Tiktok Mekyuhhh

Showing posts with label bEAuTY. Show all posts
Showing posts with label bEAuTY. Show all posts
Wednesday, 6 August 2025

Penjagaan Dalaman Wanita – Rahsia Kecantikan & Kesihatan Dari Dalam

 




Sebagai seorang wanita, kesibukan harian kadang-kadang buat kita lupa untuk jaga diri sendiri. Tapi hakikatnya, penjagaan dalaman sangat penting – bukan hanya untuk kesihatan, tapi juga untuk keseimbangan emosi, tenaga harian dan keyakinan diri. Bila dalaman sihat, luaran pun akan lebih berseri.

Penjagaan dalaman wanita bukan semata tentang jamu atau suplemen. Ia tentang keseluruhan gaya hidup – pemakanan seimbang, cukup rehat, hidrasi yang cukup, senaman ringan, serta menjaga kesihatan rahim dan hormon. Tubuh kita bekerja keras setiap hari, lebih-lebih lagi bila melalui fasa haid, kehamilan atau menopaus.

Pengambilan herba seperti manjakani, kacip fatimah dan serai wangi sering jadi pilihan tradisional yang terbukti bantu menyegarkan tubuh dan mengurangkan keputihan, bau badan serta memberi tenaga dalaman. Tapi penting juga untuk pastikan produk yang kita ambil selamat, berdaftar dan sesuai dengan tubuh kita.

Jangan tunggu sakit baru nak jaga. Jadikan penjagaan dalaman sebagai rutin sayang diri. Bila kita rasa baik dari dalam, barulah senyuman kita lebih tulus dan keyakinan pun terpancar secara semula jadi. Sebab wanita yang menjaga dirinya, sedang mencintai dirinya.

Sunday, 24 July 2022

tips membantu anda menjaga kulit muka dengan baik supaya kelihatan muda.


PENJAGAAN
 kulit merupakan salah satu perkara penting dalam kehidupan seharian tidak kira golongan lelaki mahupun wanita.

Ia sudah tidak asing lagi terutamanya kulit di bahagian muka. Jadi tidak hairan jika zaman ini yang ada antara kita sanggup menghabiskan ribuan ringgit demi mengekalkan kecantikan kulit supaya sentiasa kelihatan muda remaja.

Menurut pegawai perubatan, Dr Che Hafiz, ciri-ciri kulit yang sihat dan cantik termasuklah licin, tegang, anjal, kemerah-merahan dan bebas daripada jerawat. "Jerawat merupakan salah satu penyakit kulit yang popular bukan sahaja dalam kalangan rakyat Malaysia tetapi di seluruh dunia.

"Kebanyakan mereka yang mengalami masalah itu terutama ketika jerawat 'breakout' akan menyebabkan individu tersebut berasa tertekan sehingga berasa malu hendak berhadapan dengan orang ramai," katanya.

Dr Che Hafiz memberitahu salah satu punca bagaimana terjadinya jerawat breakout ini adalah daripada keadaan hormon di dalam badan yang tidak stabil.

Berikut adalah antara tip yang dikongsikan Dr Che Hafiz dalam membantu anda menjaga kulit muka dengan baik dan supaya kelihatan muda.


1. Kenali jenis kulit

Jika faham jenis kulit sudah tentu mudah untuk mengenal pasti sama ada kulit anda berminyak, kering, sensitif atau bermasalah di mana ia memerlukan nasihat daripada doktor.

Paling penting jika anda mempunyai masalah kulit seperti jerawat jangan memandai-mandai memicit jerawat itu sendiri tanpa menggunakan teknik yang betul. Ini boleh menyebabkan masalah kulit menjadi lebih teruk dan parut kekal.


2. Buat pemilihan 'facial cleanser' dengan bijak

Produk pencuci muka yang tidak sesuai seperti mengandungi bahan kimia boleh mempengaruhi kulit kita.

Sebaik-baiknya, pilih pencuci muka yang mempunyai PH di antara 4.5-7.0 dan elak menggunakan pencuci muka yang mengandungi sulphates.


