Tiktok Mekyuhhh

Showing posts with label cErPeN. Show all posts
Showing posts with label cErPeN. Show all posts
Wednesday, 8 October 2014

Sahabat

Kita layan cerpen pendek.. cerita ni sy ambk dr blog sape tah, lpa nak save url dia. Sori yea...

"SAYANG, bersabarlah. Duduk dulu. Tenangkan fikiran," Iqmal mengusap bahu Syazana lalu dibawanya gadis itu ke kerusi berhampiran. Syazana masih belum berhenti menangis.
"Macam mana Syana nak tenang, Mal? Ari ada di dalam! Dia kemalangan disebabkan Syana! Syana tidak akan memaafkan diri Syana sekiranya apa-apa berlaku pada Ari," lafaz Syazana dalam sedu sedannya.
"Mal, Syana rasa bersalah sangat. Demi Tuhan, Syana tidak mengharapkan semua ini akan terjadi. Syana mohon maaf pada Mal. Mal sanggup mengorbankan hati dan perasaan Mal demi Syana dan juga kebahagiaan Ari. Syana cuma ingin melihat Ari bahagia. Sejak Mal menerima Ari, Syana tidak pernah melihat Ari sebahagia itu. Malangnya, bahagia Ari cuma seketika. Ari sudah dapat menghidu perbuatan Syana,"
"Syana…" bisik Iqmal, begitu lembut di halwa telinga Syazana. Jari jemari Syazana diraih dan diusap mesra.
"Syana, Mal tak berkecil hati pada Syana. Malah, Mal bangga kerana menyayangi gadis berhati suci seperti Syana. Pengorbanan yang Mal lakukan ini tidak sebesar mana. Demi Syana, lebih dari ini juga sanggup Mal lakukan. Mal ingin membuktikan pada Syana betapa Mal begitu mencintai Syana. Ari tidak mampu menjadi pengganti di hati Mal. Hanya Syana…"
"Mal, Mal pernah janji pada Syana yang Mal akan cuba menyayangi Ari?" duga Syazana. Iqmal diam. Tangan Iqmal menjauhi tangan Syazana. Syazana terkejut namun tidak ambil hati. Iqmal tertunduk. Rambutnya diraup beberapa kali.
"Itulah janji Mal yang tidak mampu Mal tunaikan, Syana. Di hadapan Ari, Mal berjaya berlakon menyayangi dirinya namun di hati Mal sendiri, Mal tidak dapat melakukannya. Maafkan Mal, Syana. I just can’t do it..." begitu lemah suara Iqmal. Syazana mengetap bibir.
"Patutnya dari mula lagi Syana tidak seharusnya membuat permintaan yang bukan-bukan, kan?" luah Syazana tanpa memandang Iqmal. Riak penyesalan jelas terbit di wajah itu.
"Syana…"
Syazana memejamkan matanya. Beberapa saat selepas itu, mutiara jernih sekali lagi menjadi teman.
"Syana bodoh, Mal. Syanalah yang bersalah…" rintihnya, pilu.
Iqmal membawa Syazana ke dalam pelukannya, berharap agar tangisan kekasih hatinya itu reda. Syazana tidak membantah, malah disembamkan kepalanya ke dada Iqmal. Dia menangis di situ.
"Semua ini ketentuan Tuhan, sayang. Bukan salah sayang, bukan juga salah Ari. Sesiapapun tidak bersalah dalam hal ini. Kita sama-sama berdoa, agar Ari akan selamat. Ok? Sudahlah. Jangan menangis lagi," diseka air mata Syazana yang membasahi wajah putih bersih itu.
Syazana mengangguk-anggukkan kepalanya. Doanya tidak putus-putus buat Arianna. Seketika, air mata di pipinya semakin kering.
------------------------------------
"Doktor, bagaimana dengan keadaan sahabat saya?" Syazana terus bertanya sebaik sahaja seorang doktor keluar dari bilik kecemasan itu. Iqmal turut mendekati. Masing-masing mengharapkan khabar baik dari doktor itu setelah sabar menanti selama beberapa jam itu.
"Keadaannya sangat kritikal. Dia kehilangan banyak darah. Paling merumitkan, darah jenisnya susah didapati di hospital ini. Kami perlukan darah itu segera. Dia mungkin dapat diselamatkan sekiranya ada sesiapa dari ahli keluarganya yang sudi mendermakan darah kepadanya, atau ada orang yang sejenis darah dengannya," doktor itu menerangkan.
Iqmal berbisik di telinga Syazana agar tidak didengari oleh doktor itu.
"Macam mana ni, Syana?"
"Apakah jenis darah itu,doktor?" Syazana bertanya lagi, langsung tidak diendahkan bisikan Iqmal di telinganya tadi.
"O positif,"
Pantas Syazana mengeluarkan dompet dari tas tangannya. Dikeluarkan pula sekeping kad dalam dompet itu. Syazana tersenyum lalu mengucapkan seribu syukur. Dihulurkan kad itu kepada doktor.
"Doktor, saya sejenis darah dengannya. Izinkan saya menderma!"
-------------------------------------
SYAZANA telah dibawa ke dalam satu bilik khas. Dia diarah untuk berbaring di atas sebuah katil. Lengan kanannya disuntik. Seketika, dia melihat darahnya yang sudah mengalir keluar dari tubuhnya menerusi tiub jernih. Serentak, ingatannya terimbas pada kejadian tadi..
"ARI! Tunggu!" jerit Syazana kepada Arianna yang semakin melangkah jauh daripadanya. Dia perlu menjelaskan segalanya kepada Arianna. Arianna salah faham! Apa yang dilihatnya sebentar tadi bukan seperti apa yang difikirkannya. Dia bukan begitu!
"Ari! Tunggu dulu. Please! Dengar dulu penjelasan saya," rayunya. Tangan Arianna diraih tetapi Arianna pantas merentapnya. Kakinya semakin laju menapak. Syazana masih tidak berputus asa. Diikut sahaja jejak kaki Arianna itu.
"Awak… janganlah macam ni. Saya boleh jelaskan. Apa yang awak lihat tadi bukan seperti yang awak fikir,"
Arianna berhenti menapak. Mata berairnya memandang seraut wajah Syazana. Pandangannya penuh dengan kebencian dan dendam. Sampai hati Syazana mempermainkan perasaannya, sahabat yang paling disayangi dan dipercayainya. Jika dia tidak berpatah balik untuk mengambil buku notanya di dewan kuliah, pasti sampai mati dia tidak akan mengetahui sandiwara Syazana di belakangnya!
"Apa yang saya lihat bukan seperti apa yang saya fikir? Sudahlah. Jangan tipu saya lagi! Saya sudah nampak segala-galanya," Arianna meneruskan langkahnya. Syazana pula terus mengejar Arianna dari belakang. Langsung tidak dipedulikan mata-mata yang memandang mereka.
"Ari!" Syazana menarik semula tangan Arianna. Kali ini lebih kuat. Arianna sendiri tidak mampu untuk menepisnya.
"Ari, tolonglah. Dengarlah dahulu penjelasan saya. Saya langsung tidak mempunyai niat untuk mempermainkan awak. Saya merayu pada awak. Janganlah buat saya macam ni. Saya sedih bila awak berkelakuan macam ini," air matanya mulai gugur ke pipi. Dia tersentuh dengan sikap dingin Arianna.
Arianna tersenyum sinis meskipun tubir matanya sendiri turut ditakungi air mata, cuma hanya menunggu masa untuk jatuh ke pipi.
"Jangan buat awak macam ni? Buat apa? Siapa yang patut jangan buat kepada siapa sekarang ni? Selama ini, saya meluahkan segala apa yang saya rasa tentang Iqmal pada awak. Awak tahu saya mempunyai perasaan istimewa terhadap Iqmal. Kita pernah berjanji, tiada rahsia antara kita. Malangnya pada hari ini, saya telah mengetahui rahsia yang sepatutnya setahun lepas sudah saya tahu! Sampai hati awak,Syana? Kenapa awak tak beritahu saya? Kenapa awak tak beritahu saya yang sebenarnya awak dan Iqmal sepasang kekasih?!"
"Sebab awak sahabat saya! Awak kawan saya,Ari,"
"Sahabat? Ah, apa ada pada sahabat awak tu! Sahabat tikam dari belakang!" Arianna menarik kembali tangannya lalu memintas jalan tanpa memandang ke kiri dan kanan. Tiba-tiba…
"Ari!!!" jerit Syana, namun jeritan itu langsung tidak dapat didengari oleh sekujur tubuh yang sudah kaku dan berlumuran darah itu…
-------------------------------------------
ARIANNA membuka kelopak matanya yang terasa perit. Tubuhnya begitu lemah dan tidak mampu untuk bergerak. Matanya merenung persekitaran yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Di manakah aku? Hospitalkah? bicara hatinya setelah mendapati dirinya berbaring di katil hospital.
Pintu bilik dibuka. Kelihatan seorang perempuan berbaju jururawat tersenyum kepadanya. Jururawat muda itu datang menghampiri Arianna.
"Arianna? Baguslah awak sudah sedar," ucap jururawat yang tidak diketahui namanya itu.
"Nurse… apa sudah jadi kepada saya?" Arianna bertanya. Dia langsung tidak mengingati apa-apa.
"Awak mengalami kemalangan jalan raya. Awak telah dilanggar oleh kereta semasa melintas jalan. Keadaan awak agak kritikal kerana awak banyak kehilangan darah. Tambahan pula, darah jenis awak sudah ketiadaan stok di hospital ini. Mujurlah sahabat awak yang kebetulan sama jenis darah dengan awak sudi mendermakan darahnya kepada awak," panjang lebar jururawat itu menerangkan.
Arianna mengerutkan dahi. Pelik. Siapa pula yang sudi mendermakan darahnya kepada aku?
"Sahabat saya? Siapa?"
"Saya tidak tahu nama sahabat awak itu. Dia bertudung, berkulit cerah, tinggi lampai orangnya dan mempunyai tahi lalat di bawah bibirnya,"
Arianna terus teringatkan Syazana. Tidak syak lagi, Syazana lah yang mendermakan darah kepadanya! Dia cukup yakin!
"Baik sungguh sahabat awak itu. Bukan senang untuk mempunyai sahabat sebaiknya. Dia berada di sini sejak tengahari tadi, setia menunggu sehingga awak sedar," ramah jururawat itu berbicara.
Tiba-tiba pintu diketuk. Berderau darah Arianna melihat kelibat jejaka itu.
\"Iqmal...?\"
------------------------------------------------
"Ari, maafkan saya dan Syana kerana merahsiakan hubungan kami dahulu dari pengetahuan Ari. Kami sedar, Ari berhak untuk tahu. Percayalah, Ari. Syana bukan sengaja untuk merahsiakannya. Ada sebabnya yang Ari tidak tahu,"
"Sebab? Apa sebabnya? Dia sebenarnya mahu saya hanyut dengan perasaan saya sendiri. Itu kan sebabnya? Oh, Tuhan! Alangkah malunya saya! Saya mempunyai perasaan istimewa terhadap kekasih kepada sahabat baik saya sendiri! Prinsip yang paling ingin saya jauhi selama ini benar-benar terjadi kepada saya. Kalau saya tahu lebih awal, tentu saya akan menolak perasaan ini jauh dari saya. Kenapa baru sekarang saya dapat tahu? Awak takkan faham apa saya rasa. Saya cukup sayangkan Syana. Dialah sahabat paling baik, jujur, penyayang yang pernah saya ada selama ini, tetapi saya telah dipermainkannya hidup-hidup!"
"Awak jangan kata begitu, Ari. Awak tidak tahu hal yang sebenarnya…"
"Hal apa? Hal yang mengatakan awak dan Syana sebenarnya sepasang kekasih?" pintas Arianna.
"Ari, boleh tak awak jangan berkata begitu terhadap Syana? Awak tak tau dia telah melakukan segalanya demi awak. Dia sanggup berkorban untuk kebahagiaan awak. Saya tahu, awak mungkin rasa Syana telah mempermainkan perasaan awak tapi tahukah awak perasaan yang Syana alami sekarang? Dia begitu sayangkan awak. Dia sanggup lakukan apa saja demi awak.."
"… sehingga Syana telah meminta putus dari saya dengan harapan saya menerima awak sebagai teman istimewa. Pada mulanya saya menolak sekeras-kerasnya permintaan bodoh Syana itu, tetapi Syana seakan mengugut saya. Sekiranya saya sayang padanya, saya perlu menunaikan permintaannya itu. Awak sendiri faham tak apa yang saya rasai? Syazana menepikan saya demi sahabatnya, iaitu awak Ari! Syana sendiri kata sekiranya dia perlu memilih di antara awak dan saya, dia tidak ragu-ragu untuk memilih awak. Saya sedih… tetapi perasaan saya pada dia tidak pernah berubah malah semakin mendalam. Saya tidak mampu lagi untuk membohongi diri saya. Namun saya percaya pada kata-kata ‘Cinta tidak semestinya memiliki’. Saya sedar, saya tidak lagi memiliki Syana tetapi saya memiliki hati dan cintanya,"
"Cukup, Iqmal! Cukup! Saya tak mahu dengar itu semua!" Arianna menekup telinganya. Hatinya pilu mendengar ucapan Iqmal. Semuanya berbaur perasaan cintanya terhadap Syazana. Perasaan marah dan sedih bercampur baur. Di antara percaya atau tidak.
"Ari, saya tidak berniat…"
"Ya! Awak memang berniat. Niat awak untuk memperkecilkan saya! Sekarang saya nak awak keluar! Keluar dari bilik ini, Mal! Keluar!"
Iqmal akur. Sebaik sahaja Iqmal berlalu pergi, Arianna meluahkan segala air matanya di situ.
‘Syana, maafkan saya…’
---------------------------------
SYAZANA menghela nafas lega apabila seorang jururawat memberitahu bahawa Arianna sudah sedar. Dia pantas melangkah menuju ke wad yang menempatkan Arianna di situ. Tombol pintu dipulas. Kelihatan sekujur tubuh Arianna sedang berbaring lesu di atas katil. Kepalanya berbalut. Syazana kasihan melihat keadaan sahabat yang begitu dikasihinya itu.
"Ari…" bisik Syazana, tidak mahu mengejutkan Arianna.
Arianna berpaling. Mata mereka bertentangan. Syazana tersenyum namun tidak bagi Arianna. Syazana mengeluh di dalam hati. Pasti sahabatnya itu masih marah kepadanya. Namun, Syazana cuba untuk berlagak biasa.
"Ari… syukurlah awak sudah sedar. Saya risaukan awak. Mujurlah awak tidak mengalami kecederaan serius,"
Arianna diam, langsung tidak bersuara. Suasana hening buat seketika. Syazana tidak selesa dengan keadaan itu.
"Saya haus," Arianna tiba-tiba berkata.
Syazana tersentak. "Ha? Oh, ya. Awak haus? Saya ada bawakan air untuk awak," Syazanna menuangkan air yang diminta oleh Arianna ke dalam gelas. Dia turut membantu Arianna yang lemah untuk mengangkat tubuhnya itu. Sebaik sahaja Syazana mahu memberikan gelas itu kepada Arianna, dia terus memeluk Syazana dengan erat. Kedengaran esakan kecil di halwa telinga Syazana. Dia turut membalas pelukan sahabatnya itu. Air matanya turut menitis.
\"Awak… kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa awak merahsiakan perkara ini daripada saya? Kenapa awak tidak memberitahu saya bahawa Iqmal itu sebenarnya teman istimewa awak?" ucap Arianna dalam tangisan yang cuba ditahan.
"Maafkan saya,Ari. Saya tahu saya tidak sepatutnya merahsiakan hal ini daripada awak. Saya tidak tahu macam mana nak beritahu awak. Saya takut awak akan terluka dan membenci saya,"
"Sekarang pun saya sudah rasa terluka awak,"
Syazana terpempan.
"Kalau awak beritahu saya sejak dari dulu lagi, mungkin saya tidak akan rasa terluka begini. Saya memang sukakan Iqmal, tetapi saya tidak mungkin akan sukakan lelaki yang sudah mempunyai teman istimewa. Apatah lagi, teman istimewa Iqmal itu adalah sahabat baik saya sendiri. Selama ini saya meluahkan segala apa yang saya rasa tentang Iqmal pada awak. Awak pula selalu cakap pada saya yang kami berdua sepadan. Apa maknanya semua itu? Saya dapat menerima hakikat hati Iqmal bukan untuk saya. Masalahnya, kenapa awak tidak beritahu saya? Kenapa, Syana? Kenapa?"
"Ari, saya betul-betul minta maaf. Saya yang bersalah. Sepatutnya saya lebih berfikir dalam bertindak. Disebabkan saya, awak mengalami kemalangan. Saya pasti tidak akan memaafkan diri saya sekiranya apa-apa kejadian menimpa diri awak. Saya memang seorang sahabat yang tidak berguna," Syazana memegang erat jari jemari Arianna. Dia benar-benar mengharapkan kemaafan dari Arianna. Dialah yang bersalah dalam hal ini.
"Memang awak tidak berguna! Tetapi sekarang… tidak lagi,"
Syazana mengangkat wajahnya. Dia tidak memahami maksud Arianna.
"Saya sudah tahu segalanya, Syana. Kerana awak, saya nyaris mati akibat kemalangan… dan kerana awak juga, saya hidup semula dengan darah yang awak dermakan kepada saya. Awak memberi saya kebahagiaan, Syana… dan awak juga telah mengajar saya erti penderitaan. Jika kemaafan yang awak minta, sudah tentu saya akan memaafkan awak. Bahkan jika nyawa juga awak perlukan, saya juga sanggup berikan kepada awak,"
"Ari….." Syazana merangkul semula tubuh Arianna. Hatinya begitu tersentuh dengan luahan Arianna.
"Saya sayangkan awak, Syana…"
"Saya juga, Ari…"
Tiba-tiba tombol pintu bilik itu dibuka. Seraut wajah yang cukup dikenali membuatkan mereka berdua masing-masing terdiam. Syazana memandang Arianna. Namun, reaksi Arianna tidak diduga. Dia hanya membuat muka selamba.
"Awak tak nak masuk ke? Awak nak tercegat saja di situ?" Arianna mengusik Iqmal. Syazana terpana. Arianna ketawa, disusuli oleh Syazana. Iqmal yang menjadi saksi drama sebabak itu turut tersenyum. Syazana kini mampu menarik nafas lega. Dia nekad! Arianna adalah sahabatnya, dunia dan akhirat!
Sunday, 9 October 2011
tadi singgah kat blog zon cinta banyak tol info2 best berkenaan cinta. yang paling aku suka yang dekat bawah nie. aku copy untuk tatapan aku dan pembaca blog aku nie...

