bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Projek Raya 2019

tak lama lagi dah nak puasa pastu nak raya. Projek raya raya tahun ni agak mencabar jugak la sebab aku dan team ada buat baju brand kami sendiri sebab sebelum tahun-tahun yang sudah kami hanya mampu beli baju siap je. mungkin tahun ni Allah nak bagi rezeki lebih atau kerja lebih aku pun tak pasti tapi yang pasti letih x leh nak cakap la.

Letih yang aku maksudkan adalah dengan cari barang lagi dengan modal lagi dengan cari tempat lagi. memang rasa sangat mencabar jugak la bagi aku yang boleh dikatakan baru dalam bidang ini. Sekarang ni bab mencari dan menjahit dah lega sikit cuma bab promosi belum start lagi sebab produk belum siap sepenuhnya. Aku berdoa semoga berjalan lancar dan berjaya nanti.




tak sabar nak tunggu hasil daripada penat lelah kami ari RG BUTIK menguruskan semua perkara ini. takut tu memang takut tapi sampai bila kita takut mencuba kan. so aku cabar diri sendiri untuk siapkan projek ini dengan sempurna dan teratur supaya tidak ada yang tercicir.