Keluarga Pokdin Tersayang (1–3 Ogos 2025)

 





Alhamdulillah…
Tahun ini, sekali lagi kami sekeluarga berpeluang berkumpul dan meluangkan masa bersama dalam Family Day yang penuh makna. Kali ini, kami berkampung selama 3 hari 2 malam, bermula dari 1 hingga 3 Ogos 2025 di Perumahan Tersusun Kg Jong, Gerik, Malaysia . Walaupun masing-masing sibuk dengan urusan harian, cuti ini menjadi ruang untuk kami eratkan semula silaturrahim dan cipta kenangan manis bersama.


letak dulu gambar mak
 
Keluarga Kak Long tema Purple
 
 
keluarga Aku (Kakngah) tema nude
 
keluarga Ina tema pink belacan 
 
 
Keluarga Inie tema kelabu
 
 
si bujang nurman tema jingga
 
Keluarga Ima tema biru Hitam
 
Keluarga Faizal tema Pink

 

keluarga Khairah Tema hitam
 
 
keluarga Liza Tema Hijau
 
Keluarga Zakiyah tema Biru Laut


Hari Pertama – Yasin, Hadiah & Baju Tidur

Seawal petang 1 Ogos, semua ahli keluarga mula tiba dengan penuh semangat. Masing-masing tak datang tangan kosong, siap bawa barang hadiah mengikut tema warna baju yang ditetapkan. Tujuannya untuk sesi tukar-tukar hadiah nanti, yang pastinya jadi momen yang paling dinanti!

Malam pertama, suasana tenang dan damai… kami mulakan dengan bacaan Yasin berjemaah, memohon keberkatan dan kesejahteraan untuk semua. Selesai Yasin, acara pun bersambung dengan sesi tukar-tukar hadiah – penuh gelak ketawa, ada yang dapat benda lawak, ada yang dapat yang comel dan berguna. Memang riuh! Masing-masing sporting pakai tema baju tidur, siap ada yang bawa bantal busuk sebagai prop! Hehe…

Kemudian, kami makan malam santai bersama-sama, kongsi makanan, cerita, dan tawa. Tak ada protokol, semuanya rasa seperti di rumah sendiri.
 
 
 



Hari Kedua – Sukaneka & Malam Ala Arab

Hari kedua bermula dengan sukaneka, dan tema pagi tu ialah baju maroon. Meriah sangat, penuh semangat kesukanan! Kanak-kanak paling teruja, siap berlari tak cukup tanah. Dari lari bawak bola sampai cari gula2 dalam pasir, semua acara buat kami tak kering gusi. Yang penting, bukan menang kalah… tapi keseronokan bersama.

Malamnya pula, bertukar suasana. Kami tampil dengan tema baju Arab dan jubah, nampak macam rombongan ke tanah suci! Ada yang siap pakai serban! Hehe… Sambil berposing untuk gambar keluarga, kami teruskan malam dengan sesi barbecue. Bau ayam dan sosej bakar semerbak satu kawasan. Suasana santai, ada yang duduk bersila, ada yang menyanyi lagu kenangan.
 






Hari Ketiga – Masa untuk Pulang

Pagi 3 Ogos, masing-masing dah mula kemas barang. Walaupun berat hati, semua redha – masa untuk kembali ke rutin harian. Tapi sebelum berpisah, sempat juga ambil gambar kenangan satu keluarga. Siap ada yang dah rancang tempat untuk Family Day tahun depan!



Kesimpulan

Family Day kali ini bukan sekadar cuti, tapi satu pengisian jiwa. Terima kasih buat semua yang terlibat, yang bertungkus-lumus rancang, masak, angkut barang, jaga anak, dan buat semua ini jadi nyata. Moga Allah panjangkan umur kita semua, beri rezeki untuk terus berjumpa lagi di masa akan datang, insyaAllah.

Kenangan ini akan kami simpan, sampai bila-bila…






Thursday, 3 July 2025

Ke Genting bersama Geng Zumba



Pada 30/06/2025 aku serta lagi 6 orang rakan kerja ke Genting Highland untuk healing dan me time bersama-sama sambil main Game indoor di sana. Untik Pengetahuan semua walau tak ada yang tanya ini kali ke dua aku ke Genting dalam hidup aku sebab aku ni sejenis yang tak suka main game macam ni. Kalau ke Fun Fair pun memang tak la nak naik game yang extreme gini.

