Tiktok Mekyuhhh

Showing posts with label new year. Show all posts
Showing posts with label new year. Show all posts
Thursday, 1 January 2026

Selamat Tahun Baru 2026 dari Blog MekYuhhh

 


Assalamualaikum dan hai semua pembaca setia MekYuhhh
Lagi sekali kita sampai ke penghujung tahun—tahun yang penuh dengan cerita, cabaran, gelak tawa, penat lelah, dan momen yang mengajar kita jadi lebih kuat. Hari ini, MekYuhhh nak buka tirai 2026 dengan penuh rasa syukur dan semangat baharu.


Alhamdulillah, sepanjang 2025, blog kecil ini terus hidup dengan kunjungan, komen, sokongan dan semangat daripada korang semua. Ada hari MekYuhhh rajin update, ada hari lemau sikit… tapi korang tetap singgah juga. Terima kasih banyak-banyak, betul-betul hargai.


Masuknya tahun 2026, MekYuhhh berharap agar perjalanan kita tahun ini lebih indah daripada sebelumnya. Moga rezeki makin luas, kesihatan makin baik, hati makin tenang, dan setiap impian yang dijaga rapi selama ini mula menunjukkan jalan untuk jadi nyata.

Tahun baharu ni, MekYuhhh berazam nak terus berkongsi cerita — sama ada kisah harian, tip, resipi, pengalaman kerja, review atau apa saja yang boleh buat pembaca rasa dekat dan terhibur. Harapnya blog ini terus jadi ruang kecil yang menyenangkan untuk kita sama-sama lepaskan penat, baca sesuatu yang ringan, dan senyum sekejap.

Semoga 2026 menjadi tahun yang membawa kejayaan besar, peluang baharu, dan kebahagiaan yang tak putus.


Terima kasih sebab masih bersama. Jom melangkah ke tahun baru dengan hati yang bersih dan semangat yang segar! 


Selamat Tahun Baru 2026 dari MekYuhhh!

Wednesday, 15 January 2025

Selamat Tahun Baru 2025



Selamat tahun baru 2025 kepada semua blogger yang mengenali mekyuhhh ni. Dah hampir 16 tahun aku dalam dunia blogger ni, sedar tak sedar je kan. Kadang bila teringat banyak peristiwa aku buka blog dan baca, banyak sangat pancaroba dalam kehidupan aku rupanya... huhuhu

 

kuat betul hati aku Allah tiup sampai aku tak terfikir aku boleh hadap liku-liku perjalanan aku dari dulu sehingga sekarang. Hati seorang manusia yang biasa-biasa sahaja mampu menghadapi dugaan dan rintangan yang maha ESA.

 

Dah 15 hari kita menghadapi tahun 2025 rasa mcm baru semalam kan tarikh 01/01/2025? heheheh... begitulah kehidupan.

 

Azam????

tahun ni apa azam korang? azam tahun lepas dah tercapai belum? Nak tau tak azam aku tahun ni? Azam aku tahun ni adalah:

  1. Nak jadi isteri solehah - sebab selalu melawan
  2. nak jadi hamba solehah - selalu tak jaga waktu solat
  3. nak beli kereta baru - tak pernah beli kereta baru, biasa yang second hand je
  4. nak biz maju - dah 2 tahun tak meniaga dengan serius
  5. nak jadi ibu mithali - selalu garang dengan anak2
  6. nak tambah simpanan - selalu terpakai simpanan yang ada
  7. nak tambah pahala sedekah - sebab amal jariah lain tak tau DIA terima atau tak

 semoga azam aku tahun ni termakbul... amin


Monday, 11 January 2016

selamat tahun baru 2016


dah sebelas hari tahun baru 2016 membuka tirai tapi aku baru boleh update entry pertama aku ni. hari ni tak ada mood nak update entry sekarnag ni memandangkan badan rasa lemah, pikiran berserabut...

tapi di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada Pembaca Blog saya yang tidak seberapa ini.


Saturday, 24 January 2015

Selamat tahun baru 2015

Dah 24 hari kita di tahun baru. Dan dah bertambah lagi usia kita...

