bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Sunday, 3 April 2022

Camp Murni Gopeng Perak Part3

Untuk Aktiviti Petang selepas lunch pula adalah aktiviti air iaitu Tubing. Memang 1st time aku buat aktiviti ni, mencabar tapi aku sangat seronok dan teruja kerana melibatkan air. air dan aku tidak dapat dipisahkan... heheheh


untuk ke distinasi sekali lagi kami menaiki lori yang sama ketika kami ke hiking pagi tadi. perasaan teruja tu sangat kelihatan diwajah aku sebab rakan-rakan cakap aku senyum sampai ke telinga hahahaha

Sampai je ke distinasi aku dah nampak air yang deras, berombak dan banyak batu-batu besar. Jangan pandang rendah aktiviti tubing ni. Bukan boleh duk santai-santai feeling acah-acah mat salleh jemur atas air tengah panas ea. Bila duk buat aktiviti tubing, korang tak boleh duk diam punya. Dah kalau asyik tergolek kena batu-batu sungai. Nak berangan pun tak sempat dik... tapi steady k tak ada terbalik ke lemas ke xde yea. aku enjoy je dengan semua ni(nampak x berlagak nya tu) 

ada dikalangan rakan2 yang lemas, tertelan air deras dan langgar batu pun ramai. tapi kami semua enjoy je dengan aktiviti ini. kalau mereka tanya nak repeat aku rasa aku orang pertama yang angkat tangan.. blueeeekkkk




selesai je aktiviti tubing jam menandakan waktu senja dalam lingkungan 6.30pm. kami bersiap untuk makan malam dan aktiviti malam hanya santai BBQ serta sharing daripada CBM hebat team Abg Long. sangat terinspirasi dengan sharing mereka kerana mereka juga bermula dari bawah yang tiada apa2 yang hutang banyak yang menghadapi masalah kewangan serta masalah kesihatan.

nak berjaya perlu usaha tapi abg long nasihatkan supaya kita berserah dahulu kepada DIA yang maha ESA dalam semua perkara yang kita lakukan. do smart dan sentiasa berdoa supaya apa yang kita usahakan akan terus dapat redha dariNYA.

Related Post:

  • HATI TENANG DAN LAPANG HATI TENANG DAN LAPANG ❀Manusia yang kaya dan beruntung sebenarnya adalah mereka yang memiliki hati yang tenang dan lapang.Sebenarnya kita selalu lupa bahawa hati kita itu A
 Read More
  • Belajar Personal Brandingpada 16/07/2022 yang lalu aku belajar personal branding dengan keret. banyak gila benda yang aku belajar dan sangat memuaskan. lepas aku mengikut basic ini aku telah membeli pembel
 Read More
  • Doa Hari Khamis đŸ’šDoa Hari KhamisđŸ’šŰšÙŰłÛĄÙ€Ù€Ù€Ù€Ù€Ù€Ù€Ù€Ù€Ù…Ù ٱللهِ Ù±Ù„Ű±ÙŽÙ‘Ű­ÛĄÙ€Ù…ÙŽÙ€Ù°Ù†Ù Ù±Ù„Ű±ÙŽÙ‘Ű­ÙÙ€Ù€Ù€Ù€Ù€Ù€Ù€ÙŠÙ…ÙYa Allah bantulah aku mengingatimu, memsyukuri nikmatmu dan memperbaiki ibadah kepada mu.Ya Allah Eng
 Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment