Tiktok Mekyuhhh

Showing posts with label dAIry 2012. Show all posts
Showing posts with label dAIry 2012. Show all posts
Wednesday, 2 January 2013

kedatangan yang diundang (part 3)

pada pagi berikutnya 22.12.2012 kami sekali lagi berlepas ke kuala lumpur menikmati permandangan disana (iyealah sangat permandangan tu... huhuhu). kenapa kami ke KL adalah keluarga singapore ada booking hotel memandangkan mereka balik (naik bas) melalui kl.

sebelum berangkat sempatlah kami beramah mesra merakam kan gambar2 untuk tontonan umum.





inilah serba sedikit perjalanan 'kedatangan yang diundang' buat tatapan kawan2 blogger. sekian, terima kasih... heheheh

kedatangan yang diundang (part 2)

kita sambung balik dari part 1 yang ari tu yea...

keluarga dari Singapore sampai lebih kurang pukul 6.30pm, sampai jer terus plan nak gi mana. huh... larat sungguh mereka tu. aku pun x selarat mereka kalau bab berjalan ni. heheheh

selepas makan malam dalam pukul 11.00pm kami gerak ke downtown di petaling jaya. Adik ipar aku jadi pemandu arah maklumlah dah lebih sepuluh tahun menetap di kl dan tahu selok belok jalan disana.



meja terpanjang pada malam itu...

gambar di downtown tak de ler... xpat nak tayang dekat korang semua.
Thursday, 27 December 2012

kedatangan yang diundang (part 1)

pada 21.12.12 - 23.12.12 keluarga dari Singapore datang ke rumah aku sempena cuti sekolah buat sekian kalinya. hepi rasa hati kami sekeluarga menerima kedatangan dari mereka. tak lupa juga wakil dari terengganu iaitu awie dan wife (ain), faizal dan mak tersayang.

keluarga dari terengganu datang pada 21.12.12 kol 2.30am. keluarga dari singapore bertolak dari Larkin pada pukul 10.00am dan sampai di perhentian (lupalah hentian apa.. salak selatan ker...) pukul 3pm


21.12.12 (jumaat) sementara menunggu famli dari singapore sampai sempat keluarga dari terengganu gi jalan2 di jusco dekat ngan opis aku so  masa lunch sempat ler aku joint mereka makan.



mak, nak posing jap... pasni sambung bebel balik k


 tak nampak lah mak... hahhahhaha


my hero...

Bonus 2012

Hari ini kami warga SAINS telah mendapat bayaran bonus yang tak disangka-sangka. Sykt dh nak bagi kan so... Alhamdulillah syukur pada Illahi semoga kami sekeluarga dimurahkan rezeki. Amin
Tuesday, 25 December 2012

sudah sebulan

dah hampir sebulan aku tak update blog aku nie. buka tak ada cerita terbaru tapi entah lah rasa malas plak nak update. nie dalam kepala dah terlalu banyak entry nak masukkan so mukadimahnya ucapan salam kepada kawan2 pembaca blog aku ni.
Wednesday, 21 November 2012

selepas cuti

dah lebih seminggu aku tak update blog kesayangan aku ni. banyak sangat dalam kepala aku ni nak ceritakan pada kawan2. yang paling utama adalah si bujang aku dah jadi remaja... heheheheh
Wednesday, 7 November 2012

cuti tersepit

sebut je pasal cuti semua orang akan tersenyum sebab..... yeahaaaaa, tak payah pergi kerja. heheheheh. minggu depan cuti tersepit semua orang dah apply cuti termasuk aku. dan minggu depan jugaklah banyak benda nak kena buat, paling utama adalah hubby kena bawah along ke klinik berkhatam(sunat lah tu...)

eeeeemmmmmm.... si along ni siap cakap ngan aku dia nak sunat laser tapi dan hubby lebih suka dia sunat biasa. maksud biasa tu paham2 je lah kan klu ada yang tak paham tu buat2 paham je ler. tapi kalau yang boboy ni tak paham kena sunat lagi sekali...aku ska tu..... hahahhha.

minggu depan juga rombongan dari kampung datang (abah, mak, ina&anak, inie&anak, kaklong, ima, noman, pezal, liza, ana dan zakiyyah) keluarga aku ni dari singapore rumah mak sedara aku sebab dia buat kenduri kawen sepupu aku tapi aku tak pat pergi so mereka ni wakil aku dan hubby.

