usezally Tiktok

Tiktok Mekyuhhh

Yuslina Property Tiktok

Showing posts with label kEMaTiaN. Show all posts
Showing posts with label kEMaTiaN. Show all posts
Thursday, 20 August 2026

Perginya Seorang Adik Ipar yang Baik, Haziq pada 17/08/2026

 


Innalillahiwainnailaihirajiun.

Adik ipar aku, Haziq, suami kepada adik aku, telah kembali ke rahmatullah selepas terlibat dalam satu kemalangan.

 

Selama hampir 50 hari berada di hospital, kami masih berharap dan berdoa agar dia diberikan kesembuhan. Dia pernah membuka mata, dan itu cukup membuatkan kami terus menyimpan harapan.

Namun pada hari-hari terakhir, sekitar hari ke-40 hingga ke-50, dia diserang jangkitan kuman yang menyebabkan organ-organ dalam badannya semakin rosak. Akhirnya, Allah lebih menyayanginya dan menjemput dia pulang.

 

Haziq menghembuskan nafas terakhir selepas Maghrib, pada 17 Ogos 2026.

Haziq seorang adik ipar yang baik. Walaupun dia mempunyai masalah gout yang agak tinggi, dia tetap seorang yang tenang, alim dan sentiasa menjaga tutur kata. Percakapannya sopan dan caranya melayan orang membuatkan dia disenangi oleh keluarga.

 

Aku masih teringat, dia pernah bercerita dan berhasrat untuk membawa isteri dan anaknya bercuti ke Janda Baik. Sebuah rancangan kecil untuk meluangkan masa bersama keluarga, mencari sedikit ketenangan dan mencipta kenangan. Tetapi kita manusia hanya mampu merancang. Rancangan itu tidak sempat dilaksanakan.

 

Kali terakhir aku berjumpa dengan Haziq adalah ketika Family Day di Kuantan, Pahang pada 4–6 Jun 2026. Ketika itu, kita masih bersama, masih berbual, masih bergurau dan langsung tidak menyangka bahawa itulah kali terakhir kita akan bertemu. Dan ada satu perkara yang membuatkan pemergian ini terasa lebih sayu.

 

Hari Haziq pergi menghadap Ilahi adalah pada hari yang sama dengan hari lahir Kakak Putri. Hari yang sepatutnya diisi dengan ucapan selamat hari lahir, doa dan kegembiraan, akhirnya menjadi satu tarikh yang akan sentiasa kami ingat dengan perasaan yang berbeza. Dalam satu tarikh, ada kenangan sebuah kelahiran dan ada pula kenangan sebuah kehilangan.

 

Begitulah kehidupan. Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa, rupanya menjadi pertemuan terakhir.

 

Haziq, terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Terima kasih atas segala kebaikan, tutur kata yang lembut dan kenangan yang ditinggalkan. Untuk adik aku dan anaknya, semoga Allah terus memberikan kekuatan untuk melalui hari-hari tanpa seorang suami dan ayah di sisi.

 

Semoga segala sakit yang ditanggung Haziq menjadi penghapus dosa-dosanya. Semoga Allah mengampunkan segala salah dan silapnya, melapangkan kuburnya, menerangi tempat persemadiannya dan menempatkannya bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

 

Al-Fatihah.

Pergilah dengan tenang, Haziq. Syurga buatmu, adik iparku. 🤍

 

Semoga suatu hari nanti, hasrat untuk membawa isteri dan anak ke Janda Baik itu digantikan Allah dengan sebuah perjalanan yang jauh lebih indah, perjalanan menuju syurga. 

Wednesday, 22 June 2022

Anak syurga ibu ngoh

Akhirnya penderitaan adik hani terhapus jua. Ucapan takziah buat adik aku dan adik ipar kerana korang sangat2 penyabar dan sangat kuat dalam menempuhi dugaan ini jika dibandingkan kami yang hanya menerima serpihan sahaja. 