cerita nie gak aku tuju kepada orang tersayang... mr hubby



Mia mengerling jam di dinding.Sudah jam 1 pagi namun kelibat suaminya masih belum kelihatan. Dia mengeluh perlahan. Sejak akhir-akhir ini suaminya amat sibuk. Dia bangun dari sofa untuk melangkah ke kamar tidurnya. Tidak lama kemudian dia mendengar pintu utama dikuak.
“Abang dah balik ya.” Mia bergegas kepada suaminya.
“Ya. Mia tunggu abang ke?” Syafiq bertanya perlahan.Wajah Mia ditenung lama.
“Tadi Mia tunggu abang.Tapi abang lambat sangat balik.Elok je Mia nak masuk bilik,abang dah balik.” tutur Mia lembut.
“Maaf ye sayang. Abang banyak kerja sangat di pejabat.” Syafiq serba salah. Dia kasihan kepada isterinya. Bukan dia sengaja hendak balik lewat malam begitu.
“Tak apa bang. Abang dah makan?”
“Dah tadi kat kafe pejabat. Sayang tak mengantuk lagi?” Syafiq bertanya sambil tangannya memeluk erat pinggang isterinya.
“Belum lagi..”
“Jom kita duduk di sofa.” Syafiq menarik tangan isterinya.
“Penat sangat ke bang?” terbit rasa kasihan di hati Mia melihat wajah lesu suaminya. Tangannya lincah memicit-micit bahu Syafiq.
“Penatlah juga.Kerja tak habis-habis.” Syafiq memejamkan matanya menikmati urutan lembut Mia di bahunya.
“Abang janganlah paksa diri abang sangat. Kalau penat,rehat. Kerja tu boleh sambungkan.”
“Abang tak suka tangguh-tangguh kerja. Sayang pun tahukan. Eh, Ikin dah tidur ya?”
“Dah lama tadi. Dia tunggu abang sampai tertidur.”
“Kasihan anak abang tu..” Syafiq meleretkan kata-katanya.
“Kat mama dia tak kasihan ke?” Mia menduga.
“Kat mama dia lagi kasihan. Abang rindu sangat kat Mia. Yelah,pagi-pagi abang ke pejabat. Balik pula lewat.Tak sempat abang nak bermanja dengan isteri abang ni.” Syafiq mengusap-usap lembut leher Mia.
Mia senyum. Dia pun rindukan suaminya. Walaupun tinggal sebumbung,kadang-kadang dia berasa amat jauh dengan suaminya. Adakala tercalit juga perasaan curiga di hatinya. Dia takut suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain. Tapi sebelum perasaan curiga itu menyelubungi seluruh hatinya,dia pantas mengusir jauh perasaan curiga tersebut. Dia yakin dengan suaminya. Suaminya tidak pernah menipunya selama ini.
“Mia..jangan prasangka terhadap abang ya. Abang balik lewat sebab kerja. Abang tak buat benda bukan-bukan di belakang Mia. Mia percayakan abangkan?”  Syafiq seperti dapat menduga gelora di hati Mia.
“Mestilah Mia percayakan abang..” Mia mengucup lembut pipi suaminya.
Syafiq tersenyum bahagia. Mia amat memahami dirinya. Bagi dirinya, Mia adalah seorang isteri yang sempurna. Makan pakainya tidak pernah terabai. Sungguh,dia amat menyayangi dan mencintai isterinya itu. Walaupun berjuta dugaan yang datang melanda, cintanya terhadap Mia tetap teguh.
————————————————————————————————————
Mia memandang kesekeliling rumah. Hatinya kosong. Dia berasa amat sunyi. Waktu begini dia amat mengharapkan Syafiq berada di sisinya. Dia rindukan bisikan cinta Syafiq. Dia rindukan belaian mesra Syafiq. Dan dia rindukan segalanya tentang lelaki itu. Tapi walau sebanyak mana pun dia rindukan Syafiq, dia mengerti kerinduannya tidak akan terubat. Sejak Syafiq dinaikkan pangkat menjadi Pengarah Urusan, suaminya itu sudah tidak mempunyai banyak ruang untuknya dan juga untuk anak mereka. Sudah lima tahun perkahwinan mereka dan sebelum ini dia tidak pernah berasa sunyi seperti ini. Dia mahukan rumahtangga mereka seperti dulu. Mia melepaskan nafasnya perlahan.
“Mama..papa mana?” Ikin yang baru berusia 4 tahun bertanya.
Pertanyaan Ikin mengejutkannya dari lamunan. Dia menatap wajah mulus Ikin. Rasa sedih menyerbu hatinya. Si kecil itu juga merindui papanya.
“Papa kerja sayang..” Mia mengusap pipi tembam Ikin.
“Bila papa balik?” anak kecil itu bertanya lagi.
“Malam nanti papa balik. Kita tunggu papa sama-sama ya nanti.” Dia tahu Ikin juga rindukan Syafiq. Mana taknya,Syafiq ke pejabat ketika Ikin masih enak tidur. Dan ketika Syafiq balik,Ikin sudah pun tidur.
Ikin mengangguk seakan mengerti. Dia meneruskan bermain permainannya.
Mia kembali mengelamun. Rasa bosan masih menguasai hatinya. Dia hendak berkerja tetapi Syafiq tegas melarangnya. Syafiq mahukan dia berada di rumah. Dan yang paling penting Syafiq mahu dia yang menjaga Ikin saban waktu. Kerana taatkan suami,dia mengikut kehendak Syafiq tanpa ragu.
—————————————————————————————————————–
Syafiq mengurut-urut lehernya. Lenguhnya mula terasa. Dari tadi dia tekun menyiapkan tugasannya. Dia menarik nafas panjang lalu dihembus perlahan. Matanya melekat pada gambar berbingkai yang terletak elok di atas mejanya. Diambil gambar berbingkai tersebut.Bibirnya mengukir senyum. Gambar Mia yang sedang mendukung Ikin dipandang lama. Saat itu rindu kepada Mia menerjah sanubarinya. Dan dia tahu isterinya itu juga merinduinya.Dia dapat merasakannya.
“Maafkan abang sayang. Abang tak dapat selalu temankan Mia. But I always love u..” kata Syafiq sambil matanya masih tetap menatap gambar tersebut.
Ketukan di pintu biliknya mengganggu emosinya ketika itu.
“Masuk.” Syafiq sedikit menjerit.
“Hai Fiq.Busy ke?” Amran bertanya.
“Agakla..” pendek jawapan Syafiq.
“Busy dengan gambar isteri kau tu ya?” Amran tersengih. Matanya mengerling bingkai gambar yang berada di tangan Syafiq.
“I miss her so much..” luah Syafiq.
Amran ketawa. Kemudian dia mengeleng-ngelengkan kepalanya. “Fiq,kau tu dah lama kahwin. Tapi macam pengantin baru. Bukannya kau duduk jauh dengan isteri kau.”
“Memanglah. Semakin hari aku semakin rindukan dia, semakin cintakan dia. Walaupun kami tinggal bersama, kami jarang berbicara. Kau pun tahukan, aku sibuk dengan kerja.”
“Kau tu yang gila kerja Fiq.” bidas Amran.
“Bukan gila kerja. Kerja yang selalu menghambat aku. Sampai aku dah tak boleh lari dah.” Syafiq mengeluh perlahan.
“Hidup ni kena berkorban Fiq. Aku datang ni nak bagitahu kau, petang ni ada mesyuarat. Jangan tak datang pula.” Amran berpesan sebelum melangkah keluar dari bilik Syafiq.
Mesyuarat lagi? Syafiq mengeluh untuk kesekian kali. Dia baru bercadang untuk pulang awal. Dia rindukan isteri dan anaknya. Tapi niatnya itu terpaksa dibatalkan. Dia melihat jam di pergelangan tangannya. Sudah jam 4 petang. Dan dia tahu mesyuarat yang akan berlangsung nanti sudah pasti akan lambat habis. Dan dia juga sudah pasti akan pulang lewat. Syafiq mengeluh lagi. Saat itu wajah Mia dan Ikin datang silih berganti di ruang mindanya.
———————————————————————————————————————
Syafiq menapak ke dalam rumah. Rumahnya gelap. Hanya cahaya dari tv yang menerangi ruang tamu rumahnya.D ia mencari kelibat isterinya. Dalam cahaya yang samar dia melihat susuk tubuh isterinya yang berbaring di sofa. Perlahan-lahan dia mendekati isterinya. Isterinya itu telah nyenyak tidur. Syafiq duduk di atas lantai betul-betul berhadapan dengan isterinya. Tangan kanannya mengelus perlahan rambut Mia. Wajah putih bersih Mia ditatap penuh minat.D ia terleka menatap wajah indah milik isterinya. Wajah itu tetap cantik dan masih mampu mencairkan hatinya. Hembusan nafas Mia dapat ditangkap oleh telinganya walaupun perlahan. Syafiq menngucup lembut pipi Mia. Kasihnya terhadap Mia semakin menggunung dari ke hari. Dan cintanya terhadap isterinya itu semakin bercambah dari hari ke hari. Perlahan-lahan Syafiq mengangkat tubuh genit Mia. Dia tidak mahu mengganggu lena isterinya.
“Abang dah lama balik?” Mia menggeliat kecil dalam rangkulan suaminya.
“Baru je.” matanya melekat di wajah Mia.
“Kenapa tak kejutkan Mia. Susahkan abang je nak usung Mia.” Mia melingkarkan kedua-dua tangannya di leher Syafiq. Bibirnya tersenyum manis.
“Abang tak nak kejutkan Mia tadi.L ena betul abang tengok Mia tidur.” senyuman manis Mia menggetarkan jiwa lelakinya.
