bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Friday, 22 November 2024

Training refresher Sistem 24/10/2024 & 29/10/2024

Pada 24/10/2024 dan 29/10/2024 aku bersama rakan-rakan unit ICT telah diarahkan untuk kendalikan Kursus Ulangkaji. Pada mula nya aku memang tak nak buat sebab kelengkapan memang tak ada iaitu laptop atau pc untuk buka sistem dalam bilik Training.



Macam biasa lah bila kita ada orang atasan terpaksa aku dan rakan-rakan untuk merialisasikan kursus ulangkaji ini. Nak dijadikan cerita pada minggu tersebut aku mengalami batuk-batuk dan hampir hilang suara. Sebelum tu memang demam dan rasa sakit tekak.



Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar...

Thursday, 21 November 2024

Trip to IPOH with officemate (19/10/2024 - 20/10/2024) Day 2

Pagi ni kami siap-siap nak bersarapan di Restoran Suhaimi Ipoh. Makanan dia sedap cuma nasi lemak bagi aku kureng sikit la sebab warna tak menarik dan tak berapa nak pedas.

 

Macam biasalah kena tunggu Grab sebab dekat ipoh Maxim macam susah sikit nak tembus. So anggaran dalam pukul 8.30 pagi kami dah siap sedia u ntuk bersarapan.


                                apa-apa pun kena lah OOTD dulu baru boeeeekkkk....


 


masa kami sampai dekat Restoran Suhaimi ni tak ada lah ramai sangat orang tapi bila kami dah abis makan, rupa nya ramai menunggu kat kerusi depan restoran... patut la aku tengok masa nak masuk kenapa kerusi ada kat depan ni... ni la motif nya hahahahah


 
Makanan semua aku suka kecuali sambal nasi lemak sebab dia manis dan tak pedas. kat situ je la yang kurangnya. Lain-lain menu sedap dan harga pulak memang berpatutan. Air aku pilih kopi, sedap gak kopi dia... pekat dan kawwwww....


selesai makan kami balik hotel dulu dan kemas-kemas untuk check out. Barang-barang kami boleh letak dekat Kaunter bawah sebab tak kan kami nak bawak luggage besar-besar tu kan? hehehhehehe.. destinasi ke dua adalah Tasik Cermin. sampai je di Tasik Cermin, Malangnya kami tak dapat masuk dalam sebab banjir menyebabkan laluan atau jalan nak masuk dinaiki air. Jadinya kami hanya berlegar-legar belah luar sambil membuang masa yang ada. heheheheh

 











Memandangkan kami dekat Tasik Cermin tak lama, kami repeat balik ke Plan B sambil menikmati ais kepal...



selesai saja makan dan jalan-jalan dekat Plan B tu, destinasi seterusnya adalah ke Canning Dimsum. Kami sampai sana anggaran pukul 12.00 Tengahari dan orang pun tak ramai lagi masa ni.







Anggaran pukul 2 petang kami berehat di ruang menunggu yang berada di Hotel tempat kami menginap ini. Memandangkan kami masih mempunyai masa terluang sebelum kami berangkat ke ETS Ipoh, kami menikmati makanan petang di Oldtown yang berdekatan hotel. 

 

Orang cakap oldtown kat semua negeri pun ada kenapa nak makan situ jugak? sebab memang dah tak ada idea dan lagipun kami takut kan gi jauh-jauh, biasa la kan kalau guna grab atau maxim ni masa tak tentu. so kami decite untuk jalan kaki sahaja.


last sekali kami sampai ke ETS hampir pukul 6PM, masuk terus ETS Nadh yang turun KL Central dah kena panggil. malang bagi kami yang turun ke Seremban sebab ETS delay anggaran 30minit. Dah dalam ETS tempat duduk aku tak berapa selesa sebab 4 sit mengadap antara satu sama lain. Ia buat aku jadi kaku... 


Sampai Seremban anggaran pukul 11 malam, badan dah rasa penat giler... esk nak kerja pulak tu. Sampai rumah terus mandi dan tidur, tak fikir dah si kecik tu heheheheh.


Kesimpulan nya, aku menikmati waktu healing bersama rakan-rakan opis dan berharap akan ada destinasi baru untuk kami healing lagi walau hanya 1 malam. harap rakan-rakan opis tak serik untuk sama-sama bercuti lagi nanti... TAMAT


Tuesday, 12 November 2024

Trip to IPOH with officemate (19/10/2024 - 20/10/2024) Part 3 day 1

waktu makan malam pun tiba so malam ni kami dah plan makan laksa sarang dengan Miker Pizza. kalau laksa memang peberat aku, pizza ni xde la suka sangat tapi bleh layan makan tak ada masalah punya sebab makan kan... heheheh aku semua bleh bedal.



dalam Pukul 6.45 pm kami dah siap2 untuk ke destinasi pertama waktu malam iaitu makan laksa sarang, so macam biasa lah tunggu grab sampai baru kami gerak.

ruang ni dekat belah atas iaitu belah nak check in, kami naik dlu ambik gambar sementara tunggu grab sampai dekat bawah
 

 

Dalam pukul 6.47 petang grab sampai, destinasi pertama kami pada malam ini adalah Laksa Sarang cuma sayang nadzirah tak makan dan Nurul makan pun sikit je. So kami order 2 mangkuk sahaja sebab takut tak habis.

Bagi aku pencinta makanan, Laksa ni sedap dan aku bagi 7/10 bintang. 

Selesai makan jam menunjukkan pukul 7.45 malam so kami decide untuk balik hotel dahulu buat mana yang wajib, dah settle baru ke Miker Pizza yang yang boleh walk in sahaja dari Hotel.

 

Anggaran pukul 8.50 malam kami bergerak ke destinasi ke dua untuk malam hari adalah Miker Pizza. Punya la beratur panjang nak makan Pizza ni, kalau gi dengan suben harus dah batal nak merasa pizza tu sebab dia bukan yang jenis gigih beratur makan makanan viral ni. Biasa kalau tak aku, si Putri yang akan beratur jika kami betul-betul nak rasa makanan viral.

 

Dekat Pukul 10 malam jugak baru boleh makan, bertenang jugak la sebab orang ramai dah beransur pulang. Miker Pizza ni tempat dia sempit rasa tak selesa sangat kalau datang dengan keluarga sebab bila sempit orang ramai pastu suasana bising sikit. kalau ada anak kecik yang suka meragam elok batalkan niat nak gi situ.. kecuali hari biasa mungkin tak ada ramai orang.

 


Macam biasa la kena ambik gambar untuk kenang kenangan kami

Habis makan dalam pukul 10.50 malam, kami bergerak balik ke Hotel untuk beradu. Jumpa episod esok dengan tempat dan makanan yang aku nak cerita okey.... sambung ke Day 2