bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Monday 13 July 2015

Beberapa hari je lagi

Tinggal beberapa hari je lagi kita nak melangkah ke bulan syawal... rasa sayu pulak. Bulan yang sangat bermakna dalam hidup semua umat islam, bulan yang penuh mulia...

Aku juga sama dengan insan2 lain menunaikan kewajipan kepada yang Esa dengan penuh keikhlasan supaya mendapat keberkatan dari NYA.

semoga aku mendapat apa yang aku impikan iaitu pahala yang berlipat ganda... amin

Thursday 9 July 2015

Ramadan oh romadan....

Perkongsian hari ni.. ����

Semoga Isteri2 mendapat ganjaran pahala yg besar..kdg jarang Suami nk ucap tkasih.

Mungkin fenomena biasa...
Dah kunci jam pukul 3. Tersedar pukul 2. Termenung sekejap. Nak sambung tidur lagi takut tak tersedar pula nanti. Ralit sekejap melayan mata..

'Aduhai.. mengantuknya! Hmm.. Takpelah. Tidur sikit lagi.'

Jam berbunyi pukul 3, mata melekat macam kena gam tikus pula. Tutup jam, dan tutup mata semula.

Sedar-sedar dah 4.30. Allahuakbar! Teringat nasi belum masak. Mulalah berdebar!

Cong ceng, cong ceng kat dapur, alhamdulillah. Pukul 5, siap terhidang semuanya.

Sekarang, misi mengejut suami dan anak-anak sahur. Macam-macam ragam masing-masing bila dipaksa bangun tidur. Aneh juga. Yang penat memasak, tak mengeluh. Yang tukang makan pula yang merusuh. Macam-macam kerenah ada. Yang mengamuk, yang mencuka, hadap sahaja!

Begitulah. Saban hari sepanjang Ramadhan - rutin seorang isteri dan ibu. Orang lain lena tidur. Dia asyik berjaga-jaga, bimbang tidak terkejut sahur. Orang lain enak dibuai mimpi. Dia asyik terjaga, menjeling jam berkali-kali.

Bukan risaukan dirinya, tapi memikirkan keperluan keluarga. Walaupun waktu dia uzur dan tak boleh berpuasa, tugas menyediakan sahur tetap seperti biasa.

Duhai anak-anak dan para suami, pernahkah terfikir pengorbanan ini? Hari ini sudah 21 Ramadhan, mari tanya diri, sudah berapa kali anda mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berkorban masa tidur untuk menyiapkan hidangan sahur?

"Terima kasih Yang - masakkan yang sedap untuk abang."

"Terima kasih mama - nasib baik mama kejutkan sahur."

Sungguh. Setiap kali saya mendengar kata-kata sebegini, sejuk hati! Sebaris kata-kata mereka sudah cukup buat saya tersenyum lebar. Setiap debar dan ikhtiar rasa terbayar.

Aduhai, anak-anak dan para suami, kalau malas bantu memasak, rajin-rajinlah menyukakan hati ibu atau isteri.. Orang berbudi kita berbahasa. Orang dah memasak, takkan kita tahu makan sahaja? Ringankanlah mulut berterima kasih. Biar manis mulutmu itu yang mengikat kasih.

Selamat berdepan dengan detik-detik akhir Ramadhan. Semoga beroleh lailatul qadar yang diimpikan...��

Shopping at Mersing

Dah alang2 gi Mersing x sah kalau x shopping... hehhehe walaupun bandar Mersing (mungkin pekan) kecik tapi ada tempat untuk aku wajib pergi.

Sebelum balik kami singgah di kedai ni. Lpa la nama kedai dia... eemmm.. siap ada kepok lekor. Rasa2 sama x dengan kepok lekor ganu kite... hahahaha. Ada la beli skit untuk ole2 dr mersing. Nak rasa terus xbleh kan, puasa ler...

Tuesday 7 July 2015

Sedikit info

Di tujukan khas buat sahabat2 lelaki... heheh

Monday 6 July 2015

Ke mersing

Atas urusan yang tak boleh di elakkan lagi kami ke mersing bagi menyelesaikan masalah yang berlaku.

Kenangan yang sangat indah bila berada di mersing ini kerana aku pernah bermestautin di sini. Suasana di sini tenang... kawasan yang kecil dan selesa.

Abah aku pernah menjadi nelayan disini bagi sesuap nasi untuk kaklong, aku dan mak (masa ni hanya aku dan kaklong).