3. Pelembap muka dan toner

Untuk jenis kulit mudah kering, boleh pakai pelembap muka dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur manakala toner cukup sekadar sekali sehari.

4. Penggunaan primer

Bagi yang memakai solekan, anda digalakkan untuk memakai primer terlebih dahulu sebelum menyapu bedak asas.


5. Sunblock

Anda digalakkan juga untuk memakai sunblock jika sentiasa terdedah kepada sinaran cahaya matahari. SPF sunblock bergantung kepada jenis kulit dan berapa lama anda berada di bawah matahari.


6. Pemakanan

Pemakanan memainkan peranan dan faktor besar dalam proses penjagaan kulit muka kita. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula.

Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Jika anda seorang yang sibuk dengan kerja, pengambilan suplemen seperti multivitamin juga digalakkan.

Jangan lupa minum air secukupnya (2-3 liter sehari) bergantung kepada berat badan dan aktiviti individu. Ini adalah untuk mengekalkan hidrasi badan dan baik untuk kulit.


7. Senaman

Bersenamlah sekurang-kurangnya tiga ke lima kali seminggu. Anda boleh lakukan senaman seperti joging atau berenang serta senaman lain mengikut kesesuaian. Ingat sihat dan cantik itu seiring!


8. Tidur dan rehat mencukupi

Tidurlah dengan berkualiti sekurang-kurangnya enam ke lapan jam sehari. Dengan rehat yang mencukupi, ia boleh merangsang kecantikan pada kulit wajah malah ia boleh mengatasi tekanan.


9. Rawatan wajah

Lakukan rawatan wajah dua minggu atau sebulan sekali bergantung kepada masalah dan jenis kulit. Sebaik-baiknya berunding dengan doktor deermatologi atau aesthetic bagi mendapatkan nasihat yang tepat sama ada kulit wajah anda memerlukan rawatan seperti laser atau chemical peeling.

Dr Che Hafiz turut menasihatkan agar menjaga kebersihan diri dan mengamalkan gaya hidup sihat kerana kulit yang cantik mencerminkan keperibadian diri.

Saturday, 23 July 2022

15 cara mudah kulit bersih dan cantik!

 


15 cara mudah kulit bersih dan cantik!

Apakah anda antara mereka yang pernah berperang dengan masalah kulit sejak usia remaja?

Memiliki kulit cantik, bersih dan mulus sebenarnya tidak sukar. Dengan mengamalkan diet yang baik dan mempraktikkan penjagaan kulit asas yang konsisten, pelbagai masalah kulit dapat diatasi dengan lebih mudah.

Tapi, jangan tunggu sampai ia menjadi tidak terkawal baru ingin merawatnya. Oleh itu, apa kata anda cuba mengamalkan 15 cara berikut yang dapat membantu menghuraikan masalah kulit.

Ini dia 15 petua kulit bersih dan cantik:

1. Bagi yang berperang dengan masalah hormon bulanan, cuba kurangkan kadar pengambilan bahan tenusu seperti keju, tairu, susu dan makanan bergoreng. Dengan menjaga diet, anda akan dapat melihat perubahan kulit dari masa ke semasa.

2. Elakkan daripada tidur tanpa membersihkan muka yan bermekap atau berminyak. Ia merupakan antara punca kerosakkan kulit.

3. Lakukan senaman secara konsisten setiap hari selama 10-15 minit setiap hari dapat membantu mengeluarkan toksin dalam tubuh dan menghasilkan kulit yang sihat.

4. Amalkan untuk mengguna krim pelindung matahari kerana ia dapat elakkan kedutan dan tanda hitam. Gunakan ia untuk ke pejabat atau ke mana-mana. Bukan setakat ke pantai atau semasa beriadah saja.

5. Minum banyak air. Hidrasi adalah kunci utama kepada kulit yang segar dan sihat. Jika kurang air, ia akan mengundang kulit berjerawat dan pengeluaran minyak walaupun ia kering.