“assalamualaikum semua.. selamat pagi pada jam 10.15 pagi ni  hani dah hembuskan nafas nyer di hospital besut... habis sudah derita hani sepanjang derita sakit kanser dia... alhamdullilah semua ALLAH permudahkan hani gie...” text dari adik kira2 pukul 10.30am 


Teringat masa dapat wasap group keluarga adik bongsu bagitahu yang abah tak ada.. rasa baru berlaku. Ingat semua detik2 tu detik dimana kami semua terkejut dan terkesima dengan berita yang mengejutkan. Berlainan dengan adik hani yang kami semua perlu menerima apa yang bakal berlaku bila2 masa. Adik dibibir mengucapkan redha tetapi di sudut hati luluh dan tiada ungkapan untuk diluah lagi. Kami yang melihat dah rasa sakit sampai ke tulang menerima berita adik hani sakit ini kan pula umi dia yang menanggung rasa sedih yang teramat sangat. 


Untuk yang sekelian kalinya masih aku mahu ungkapkan semoga adik aku tabah dan redha menerima takdir Allah dengan baik. 


Al- Fatihah buat adik hani.

Monday, 9 August 2021

Perginya seorang bintang - Siti Sarah Raissuddin


Malaysia digemparkan dengan berita perginya seorang bintang ternama Siti Sarah Raissuddin yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 5.13 pagi tadi yang telah diumumkan oleh suami beliau iaitu Syuib. sepanjang carear beliau sebagai seorang bintang perjalanan beliau banyak berubah dari semua segi dan aspek.

semoga syuib dan keluarga sarah dapat menerima dengan redha dan tenang. teringat semasa aku dan keluarga digemparkan dengan kematian mengejut abah tercinta. siapa yang dah merasa akan tahu keadaan ketika itu. semua itu telah jadi kenangan kepada kami sekeluarga. semoga Arwah abah tenang disana dan kami tidak mungkin akan melupakan mu Abah...

Al- fatihah buat Siti Sarah Raissuddin 

Salam Takziah...

Innalillahiwainailaihirojiun...

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah,
ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Al-Fatihah

. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين


 

Tuesday, 2 March 2021

mother

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera...

pada waktu pendamik ni banyak kita dengar berita berkenaan kes penderaan kanak-kanak dan amat menyayat hati adalah kes kematian arwah adik amir sebab aku sendiri terkesan dengan kematian beliau. Allah sungguh sedih dan sangat terharu dimana seorang ibu sanggup melakukan sedemikian rupa

TV3 sekarang ni memaparkan cerita Korea dengan tajuk Mother yang mengisahkan anak kepada wanita yang tiada suami didera oleh kekasih mereka. sangat2 menyentuh perasaan dan sedih tu yang aku teringat sangat pada kes kematian adik amir sehingga aku menitiskan air mata. memang aku tak tahu apa kisah sebenar disebalik apa yang berlaku tapi kita sebagai seorang ibu perlu menjaga dan menjadi pelindung kepada anak2. 

dibawah saya ambil daripada website berita awani :


 

MELAKA: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Ayer Keroh atas tuduhan membunuh anak mereka yang berusia tujuh tahun.Tertuduh Mohd Fadzli Abdull Razak, 38, dan Zuraida Atan, 32, didakwa di dua mahkamah berasingan atas dua pertuduhan.
 
Bagaimanapun kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.Bagi pertuduhan pertama, pasangan itu didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.Mereka didakwa menyebabkan kematian kanak-kanak lelaki Zubaidi Amir Qusyairi Abdul Malek.
 
Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh sejurus kertas pertuduhan dibacakan.
Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa mendera mangsa sama dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
 
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kesalahan Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.
 
Kesalahan didakwa dilakukan pada 29 Januari 2021, jam 3.32 petang di rumah pasangan itu di Taman Krubong Jaya dalam daerah Melaka Tengah. Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan itu.Hakim tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin.
 
Mahkamah menetapkan 29 Mac sebagai sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan kanak-kanak lelaki itu didakwa lemas dalam dalam tong air setinggi 60.9 sentimeter oleh suspek lelaki berusia 38 tahun yang juga bapa tirinya dalam kejadian di Taman Krubong Jaya.
 
