Tiktok Mekyuhhh

Showing posts with label pEtuA. Show all posts
Showing posts with label pEtuA. Show all posts
Wednesday, 22 October 2025

Rawatan Tradisional Tombong – Petua Orang Lama Yang Masih Relevan




Tombong, atau nama mediknya prolaps rahim, antara masalah wanita yang jarang dibincangkan tapi makin ramai alami, terutamanya selepas bersalin. Ada yang malu nak cerita, ada juga yang tak tahu sebenarnya apa yang mereka rasa itu ialah tanda-tanda tombong — contohnya rasa berat di bawah perut, sakit belakang, atau terasa seperti ada benda nak keluar dari faraj.

Dulu orang lama tak ada hospital canggih macam sekarang, tapi mereka ada cara tersendiri untuk rawat dan kuatkan semula rahim menggunakan bahan-bahan semula jadi. Walaupun zaman dah moden, petua ni masih boleh diamalkan sebagai rawatan sokongan untuk bantu pulihkan tenaga dalaman wanita.



🌸 1. Bertungku – Panaskan dan Naikkan Semula Rahim

Petua paling popular dan masih diamalkan sampai sekarang. Batu tungku atau daun-daun herba seperti daun sirih, halia, serai wangi dipanaskan, kemudian diletak di bahagian bawah perut. Panas dari tungku ni bantu lancarkan darah, buang angin, dan bantu “naikkan” rahim yang jatuh. Tapi ingat, jangan tungku di bahagian faraj terus ya, cukup di bawah perut sahaja.



💆‍♀️ 2. Urutan Peranakan Tradisional

Kalau dulu, bidan kampung memang pakar dalam urutan peranakan. Urutan ni membantu betulkan posisi rahim dan kuatkan otot dalaman. Tapi kalau nak cuba sekarang, pastikan tukang urut tu memang berpengalaman dan tahu anatomi wanita. Salah urut boleh memudaratkan.



🍃 3. Herba Penguat Rahim

Orang dulu percaya pada kekuatan herba – dan memang ada yang terbukti baik untuk rahim.
Antaranya:
 • Manjakani – mengetatkan otot faraj
 • Kacip Fatimah – bantu imbangi hormon dan kuatkan rahim
 • Serapat & Halia Bara – melancarkan peredaran darah

Boleh amalkan dalam bentuk teh herba atau jamu, tapi pastikan tidak berlebihan.



🧘‍♀️ 4. Senaman Kegel

Walaupun ini nampak moden, tapi sebenarnya senaman kegel ni selamat dan mudah. Hanya perlu kemut otot faraj selama 5 saat, kemudian lepaskan. Ulang 10–15 kali, tiga kali sehari. Otot lantai pelvis yang kuat boleh bantu elak rahim jatuh semula.



🚫 5. Pantang-Larang yang Wajib Dijaga
 • Jangan angkat benda berat selepas bersalin
 • Elakkan meneran kuat bila buang air besar
 • Banyakkan makan sayur dan minum air supaya tak sembelit
 • Rehat cukup dan baring dengan kaki sedikit tinggi supaya rahim dapat “naik” semula



🌼 Akhir Kata

Masalah tombong ni memang boleh menjejaskan keyakinan diri dan keselesaan wanita, tapi jangan risau. Dengan rawatan tradisional yang betul, penjagaan diri yang rapi, dan nasihat doktor bila perlu, rahim boleh kembali kuat seperti dulu.
Ingat ya — rawatan tradisional boleh bantu, tapi kalau keadaan dah teruk (rahim dah terkeluar), sebaiknya dapatkan rawatan perubatan juga.

Rahim ni anugerah, jagalah sebaiknya ❤️



Bila “Tombong” Keluar – Jangan Malu Untuk Dapatkan Rawatan (Khas untuk wanita)



Sebagai wanita, kadang kita terlalu kuat sampai tak sedar tubuh sendiri pun perlukan rehat. Semua benda nak buat — urus anak, jaga rumah, kerja lagi. Bila rasa lenguh, rasa berat kat bawah perut, kita fikir alah, biasalah tu, dah beranak.” Tapi sebenarnya, tak semua yang “biasa” tu boleh dibiarkan.