 


Sunday, 28 October 2012

GM Klang


ari ni seharian kuar shopping (shopping ke?)... sebenarnya aku ngan famli teman adik aku (awie & wife) cari manik untuk kedai pengantinnya di terengganu. jauh giler datang seremban pastu ajak kami ke klang. aku kalau bab2 bershopping nie memang malas skit, korang mesti hairan kan sebab aku wanita yang tidak berapa suka bershopping. bukan apa, aku ni jenis kalau nak beli sesuatu barang kuar rumah terus pergi ke tempat yang memang dituju untuk beli apa yang aku hajatkan tu.heheheheh...

berbalik pada GM Klang, hari nie ke klang pun jem balik seremban pun jem. penat giler badan aku yang bam2 ni. dah lah haus sebab hari nie panas terik perjalanan kami. di GM Klang tu tak delah best sangat pun. barang pun sama jer, kat seremban pun berlambak tapi entahlah.... mungkin aku ni memang bukan kaki habiskan duit (nak cakap aku ni penjimat lah tu... aku memang penjimat bab2 macam ni memang beruntung hubby aku... hahahhaha). tapi memang betul lah... (angkat bakul lagi)

aku tengok gm ni baru lagi beroperasi kerana ada kedai yang belum buka, tempatnya ala2 tesco je pun. macam aku cakap tadi barangan nya boleh didapati di seremban sahaja cuma adik aku cakap kalau nak beli borong murah. entah ler sebab aku tengok harga satu (kalau tak beli borong lah) sama jer ngan harga di seremban.

korang layan lah sedikit gambar yang aku tepek di blog kesayangan aku ni.

kami baru sampai

ada lah barang yang dia nak tu...

baju2 nya pun biasa je..






Friday, 19 October 2012

anak ibu yang petah

ada yang tidak tahu yang aku ni sebenarnya seorang yang pendiam dan pemalu dulu kala. sekarang ni dah jadi kurang pemalu mungkin faktor umur dan kematangan yang membuak-buak... hahahahah

tapi sifat tu tidak turun pulak pada anak2 aku. mereka nie boleh di kategori kan sebagai ringan mulut (sedap sikit dengar dari banyak mulut... huhuhu) so si kecik tu kalau bercakap memang susah nak berhenti. ada masa kalau aku letih sangat boleh tertidur aku dengar leteran dia.

kalau tengok tv cerita yang si putri minat, jenuh aku nak translate mana ayat yang dia tak paham. kadang2 tu aku sendiri belum dengar apa yang pelakon tu nak cakap dia dah tanya dulu. geli ati aku bila melayan karenah si putri.

si along plak akan bercerita berkenaan apa yang dia minat sahaja. kalau cerita pasal sukan dia lah juara nak2 bab bola. memang kaki bola. bila cerita pasal bola aku mula lah boring tapi kerana sayang aku dengar sampai habis apa yang dia nak cerita kan....

anak-anak ibu.... ibu sayang sangat pada korang.

seksa


 korang nak tahu tak masalah aku apa sekarang? mana korang nak tahu kan kalau aku belom bagi tahu apa masalah aku, huhuhuh.....

masalah aku dekat opis sekarang adalah kena support perkara yang aku sendiri tak paham.huhuu... macam mana aku nak support sedangkan aku sendiri tak tahu perkara tersebut. complicated tak masalah aku ini? korang!!! tolong aku!!! macam mana nak settle kan masalah ini.

sakit kepala aku, sorang cakap macam ni sorang lagi cakap macam ni dan aku yang duk kat tengah-tengah jadi mangsa keadaan sebab tak tahu mana satu yang betul mana satu yang salah.....