Syafiq membaringkan Mia ke atas katil. Ditariknya comforter menyelimuti tubuh Mia. Selepas itu dia duduk di birai katil bersebelahan dengan isterinya. Wajah Mia ditenung tidak berkelip.
“I’m sorry honey..Abang balik lewat lagi.” rasa bersalahnya membalut hati.
“Syyhh..tak payah minta maaf. Abang ada mesyuaratkan. Tak apa. Lagipun abang dah call Mia bagitahu abang ada mesyuarat.” Mia menggenggam erat tangan suaminya.
“I love you so much sayang..” Syafiq berkata tiba-tiba. Ungkapan itu lahir ikhlas dari dasar hatinya.
“I love you too..” balas Mia. Dia megucup tangan suaminya.
“Mia tidur dulu ya. Abang nak jenguk Ikin kejap. Lepas tu abang nak mandi.” selepas berkata-kata,Syafiq mengucup bibir mungil Mia.
Mia hanya tersenyum dan mengangguk.
Syafiq membuka pintu bilik Ikin perlahan. Anak kecilnya itu sedang lena diulit mimpi. Perlahan-lahan dia mencium dahi anaknya. Selepas itu diusap-usap kepala anak kesayangannya itu. Bibirnya mengukir senyum.
“Maafkan papa sayang…” bisiknya di telinga Ikin seolah-olah Ikin dapat mendengar bicara yang tercetus dari bibirnya.
Ikin menggeliat. Terasa lenanya diganggu. Dengan pantas tangan Syafiq menepuk-nepuk belakang anaknya. Dia menunggu sehingga anak kecil itu lena kembali.
————————————————————————————————————————
“Abang minta maaf. Abang tak boleh temankan Mia pergi kenduri tu hari ni.” Syafiq serba salah untuk menuturkan ayat itu. Namun dia tiada pilihan.
“Kenapa bang?” Mia menyoal. Kecewa mula menguasai jiwanya.
“Abang ada meeting. Tadi baru abang dapat call.”
“Tapi semalam abang dah janji dengan Mia..” kata-katanya dileretkan. Mengharap simpati dari suaminya.
“Abang minta maaf. Tiba-tiba hari ni ada meeting. Dan meeting tu penting.” Syafiq menjelaskan.
“Mia ni tak pentinglah?” tanya Mia tidak puas hati. Tangkai hatinya seperti ditarik-tarik saat itu. Pedih di hati hanya tuhan saja yang tahu.
“Please sayang.. Mia pun penting. Mia hidup abang..” Syafiq memeluk kejap bahu Mia.
Mia melepaskan diri dari pelukan Syafiq. Hatinya menjadi tawar. Dengan langkah yang longlai dia menapak ke balkoni bilik. Angin dari luar menghembus wajahnya. Dia hanya membiarkan. Mengharap angin dapat menyejukkan jiwanya yang sedikit membara ketika itu. Sebak yang membuak di dadanya ditahan. Dia tidak mahu air matanya tumpah. Dia harus kuat.
Syafiq mengeluh perlahan. Dia tahu isterinya sedang merajuk. Bukan sekali dua dia mungkir janji terhadap isterinya tapi berkali-kali.dan setiap kali itulah Mia akan memaafkannya. Bukan dia sengaja mungkir janji. Bukan dia sengaja mahu menyakiti hati isterinya. Tubuh Mia yang membelakangi dirinya dipandang. Dia melangkah ke arah Mia.
“Sayang..” panggilnya lembut.Syafiq memeluk Mia dari belakang.
Mia hanya diam. Dia sudah malas mahu berkata-kata. Tangan Syafiq yang melingkar kemas di pinggangnya dibiarkan.
“Sayang marah abang ya?” Syafiq mengucup lembut cuping telinga Mia.
“Mia dah tak larat nak marah-marah bang.Abang tu selalu busy.” Mia memaksa dirinya untuk berkata-kata.
“Maafkan abang ya. Abang janji. Lepas projek di Sungai Buloh tu selesai, abang akan temankan Mia. Sayang nak pergi mana pun abang ikut.” Syafiq memujuk. Bibirnya dibenamkan ke leher isterinya.
“Abang selalu macam tu. Berjanji bagai nak rak,t api asyik mungkir janji je.” bidas Mia.
“Come on dear.. Kali ni abang betul-betul janji.” Syafiq memalingkan tubuh Mia mengadapnya. Wajah Mia masam mencuka. Tiada senyuman untuknya.
“Eloklah tu tunjuk muka masam kat suami. Tak nak masuk syurga ke?” sakat Syafiq.
Mia hampir tergelak mendengar kata-kata Syafiq. Rajuknya sudah tidak menjadi. Pantas tangannya menumbuk manja dada Syafiq. Suaminya itu memang pandai memujuk.
“Macam tulah. Kan manis kalau senyum. Mia tahu tak senyuman Mia ni lah yang buat abang tak lari kemana-mana. Abang setia dengan Mia je.” Syafiq mengusik. Dia lega melihat Mia sudah boleh tersenyum.
“Mia pegang janji abang tadi tau. Kalau abang mungkir lagi, siap abang.” Mia mengugut.
“Iye.. abang akan tunaikan janji abang tu. Eh si comel abang tu tengah tidur ya?” Syafiq baru teringat akan Ikin.
“Tidur lagi. Ikin tu selagi tak pukul 10 tak bangunlah dia.”
Syafiq senyum.“Abang pergi dulu.Jaga diri baik-baik. Kunci semua pintu tau.” pesan Syafiq.
“Abang pun hati-hati. Jangan bawa laju sangat.” Mia menyalami tangan suaminya.
Syafiq mengangguk. Dia tunduk mengucup lembut dahi Mia. Syafiq melangkah menuju ke pintu bilik. Sebelum menutup pintu bilik dia memandang isterinya.
“Mia tak pergi kenduri tu?”
“Mia pergi. Tunggu Ikin bangun dulu. Tak sampai hati nak kejutkan dia.”
“Jangan pergi lama sangat. I love you sayang…” Syafiq melambai isterinya.
Mia hanya mengeleng melihat tingkah suaminya.
———————————————————————————————————————–
Mia memandang ke sekeliling restoran. Kelibat lelaki itu belum kelihatan. Dia mengerling jam ditangannya. Dia mendengus perlahan. Lelaki itu sudah lewat 10 minit. Mia kembali menyedut air dari gelasnya. Air oren di dalam gelasnya sudah tinggal separuh.
“Hai..sorry I’m late.”
Mia mendongak. Lelaki tu sedang tersenyum kepadanya.
“Duduklah.” Mia berkata pendek.
“Anak you mana?” tanya lelaki itu.
“Ada kat rumah Mak Su dia.” Mia menjawab.
Lelaki itu meratah setiap inci wajah Mia. Wanita itu masih cantik walaupun sudah bergelar seorang ibu. Sayang wanita itu bukan bergelar ibu kepada anaknya.
“Zam..please jangan tengok I macam tu.” Mia kurang selesa. Dia perasan mata Zamrul tepat menikam wajahnya.
“Salah ke? I rindukan you. Dah lama I cari you. Dan sekarang baru I jumpa you.” dalam hatinya dia bersyukur kerana menghadiri majlis kenduri kawannya. Di majlis itulah dia berjumpa dengan Mia kembali. Kekasih yang menghilang tanpa jejak enam tahun lalu.
“I isteri orang..” Mia mengingatkan statusnya kepada Zam.
“Yes,I know that.” pantas Zamrul berkata.
“You dah kahwin?”  Mia sekadar bertanya untuk menutup gelisah di jiwa.
“Belum..I tunggu you.Tapi I kecewa sebab you dah kahwin dengan orang lain.” Zam berterus terang. Memang dia menunggu Mia selama ini. Tapi dia kecewa kerana Mia sudah menjadi milik insan lain. Dan membuatkan dia lebih kecewa, Mia meninggalkannya tanpa jejak.
“I minta maaf. You jangan ungkit kisah lama tu boleh tak?” Mia lemas dalam jiwanya sendiri. Kisah silam antara dia dengan Zamrul sudah dilupakan sejak dia berkahwin dengan Syafiq. Dan yang membuatkannya terus melupakan Zamrul adalah kerana kasih sayang dan cinta Syafiq yang tidak bersempadan buatnya.
“I bukan nak mengungkit kisah silam kita. I cuma nak tahu kenapa you hilangkan diri dari I macam tu je?” Zamrul inginkan jawapan. Jawapan kepada persoalan yang menghuni benaknya selama 6 tahun. Dan Mia sahaja yang mempunyai jawapan kepada persoalan itu.
“Kalau I tak nak bagitahu?” Mia sengaja menguji. Berat hatinya untuk mengorek semula kisah lama yang sudah tertanam elok di sudut hatinya.
“Intan Damia..please..tell me..” Zamrul sudah merayu. Perasaannya meronta-ronta ingin tahu.
“Sebab I kena kahwin dengan Syafiq.” mudah sahaja jawapan Mia.
“Sebab tu you sanggup tinggalkan I?” Zamrul tidak puas hati mendengar jawapan Mia. Mudahnya Mia melupakan cinta mereka semata-mata untuk berkahwin dengan Syafiq.
“I tak ada pilihan lain. I terpaksa kahwin dengan dia. I tak tahu kami ditunangkan semasa kecil.I tak sampai hati nak beritahu you pasal tu.” Mia membongkar semula kisah lamanya. Rasa bersalahnya melingkari jiwanya.
“You patut bagitahu I. Kita boleh selesaikan masalah tu bersama. Ini tidak,you pergi macam tu je, tak cakap apa-apa kat I.”
“Sudahlah Zam. I dah lupakan semua kisah kita. I sedikit pun tak menyesal kahwin dengan Syafiq. I bahagia Zam..”
“You bahagia,tapi I? You kejam Mia. You bahagia tapi I menderita. You know how much I love you right?” keras suara Zam. Hatinya kembali ditoreh. Luka lama yang hampir sembuh mula berdarah kembali.