Ramai tak tahu, masalah macam rahim turun atau lebih dikenali sebagai tombong, sebenarnya dah makin kerap berlaku. Ada yang malu nak cerita, ada yang sangka cuma angin badan. Tapi hakikatnya, bila rahim mula menurun, itu tandanya otot dalaman kita dah mula lemah.


Apa Itu Tombong?

“Tombong” ialah keadaan di mana rahim jatuh atau menonjol keluar melalui faraj. Dalam istilah perubatan, ia dipanggil prolaps rahim (uterine prolapse). Keadaan ni berlaku bila otot dan tisu di bahagian lantai pelvis tak lagi kuat untuk menampung rahim.

Ada yang alami tahap ringan (masih di dalam faraj), dan ada juga yang lebih teruk sampai nampak jelas keluar ke luar faraj.



Punca Utama Rahim Turun

Masalah ni boleh berlaku disebabkan beberapa faktor:
 1. 🤰 Pernah bersalin banyak kali atau bersalin sukar
– Otot pelvis menanggung tekanan besar semasa proses bersalin, terutama kalau anak besar atau proses lama.
 2. 🧓 Faktor usia & menopaus
– Bila hormon estrogen menurun, tisu pelvis jadi lemah.
 3. ⚖️ Tekanan berlebihan pada perut
– Kerap batuk, sembelit, atau angkat benda berat boleh menambah tekanan.
 4. 🩸 Berat badan berlebihan (obesiti)
– Memberi tekanan tambahan pada otot sokongan rahim.
 5. 🧬 Faktor genetik & pembedahan terdahulu
– Sesetengah wanita memang ada tisu penyokong yang lemah secara semula jadi, atau pernah melalui pembedahan di bahagian pelvis.



Tanda-Tanda Awal Yang Perlu Diberi Perhatian

Kalau ada tanda-tanda ni, jangan abaikan:
 • Rasa berat atau tekanan di bahagian bawah perut/faraj
 • Rasa seperti ada sesuatu menonjol dari faraj
 • Sakit belakang bawah
 • Sukar buang air kecil atau besar
 • Rasa tidak selesa semasa bersama suami



Rawatan Untuk Masalah Tombong

Jangan risau — masalah ni boleh dirawat, bergantung pada tahapnya.
Antara rawatan yang biasa disarankan doktor:
 • Senaman Kegel – untuk kuatkan otot lantai pelvis.
 • Pessary – alat khas dimasukkan ke dalam faraj bagi menyokong rahim.
 • Pembedahan – bagi kes yang lebih serius.

Yang penting, dapatkan nasihat pakar sakit puan seawal mungkin.


Sayangi Diri Sendiri 

Kadang-kadang, kita terlalu sibuk jaga orang lain sampai lupa nak jaga diri sendiri. Sibuk urus rumah, anak, suami, kerja — tapi bila badan mula beri isyarat, barulah sedar diri pun perlukan perhatian.

Kesihatan wanita ni hal yang halus. Bukan sekadar luaran, tapi dalaman pun kena dijaga. Jangan anggap rasa sakit tu perkara biasa. Kadang yang kecil-kecil tulah petanda awal sesuatu yang lebih besar.

Kalau rasa tak selesa, cepatlah jumpa doktor. Tak perlu malu, sebab menjaga diri sendiri bukan tanda lemah — itu tanda sayang pada diri. 

Moga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan untuk hadapi apa pun ujian, dan kebijaksanaan untuk jaga diri sebaik mungkin. 


 

Saturday, 30 July 2022

15 Perkara Yang Perlu Kita Sedar Apabila Umur Meningkat Dewasa

 “15 Perkara Yang Perlu Kita Sedar Apabila Umur Meningkat Dewasa.”


1.Tidak semua kawan kita adalah sahabat kita.

2.Tidak semua orang berharta hidup bahagia.

3.Orang yang petah bercakap tidak semestinya hebat melakukan tugasan.

4.Tidak semua orang pandai itu beradab.

5.Tubuh badan sihat itu adalah mahal,tidak mampu dibeli dengan wang.