 

Aku, Ain, Kak Ita, Nina, Fiza, Nor dan Ulfah bertolak dari Seremban pukul 8.00pagi, singgah sarapan di Nasi Lemak Saleha di Pandan Prima Kuala Lumpur. Sampai situ pukul 9.00 pagi lebih kurang la, makanan dia sedap. Situ aku makan roti canai dan ada yang order nasi lemak. Tak menghampakan makanan dia sedap dan Fiza cakap restoran ni agak famos, patut la ramai orang datang makan.

 

 

habis je sarapan kami memulakan perjalanan ke Genting dengan menaiki Kereta Alza yang telah kami sewa. Alhamdulillah kami sampai ke destinasi dengan selamat. Alhamdulillah

 

lepas parking kami terus ke Cable Car, memang tenang je sebab bukan weekend kan so kami gerak chill2 je. Naik cable car (dalam gambar tu macam tak ramai kan) masing-masing dengan pelbagai ragam tapi memang seronok. Ada yang gayat, ada yang takut beralun dan macam-macam lagi la perangai masing-masing. Aku memang chill je la hahahaha...

 


 Rasa sampai atas sana lebih kurang pukul 11.00 pagi, orang ramai tapi tak padat so kami bebas je nak berjalan.


 



 

Game yang kami sempat main dalam INDOOR THEME PARK  adalag seperti dibawah :

 

Bumper Boss - Serlahkan jiwa pelumba dalaman kanak-kanak anda dengan permainan kereta bumper. Tetamu di bawah ketinggian 120cm tidak boleh bermain. Kanak-kanak berketinggian antara 120sm dan 130sm mesti ditemani oleh teman selia yang berumur 16 tahun ke atas dengan gelang tangan atau tiket yang sah.

 


 

Spin Crazy -Bandul berputar raksasa dengan putaran 360 darjah di udara. Para tetamu di bawah 130cm dan ketinggian 195cm ke atas tidak dibenarkan naik.

 


 

Chariot Cruise - Pelayaran terbang mesra keluarga yang berputar di sekitar taman. Tetamu di bawah 110cm dan ketinggian 195cm ke atas tidak dibenarkan naik. Had ketinggian yang dibenarkan untuk bermain adalah diantara 110cm hingga 122cm dan mesti ditemani oleh teman seliaan berumur 16 tahun ke atas dengan gelang tangan atau tiket yang sah.

 


 

Music Express - Lonjakan, berpusing dan berputar pada tunggangan bergelora berputar pantas ini dengan cerun mengejut dan gerakan ke belakang. Tetamu di bawah ketinggian 130cm tidak boleh bermain. Kanak-kanak yang tingginya antara 130sm dan 140sm mesti ditemani oleh teman selia yang berumur 16 tahun ke atas dengan gelang tangan atau tiket yang sah.

 


 

Space Cadets - Permainan mesra keluarga dengan gerakan kapal terbang yang boleh dikawal. Tetamu di bawah ketinggian 80cm tidak boleh bermain. Tinggi kanak-kanak antara 80sm dan 122sm mesti ditemani oleh teman seliaan berumur 16 tahun ke atas dengan gelang tangan atau tiket yang sah.

 

 

Lepas dah main permainan ni kami gi CU minum-minum sebab masa ni dah pukul 2.00 petang. Habis je minum kami ke Ripley's Adventureland dan 4 Attraction yang kami masuk iaitu :

 

 Ripley's Believe It Or Not!

 


 

 
 
Jurassic Research Centre






Zombie Outbreak
 

 

Infinity Room

 


 

Selesai semua tempat baru la perut berkeroncong... waktu ni dah hampir ke pukul 4.00 petang. so kami turun ke GPO terus cari kedai makan so decide ke Peranakan Place. Aku order nyonya laksa

 




 
lepas makan sambung jenjalan, ada yang shopping macam2 aku tak ada nak beli apa just beli buah tangan untuk suami dan anak-anak. Diorang suka chocolate so borong la sikit chocolate buat ole2 untuk mereka.

 
 
Gambar-gambar OOTD kami : 
 

 

 






Kami bergerak dari GPO anggaran pukul 6.45 petang, dalam perjalanan tu macam-macam la yang kami borakkan. Borak kosong je untuk isi masa lapang dan tak nak driver mengantok.
 
 
Next Distination.... tunggu (kot aku bleh follow) hahahahaha