6. Tukar sarung bantal setiap minggu. Minyak dari rambut akan melekat pada sarung bantal dan akan serap dalam kulit.

7. Jika mempuyai kulit kering, pilihlah rangkaian produk kulit yang berasaskan minyak.

8. Amalkan rejim untuk sental kulit setiap dua minggu dengan bahan scrub. Tapi, usah gunakan setiap hari kerana kulit boleh menjadi kering dan rosak. Bagi yang mempunyai kulit sensitif pilihlah sabun scrub yang lembut.

9. Amalkan pengambilan minyak kelapa di dalam diet seharian kerana ia dipercayai dapat membantu melembutkan kulit. Minyak kelapa juga boleh dicampurkan dengan soda penaik (baking soda) untuk dijadikan ‘scrub’ muka.

10. Lengkapkan diet seharian dengan mengamalkan minuman teh hijau asli tanpa gula. Ia kaya dengan bahan antioksidan dan dapat membantu menentang bakteria selain radikal bebas.

11. Jika mempunyai potongan rambut depan yang menutup dahi, pastikan untuk mencuci rambut setiap hari. Jika rambut kotor, ia akan memudahkan minyak untuk teperangkap di bahagian dahi.

12. Usah ikut-ikut trend dan beli apa saja yang baru dilancarkan di pasaran. Penting untuk anda mengetahui jenis kulit anda dan cara merawatnya dengan produk yang bersesuaian.

13. Elak menggunakan bedak asas yang berasaskan minyak kerana ia akan menyekat pori dan menjadi punca jerawat.

14. Percaya atau tidak menurut satu kajian, telefon bimbit mempunyai lebih banyak bakteria berbanding dengan mangkuk tandas! Oleh itu, pastikan untuk rajin membersihkan telefon bimbit kerana kuman boleh melekat pada kulit pipi bila anda menggunakannya.

15. Menggunakan krim malam sebelum tidur dapat membantu menjaga kulit dari dalam kerana sewaktu tidur kulit melalui proses detoksifikasi.

Nah, cuba anda catit mana yang belum anda cuba dan mana yang mungkin boleh anda cuba demi kulit yang cantik. Selamat mencuba!

Friday, 22 July 2022

𝐌𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐧𝐚𝐤 𝐭𝐚𝐮 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐮𝐥𝐢𝐭 𝐬𝐞𝐧𝐬𝐢𝐭𝐢𝐟 𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐠𝐚𝐦?

 


𝐌𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐧𝐚𝐤 𝐭𝐚𝐮 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐮𝐥𝐢𝐭 𝐬𝐞𝐧𝐬𝐢𝐭𝐢𝐟 𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐠𝐚𝐦? 😅

Ada sesetengah orang yang struggle nak beli produk untuk kulit jenis sensitif. 

Mereka perlu extra berhati-hati dalam memilih produk utk kulit! Kalau tersalah pilih, kulit akan jadi makin teruk 😫

🚫 Jom elakkan bahan-bahan ini dalam sesuatu produk:

⠀⠀

1. Fragrance

2. Essential oil

3. Chemical sunscreen

4. Alcohol

5. Exfoliants yang kasar

Thursday, 21 July 2022

K𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐤𝐮𝐥𝐢𝐭 𝐧𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐤𝐮𝐬𝐚𝐦 𝐧𝐢?

 


K𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐤𝐮𝐥𝐢𝐭 𝐧𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐤𝐮𝐬𝐚𝐦 𝐧𝐢? 😰⠀⠀

Kulit kusam adalah musuh bagi semua wanita. 

Banyak benda yang boleh menyumbang kepada kulit kusam. Salah satunya ialah kesilapan semasa memakai toner 😱 Jom baca dan fahami!

⠀⠀

💥 Kesilapan semasa memakai toner:

⠀⠀

1. Memakai toner yang salah

2. Memakai toner berbahan dasar alkohol

3. Memakai toner di kawasan mata

4. Tidak memakai moisturizer

5. Menyapu toner menggunakan cotton pad

6. Menyapu toner menggunakan tangan

jangan segan untuk wasap saya di www.wasap.my/60173502400 untuk banyak lagi tips penjagaan wajah, kecantikan dalaman dan luaran wanita dan banyak lagi tau..