6.Tidak semua kebahagiaan di media sosial adalah sama dengan realiti.

7.Tidak semua musuh kita akan menjadi musuh kita selamanya.

8.Sedekah duit,tidak akan dibalas duit,tetapi akan dibalas dengan perkara lain tanpa kita sedar.

9.Rezeki yang haram tidak akan pernah menjanjikan hidup yang tenang.

10.Tiada kehidupan manusia yang sempurna.Kaya,miskin,sihat,lemah tetap akan diuji.

11.Membandingkan kehidupan dengan orang lain adalah perkara yang membuang masa.Kita tidak akan pernah rasa cukup.

12.Kawan dan sahabat itu akan datang dan pergi.Sama ada membawa haluan sendiri atau dijemput ajal.

13.Mencari rezeki yang halal dan gaji kecil itu bukan lah perkara yang hina.

14.Sikap membazir dan boros akan menyusahkan kehidupan seharian.

15.Hutang itu akan memutuskan silaturahim,beri ikut kemampuan,bukan ikut perasaan simpati.

Ada perkara yang kita boleh kawal,ada juga perkara yang di luar kawalan kita.

Apabila umur semakin meningkat,gaya berfikir juga perlu diubah.Tidak perlu matang sepenuhnya,cukup hanya dengan memahami kehidupan.


Hidup Kita,Cara Kita.

Friday, 23 December 2011

Cara Mendidik yang Terbaik untuk anak kita

di bawah adalah cara-cara yang terbaik untuk kita mendidik anak2 kita supaya menjadi anak dan insan yang soleh dan solehah. aku tahu ramai ibu2 sekarang mesti mempunyai tahap kesabaran yang tinggi supaya didikan yang diberi kepada anak-anak tercapai.

untuk menjadi seorang yang penyabar kita mesti muhasabah diri kita supaya apa yang kita lakukan menjadi ikutan dan teladan kepada anak-anak. dibawah adalah cara mendidik yang terbaik untuk anak kita untuk kawan-kawan dan saya perlu amalkan.

saya copy cara-cara nie di blog little story


gambar dibawah adalah gambar insan-insan suci yang lahir dari insan-insan yang suci (hehehehe....)

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”
Monday, 15 March 2010

Hadapi kerenah degil

Degil adalah tanda si kecil sudah membina identitinya sendiri, selain berasa dirinya sudah berada dalam zon selamat.

ANAK anda enggan makan bersama apabila diajak? Kalau diminta mengemas barang permainannya, dia hanya berdiam diri atau cuba mengelak. Mungkin juga si kecil itu sengaja membuat bising apabila si adik sedang tidur atau akan lari ketika disuruh mandi.


Anda yang mempunyai anak kecil mungkin sudah biasa menghadapi situasi seperti ini. Siapa sangka dalam usia sementah itu, si comel ini sudah mula mengaplikasi soal pendirian dan kemahuannya. Percaya atau tidak, anak yang berusia tiga tahun ke atas berasa kurang bergantung pada anda. Itu adalah tanda bahawa dia sudah membina identitinya sendiri selain berasa dirinya sudah dalam zon selamat. Namun, itu bukan bermakna dia menjadi pemberontak. Berdegil adalah cara bagi anak kecil itu menunjukkan ketegasannya. Jadi, apabila dia menolak untuk bekerjasama dengan anda, dia sebenarnya cuba memberitahu, 'saya tidak sukakan peraturan mama'. Maka, apakah yang perlu anda lakukan?

Menurut jurnal Adolescent Child Specialty Services yang ditulis oleh Rebecca S. Blakeman, setiap kanak-kanak akan menunjukkan kemerdekaan diri melalui cara yang tidak sepatutnya dari semasa ke semasa. Meskipun begitu, adalah sangat penting bagi ibu bapa itu memahami situasi anak tersebut. Ibu bapa tidak harus berleter apabila tidak berasa senang dengan kelakuan anak-anak. Ia sebaliknya akan membuatkan sikap anak menjadi lebih buruk.

Beri pilihan


Jurnal Rebecca itu meminta ibu bapa cuba memahami kehendak anak mereka. Dalam situasi anda memintanya makan namun dia menjerit tidak mahu, usah dipaksa lagi. Paksaan hanya akan membuatkan dia menangis atau menunjukkan kemarahan.