Pemeriksaan fizikal serta hasil bedah siasat bagaimanapun mendapati, terdapat pelbagai kecederaan termasuk luka baru di kesan di bahagian belakang kepala kanak-kanak itu.
Wednesday, 29 April 2020

ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADHAN

Al-Fatihah buat abah...

♡ ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADHAN ♡
﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏

☝🏼apabila tiba bulan Ramadhan... semua roh berkumpul di *Luh Mahfuz* memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi...

👉🏼 ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan...

👉🏼 roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin² yang mendoakan mereka...

👉🏼 manakala roh² yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di *Luh Mahfuz*

☝🏼apabila roh dibenarkan pulang...

👉🏼 perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka...

👉🏼 kemudian mereka akan pergi ke rumah anak² mereka...

👉🏼 orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka...

👉🏼 perkara ini akan berlarutan sehinggalah tibanya Hari Raya Aidilfitri...

☝🏼pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke *Luh Mahfuz* dengan bekalan yang diberikan oleh mereka² yang masih hidup...

👉🏼 di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur...

👉🏼 alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang...

☝🏼orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang² yang masih hidup...

👉🏼 alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang² yang masih hidup...

☝🏼oleh itu wahai sedare2 ku...

👉🏼 jangan biarkan orang² yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita...

☝🏼sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu..

☝🏼terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu :

👉🏼 doa anak² yang soleh
👉🏼 ilmu yang bermanfaat
👉🏼 sedekah amal jariah

☝🏼sebarkan hal ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda...
dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama...

☝🏼yang jelas jika anda tidak meneruskan hal ini maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh...

☝🏼jika anda melakukan dengan ikhlas insya-Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan...
=================
JAMBATAN YANG PALING AKU TAKUTI
=================
JAMBATAN PALING PANJANG DAN LAMA UNTUK DILALUI OLEH SEMUA ORANG

👉🏼 ialah titian sirat yg lebarnya hanya sehelai rambut yg dibelah tujuh dan tajamnya lebih daripada mata pedang... dibawahnya terbentang *NERAKA* dan disebelahnya terbentang *SYURGA* yg luas...

☝🏼diceritakan bahawa
untuk merentasi titian sirat mengambil masa 15000 tahun...

👉🏼 5 ribu tahun menaik
👉🏼 5 ribu tahun mendatar
👉🏼 5 ribu tahun menurun

#share lah... dpt pahala mengingatkan sesama agama kita.

☝🏼seandainya jenazah itu mampu bangun dan menceritakan sakaratulmaut dan azab kubur...

☝🏼sudah pasti kita akan 24 jam di atas sejadah...
bila kita dah nampak ayat ni, setan hasut _"tak payah copy paste la.. buang masa je"_

👉🏼 Mashaa Allah... ORG YG SYG ALLAH RINGAN TGN DIA NAK SHARE
Tuesday, 11 February 2020

sebulan berlalu

telah sebulan abah meninggalkan kami, terasa masih semalam aku berbual dengan dia. bukan hendak menidakkan takdir cuma aku masih dalam proses memahami erti kehilangan yang amat menyakitkan hati dan perasaan.

setiap kali teringatkan arwah aku akan mendoakan dan sedekahkan Al-fatihah buat abah semoga abah tenang disana dan berada disamping orang-orang yang soleh. aku berjanji kepada abah selagi aku masih hidup iringan doa tidak akan putus sehingga nafas aku yang terakhir, insyaAllah

aku juga berjanji pada diri sendiri untuk bersedekah bagi pihak abah sebab banyak yang aku belum tunaikan pada abah... Al-Fatihah 

kata-kata nasihat serta ajaran agama yang telah abah bagi akan sentiasa aku praktikkan dan aku akan ingat sampai bila-bila abah..



Abam Bocey dah pergi

semalam 10/02/2020 negara di gemparkan dengan berita pelawak dan pelakon terkenal telah kembalik ke rahmatullah dalam keadaan sedang tidur. percaturan Allah sangat sempurna dan DIA la maha mengetahui dan maha berkuasa...