Wednesday, 20 July 2022

𝐑𝐮𝐩𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐮𝐥𝐢𝐭 𝐠𝐥𝐨𝐰𝐢𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐛𝐢𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚

 


𝐑𝐮𝐩𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐮𝐥𝐢𝐭 𝐠𝐥𝐨𝐰𝐢𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐛𝐢𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 😱
⠀⠀
Jarang untuk menemui seseorang di sekeliling kita dengan kulit yang glowing.
⠀⠀
Namun apabila jumpa mereka ini, rupanya habit mereka lebih kurang je! Jom baca dan follow habit ini untuk dapat kulit lebih glowing dan tingkatkan keyakinan diri 😍
⠀⠀
✨ 9 Habit Orang Kulit Glowing:
⠀⠀
#1 "Hydration is the key"
#2 Lindungi kulit dari matahari
#3 Gunakan face mask setiap minggu
#4 Diet sihat tanpa gula tambahan
#5 Rutin senaman biasa
#6 Tidur malam selama 8 jam
#7 'Mist'kan wajah
#8 Gunakan serum antioksida
#9 Supliment untuk dalaman

#yuslinabeautycomsultant #yuslinaghazali #foreverlivingproduk


Sunday, 3 July 2022

Tips kecantikan

 


1.    Minum banyak air

Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.


2.     Bersenam

Baik utk kesihatan..elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam...lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.


3.    Jangan merokok. 

Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu..jadi kenapa nak merokok? Nak kuruskan badan? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti org lebih nak sihat, kan?


4.    Tidur yg cukup

Jgn asyik berjaga waktu malam...tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur?Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.


5.    Rehatkan kulit tanpa sebarang mekap

Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak payahlah sapu itu ini...cukuplah dgn wajah yg bersih


6.    Makan yg cukup tapi bukan berlebihan. 

Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata


7.     Manjakan diri

Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun..anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah.Jika rajin..cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.


8.    Elakkan stress. 

Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.


9.    Don't worry, be happy. 

Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!


10.    Ketawa penghibur duka

Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2.Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.

Wednesday, 1 June 2022

Skincare Untuk Umur 30an & Kulit Kering

 


Forever Living Products memang sudah terkenal dalam penghasilan produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri berasaskan aloe vera sejak hampir 42 tahun. Dengan kehebatan bahan semulajadi ini, ditambah pula dengan kecanggihan teknologi sains kecantikan kulit, Forever Living Products dengan INFINITE by Forever ™ yang direka khas sebagai skincare untuk umur 30an & kulit kering.

INFINITE by Forever™
INFINITE by Forever ™, sistem penjagaan kulit advanced daripada Forever, sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya bagi anda yang sedang mencari skincare untuk umur 30an & kulit kering atau kulit yang sudah menampakkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan, garis halus, kulit kendur & jeragat.

Sekiranya anda berusia 25 tahun keatas, sudah tiba masanya untuk memikirkan tentang menggunakan produk yang memang direka untuk memperlahankan atau meminimumkan penuaan.

Jika penuaan kulit bukan masalah anda, tetapi anda mengalami masalah kulit kering, saya galakkan anda untuk tidak memilih skincare lain selain daripada kehebatan INFINITE by Forever ™.

Skincare revolusioner ini memperkenalkan gabungan formula dan ramuan yang luar biasa yang berfungsi untuk memulihkan keseimbangan kelembapan kulit, merangsang tahap kolagen yang sihat dan mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan.
Ini menjadikan INFINITE by Forever ™ sebagai skincare untuk umur 30an & kulit kering yang sangat hebat.

Semua tahu bahawa aloe vera sangat baik untuk kulit dan INFINITE by Forever ™ telah melangkah lebih jauh dengan menggabungkan aloe vera dengan bahan botani dan kemajuan saintifik terkini yang meningkatkan prestasinya.
Dengan menggunakan bahan kecantikan kulit semulajadi untuk menghapuskan penampilan penuaan pramatang kulit dari dalam dan luar, INFINITE by Forever ™ adalah sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin menambah seri pada kulit mereka.

HYDRATING CLEANSER


Pembersih lembut ini penuh dengan ramuan yang hebat dan alami seperti epal, asid amino epal dan asid lemak koko yang mampu meningkatkan penghidratan kulit dan membersihkan kotoran serta minyak dengan perlahan.

Bahan-bahan ini adalah hypoallergenic, dan formulanya tidak ditambah pewangi tiruan. Ini menjadikannya juga sesuai untuk kulit yang sensitif. Formula yang memperlahankan penuaan kulit ini juga membantu fungsi (skin barrier) kulit anda untuk melawan kekeringan.

Terima kasih kepada asid linoleat dan vitamin E, yang menjadikan pencuci muka ini mampu membersih sambil menyokong lipid kulit dan membantu menyingkirkan kotoran, mengekalkan kelambapan & kelembutan kulit.

Hydrating Cleanser INFINITE by Forever ini adalah pilihan yang sangat baik untuk asas pertama dalam rejim skincare untuk umur 30an & kulit kering dan rutin kecantikan kulit harian anda. Ia membantu menyediakan kulit wajah untuk menerima rutin seterusnya dengan lebih efektif.


INFINITE FIRMING SERUM


Firming Serum mensasarkan tanda-tanda penuaan dan melengkapkan proses semulajadi kulit untuk menambah keanjalan dan mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan. Formula saintifik ini meningkatkan kekuatan aloe vera dengan bahan yang diuji secara klinikal, trifluoracetyl tripepetide-2.

Dalam ujian klinikal, 
bahan ini terbukti mampu meningkatkan keanjalan kulit yang ketara dan dikenali dalam memerangi progerin iaitu protein berbahaya yang bertambah seiring dengan pertambahan usia anda yang menimbulkan masalah kepada kulit anda.

Asid three-amino peptide ini digabungkan dengan natrium hyaluronat hidrolisis, pelembap semulajadi yang menyokong kelembapan dan perapi kulit. Ekstrak yis membantu menyokong sintesis kolagen dan pertahanan kulit semulajadi untuk mengurangkan penampilan tona kulit yang tidak sekata.

Sementara protein whey pula membantu untuk menghidupkan semula kulit dengan meningkatkan kelancaran, keanjalan dan ketebalan kulit.

Formula yang disusun ini adalah impian saintis kulit yang disokong dengan kuasa alam dan kehebatan penemuan kajian makmal untuk membantu anda melihat dan merasai yang terbaik.

Dengan bahan-bahan semulajadi yang kuat dan aloe vera yang dipatenkan oleh Forever Living Products, serum hebat ini berfungsi sebagai pelembab yang membuatkan kulit lebih licin dan anjal dan kelihatan lebih muda.


INFINITE RESTORING CRÈME
Dengan lebih daripada 15 bahan perapi kulit, INFINITE Restoring Crème menyerap dengan cepat untuk membuatkan kulit lebih lembab dan licin. Krim yang mengagumkan ini menggabungkan sains dan aloe vera dengan antioksida botani yang kuat termasuklah acai berry, delima dan vitamin B3 yang membantu memulihkan tona dan tekstur kulit.

Bahan-bahan seperti squalane, ester jojoba, glikolipid dan lilin lebah (beeswax) memiliki sifat pelembab yang penting dan membantu krim ini menjadi lebih mudah diserap. Campuran minyak pati (essential oils) anti-penuaan seperti lavender, petitgrain, basil, kayu putih, eucalyptus dan kulit limau & oren yang menyokong aloe vera untuk menambah dan menyegarkan kulit kering.

Untuk menghebatkan lagi kuasa pelembab INFINITE Restoring Crème ini, Forever Living telah menambah latest chemistry untuk memberikan struktur gula baru yang meningkatkan halangan dan pengekalan lembapan pada kulit.

Sebagai langkah terakhir yang sangat penting dalam rutin skincare untuk umur 30an INFINITE by Forever ™, INFINITE Restoring Crème mengunci semua khasiat daripada bahan-bahan hebat dalam rangkaian produk ini sehingga anda mampu memperlahankan penuaan kulit wajah anda.

Gunakan setiap hari untuk menguatkan penghalang semulajadi kulit, mengatasi kulit kering dan mengurangkan penuaan.

Lengkaplah sudah rutin skincare untuk umur 30an & kulit kering anda. Hanya dengan 3 langkah mudah!

Yes… less is MORE!

Tak perlu produk yang banyak atau rutin penjagaan kulit yang leceh jika anda mahukan kulit yang cantik & sihat. Dan paling penting sekali adalah tak perlulah berbelanja mahal untuk semua ini.

INFINITE by Forever ™ didatangkan khas untuk anda dengan kehebatan kuasa alam semulajadi yang digabungkan dengan kecanggihan sains kecantikan kulit Forever Living Products.




Saturday, 21 May 2022

Bukan senang nak jadi Business Consultant

 ha, dah baca tajuk aku kali ni? bukan senang yea nak jadi beauty consultant sebab banyak perkara kena jaga antaranya adalah :

  1. penampilan
  2. kecantikan
  3. percakapan
  4. perbuatan
  5. pemakanan
  6. lifestyle
6 perkara ni sangat penting kerana kita adalah public figure... acey2 perasan. mana tau yang perasan tu jadi kenyataan nanti akan datang kan. so usaha tangga kejayaan kan



Friday, 20 May 2022

Meh join saya

Orang cakap nak jadi beauty consultant wajah kena lawa… yea ke? Bagi saya sangat tak setuju sebab lawa tu banyak makna. Dia tak lawa sangat tapi kulit dia flowless, bersih, penampilan menarik di kira lawa. 

Nak sama2 saya untuk kelihatan cantik luaran dan dalaman? Meh pm laju2 tau




Thursday, 19 May 2022

Aku seorang Beauty Consultant

Hai korang semua hari ni ceria tak? Semoga hari kita sentiasa ceria dan bahagia disamping orang tersayang dan sentiasa dilindungi Allah swt. 


Aku sekarang adalah seorang beauty consultant dengan produk forever living. Nak kata aku pro tu idok ler tapi aku akan sentasa belajar dan mencari ilmu dalam biz aku ini. Nampak macam senang kan tapi ia memerlukan kepakaran yang tinggi dan ilmu yang luas. 


Aku akan sentiasa belajar perkara baru dari masa ke semasa supaya aku semakin yakin dan pro dalam dunia kecantikan yang semestinya sangat sinonin pada semua wanita


semoga aku dapat capai target aku dalam dunia kecantikan dan memberi manfaat kepada semua golongan yang memerlukan dan sentiasa ingin nak nampak cantik serta segar sepanjang hari.

Saturday, 5 June 2021

8 CARA PENGGUNAAN Aloe Vera Gelly Forever Living


1) Digunakan sebagai "mask" untuk muka.

Secara amnya Aloe Vera gelly ini bagus untuk kulit kita sebab kulit kita juga perlukan kelembapan (moisture) dan pernafasan yang baik..baru lah kulit muka kita sihat, segar dan awet muda gitu. Cara penggunaan dia sapukan gel aloe vera ni pada kertas mask (mask yang dah kering) ataupun sapu sahaja pada kulit keseluruhan muka kita dan biarkan selama 15-20 minit then cuci muka guna air suam/air paip je pon boleh (nak bawa tidur pon boleh)

2) Untuk menghilangkan parut

Aloe vera gelly Forever Living ini juga boleh digunakan bagi menghilangkan parut bekas-bekas jerawat atau parut pada bahagian anggota badan kita "In sha allah boleh hilang dengan izinNYA". Cara penggunaanya mudah sahaja ambil sedikit gel aloe vera gelly ni then sapukan pada bahagian parut sebanyak 1-2 kali sehari (pagi atau sebelum tidur pon boleh). Ramai kawan saya dah cuba untuk menghilangkan parut jerawat (muka) dan alhamdulillah terdapat perubahan..Cuba la rasakan perubahannya..jangan tidak cuba.

3) Digunakan selepas shave misai atau jambang (bagi yang lelaki ye)

Biasanya selepas shave kulit mesti jadi sensitifkan? jadi lepas shave  tu boleh la korang sapukan gel aloe vera gelly ni..In Sha Allah boleh mengurangkan kegatalan atau kemerahan pada kulit muka korang tu..

4) Digunakan bagi mencantikkan kelopak mata dan lingkaran bawah mata.

Bagi sesiapa yang ada masalah mata panda atau sembab-sembab tu boleh sapukan gel ini. Cara penggunaannya mudah je ambil sekeping cotton pad (biasa kita gunakan kapas untuk toner) then letak la gel aloe vera kat atas kapas, before applying dekat mata tu kalau nak effect best masukkan dalam peti ais terlebih dahulu (jangan letak dekat freezer pulak nanti beku pulak dia) then letak la pada mata and bawak tidur la ye..

5) Digunakan sebagai "Hair Treatment"

Kepada sesiapa yang ada masalah rambut bercabang,kering atau rambut kasar-kasar tu boleh la sapukan je gel aloe vera ni dekat rambut korang (macam korang  guna hair conditioner) then urut-urutkan la sehingga ke kulit kepala ye..Bukan setakat dapat rambut yang cantik malah rasa fresh je kulit kepala..tak percaya? cuba lah~~

6) Digunakan pada kulit muka yang dah terkena 'Sunburn"

Saya tahu bila kulit dah burn memang rasa sakit dan perit-perit sampai merah-merah kan? bila sentuh je sakit kan? tak pe korang sapu je gel aloe vera ni pada kulit yang terkena sunburn tu..In Sha Allah kurang rasa sakit tu malah rasa sejuk je. 

7) Boleh dijadikan sebagai "Make up Base"

Sebelum korang pakai apa2 foundation tu boleh la sapukan gel ni terlebih dulu ataupun mixkan pon boleh aloe vera gel ni dengan foundation korang dalam ukuran ratio 2:1. Resultnya mekap korang akan lebih bertahan lama..cuba lah kalau tak percaya~~

8 )Boleh memperbaiki kuku yang rosak/rapuh.

Kepada sesiapa yang ada masalah kuku tangan ke kuku kaki ke boleh je apply gel aloe vera ni pada kuku korang dan In Sha Allah dapat mengurangkan kerapuhan kuku korang tu dan kuku korang akan nampak berkilat (bling bling gitu) hihihi..

Berminat wasap saya di www.wasap.my/60173502400/aloveragelly

#TheAloeVeraCompany
#AloeVeraGelly
#ForeverLiving
Friday, 4 June 2021

FOREVER LIVING VIT C-APA YG UNIK?? SEMUA MESTI CUBA

🍋  SEBIJI lemon dianggar mengandungi 30mg vitamin C 
🍋  FOREVER LIVING Absorbent-C mengandungi 60mg mengikut standard yang ditetapkan oleh RDA
ABSORBENT-C


🍊Memang lain dari yang lain!
🍊Formula berpaten Forever Absorbent-C
🍊Memastikan khasiat vitamin C diserap 100%
🍊Sebab sifat vitamin C larut air
🍊Cepat sangat dikumuhkan oleh badan
🍊Tapi Absorbent-C mmg ABSORBENT!!!


Absorbent-C juga diperkayakan dengan:
========================
✔️ 🌾Oat👉baik untuk jantung & singkir kolestrol jahat (oat terikat dengan vitamin C supaya tahan lebih lama
✔️ 🐝Madu👉baik untuk sistem pernafasan, mata
✔️ Ekstrak betik 👉membantu perlawasan
✔️ Ekstrak oren👉 membantu membekalkan vitamin C baik untuk kulit (jerawat, parut, & kulit kusam)
✔️ Diluluskan KKM , Halal & Kosher certified
#vitamincforeverliving