Maka, cuba letakkan diri anda di tempatnya. Jika anak sibuk bermain, hampiri dia dan dakap si kecil itu sambil memberitahunya mengapa perlu makan. Itu adalah langkah pujukan psikologi. Tanpa disedari, anda sebenarnya menunjukkan bahasa tubuh dan ucapan yang membuatkan dia sedar dirinya diambil berat. Tanpa perlu memarahinya, tunjukkan betapa anda hendak ambil tahu mengapa dia tidak mahu makan.

Walau apapun yang dilakukannya, pastikan anak anda tahu bahawa semua perkara ada hadnya. Pendirian mereka mudah dilentur apabila anda menyatakan bahawa anda menyayanginya dan setiap yang disuruh itu adalah untuk kebaikannya. Memberi pilihan adalah cara terbaik untuk si anak mematuhi sesuatu peraturan. Jika dia ada masalah mengikuti sesuatu permintaan atau suruhan, fikirkan alternatif untuk mencari penyelesaiannya.

Contohnya, jika anak kecil sering 'meragam' gara-gara tidak mahu tidur dalam gelap, berikannya lampu suluh atau pasangkan lampu yang bercahaya suram. Di situ, aspek tolak ansur sudah terbina antara ibu bapa dengan si anak tersebut.

Orang dewasa perlu sentiasa menunjukkan sikap yang baik. Selain memberi perhatian ketika dia menunjukkan kenakalan atau kedegilan, anak kecil perlu sentiasa didekati dan dilayani semasa dia sedang dalam keadaan 'angin baik' atau mengikut kata. Beritahu anak-anak tentang apa yang betul atau tidak betul. Selalunya apabila si anak membuat kesalahan, dia pasti akan rasa bersalah. Oleh itu, jangan cepat marah. Sebaliknya, cakaplah secara baik dan terangkan kepadanya mengapa anda tidak mahu kesalahan itu diulanginya.

Monday, 11 January 2010

Khasiat Buah Pisang





Perhatian:

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit.

Tidak ha
iranlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.



Tekanan:

Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:

Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:

Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:

Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi –
garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:

Kajian dibuat ter
hadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:

Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai di
et seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:

Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:

Pisang memp
unyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
.

Demam Pagi:

Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:

Sebelum m
enggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:


Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.



Obesiti dan Tekanan Kerja:

Kajian di Institut Psikolo
gi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:

Pisang am
at baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:

Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menu
runkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):

Penyakit ini merupakan simptom yan
g terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaik pulih mud kita.



Ketagihan Rokok & Tembakau:

Pisang dapat me
mbantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:

Potassium m
erupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:

Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!



Lain-lain Penyakit Kulit:

Pengamal perubata
n semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang
merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebu
t, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisan
g adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika!

Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian d
alam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!cubalah..!!
Monday, 28 December 2009