Abam boleh dikategorikan sebagai seorang yang baik hati kerana walaupun dia tengah berduka tapi dia mampu untuk menghiburkan peminat dengan kaletah dan lawak jenaka dia bersama sahabat-sahabat bocey. semoga rohnya dicucuri rahmat dan Al-Fatihah buat abam semoga ditempatkan dikalangan ummat yang soleh... amin

sedikit aku copy petikan daripada web era untuk simpanan aku dan tatapan kawan-kawan:

Memetik laporan dari Awani, adik kepada Abam iaitu Ali juga telah memaklumkan mengenai berita ini kepada Gempak.

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri. Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.
Isteri Abam, Noor Hidayah juga memberitahu bahawa Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu. Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi... pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.
Al-Fatihah buat keluarga Abam. Semoga roh ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Wednesday, 22 January 2020

dia pergi dan tak kan kembali

pada 11/01/2020 kami dikejutkan dengan berita menggemparkan dan menyayat hati. kesedihan menyelubungi keluarga kami dengan berita kematian mengejut seorang yang amat kami sayang, sanjungi dan hormati iaitu abah.

abah pergi secara tiba-tiba membuatkan kami amat terasa pemergian beliau. tak dapat aku gambarkan betapa sedih hati sehingga ke ulu hati yang paling dalam. begini rupanya rasa kehilangan yang amat sangat. sakit yang juga tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata.

pada malam kejadian semasa aku mendapat berita yang sangat menyayat hati, fikiran terus berfikir adakah aku bermimpi dengan berita ini? semua berlaku dengan begitu pantas sehingga aku tidak dapat berfikir dengan waras. raungan pada malam yang abah tiada membuatkan aku hilang arah dan hilang pedoman walhal arwah abah dah minta supaya jika dia telah pergi jangan tangisi, aku insan hina dan tidak berfikir dengan waras telah meratapi dengan raungan yang kuat... maaf kan anak mu wahai abah, anak mu tidak tabah menghadapi pemergian mu secara mengejut.


kornologi kejadian
pada hari 11/01/2020 (Sabtu) abah macam biasa melakukan rutin harian, selepas solat subuh abah akan bersiap2 untuk ke taman berjogging. tiada yang menghairankan mak dengan perlakuan abah sehinggalah abah melakukan kerja-kerja dihadapan rumah pada petang selepas solat asar.

abah menyapu sampah, bakar sampah dan lain-lain kerja untuk mengemas di hadapan rumah. sehingga adik balik pada pukul 6 petang dari kerja, borak-borak dengan mak dan hampir magrib kelibat abah tiada. adik bertanya mak berkenaan abah, tanggapan mak yang abah telah siap dan pergi ke masjid yang juga rutin abah.

menghairankan adik adalah kenderaan yang biasa abah naiki masih ada di parking, dengan perasaan cuak dan takut mak suruh adik pergi ke halaman depan yang agak bertebing sebab rumah kami depan sungai so tempat abah melakukan kerja-kerja mengemas agak tersorok kebawah. mak menyuruh adik cari abah disitu.

pada masa tu lebih kurang pukul 7.30 malam, suasana agak gelap adik ajak sepupu aku yang duduk sebelah rumah untuk teman carikan abah. alangkah terkejut adik bila nampak abah terbaring di tanah. adik dengan rasa yang sangat takut terus berlari mendapatkan bapa saudara dan jiran untuk bawah abah ke hospital.

semasa di hospital adik sangat takut kerana perubahan abah dan menghantar wasap ke group adik beradik dan menyuruh kami semua balik. dengan keadaan menangis membuatkan kami rasa tidak keruan dan turut menangis sekali. setelah agak lebih kurang 45 minit abah berada di dalam kecemasan, doktor mengesahkan abah telah tiada.

dunia berputar seakan terhenti seketika, begini rupanya berada dalam keadaan ini.. Ya Allah ampunkan dosa abah. aku dan adik beradik tidak dapat menahan sebak dan sangat sedih dengan pemergian yang sangat mengejutkan kami ini.