“I minta maaf sangat-sangat. Bukan niat I nak kecewakan you. Please understand me..” Mia menahan sebak yang perlahan-lahan menziarah hatinya.
“Sampai sekarang I masih cintakan you..” Zamrul melahirkan rasa hatinya yang tetap tidak berubah. Cintanya terhadap Mia masih melekat kemas di hati.
Mia menatap wajah Zamrul. Lelaki itu masih seperti dulu. Masih tampan seperti dulu dan tiada apa yang berubah tentang lelaki itu. Saat mata Zamrul bertembung pandang dengan matanya entah kenapa jantungnya memainkan irama kencang. Irama sama yang pernah dimainkan oleh hatinya 6 tahun lalu ketika dia bersama lelaki itu. Dia tunduk. Dia kalah dengan renungan mata Zamrul. Terasa panahan tajam mata Zamrul meresap masuk ke dalam sanubarinya.Sedang asyik mindanya memutar kembali rakaman kisah silamnya dengan Zamrul,wajah Syafiq menari-nari di tubir matanya. Dia mengucap panjang,sedar hatinya curang saat itu.
“I balik dulu. I takut anak I menangis ditinggalkan lama-lama sangat.” Mia rasa itulah alasan terbaik untuk dia mengundur diri.
Zamrul mengangguk. Pedih di hatinya di tahan. Dia memandang sayu langkah Mia. Wanita itu bukan lagi miliknya..
———————————————————————————————————————–
Mia memandang Syafiq yang sedang lena tidur di sebelahnya. Wajah suaminya amat tenang ketika tidur. Kadang-kadang dengkuran halus Syafiq jelas kedengaran di telinganya. Dia melihat jam loceng di sisi katil. Sudah jam 2 pagi namun matanya masih segar. Entah mengapa sejak dia bertemu kembali dengan Zamrul, dia sukar menidurkan matanya. Ingatan terhadap lelaki itu semakin kuat mengetuk pintu hatinya. Perlahan-lahan dia bangun dari katil. Kakinya diatur ke arah balkoni bilik. Sebaik sahaja dia membuka jendela balkoni, angin pagi terus menerpa tubuhnya. Kesejukan mula membalut dirinya. Pantas dia memeluk tubuh. Matanya memandang ke arah luar. Hanya kegelapan malam yang dijamu matanya. Dia mengeluh perlahan. Kenangan silam antara dia dengan Zamrul kembali menerjah memori ingatannya. Dia menutup mata cuba mengusir jauh kenangan tersebut. Kenangan indah yang diakhiri dengan perpisahan itu cukup merobek hatinya. Hatinya sudah tiada buat insan yang bernama Ahmad Zamrul. Dia telah menyerahkan seluruh hatinya kepada suaminya. Dan suaminya hanya berhak yang menjadi pemilik hatinya. Namun mengapa saat itu wajah Zamrul sukar dikikis dari ingatannya?
“Sayang..”
Mia tersentak dari lamunannya yang panjang. Terasa hangat tubuh suaminya melekap di badannya.
“Ya bang..” Mia turut memeluk suaminya.
“Kenapa tak tidur lagi ni?” Syafiq sedikit hairan. Biasanya waktu begini isterinya itu sudah enak dibuai mimpi.
“Mia tak mengantuk..” jujur jawapannya.
“Mia berangan pasal abang ya..” Syafiq menyakat.
Mia diam. Dia berasa bersalah yang amat sangat. Tidak patut seorang isteri memikirkan lelaki lain selain suaminya. Tapi dia?
“Abang rindukan Mia. Abang rasa kita dah jauh sikit. Salah abang sebab selalu tiada masa dengan Mia dan Ikin.” Syafiq menyalahkan dirinya. Tuntutan kerja membuatkannya dia alpa terhadap rumahtangganya.
“Abang kerja bukan buat benda tak elokkan.Mia tidak kisah.” Tidak kisah? Betulkah dia tidak kisah? Setiap saat dia amat mengharapkan Syafiq berada di sisinya. Tapi dia hanya pendamkan keinginannya itu.
“Terima kasih sebab memahami abang.” Syafiq mengucup kedua-dua belah pipi Mia.
Mia senyum. Ya,dia memahami suaminya. Tetapi Syafiq? Fahamkah Syafiq yang jiwanya menjerit sunyi setiap hari?
“Jom tidur bang.nanti lewat pula abang pergi kerja esok.” Mia melangkah ke katil tapi ditahan oleh Syafiq. Mia mengangkat kening tanda tidak mengerti.
“Temankan abang kejap. Abang tak puas lagi dengan Mia. Bukan senang kita boleh berdua macam ni.”
“Baiklah bang.” Mia kembali ke dalam pelukan suaminya.
Bibir Syafiq mengukir senyum indah. Damai hatinya bersama isterinya saat itu.Sungguh dia rindukan saat-saat indah bersama isterinya. Tangannya membelai lembut wajah Mia. Haruman mewangi dari rambut Mia sedikit sebanyak membuatkan hati lelakinya resah. Isteri yang dinikahinya 5 tahun lalu masih bisa membuatkan tiang imannya bergegar. Tubuh Mia dipeluk erat.
———————————————————————————————————————–
“I balik dulu ya.”
“Takkan you dah nak balik.Awal lagi ni.” terasa berat hatinya ingin melepaskan Mia pulang.
“Dah lama kita keluar.” Mia tidak senang duduk.
“Sabarlah sayang. Kita pergi tengok wayang dulu nak?” ajak Zamrul.
“You ni.. Jomlah balik.”
“Bukan senang nak keluar dengan you tau tak. Banyak je alasan you. Anak you demamlah, you tengah masaklah. Tak larat I nak dengar tau tak?”
Mia tergelak. Alasan-alasan itu memang sengaja direkanya. Dia ragu-ragu untuk keluar dengan Zamrul. Tapi hari itu dia menerima ajakan Zamrul. Dia sudah bosan terkurung di rumah. Dia sudah bosan dengan kesepiannya. Dia juga sudah jemu dengan kesunyiannya. Dan ternyata rasa sunyinya hilang apabila bersama Zamrul. Lelaki itu pandai membeli hati sunyinya.
“Macam mana kalau orang nampak? I tak nak Syafiq tahu nanti.” Mia cemas sendiri. Dia takut tingkah lakunya dapat dihidu Syafiq.
“Kita tak buat benda salahkan.Kita keluar jalan-jalan je.” tutur Zamrul ingin meyakinkan Mia.
Tak salah? Tak salahkah seorang isteri keluar dengan lelaki lain? Itupun tanpa pengetahuan dan keizinan suaminya.
“Lain kali lah kita keluar.”
“No..jom temankan I tengok wayang.” Zamrul menarik perlahan tangan Mia.
Mia tiada pilihan. Akhirnya kakinya mengikut rentak kaki Zamrul. Rasa bersalah yang berkumpul di jiwanya ditolak sejauh mungkin.
————————————————————————————————————————–
‘Abang balik lambat hari ni. Jangan tunggu abang. I miss you..’
Sms ringkas dari Syafiq dipandang lama. Hatinya tidak lagi memberontak. Dia sudah tidak kisah jika Syafiq pulang lewat. Kini dia sudah mempunyai teman di kala dirinya dihempap kesunyian. Zamrul..lelaki itu saban hari tanpa jemu menjadi peneman kesepiannya. Malah dia tidak betah jika tidak berhubung dengan Zamrul. Lelaki itu begitu bijak mencorakkan warna ceria di jiwanya. Lelaki itu juga cerdik mengusir duka dan lara dari sudut hati gelapnya. Bunyi telefon bimbitnya menarik perhatiannya. Sms yang baru diterima dibaca.
‘I tunggu di tempat biasa.’
Sms dari Zamrul membuatkan jiwanya segar. Membuatkan hatinya mekar membunga. Layanan Zamrul membuatkannya lupa tentang status dirinya. Dan Zamrul sendiri pun tidak pernah mengingatkannya tentang itu. Dia bingkas bangun menuju ke bilik untuk bersiap.
“Sampai bila kita macam ni?”
“Maksud you?”  darahnya terasa deras mengalir.
“Yelah. Takkan hubungan kita tak ada penghujung.” Zamrul merenung Mia tidak berkelip.
“Memang hubungan kita tak ada penghujung Zam. Jangan mengharap pada yang tak pasti.” Mia berasa tidak senang dengan apa yang dituturkan oleh Zamrul.
“Tak boleh ke kita bersama?” Zamrul masih mengharap.
“I dah kahwin Zam.” Walaupun masih tercalit sedikit cinta dihatinya untuk Zamrul, mustahil untuk dia bersama lelaki itu. Tapi dia mengakui sayangnya pada lelaki itu semakin bercambah.
“Tinggalkan suami you.” lancar sahaja kata-kata tersebut tercetus dari bibir Zamrul.
“I sayangkan rumahtangga I.”
“You tak sayangkan I?” tanya Zamrul.
Pertanyaan Zamrul membuatkan Mia tersentak. Pantas wajahnya ditundukkan.
“Jawab Mia.. Jujur dengan I..” tangan Zamrul menyentuh dagu Mia. Perlahan-lahan wajah Mia didongakkan.
“I akui. Sejak you hadir semula dalam hidup I memang I gembira. I dah tak rasa sunyi. Sayang I pada you tak pernah hilang sejak 6 tahun lepas. Tapi sayang tu I dah simpan kemas dalam kotak hati I. Dan kalau boleh I tak nak bukanya lagi.” Mia berkata jujur. Baginya tiada apa yang perlu disembunyikan daripada Zamarul.
“Tapi I tahu ia dah terbuka sedikit demi sedikit kan?” soal Zamrul menduga hati Mia.
“Walaupun terbuka, I akan tutup kembali.” tegas suara Mia.
“I tahu susah you nak padamkan cinta kita dulu.”