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2015 kepada semua rakan2 blogger tersayang semoga tahun 2015 memberi sinar kebahagian kepada kita semua... amin

Tuesday, 1 January 2013

selamat tinggal kenangan


hari nie adalah hari pertama tahun 2013 dan selamat tinggal 2012. banyak yang terpaksa aku hadapi di tahun 2012 ada yang tidak mungkin aku lupakan sejarah suka, duka, pahit dan manis telah meniti di fikiran aku yang semakin kabur dek usia.


walau apa jua rintangan yang aku hadapi hanya DIA sahaja yang mengetahui perjalanan hidup aku yang semakin hari semakin mencabar ini. aku sentiasa impikan kebahagian di dunia dan di akhiran tetapi kita sebagai manusia biasa tidak akan pernah lari dari kesilapan dan kekurangan.

setiap kali masuk nya tahun baru semua orang akan mengazamkan sesuatu begitu juga aku. hidup di rantau orang membuatkan aku terlalu merintih untuk pulang ke negeri kelahiran aku tetapi apakan daya rezeki aku masih di sini.

ada sedetik aku tertanya-tanya pada diri sendiri kenapa aku disini.... semoga tahun 2013 akan membuka lembaran baru yang boleh membahagiakan aku disini... amin.

buat kawan2 blogger semoga kita sentiasa berhubung walaupun kita tidak pernah bersua di alam nyata. disini juga aku memohon jika penulisan aku di alam maya ini ada membuat hati2 yang terluka aku mohon maaf dan ampun. semoga tahun baru 2013 aku mendapat ramai kenalan di blogger ini. amin

azam aku ???? tahun ni kalau boleh aku nak renovate rumah... semoga tahun ini merupakan tahun yang lagi murah rezeki aku.

tahun ini juga merupakan tahun UPSR anak sulung aku, azam aku cuma dia cemerlang dalam peperiksaan tersebut... amin.
Friday, 30 December 2011

selamat tinggal tahun 2011


lagi 2 hari kita nak melangkah ke tahun baru. cepat sangat masa berlalu kan. dan seperti tahun-tahun yang telah meninggalkan kita, banyak kenangan manis dan pahit yang aku tempuhi semasa berada di tahun 2011 dan kenangan yang paling manis adalah aku dapat rumah baru walaupun si along tidak suka dgn rumah tersebut (tau xpasal pe, pasal dia xde kawan... huhuhu).

semoga tahun 2012 akan menjadi tahun yang gembira buat aku dan rakan-rakan sekalian. kepada rakan2 blogger yang lama mahupun yang baru mengenali aku, aku ucapkan juga selamat tahun baru 2012. semoga perkenalan dan persahabatan kita semua akan berkekalan.

kepada suami tercinta, semoga cinta yang terjalin antara kita tetap kekal utuh sehingga akhir hayat. dan semoga apa yang berlaku di tahun 2011 menjadi iktibar dan pedoman untuk kita sama-sama tempuhi dengan redha.

kepada kawan-kawan opis yang mengikuti perkembangan blog aku, aku nak ucapkan selamat tahun baru dan jika apa yang aku bicarakan dalam blog nie yang ada mengguris hati dan perasaan kalian aku memohon ampun dan maaf. (rasa2nya aku xde cakap pasal korang kot... kalau ada mintak maap sekali lagi)

kepada anak2 ibu, ibu doakan yang terbaik buat anak2. ibu doakan semoga tahun 2012 menjanjikan yang terbaik buat anak2.

kepada adik-beradik tersayang semoga kita akan kekal bersama walaupun badai yang melanda. buat mak dan abah semoga bahagia, gembira, sihat dan sejahtera aku ucapkan.
Thursday, 31 December 2009

happy new year 2010

2009 Has spend by…….Now, we need to face 2010

WISH ALL OF YOU A VERY PROSPEROUS AND
image00154.gif

Life is like having a cup of tea.

You sit by the side of the window, lift the cup and take a careless sip,
Only to realize, somebody forgot to put the su gar.

Too lazy to go for it you somehow struggle through the su garless cup.

Until you discover un-dissolved su gar crystal sitting at the bottom...


---That's Life---

& amp; amp; nbsp;

Wish U Happy a Prosperous and Happy New Year!!!

Success is not the key to happiness.

Happiness is the key to su ccess.

If you love what you are doing, you will be happy and su ccessful ...

Have a Successful Year ahead!!!

2010