kami sepakat dengan adik beradik untuk tidak melakukan post moterm. dalam surat kematian hanya menyatakan bahawa sebab kematian akibat serangan jantung.

aku dan keluarga terus balik tanpa memikirkan pakaian yang hendak dibawa. sampai di kampung lebih kurang pada pukul 2pagi. masuk je diruang depan rumah aku nampak sekujur tubuh abah yang sejuk dan kaku. kelihatan muka abah tersenyum sama dengan gambar diatas, aku tak tipu dan raub wajahnya kelihatan sedang tidur. Allahuakbar... 

kali terakhir aku jumpa arwah abah pada hari ahad 05/01/2020 semasa majlis tunang adik lelaki aku. setelah aku melihat raub wajah abah ati aku sangat sayu dan sangat rindu.. Allahuakbar, air mata menitis sangat laju sehingga keluar esakan kecil. aku cuba sedaya upaya untuk menahan tapi aku gagal.

keesokan hari lebih kurang jam 10.00 pagi abah dimandikan dan dikafankan... salam terakhir buat abah semoga abah tenang disana. tiada kata-kata yang mampu aku ucapkan lagi hanya doa mengiringi abah untuk ke alam sana.


semoga roh abah dicuci rahmat dan tenang disana...

Al-Fatihah buat abah (05/10/1955 - 11/01/2020)



Friday, 18 December 2015

Warkah buat Suziaina Alias 16122015

Dia seorang kawan yang sangat baik, periang dan sentiasa gembira. Mula2 aku kenal dia semasa aku berada di tingkatan 1 Sek. Men Matang, Hulu Terengganu. Dia salah seorang sahabat aku dalam kelas.

Berpewatakan sederhana, kurus, tinggi lampai dan berkulit hitam manis.. sangat rajin dengan kerjayanya sebagai seorang tukang jahit. Dia la Suziaina binti Alias yang telah meninggalkan aku dan rakan2 buat selama lamanya.

Habis sekolah, aku tidak pernah putus berhubung dengan dia walaupun jarak kami jauh... dia berada di kampung, aku pula anak perantau. Sering mengutus surat bertanya khabar antara satu sama lain. Hubungan kami jadi sedikit renggang selepas aku telah berkeluarga. Setiap kali hari raya aku tak pernah lepaskan peluang untuk berkunjung ke rumah dia.

Sekarang hanya kenangan sahaja berada di minda aku. Kenangan yang sangat berharga bersama dia. Malam ini, aku tidak dapat lelapkan mata bila teringatkan dia rakan aku yang telah pergi buat selama-lamanya.

Berita yang aku terima dari sahabat baik aku juga menyatakan dia sedang sakit. Berita tersebut menerangkan dia di tahap kritikal, berita itu aku terima sebulan sebelum puasa tahun ini... masa tu pikiran aku hanya teringat kan dia, aku nak telefon tapi aku tak daya bertanya kerana aku takut air mata aku mengalir.

Kalau tak silap, pembedahan pertama dia pada bulan puasa. Semasa aku balik raya aidilfitri aku tak sempat melawat dia kerana masa yang sangat singkat.

Dia mengalami kesakitan dan menjalani pembedahan kedua pada hari raya haji. Aku balik raya haji... memang aku sangat rindukan rakan aku ini dan memang hati sangat2 hendak berjumpa dengan dia. Allah mengizinkan aku untuk melawat dia di rumah...

Allahuakbar, dia sangat2 kurus dan tidak bermaya. Setitik air mata aku jatuh tapi aku cepat2 lap supaya dia tidak nampak. Dia dan keluarga sangat2 kuat dan tabah seperti dia dulu yang aku kenal. Seorang yang sangat tenang dan baik hati.

Bulan 11 aku mendapat berita dia dimasukkan ke hospital Kuala Terengganu tempat juga dimana kaklong aku bekerja. Aku wasap kaklong untuk menziarahi dia di sana. Keadaan dia sangat uzur ketika itu, tidak mampu bergerak tetapi masih boleh mendengar dan hanya menggerakkan jari nya.