“Ya..tapi I dah cuba yang terbaik untuk melupakan kisah cinta kita dulu.”
“Tapi you masih tak dapat lupakannya kan?” Zamrul menduga lagi. Dia ingin mengorek isi hati Mia.
“Sudahlah Zamrul.” Dia takut jika hatinya sekali lagi tunduk pada cinta Zamrul. Lelaki itu masih menghuni di sudut hatinya.
`You fikirlah dulu. I tak akan desak you.”
Perlukah dia berfikir? Bukankah dia bahagia bersama Syafiq? Syafiq adalah suami yang terbaik untuknya. Tapi kenapa saat itu hatinya meronta ingin bersama Zamrul?
———————————————————————————————————————–
Syafiq pulang awal hari itu. Dia memandang Mia yang leka menonton tv. Isterinya itu sudah tidak lagi meyambutnya seperti biasa. Perubahan sikap isterinya sejak kebelakangan ini menyesakkan dadanya. Merajukkah Mia? Syafiq menghampiri isterinya.
“Khusyuknya sayang abang ni.” Syafiq melabuhkan punggungnya di sebelah Mia.
“Eh abang. Mia tak perasan abang balik tadi.”
“Tak apa. Sebab hari ni abang balik awal kan? Tu yang tak perasan.” Syafiq melentokkan kepalanya ke bahu Mia. Dia rindu untuk bermanja dengan isterinya.
Mia kekok. Sudah lama suaminya tidak bermanja dengan dirinya. Dia gelisah. Selama ini memang kemesraan dari Syafiq yang diingininya. Tapi malam itu kemesraan Syafiq membuatkan dirinya lemas.
“Kenapa diam saja? Merajuk dengan abang ya?” Syafiq mencuit hidung Mia.
Merajuk? Dia sudah tidak kuasa hendak merajuk. Hatinya tawar saat itu. Tingkah Syafiq yang romanti tidak dapat membeli hatinya.
“Tak lah.Mia okey je..” mendatar suaranya.
“Jangan merajuk, nanti lekas tua.” Syafiq menyakat. Bibirnya bermain-main di leher Mia.
“Sayang..” panggil Syafiq lembut.
“Ada apa bang?”
“Erm layan abang malam ni boleh?” Keinginan untuk bersama isterinya semakin kuat menarik nafsunya.
“Err Mia mengantuklah abang.Lain kali ya.Mia masuk tidur dulu ya.” Mia melepaskan pelukan Syafiq dan terus menuju ke bilik. Dia tidak tahu mengapa mulutnya menolak walaupun hatinya menjerit mahu bersama Syafiq.
Syafiq memandang lesu langkah isterinya. Selama 5 tahun perkahwinan mereka, ini kali pertama Mia menolak keinginannya. Hatinya berdetik hairan.
————————————————————————————————————————–
Zamrul diam menanti bicara daripada Mia.Wanita itu hanya diam seribu bahasa.Seksa jiwanya menanti kata Mia.
“Macam mana?”
“I takkan tinggalkan Syafiq.” muktamad keputusan Mia.
“Please Mia..” Zamrul tidak senang duduk.
“I keliru Zam..” Mia menundukkan wajahnya.
“I tahu masih ada cinta you untuk I kan.”
Mia hanya diam. Dia sudah kehilangan kata-kata. Berdepan dengan Zamrul membuatkan dia lemah. Lemah dek kisah cinta silam yang masih menghantui jiwanya.
Zamrul menggenggam erat tangan Mia. Mia hanya membiarkan. Siapa pilihannya sebenar? Mengapa Zamrul hadir dalam hidupnya saat dia kesepian? Dan kesepian itu adalah punca dia memulakan kembali hubungannya dengan Zamrul.
Syafiq berpaling untuk melangkah. Adegan yang dilihat tadi benar-benar menguji hatinya. Matanya telah menjawab segala persoalan yang bermain di mindanya. Kini dia tahu mengapa sikap Mia terhadap dirinya berubah. Mia telah merobek segala isi hatinya. Hatinya benar-benar telah kosong ketika itu. Dia mengucap panjang meredakan amarah yang meledak di jiwanya.I steri..tegarnya dirimu..
————————————————————————————————————————–
Mia mendukung Ikin yang sudah lena tidur. Pintu kereta ditutup perlahan. Kakinya diatur ke dalam rumah. Dengan sebelah tangannya,Mia terkial-kial cuba membuka pintu rumah. Tiba-tiba dia tersentak kerana pintu dibuka dari dalam.
“Abang..” sapanya perlahan. Dia tidak menyangka yang Syafiq akan pulang awal hari itu.
“Dari mana?” Syafiq bertanya ringkas.
“Tadi jumpa kawan. Lepas tu ambil Ikin dari rumah Mak Su dia.”
“Mia letak Ikin dalam bilik dulu. Abang ada benda nak cakap dengan Mia.” Syafiq menuju ke sofa di ruang tamu.
Mia hanya mengangguk, akur dengan kata-kata suaminya. Dia cemas tiba-tiba. Perkara apakah yang ingin diberitahu Syafiq kepadanya? Mindanya tidak dapat memproses jawapan kepada persoalan yang berlegar di benaknya.
“Abang..ada apa?” soalnya. Dia duduk di atas sofa berhadapan dengan Syafiq. Wajah suaminya ditenung lama.
“Mia cintakan dia?” Syafiq bertanya tiba-tiba.
Mia terkedu. Soalan apakah itu?
“Abang nampak semuanya tadi. Jawab soalan abang.”
“Apa maksud abang ni?” Mia berpura-pura tidak faham.
“Lelaki yang berpegangan tangan dengan Mia di restoran Bayu petang tadi. Mia cintakan dia?” Syafiq menyoal buat kali kedua.
Dia tidak menyangka kedatangannya ke restoran Bayu petang tadi akan membongkar kecurangan isterinya. Dari jauh dia melihat tangan Mia erat dalam genggaman lelaki yang tidak dikenalinya. Dan pada masa itu hanya tuhan saja yang tahu betapa kecewanya dia. Segunung kepercayaan yang diberikan kepada Mia runtuh berkecai menindas hatinya.
“Abang..maafkan Mia. Kami cuma kawan.” Mia mendekati suaminya. Dia melutut di kaki Syafiq.
“Kawan ke macam tu Mia? Sampai pegang-pegang tangan.” Syafiq bersuara perlahan. Semangatnya entah terbang kemana.
“Mia tiada apa-apa dengan dia bang. Trust me..” rayu Mia.
“Abang tengok Mia gembira bersama dia. Kalau Mia cintakan dia, abang akan lepaskan Mia..” berat hati Syafiq melafazkan kata-kata itu. Namun digagahkan jua hatinya.
Mia mendongak mencari wajah Syafiq. Kemudian dia mengeleng berkali-kali.
“Apa abang cakap ni?” dia tidak percaya dengan apa yang didengarinya tadi.
“Mia sunyikan hidup dengan abang. Abang sibuk dengan kerja sampai abang abaikan rumahtangga kita.” Syafiq menyalahkan dirinya sendiri.
“Tidak bang. Mia yang salah. Mia ikutkan sangat rasa sunyi yang merajai hati Mia. Mia lupa menjaga status Mia sebagai isteri abang. Maafkan Mia..” Mia mula teresak. Sungguh, dia menyesal akan perbuatannya. Dia sedar cinta dan sayangnya hanya untuk Syafiq. Namun dia alpa dengan keceriaan yang diberikan oleh Zamrul sehingga dia lupa akan kasihnya terhadap suaminya itu.
“Abang tak salahkan Mia..” tenang Syafiq berkata. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang riak. Marah jauh sekali.
“Jangan cakap macam tu bang. Abang marahlah Mia. Abang pukullah Mia.” dia memeluk erat kaki Syafiq. Ketenangan wajah suaminya seakan mengguris-guris hatinya.
“Abang tak akan pukul isteri abang. Mia pun tahukan betapa abang sayangkan Mia. Abang cintakan Mia seikhlas hati abang. Tak sangka pula begini jadinya..” dipandang sayu wajah isterinya. Air matanya ditahan supaya tidak gugur.
“Mia tak sengaja buat abang macam ni. Mia sunyi bang bila abang pergi kerja. Dia cuma peneman Mia je. Abang,maafkan Mia..” semakin kuat tangisannya. Rasa bersalahnya semakin menebal.
“Abang maafkan. Tapi hati abang ni luka berdarah. Abang akan pergi dari hidup Mia sementara waktu. Abang nak tenangkan diri. Abang takut kasih abang terhadap Mia akan bertukar menjadi benci jika abang tak pergi dari sini. Dan jika dalam masa pemergiaan abang ni, Mia memilih dia, abang pasrah. Sepanjang ketiaadaan abang nanti, abang izinkan Mia kemana-mana sahaja tidak kira dengan siapa.” Syafiq bangun. Ditariknya nafas perlahan untuk mengumpul kekuatan. Terasa seluas lautan cintanya terhadap Mia sudah kering.
“Abang,jangan tinggalkan Mia. Tolonglah bang..” Mia turut bangun. Dia memaut kuat lengan suaminya.
“Mia jangan risau tentang duit belanja. Abang akan masukkan duit belanja untuk Mia dan Ikin ke dalam akaun Mia.” Syafiq meneruskan kata-katanya tanpa mempedulikan rayuan Mia. Hatinya yang luka lebih diutamakan.
“Abang….” Mia sudah mula mengonggoi.
“Jaga diri Mia. Dan jaga anak kita baik-baik.”Syafiq mengambil kunci kereta dan terus meluru keluar.
Mia terduduk di atas lantai. Esakannya hiba kedengaran. Adakah ini pengakhiran istana cintanya dengan Syafiq? Kerana kesilapannya, rumahtangga bahagianya menuju keretakan.
———————————————————————————————————————–

