bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Saturday 29 November 2014

misteri



"MISTERI PENJARA PUDU" SEBAB KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP? Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir".

Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali Kesalahan mereka yang lalu.

Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat          semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu.

Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.        

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dalam  gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya.

Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, "Heyyyyyy manusiaaa. Jangan kw sentuh itu harta. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " "Ahmad Albab yang punyaaaaaa" Ha Ha Ha Ha Ha "Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaaaa . . . .      

Tahniah kerana minat membaca.        

Aku punya kusyuk dk baca.. puihh aku pun terkono. . . .so apa salahnya foward & share dengan kawan2 lain pulak. HAHAHA mesti excited baca kan.
Friday 28 November 2014

Lawak xberapa best

Malam ni maharaja lawak tak  berapa nak lawak la. Bosan tengok...

Tapi aku respek la pada peserta2 sebab nak buat orang gelak guling2 susah sangat. Nak buat orang nangis senang je...

So, sepahtu n bochey... korang memang terbaik dan selamba. Tahniah

cinta


Malam2 jumaat ni nak bercerita pasal cinta la.. hehehe, nakal skit malam ni. Bukan kisah otak kuning pun, no... no...no...

Sebab cinta kita nak mengubah penampilan dari biasa ke luar biasa, sebab cinta kita merana, sebab cinta kita menderita, sebab cinta kita bahagia. Kerana cinta kita nak nampak sentiasa cantik sentiasa diterima.

Bila kita cinta pada DIA kita akan bahagia di alam abadi. Selami mana cinta yang perlu kita kejar supaya hati akan sentiasa suci. 

Wednesday 26 November 2014

Sentiasa ingat

Kita hidup hanya sekali jadi beringatlah dalam membuat perhitungan hidup. Allah bagi kita peluang untuk kita menjadi hamba yang diredhai olehnya...

Jika kita lalai didunia nescaya kita akan rugi di akhirat...

Peringatan pada diri sendiri dan pada kawan2 blogger tersayang. Semoga hidup kita dilimpahi rahmatNya.. amin dan selamat malam

Tuesday 25 November 2014

duhai

Sahabat2ku:

           Jangan tertipu
        dengan usia MUDA
        karena syarat Mati
         TIDAK harus TUA.

   Jangan terpedaya dengan
        tubuh yang SEHAT
       karena syarat Mati
       TIDAK mesti SAKIT

   Jangan terperdaya dengan
        Harta Kekayaaan
                Sebab
    Si kayapun tidak pernah
     menyiapkan Kain Kafan
             buat dirinya
      meski cuma Selembar.

      Mari Terus berbuat BAIK,
         berniat untuk BAIK,
     berkata yang BAIK-BAIK,
   Memberi nasihat yang BAIK
 Meskipun TIDAK banyak orang
      yang mengenalimu dan
   Tidak suka dgn Nasihatmu

        Cukup lah  اللهِ yang
     mengenalimu lebih dari
           pada orang lain.

      Jadilah bagai Jantung
        yang tidak terlihat,
     Tetapi terus berdenyut
     setiap saat hingga kita
 terus dapat hidup, berkarya
     dan menebar manfaat
       bagi sekeliling kita
     sampai diberhentikan
              oleh NYA

Sahabat2ku...

"Waktu yang kusesali adalah jika pagi hingga matahari terbenam,

'Amalku tidak bertambah sedikitpun, padahal aku tahu saat ini umurku semakin berkurangan"

Sunday 23 November 2014

Jangan tunggu..

Jangan tunggu sampai esok kawan2, ini la peluang kita untuk membuat simpanan dan sekaligus membuatkan anda bebas hutang... insya Allah

Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut... 017-3502400

Ada rahsia antara kita

Bila seorang kawan bercerita pasal cinta dan meminta untuk kita merahsiakan nya. Patut kah aku bercerita pada orang ketiga?

Berat sungguh cinta dia dimata aku, patut kah aku berterus terang pada si empunya diri? Salahkah idea aku ini? Aduh... berat yang aku tanggung berat lagi si dia yang memikul.

Aku terpaksa melupakan hasrat aku bercerita perkara sebenar bagi memegang amanah seorang kawan. Semoga kau (kawan ku tersayang) tabah dalam merencanakan percaturan hidup. Semoga persahabatan kita kekal abadi. Amin

Sunday 16 November 2014

konsert & Graduasi day putri 2014

pada 15hb November 2014 telah berlangsungnya konsert dan Majlis Penyampaian Sijil untuk Putri dan rakan2 enam tahun dia.


 setahun belajar dengan cemerlang... akhirnya dia dapat sijil










Putri sepanjang di tadika 2014


2 tahun putri telah belajar di tadika ini, banyak pengalaman manis dia pelajari antaranya melakukan tugasan harian sendiri, belajar berdikari, belajar bersama kawan2, dan belajar bersama guru2 yang sangat penyayang.

antara kenangan putri 2014.



 aktiviti selepas makan, mereka diajar untuk melakukan sendiri sehinggakan dirumah dia akan basuh punggan dan bekas minuman setiap kali menggunakan nya.



 setiap pagi sebelum memulakan pembelajaran mereka terlebih dahulu berhimpun didepan sekolah menyayikan lagi kebangsaan dan lagi negeri sembilan.











 sambutan hari raya di sekolah, semua berpakaian baju raya... sungguh gembira mereka menyambut bersama-sama kawan2.





kafa time, mereka yang beragama Islam akan diajar menunaikan solat, membaca mukadam dan banyak lagi... terima kasih ustazah.


main2 time...






 sambut birthday bersama-sama kawan sekolah.... hepi sangat dia...

inilah sekolah putri... 


 peperiksaan...

 dapat result


snake dari teacher.... hepi