Tiktok Mekyuhhh

Showing posts with label hARi rAyA. Show all posts
Showing posts with label hARi rAyA. Show all posts
Friday, 3 April 2026

Raya ke 2 Tema soft yellow

 


22/03/2026, raya kedua kami beraya di rumah adik aku yang ke-9. Tahun ni dia tak dapat balik kampung, tapi sebagai ganti, dia sambut kami di rumah baru dia yang baru siap. Jadi kami pula yang bergerak ke sana, kumpul sama-sama walaupun bukan di kampung.

 

Seronok tengok rumah baru dia, rasa bangga pun ada. Walaupun sederhana, tapi penuh dengan usaha dan titik peluh dia sendiri.

 

Tema hari tu soft yellow, suasana nampak ceria, lembut, dan tenang. Memang lain vibe dia, tapi tetap rasa hangat sebab semua berkumpul.

 

Bab makanan memang tak mengecewakan. Dia hidangkan laksa, nasi minyak… kami pula bawa satey yang ditempah oleh adik ipar. Tambah lagi dengan macam-macam kuih muih, memang penuh meja. Makan bukan sekadar kenyang, tapi lebih kepada menikmati masa bersama.

 

Walaupun tak semua adik-beradik lengkap, tapi momen macam ni tetap bermakna. Kadang-kadang, kita tak perlukan tempat yang sama  cukup dengan orang yang sama, itu dah cukup buat rasa “raya”.

 





 

Thursday, 2 April 2026

Hari Raya 2026

 


Raya 2026 kali ni giliran balik ke Kampung aku pulak iaitu di Terengganu. Kami sekeluarga bertolak pada 19/03/2026 - Khamis. Sepatutnya aku start cuti pada 20/03/2026 tapi memandangkan banyak ura-ura raya pada hari Jumaat aku buat keputusan untuk balik 1 hari awal dari jangkaan raya. Kami gerak dah pukul 10pagi dengan santai-santai suami bawak kereta. dalam perjalanan suami tanya sama ada nak beli maman untuk bawak balik kampung tak? aku apa lagi memang nak la... so kami ke kebun  di Tampin untuk beli maman.Waktu nak berbuka kami baru sampai di Paka so suami berhenti solat asar dahulu sebelum tunggu waktu berbuka.

 

 Punya la ramai orang di RNR Paka, nak makan bukan main susah... hehehehe tapi aku seronok je dengan moment ni sebab bila lagi dapat tempuh moment gini kalau bukan musim perayaan betul tak?  

 

Nak dijadikan cerita kami raya pada hari Sabtu 21/03/2026, kira Alhamdulillah la sebab aku masih ada masa 1 hari puasa di Kampung.

 

Pagi raya masih dengan rutin yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Yang lelaki pergi sembahyang raya, kami yang perempuan pula sibuk di dapur siapkan hidangan, kemas ruang tamu, pastikan semuanya teratur untuk sambut tetamu nanti. Penat tu memang ada, tapi dalam masa yang sama… itulah moment yang paling dirindui setiap tahun.

 









Lepas selesai salam dan bermaafan, kami terus bergerak ziarah sanak saudara yang berdekatan. Dari satu rumah ke satu rumah, tak sedar masa berlalu… sedar-sedar dah pukul 5 petang baru sampai rumah. Penat memang penat antaranya penat borak, gosip, makan dan makan lagi heheheheh

 

Tahun ni lagi manis bila kami satu keluarga sepakat pilih tema warna lilac. Lembut, tenang, dan cantik  macam melengkapkan suasana raya kami yang sederhana tapi penuh makna.

 

Raya bukan tentang sempurna, tapi tentang kebersamaan. Dan tahun ni, aku rasa itu cukup.

 


 

Sunday, 23 November 2025

Persiapan Raya 2026 Dah Mula

 

Gambar Majlis raya 2025 (Ni Baju raya tahun 2025)

Raya tahun 2026 masih jauh lagi, tapi hati aku dah mula rasa teruja awal-awal. Biasalah, bila fikir pasal suasana raya, bau kuih dalam balang, rumah wangi dengan langsir baru, memang tak sabar nak mula buat persiapan. Jadi tahun ni aku buat keputusan untuk start awal sikit… tak nak last minute baru kelam-kabut.

Setakat ni, aku dah mula beli baju raya sikit-sikit. Bila jumpa warna yang berkenan terus sambar, sebab pengalaman raya lepas-lepas kalau lambat, saiz tak ada, warna tak kena. Jadi kali ni aku taknak stress.

Barang rumah pun aku dah mula siapkan. Langsir baru dah pilih, tinggal nak pasang dekat raya nanti. Bekas biskut pun aku dah beli — jenis yang simple tapi comel, sesuai letak kuih raya nanti. Karpet baru pun dah ada dalam wishlist, cuma tunggu masa sesuai nak checkout. Hiasan rumah pun sama, aku beli perlahan-lahan mana yang perlu, supaya bila dekat raya nanti rumah nampak fresh dan kemas.

Seronok sebenarnya buat persiapan awal ni. Tak terasa beban, tak terasa poket rabak sekaligus, dan paling penting, mood raya tu datang awal. Harapnya tahun 2026 nanti jadi raya yang paling meriah, paling tenang, dan penuh kenangan manis untuk aku dan keluarga.


Nanti bila ada tambahan persiapan, aku update lagi di sini. Raya kan hanya setahun sekali… jadi nikmatilah perjalanan nak sambut dia.

Monday, 30 May 2022

raya Team ICT 2022

dah 2 tahun jugak la kami team ict tak buat open house department sebab pendamik kan so tahun ni kami all out la tapi best nya bukan ict team je buat boleh dikatakan semua department buat dan kami kunjung mengunjung. satu hari tak bukak pc huhuhu....

alhamdulillah semua bergembira menyambut raya tahun ni. oh lupa nak bagi tahu kami buat pada Jumaat lepas iaitu pada 27/05/2022 




















Video majlis KSR 2022

 Simpan sini la video majlis KSR 2022

Antara tulang belakang KSR tahun 2021/2023 yang sama2 menjayakan majlis gilang gemilang kami. 


ada 1 lagi video tapi tak lepas nak upload sebab besar sangat. so ini je la yang ada video nya hehehehe


Friday, 27 May 2022

Sekitar Majlis KSR 2022




Alhamdulillah pada 25/05/2022 majlis KSR berjalan dengan lancar mengikut apa yang telah dirancang. Pertama kali team bAru kami mengadakan Majlis besar ini

Tak nak cakap banyak tapi korang layan je gambar2 dari hp aku ni yea