“Ikin rindukan papa tak?” Mia memeluk erat Ikin.
“Rindu.” jawab Ikin ringkas.
Mia senyum. Pipi Ikin dicium lama. Sedikit tersentuh hatinya mendengar jawapan Ikin. Dia juga rindukan Syafiq. Sudah tiga bulan Syafiq menghilangkan diri. Sepanjang tempoh itu Syafiq tidak pernah menghubunginya. Sudah puas dia menjejaki Syafiq namun dia hampa. Setiap hari dia berdoa agar Syafiq akan pulang semula ke sisinya membina semula teratak cinta mereka yang hampir roboh.
.Zamrul? Lelaki itu sudah dibuang terus dari kamus hidupnya. Dia telah memberi kata putus kepada Zamrul bahawa dia akan setia dengan Syafiq. Dan lelaki itu akur dengan kehendaknya. Lelaki itu sudah tidak mengganggu hidupnya.
“Mama, papa mana?” pertanyaan Ikin menamatkan lamunannya.
Mia senyum hambar. Pertanyaan itu sudah lali di telinganya.
“Papa kerja sayang..” bohongnya.
“Lambat lagi ke papa balik?” anak kecilnya itu juga tahu erti kerinduan.
“Sabar ya sayang. Nanti-nanti papa balik. Kita sama-sama tunggu papa ya?” Ikin memujuk. Rambut Ikin dibelai lembut.
Dia sendiri tidak pasti bila Syafiq akan pulang. Namun dia yakin suaminya itu akan kembali jua satu hari nanti. Bilakah hari itu? Dia sendiri pun tidak tahu. Yang pasti dia menghitung hari menanti kepulangan Syafiq. Setiap detik yang berlalu penuh dengan harapan.
————————————————————————————————————————–
Syafiq leka memerhatikan hujan yang turun. Jendela yang sedikit terbuka diluaskan. Titisan-titisan hujan itu bagaikan rindunya kepada Mia. Rindu yang tidak pernah padam dari bara hatinya. Kedinginan malam itu tidak dapat memadamkan api rindunya.S ihatkah isteri dan anaknya? Dia sendiri tidak tahu. Setiap hari dia menahan hatinya daripada menghubungi Mia.
“Kalau dah rindu sangat baliklah.” Amran tiba-tiba bersuara dari belakang.
“Kau dah nak halau aku ke? Maaflah menumpang di rumah kau lama sangat.”
“Bukan tu maksud aku. Aku tau kau rindukan isteri dan anak kau. Jangan ikutkan sangat kata hati tu.” Amran tahu isi hatinya sahabatnya itu.
“Tapi Am..” Syafiq tidak menghabiskan kata-katanya. Sudah sembuhkan luka di hatinya?
“Setiap orang lakukan kesilapan. Mia bukan sengaja kan. Dia cuma rasa sunyi sebab tu dia keluar dengan lelaki tu. Aku yakin cintanya hanya pada kau.” Amran menepuk-nepuk lembut bahu Syafiq.
Benarkah kata Amran? Benarkah cinta Mia hanya untuknya? Kalau benar megapa Mia sanggup curang kepadanya?
“Kau masih cintakan isteri kau?” soal Amran.
“Dia wanita pertama dan terakhir yang aku cintai. Sebab tulah aku terluka sangat Am bila dia buat aku macam tu. Aku rasa macam tak dihargai. Sedangkan aku dah tuangkan semua kasih sayang aku untuk dia.” Syafiq melahirkan rasa kecewanya.
“Aku pasti Mia sudah menyesal dengan perbuatannya. Dia banyak kali call aku tanya pasal kau. Nasib baik mulut aku ni tak terlepas cakap kau kat rumah aku.” dia berharap kata-katanya dapat melembutkan hati Syafiq.
Syafiq hanya diam memikirkan kata-kata Amran. Kata-kata Amran ada juga betulnya. Otaknya sudah penat berfikir. Pandangannya dilontarkan kembali ke luar jendela. Titisan hujan masih lagi turun tidak berhenti. Seperti rindunya kepada Mia yang tidak pernah terhenti..
————————————————————————————————————————–
Mia berlari-lari menuju ke pintu utama. Ketukan bertalu-talu menganggu dia dari terus memasak. Dibukanya pintu dengan pantas. Mia menggosok-gosok matanya.Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
“Ini abang sayang..” Syafiq senyum. Lukanya telah diusir jauh.
Mia terus memeluk suaminya.P enantiannya tidak sia-sia. Air mata gembira merembes di pipinya.
“Maafkan abang sebab lama sangat tinggalkan Mia dan Ikin.” Syafiq mencumbui wajah Mia. Kerinduannya terubat kini.
“Mia tahu abang akan balik juga.” katanya dalam esakan.
“Dah-dah jangan menangis. Kan abang dah balik ni.” Syafiq mengusap lembut belakang Mia. Dia sedar kasihnya terhadap isterinya tidak pernah berubah.
“Mia rindukan abang..” pelukannya dikemaskan.
“Abang pun..” terasa bahagia di hatinya.
“Abang janji jangan tinggalkan Mia lagi..” Dia tidak sanggup kehilangan suaminya sekali lagi.
“Abang janji. Ni dengan senduk ni nak buat apa”  Syafiq menjeling senduk di tangan kanan Mia.
“Mia tengah masaklah bang.” Mia tergelak. Dia baru perasan senduk masih di tangannya.
“Sayang masak apa?”
“Masak asam pedas kegemaran abang.” jawab Mia berserta senyuman.
“Mia macam tau-tau je abang nk balik hari ni.” sakat Syafiq.
“Mia hari-hari masak asam pedas. Sebab Mia tak tahu abang balik bila. Mia nak bila abang balik je, Mia hidangkan lauk kesukaan abang. Dan hari ini adalah hari yang Mia tunggu-tunggu bang.” ujar Mia tulus.
Syafiq sebak mendengar bicara isterinya. Sekali lagi Mia ditarik ke dalam pelukannya.
“Terima kasih sayang…”
“Papa!!” Ikin berlari-lari mendapatkan Syafiq.
“Anak papa sihat?”  Syafiq mendukung Ikin. Pipi Ikin dikucupnya. Kemudian tangannya menggeletek anak kecilnya itu.
Mia tersenyum melihat tingkah dua insan kesayangannya. Di dalam hati dia berdoa agar kebahagiaan itu akan kekal menjadi miliknya. Dan dia tidak akan sesekali mengulangi perbuatannya. Dia merenung lama wajah suaminya. Terasa cintanya terhadap Syafiq semakin kuat membakar jiwanya. Suami, terima kasih atas kasihmu.
Wednesday, 30 December 2009

Nilai RM5

Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut Toyota Corolla Altis
1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun
tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi,
bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan
kereta. Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan
yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus
kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar
langsung,geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku
menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.

Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi
seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan jantan,tersipu-sipu
dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu
keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak,t-shirt goboh dengan
kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau
hapak dan masam.

Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut
disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar
diluar meliar mata mencari Shafik,tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam
kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini.Beberapa gadis bertudunglabuh
lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta
merta. Memang benar.Perempuan kolot seperti mereka itu, patutdijerukkan
saja di tempat busuk ini.Tolol!

Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit
marah, mengetap bibir. "Nak apa?!" Dia terketar terkejut, sedikit berundur."
Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.." Dia bercakap dengan
pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada
satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam
koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak
tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. Tidak berkasut dengan kuku
hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan! " Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau
calar kereta aku,tahulah macamana aku nak ajar kau!!"

Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih
meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh,
membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah
itu di tutup rapat. Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih.
Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah.Terus
saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil
terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata
ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk- nepuk belakang nelayan kurus itu.
Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di
celahkopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar
pandai-pandai,masuk universiti dan kerja besar.Tidaklah hidup susah seperti
itu.Bodoh!!

" Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit.Aku sudah malas hendak
memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan
untuk fakir seperti dia.Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia
memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu- sedu.Menambahkan kerut
dan mengelapmata dengan hujung kemejanya. "Kenapa ni? Gila?!" " Nak, seumur
hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa,mencuci tandas di
restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak
ini. Paling banyak pun hanya seringgit." Dia bersungguh-sungguh melihat ke
dalam mata aku.Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak
pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini.Dia melipat kecil
wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan
terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku
memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan,aku tidak pernah
lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang
kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang
gila untuk duit. Biarlah,kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana.
Lupakan saja..

Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku
melayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan
garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg
besar hitam berisi barang. Hairan,takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh
membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit
tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin.. Dengan rasa ragu, aku menghapirinya.
Dia memberi senyum lembut dan akudengan rasa curiga bertanya terus. " Eh,
pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak
ini?".Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan
tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas
tanah,membukanya satu satu,perlahan-lahan dan terketar.

Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan
membuka simpulannya.Wang aku tadi, masih terlipat kemas. " Nak, pakcik tahu.
Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak.
Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya
maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang
hidup berpura-pura,menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak
menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak
seperti menghukum pakcik sebagai orang tual sial yang berpura-pura
susah.Ambillah semula,nak." Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan
aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali.
Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki. "
Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai
ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh
dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik
kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi.Dengan
bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai
kelaparan,jangan mati."

Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak. Dia
terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung
kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat. Aku
terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli
segala kemewahan dunia.Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam
diri orang tua itu.

*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang
kita dapat.."
Saturday, 15 August 2009

tragedi malam pengantin

Alkisah............

Seorang gadis yang bersuamikan pemain basket ball sedang
berdebar-debar menantikan malam pertama setelah pesta pernikahannya.
Selepas pesta selesai mereka pun masuk bilik. Si suami terus membuka
seluruh pakaiannya. Apabila bajunya terbuka, si isteri melihat
sebuah tattoo bertuliskan "Reebok" di dada suaminya. Si suami pun
menerangkan bahawa tattoo tersebut di buat sewaktu ia menjalani
kontrak sebagai model iklan produk tersebut.

Tiba-tiba si suami membuka seluar panjangnya, maka terlihat satu
lagi tatto lambang "Nike" di pahanya. Si suami pun menjelaskan
hal yang sama kepada isterinya.

Akhirnya setelah semuanya terbuka, Si isteri melihat tattoo
bertuliskan "AIDS" pula pada 'anu' si suami. Dengan ketakutan si
isteri menanyakan tattooo tersebut. Namun dengan tenangnya si suami
menjawab :

" Tenang Sayang, tulisan itu bukan bererti sesuatu yang
menakutkan. Teruslah pegang, setelah si anunya tegang dan
memanjang maka tulisn AIDS menjadi 'ADIDAS'......
Wednesday, 5 August 2009

Indahnya cinta yang ikhlas dari suami.....