kalau korang tak paham apa masalah aku sekarang nie sila lah abaikan yea... hahahahahha
Sunday, 7 October 2012

seminggu yang singkat


kejap jer aku rasa minggu nie. banyak benda aku kena buat seminggu ni. rasa macam tak cukup masa plak. ari selasa basuh rumah yang aku nak sewa kan tu. dah lah basuh malam lepas training netball. letih bukan kepalang rasanya. kepala berdenyut2 je.

rabu dan khamis kena jadi cikgu komputer. minggu nie start balik kursus yang under aku dan unit ict. rasa tak cukup tangan, tak tahu mana nak buat dulu. dengan sistem yang baru dilancarkan. huh.... penat giler rasanya.hari nie aku datang kerja (ahad) sebab nak siapkan bajet 2013 untuk department aku.

dah selesai sikit baru lega rasanya kepala aku nie. selagi kerja tak siap rasa macam tak tentu arah plak rasa jiwa aku nie. macam kata rockers jiwa kacau...
Sunday, 23 September 2012

makan


cuba tengok gambar diatas, apa korang rasa? ha... itulah kek

kalau kawan-kawan dekat opis mesti dah tahu perangai aku. pantang ajak makan mesti tak tolak nyer. mestilah kan? tak timbul pepatah "rezeki yang ditolak musuh jangan di cari" kan.aku bukan apa takut kalau kawan-kawan pelawa kalau kita tak makan kecik ati mereka betul tak? hehehheeh...

sebenarnya aku bukan lah kaki makan sangat pun sebenarnya. nak tahu aku rasa nak makan bila aku rasa terganggu, marah, sakit ati, stress dan seangkatan oleh nya. bagus tak perangai aku???? lalalalala...

tapi bila berat badan dah naik mula menggelabah... hahahahah. lepas raya nie asyik makan jer almaklumlah ramai member buat open house pulak tu dengan makanan kegemaran aku. Eh! kejap, apa makanan yang aku tak gemar? ahaks..

tadi pergi lah jalan-jalan blogging di blog kawan-kawan dan rakan taulan jumpalah blog nie dapur tanpa sempadan. 

nyam2 terasa nak makan sushi lah... aduh, yuslina cuba pikir benda lain. heheheheheh....


tukar template


tengok permandangan di atas tu rasa sejuk je mata...

satu hari nak cari template ngan background wajah blog aku dan inilah hasilnya. penat giler.... Esok kalau sempat nak masukkan entry kenduri kawen awi di kampung (rumah mak ngan abah le) pulak....
Saturday, 22 September 2012

majlis perkahwinan zarawi (rumah ain)

Kalini aku nak cerita majlis perkahwinan zarawi. majlis berlangsung pada 23.08.2012 - raya ke 5 di kediaman ain di kuala berang. saksikan gambar yang sempat di ambil oleh jurukamera PRO.

ima dengan wajah ayu membawa hantaran (adik aku ler...)


Enie bersama Hasanah (dua-dua adik aku)


putri dan along, tengok si putri masa dalam kereta sempat tidur bila bangun buat perangai tak nak jalan. aduh... puas aku ngan hubby pujuk nasib baik makan saman.


putri yang masih mamai... aduh hai, anak2








ketibaan pengantin perempuan menyambut rombongan kami semua... 





kucupan mesra dari isteri kepada suami bagi menyambut suami ke singgahsana...







disebabkan oleh tahan mengantuknya, muka dah tak de senyum... putri anak ibu




mak, hasanah, liza dan aku....


enie bersama anaknya mina, semangat bukan main tu yang mama nya kurus kering.. hehehe





gambar atas dan bawah (putri bersama-sama untie-untie nya)






pengapit lelaki... pezal


pengapit perempuan... adik ain, lupalah nama dia


semoga bahagia sehingga ke akhir hayat adikku... amin











mak bersama putra kesayangan

mak dan abah...



mak dan ayah ain...







sibuk betul anak2 lelaki abah nie...



apa2 hal kita bergambar dulu yea... perut dah berkeroncong ni






anak2 dara abah...













ina bersama suaminya Ja, anak korang mana?? nie suh ima pegang lah tu

mina sama macam putri tak boleh hilang ibu dan mama...



awie bersama adik beradik perempuan.. mana satu nak? hehhehe... semua comel2

aksi2 yang sampoi...