15.12.2015, rakan2 di kampung yang telah diamanahkan oleh kami yang berada jauh untuk pergi menziarahi dia. Telah beberapa kali mereka menziarahi dia dan pada hari itu mereka bertemu buat kali terakhir sebelum dia menghempuskan nafas yang terakhir pada malam 16.12.2015.

Genggaman tangan dia buat rakan2 yang menziarahi pada hari tersebut menandakan ucapan terakhir buat kami semua.


Sahabatku, tenang dan damai lah kamu disana. Semoga Allah tempatkan kau di kalangan orang2 yang beriman.. damai dan tenang lah kau wahai sahabat diasana.

Wahai permata hati mu, tabah la dalam menempuh hari2 yang masih jauh dan panjang.

Sahabat, kenangan suka dan duka bersama mu tidak akan aku lupakan sampai bila2.. Al-fatihah buat mu rakan yang sangat aku sayang... amin
Wednesday, 5 November 2014

perginya adik rafiqin

Sejak dari 01.11.2014 Malaysia digemparkan dengan kehilangan seorang peserta larian maraton yang diadakan di sekayu, hulu terengganu. Dekat dengan kampung aku...

Mangsa telah dijumpai pada 04.11.2014 dalam keadaan sudah tidak bernyawa. Sebak aku dengar berita ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah.

Al Fatihah buat beliau....

Tuesday, 14 October 2014

7 AZAB YANG DILIHAT PENGGALI KUBUR

   
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.
         
          Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”
         
          1.> Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.
         
          Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.
         
          2.> Sambung pemuda itu lagi, “Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”
         
          Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”
         
          3.> Pemuda itu menyambung lagi, “Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”
         
          Jawab ahli ibadah tersebut “Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.
         
          4.> Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”
         
          Jawab ahli ibadah itu, “Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”
         
          5.> Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.
         
          Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.
         
          6.> Wahai guru,
yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”
         
          Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.
         
          7.> Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.
         
          Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.” Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.
         
          Astaghfirullahal'adzim,,,,,,
          Semoga Kita Semua termasuk di Golongan yang ke- 7
          Aamiin ya Allah,,,
Thursday, 2 October 2014

Pengajaran kepada adik2 dibangku sekolah


Tolong la adik2 jangan buat gurauan yang korang akan menyesal seumur hidup... dah jadi macam ni sape nak jawab... Allahuakbar. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas adik ini. Amin

Aku foward kan cerita yang aku dapat dari wasap... semoga menjadi iktibar kepada semua

"Sedih baca berita murid form 3 maut jatuh siling dewan sek... kwn dri perlis msg kwn2 sorok pencil case dia. depa suh dia pi ambik...masa jumpa mayat dia masih pegang pencil case terjatuh dri 30kaki tu...

melampau betul gurauan budak2 skrg...
budak susah...dok dgn tok. mkn pun cikgu2 dok belanja. sbb tu la dia nak juga usaha ambik pencil case dia...
kwn ckp pencil case tu dia peluk kuat...masih dlm genggaman sbb budak ni org susah...nak exam pt3 lgi dah dekat...bkn mcm anak org lain mak pak beli serba baru bila nak exam
Pesan lah dgn anak2 kita jgn buat prank yg mengarut, terlibat dgn ragging dan melayan kehendak kawan2 atau tunjuk kelebihan yg melampau.

Ringkasan kes:

-mangsa pelajar tingkatan 3 smk syed alwi
-mangsa tiada masalah disiplin di sekolah
-mangsa dipercayai hadir ke sekolah dan kemudian MIA sehingga waktu rehat
-berpakaian sukan sekolah sms kejadian
-dipercayai mangsa memanjat dewan sekolah dan kemudian terjatuh akibat drpd siling yg pecah
-mangsa merupakan anak yatim
-maklumat lain menyusul

Katanya ada kawan sorok kotak pensil.dia p cari.masa jatuh dok pegang kotak pensil lg..cikgu2 pun menangis...
Thursday, 31 January 2013

RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR

meleleh air mata aku membaca entry yang ditulis oleh ibunya.... tapi aku ambik entry di blog kawan nya. semoga rohnya dicucuri rahmat... alfatihah... amin



6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Takada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya


SITI HAJAR

Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah
Monday, 31 May 2010

Janji syahid itu memang benar

Dari email yang saya dapat, Al-Fatihah buat arwah


Assalamualaikum Semua Warga BP,

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah . Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja k ain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.


Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid.

Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; sel ain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.


wassalam

السﻼم عليكم


Rujukan Hadis 1:

Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: ” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan mel ain kan lindungan daripadaNya.

1. Pemimpin yand adil;

2. pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT ;

3. seseorang yang hatinya terpaut pada masjid;

4. 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT;

5. lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah;

6. seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya;

7. dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Hadis Riwayat Muslim

Rujukan Hadis 2:

MENINGGAL DENGAN BERPELUH DI DAHI.

Bur aida h ibnul Hushaib radhiyallahu ‘anhu ketika berada di Khurasan menjenguk saudaranya yang sedang sakit. Didapatkannya saudaranya ini menjelang ajalnya dalam keadaan berkeringat di dahinya. Ia pun berkata, “Allahu Akbar! Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَوْتُ الْمُؤْمِنِ بِعَرَقِ الْجَبِيْنِ

“Meninggalnya seorang mukmin dengan keringat di dahi.” (HR. Ahmad, An-Nasa`i, dll. Sanad An-Nasa`i shahih di atas syarat Al-Bukhari) Rujukan Hadis 3:

MENINGGAL DI JALAN ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA.

Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu menyampaikan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

مَا تَعُدُّوْنَ الشَّهِيْدَ فِيْكُمْ؟ قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَنْ
قُتِلَ فِي سَبِيْلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ. قَالَ: إِنَّ شُهَدَاءَ أُمَّتِي
إِذًا لَقَلِيْلٌ. قَالُوْا: فَمَنْ هُمْ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: مَنْ
قُتِلَ فِي سَبِيْلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ, وَمَنْ مَاتَ فِي سَبِيْلِ اللهِ
فَهُوَ شَهِيْدٌ، وَمَنْ مَاتَ فيِ الطَّاعُوْنَ فَهُوَ شَهِيْدٌ، وَمَنْ
مَاتَ
فِي الْبَطْنِ فَهُوَ شَهِيْدٌ، وَالْغَرِيْقُ شَهِيْدٌ

“Siapa yang terhitung syahid menurut anggapan kalian?” Mereka menjawab, “Wahai Rasulullah, siapa yang terbunuh di jalan Allah maka ia syahid.” Beliau menanggapi, “Kalau begitu, syuhada dari kalangan umatku hanya sedikit.” “Bila demikian, siapakah mereka yang dikatakan mati syahid, wahai Rasulullah?” tanya para sahabat. Beliau menjawab, “Siapa yang terbunuh di jalan Allah maka ia syahid, siapa yang meninggal di jalan Allah maka ia syahid, siapa yang meninggal kerana penyakit tha’un2 maka ia syahid, siapa yang meninggal kerana penyakit perut maka ia syahid, dan siapa yang tenggelam ia syahid.” (HR. Muslim)

Rujukan Hadis 4:

MENINGGAL KERANA PENYAKIT DI PERUT, KERANA TENGGELAM, DAN DITIMPA RUNTUHAN.

berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:


الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ: الْمَطْعُوْنُ وَالْمَبْطُوْنُ وَالْغَرِقُ وَصاَحِبُ
الْهَدْمِ وَالشَّهِيْدُ فِي سَبِيْلِ اللهِ

“Syuhada itu ada lima , yaitu orang yang meninggal kerana penyakit tha’un, orang yang meninggal kerana penyakit perut, orang yang mati tenggelam, orang yang meninggal kerana tertimpa reruntuhan, dan orang yang gugur di jalan Allah.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

UseZally