Suami saya adalah serorang jurutera,
saya mencintai sifatnya yang
semulajadi dan saya menyukai
perasaan hangat yang muncul di hati
saya ketika bersandar di
bahunya.Selama 3 tahun dalam masa
perkenalan dan 2 tahun dalam masa
pernikahan, saya harus akui bahawa
saya mulai merasa letih, lelah,
alasan-alasan saya mencintainya dulu
telah berubah menjadi sesuatu yang
menjemukan. Saya seorang wanita yang
sentimental dan benar-benar sensitif
serta berperasaan halus. Saya
merindui saat-saat romantis seperti
seorang anak kecil yang sentiasa
mengharapkan belaian ayah dan
ibunya. Tetapi, semua itu tidak
pernah saya perolehi. Suami saya
jauh berbeza dari yang saya
harapkan. Rasa sensitifnya kurang.
Dan ketidakmampuannya dalam
menciptakan suasana yang romantis
dalam perkahwinan kami telah
mematahkan semua harapan saya
terhadap cinta yang ideal. Suatu
hari, saya beranikan diri untuk
mengatakan keputusan saya
kepadanya,bahawa saya inginkan
penceraian. "Mengapa?"Dia bertanya
dengan nada
terkejut."Siti letih, Abang tidak
pernah cuba memberikan cinta yang
saya inginkan."Dia diam dan
termenung sepanjang malam di depan
komputernya, nampak seolah-olah
sedang mengerjakan sesuatu, padahal
tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah,
seorang lelaki yang tidak dapat
mengekspresikan perasaannya, apalagi
yang boleh saya harapkan
daripadanya? Dan akhirnya dia
bertanya."Apa yang Abang boleh
lakukan untuk mengubah fikiran
Siti?" Saya merenung matanya
dalam-dalam dan menjawab dengan
perlahan."Siti ada 1 soalan, kalau
Abang temui jawapannya di dalam hati
Siti, Siti akan mengubah fikiran
Siti; Seandainya, Siti menyukai
sekuntum bunga cantik yang ada di
tebing gunung dan kita berdua tahu
jika Abang memanjat gunung-gunung
itu, Abang akan mati. Apakah yang
Abang akan lakukan untuk Siti?"Dia
termenung dan akhirnya
berkata,"Abang akan memberikan
jawapannya esok."Hati saya terus
gundah mendengar responnya
itu.Keesokan paginya, dia tidak ada
di rumah, dan saya menenui selembar
kertas dengan coretan tangannya di
bawah sebiji gelas yang berisi susu
hangat yang bertuliskan. ..

Sayangku, Abang tidak akan mengambil
bunga itu untukmu, tetapi izinkan
Abang untuk menjelaskan alasannya."

Kalimah pertama itu menghancurkan
hati
saya. Namun, saya masih terus ingin
membacanya.
"Siti boleh mengetik di komputer dan
selalu mengusik program di dalamnya
dan akhirnya menangis di depan
monitor,Abang harus memberikan
jari-jari Abang
supaya boleh membantu Siti untuk
memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci
rumah ketika Siti keluar, dan Abang
harus memberikan kaki Abang supaya
boleh menendang pintu, dan membuka
pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di Shopping
Kompleks tetapi selalu tersasar dan
ada ketikanya sesat di tempat-tempat
baru yang Siti kunjungi,Abang harus
mencari Siti dari satu lot kedai ke
satu lot kedai yang lain mencarimu
dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan
sewaktu teman baik Siti datang
setiap bulan, dan Abang harus
memberikan tangan Abang untuk
memicit dan mengurut kaki Siti yang
sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan
Abang selalu risau Siti akan menjadi
pelik. Dan Abang harus membelikan
sesuatu yang dapat menghiburkan Siti
di rumah atau meminjamkan lidah
Abang untuk menceritakan hal-hal
kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer,
membaca buku dan itu tidak baik
untuk kesihatan mata Siti, Abang
harus menjaga mata Abang agar ketika
kita tua nanti, abang dapat menolong
mengguntingkan kukumu dan
memandikanmu. "

"Tangan Abang akan memegang tangan
Siti, membimbing menelusuri pantai,
menikmati matahari pagi dan pasir
yang indah. Menceritakan warna-warna
bunga
yang bersinar dan indah seperti
cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan
mengambil bunga itu untuk mati.
Kerana,
Abang tidak sanggup melihat
airmatamu mengalir menangisi
kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai
orang yang boleh mencintaimu lebih
daripada
Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang
telah diberikan oleh tangan, kaki,
mata
Abang tidak cukup bagi Siti. Abang
tidak akan menahan diri Siti mencari
tangan, kaki dan mata lain yang
dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas
tulisannya dan membuatkan tintanya
menjadi kabur, tetapi saya tetap
berusaha untuk terus membacanya
lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai
membaca jawapan Abang. Jika Siti
puashati dengan semua jawapan ini,
dan tetap inginkan Abang tinggal di
rumah ini,tolong bukakan pintu rumah
kita, Abang sekarang sedang berdiri
di luar sana
menunggu jawapan Siti."

"Tetapi, jika Siti tidak puas hati,
sayangku...biarkan Abang masuk untuk
mengemaskan barang-barang Abang, dan
Abang tidak akan menyulitkan
hidupmu. Percayalah, bahagia Abang
bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang
pintu yang terkatup rapat. Lalu saya
segera berlari membukakan pintu dan
melihatnya berdiri di depan pintu
dengan
wajah gusar sambil tangannya
memegang susu dan roti kesukaan
saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang
yang pernah mencintai saya lebih
dari dia mencintai saya. Itulah
cinta, di saat kita merasa cinta itu
telah beransur-ansur hilang dari
hati kita kerana kita merasa dia
tidak dapat memberikan cinta dalam
kewujudan yang kita inginkan, maka
cinta itu telah
hadir dalam kewujudan yang tidak
pernah kita bayangkan sebelum ini.
Tuesday, 21 July 2009

berhibur seketika

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang
sangat disayangi
iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. Satu hari mereka
berpakat utk kawinkan anak2 ni serentak.

Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu
pun bercadang untuk pegi honeymoon. Siti pegi
honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman,
Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor.

Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, "nanti
jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan
macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis
panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup. Ringkas,
padat
dan cepat." panjang lebar Mak Minah memberi arahan
pada anak2nya.

Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis 'Standard Chartered'. Tercari2lah
kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan
bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang
bertulis
"Besar, teguh dan peramah".. Bahagialah Si Siti
rupanya..

Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis
'Nescafe'. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi
keduanya membaca iklan yang bertulis "Nikmatnya
hingga ke titisan yang terakhir" Bahagialah Si Seri
rupanya...

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni
bertulis KFC'. Carilah iklan KFC dan tersenyum
keduanya membaca iklan yang bertulis 'Hingga
Menjilat Jari'... Bahagialah Si Murni rupanya...

Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah
dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu... tak ada jugak..
masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri
dengan isi kandungannya "AIR ASIA".

Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb
tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya.

Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau
nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu...??


"7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. NON-STOP!!"
Wednesday, 17 June 2009

ina... oh... ina

"abg...tlg dtg umah segera, urgent".

Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ina. Tak berjawab..
Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut
hidupkan enjin kereta.

Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya
berjiran dengan keluarga Ina.

Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main
masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi
bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.

Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah.
Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx'
dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada
meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the
gang' yang mengganggu Ina masa darjah tiga... Waktu darjah 4, bila dia
mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat
kpd Ina "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula
Hacks sebagai hadiah harijadi Ina...gara-gara surat itulah dia jelingan
tajam Mak Ropiah ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku
sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya
dia terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak naya.

Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi
fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali
dia cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau
kala itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja.

Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura
sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura
kerja shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab.

Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang
menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan
perumahan Ina dimasuki perompak.. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki
perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah
barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia
berdoa sungguh-sungguh.

Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu
baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka
masih bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak
tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini keluarganya
akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak
mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu.

Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas
tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu
bilik Ina.. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia
ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh
bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia
masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina
kusut masai, Ina tekup muka sambil menangis.

"Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam
sendu. "hu...hu..."

" Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi"

"Hu..hu"

Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar
dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan
keluar dari mulut Ina.

Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what hell is going on...tell me!!" Suara
Hakim kuat kali ini. Ina berenti menangis, Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.

"Bang, Ina lapar, nak makan nasik. Duit gaji tak masuk lagi."
Tuesday, 16 June 2009

jubah buat ibu

"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?", marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. "Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?", leter ibu lagi.
Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya.

Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. "Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. " Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

"Sakit bu...sakit.. ..maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi....Bu, jangan pukul bu...sakit bu..." Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. "Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. "Bu...ampunkan Along bu...bukan Along yang mulakan...bukan Along....bu, sakit bu..!!", rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu.. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka..

" Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?" Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. "Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?" " Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!", si ibu bersuara lembut.

Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. 'anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya..' bisik hati kecil Along. "Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?", soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. "Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?". Along terkejut mendengar soalan Atih Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. "Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!", terang si ibu. "Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..", soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. "Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas." , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. 'Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni....' Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. "La...kau ke, apa kau buat kat sini?", tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. "Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?", soalnya pula. "Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!", jelas Along jujur. "waa...bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?" Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. "Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!", Along meminta kepastian. "Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!", balas Fariz meyakinkannya. "Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni." Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. "Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit. " Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. "Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?", soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. "Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!", pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. "Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?", soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. "Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!", leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. "Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu." Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. "Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. "Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!", soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. "Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan. "Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?" Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. "Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. "Azam, kau ada cita-cita tak...ataupun impian ker...?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. " Ada " jawab Along pendek "Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku....atau. ..." Along menggeleng-gelengka n kepala. "semua tak...Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. " Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya.. ..saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan...saya.. ..saya nak jadi anak yang soleh!". Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. "Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni", ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak "Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe." Kata Along lagi "Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?", soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. "Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju." Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. " Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?", soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu Along hanya tersengeh menampakkan giginya. "Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?" "Tak pe lah, perkara dah berlalu....lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. "Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. "Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah." "Zam..kau ni....." "Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu." Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. "Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!", pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. "No problem...tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" , soal Fariz ingin tahu. "Aku kerja kat bengkel Abang Joe.. Jadi pembantu dia", terang Along. "Abang Joe mana ni?" "Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!", jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . "Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?" "Hari ni la..." balas Along. "Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?" "Bukan, minggu depan..." "Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?", soal Fariz lagi. "Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi." Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang-orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. "Ha..hadiah. ...untuk. ....ibu.. ......." ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. 'Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu... dan terimalah hadiah ini.....UNTUKMU IBU!' Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. "Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan .. dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila.." cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. "Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?" Soalnya dengan sedu sedan. "Sebab.....dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang...walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula...." Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

p/s : sayangilah ibu anda sementara beliau masih ada...