PETUA MENGUBATI PENYAKIT

Atasi Senggugut - Setiap kali datang bulan, ada wanita yang mengalami masalah senggugut. Untuk mengatasinya, ambil tiga ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil lima biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tadi dan gaulkan dengan air panas. Kemudian minum setiap hari (waktu malam). InsyaAllah senggugut akan hilang.
Bayi Selsema - Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.
Cegah Ulat - Kini ramai orang menggunakan bahan baja atau ubatan ramu pada pokok yang bermasalah ulat. Tumbuk bawang putih tiga atau empat ulas dan campurkan air sabun secamca besar. Kemudian campur minyak masak secamca. Semburkan campuran ini pada pokok. Selamat mencuba
Demam - Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari, cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.
Demam Panas - Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.
Gegata - Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.
Gatal pada kulit - Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang, cuba petua ini. Ambil sekeping gambir, masukkan kedalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Kemudian sapu pada bahagian gatal. Selamat Mencuba.
Hilangkan Daki dan Bau Badan - Kita sering menghadapi masalah daki dan bau badan terutama bakal pengantin. Untuk mengatasinya, gunakan pucuk jambu batu. Ramas ia didalam air dan gosokkan pada badan. Selepas itu, bilas dengan air limau purut. Lakukan seminggu sebelum tarikh perkahwinan. Insya-Allah, kulit kita akan bersih dan bau badan pun hilang.
Hilangkan Parut - Jika anda mempunyai kesan parut, anda boleh menghilangkannya dengan menyapu lendir lidah buaya. Cuma sapu lendir itu pada parut. Lakukan tiga kali seminggu. Insya-Allah, parut akan hilang.
Hilangkan Lenguh-Lenguh Badan - Jika anda terasa lenguh-lenguh badan, mandilah dengan air sebiji kelapa yang dicampur dengan air sejuk. Lakukan ketika tengah hari. Buat cara ini sehingga seminggu, anda akan dapati badan anda beransur segar.
Hilangkan Nafas Berbau - Nafas berbau amat memalukan, bagi mengatasi masalah ini anda boleh mencuba petua ini yang dapat mengatasi masalah dengan cara mengamalkan minum air rebusan halia. InsyaAllah anda akan melihat perubahannya.
Menghilangkan Bau Badan - Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.
Menghilangkan Bau Mayat - Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan atau baju setelah menyelesaikan kerja-kerja mandi mayat, ambil beberapa helai daun sirih, ramaskan dan rendamkan bersama baju beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.
Membuang Lemak Badan - Sekiranya anda mengalami masaalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.
Melangsingkan Tubuh - Masalah berat badan, sering menggangu fikiran wanita.Tetapi kini anda tidak perlu risau kerana ada petua murah dan mudah. Ambil dua biji lobak merah dan sebiji timun.Parut dan perah airnya. Parutan itu dicampur sebiji air limau nipis. Bancuh hingga sebati dan minum dua kali sehari. Amalkan setiap hari hingga berat badan anda turun.
Kulit Muka Kembali Bermaya - Tumbuk beberapa helai daun kubis dan perah airnya. Campurkan sedikit air dan secamca besar madu. Kemudian sapu ramuan ini pada leher dan muka. Pakai seperti pupur. Biarkan lebih kurang 15 minit, kemudian cuci dengan kapas menggunakan air suam. Hasilnya, kulit tegang, lembap,lembut segar serta licin. Amal 3-4 kali sebulan, anda akan memiliki kulit wajah cantik bermaya.
Mewangikan Rambut - Ambil air perahan 10 helai daun pandan wangi yang ditumbuk lumat. Sapukan ke kepala pada sebelah petang sebelum dicuci sebelum tidur boleh mewangikan rambut dan mencegah uban.
Mengurang Bau Petai - Best kalau makan petai untuk dibuat ulam...tapi baunya sapa yg tak tahan...jadi sini ada petua hendak hilangkan bau petai....Rendam buah petai terlebih dahulu dlm air basuhan beras..biarkan selama setengah jam sebelum dihidangkan atau dimasak.Senangkan?? Selamat mencuba
Mengatasi Rasa Pahit Buah Peria - Hiris buah peria mengikut keperluan masakan. Kemudian gaulkan buah peria yang telah dihiris itu dengan garam kasar. Biarkan selama 5 minit. Selepas itu cuci buah peria tersebut beberapa kali dengan air bersih sebelum dimasak. Hasilnya buah peria yang telah dimasak itu tidak akan berasa pahit apabila dimakan
Sakit Gigi - Sekiranya anda mengalami sakit gigi, gigit tiga kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang, ketuk cengkih dan isi didalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas. Insya-Allah, sakit beransur kurang
Sembuhkan Kencing Manis - Ambil akar pokok manggis sebesar ibu jari tangan, kemudian hendaklah dibasuh sehingga bersih. Selepas itu dicampurkan dengan sebotol air mineral direbus sehingga mendidih. Amalkan minum tiga kali sehari. InsyaAllah ia dapat menyembuhkan penyakit kencing manis yang anda alami selama ini.
Sembuhkan Bengkak Hati - Bagi mereka yang mengalami masalah bengkak hati dan paru-paru berair ambil secekak akar tebu hitam. Rebus menggunakan sukatan sebotol air mineral yang besar. Minum dua kali sehari.