usezally Tiktok

Tiktok Mekyuhhh

Yuslina Property Tiktok

Showing posts with label gAMbaR kELuaRGa. Show all posts
Showing posts with label gAMbaR kELuaRGa. Show all posts
Monday, 16 February 2026

Majlis Sambut Menantu Faizal & Mardiha pada 14 Februari 2026

 


14 Februari 2026 memang jadi tarikh yang manis buat Faizal dan Mardiha. Majlis Sambut Menantu mereka berlangsung dengan penuh meriah dan dihadiri lebih kurang 500 orang tetamu. Dari tengah hari lagi suasana dah mula terasa hangat dengan gelak tawa dan ucapan tahniah tak putus-putus.

Majlis bermula jam 12.00 tengahari hingga 4.00 petang, tapi rasa macam sekejap saja masa berlalu sebab orang datang silih berganti. Seronok tengok keluarga dan kawan-kawan berkumpul, ambil gambar, bersembang dan sama-sama meraikan pasangan pengantin.

 




 

Bab makanan memang tak mengecewakan. Menu utama seperti nasi putih, ayam masak merah, daging masak hitam dan gulai lemak cili api nenas campur ikan masin memang jadi tumpuan. Tambah pula dengan sambal belacan, ulam-ulaman dan ikan masin goreng memang rasa kampung yang buat orang teringat nak tambah lagi.



 

Bahagian pencuci mulut pun meriah dengan pelbagai dessert, cendol yang sejuk dan aneka agar-agar yang cantik warna-warni. Ramai yang ulang-alik ke meja manisan, tak terkecuali aku sendiri.

Tema majlis kali ini ialah strawberry matcha. Gabungan warna hijau dan merah jambu tapi kami pilih warna fucian pink atau (hot pink) buat suasana nampak segar, manis dan sangat sesuai dengan mood majlis. Dekorasi ringkas tapi cantik, cukup untuk bagi rasa cozy dan ceria.



 

Aku pun antara yang terlibat sama dalam menjayakan majlis ni. Penat tu memang ada, tapi rasa puas bila tengok semuanya berjalan lancar. Bila tetamu senyum puas hati dan majlis selesai tanpa masalah besar, itu dah cukup buat hati rasa lega.

Tahniah buat Faizal dan Mardiha. Semoga perjalanan hidup bersama selepas ini sentiasa dipenuhi kasih sayang, rezeki yang luas dan kebahagiaan yang berpanjangan

 


 

 

Tuesday, 6 January 2026

Majlis Kahwin Kak Lang (Sepupu Suami) 03 Januari 2026


Pada 3/1/2026 yang lalu, kami sekeluarga pergi ke majlis kahwin Kak Lang, sepupu suami, yang dibuat di Asiana Grand Hall, Selayang dengan tema belah kami Soft Yellow. Resepsi bermula 7 malam sampai 11 malam. Sebelah pagi sebenarnya ada akad nikah, tapi aku dan keluarga memang tak dapat hadir. Kakak kerja pukul 1 tengah hari, jadi ibu kena hantar kakak kerja dulu sebelum kami semua bersiap nak gerak ke Selayang. Jadinya kami fokus untuk datang majlis malam je.

 



 



Kami sampai lebih kurang jam 7 malam. Masa ni suasana masih tenang, orang pun belum ramai. dapatlah makan dulu dengan aman tanpa perlu beratur panjang. Perut pun memang tengah lapar, jadi nikmat betul waktu ni.




 

 
Masuk jam 8.30 malam lepas Isyak, barulah dewan mula penuh. Orang makin ramai sampai kerusi pun tak cukup. Memang jelas majlis ni dapat sambutan yang sangat-sangat baik. Riuh rendah, penuh gelak tawa dan suasana kenduri yang hidup.



Part paling buat orang teruja, masa ketibaan pengantin. Pengantin datang diiringi lebih kurang 100 buah motosikal berkuasa tinggi. Bunyi motor, barisan panjang dan gaya masuk tu memang padu. Terus rasa “eh, ni lain macam” meletop habis 





Bab makanan, memang tak ada isu langsung. Menu banyak dan semuanya sedap. Dessert pun jangan cakaplah, memang puas hati. Kak Lang ni memang pakar dessert, tambah pula adik-beradik yang memang meniaga makanan. Jadi soal rasa tu memang tak perlu risau.


Sebelum balik, kami dapat goodies yang cantik. Dalam tu ada uncang teh, kopi dan gula-gula untuk si Adha. Simple tapi kemas dan berguna. Goodies macam ni memang seronok sebab balik rumah pun boleh terus guna.


Kami balik sekitar jam 10 malam. Walaupun tak drive, tetap rasa penat juga, penat berdiri, penat borak, penat makan tapi penat yang seronok.

Kesimpulannya, majlis kahwin Kak Lang memang jadi satu memori yang manis untuk kami sekeluarga. Meriah, makanan sedap, goodies cantik dan suasana kekeluargaan yang terasa sangat dekat.

Simpan sini sebagai kenangan 


Wednesday, 31 December 2025

Majlis Sanding Faizal dan Mardiha pada 27/12/2025


Selepas majlis akad nikah yang berlangsung dengan sempurna pada 26/12/2025, majlis sanding pula diadakan sehari selepas itu, pada 27/12/2025. Majlis persandingan Faizal dan Mardiha berlangsung indah dengan busana songket berwarna coklat, yang memberi sentuhan klasik dan elegan kepada penampilan pengantin.


Menariknya, setiap pihak hadir dengan tema warna masing-masing. Pihak kami memilih tema lilac yang lembut dan menenangkan, manakala tema bagi belah perempuan pula adalah soft yellow, yang menaikkan suasana ceria dan harmoni di dalam dewan. Gabungan warna-warna ini menjadikan keseluruhan majlis kelihatan seimbang, cantik dan sangat menyenangkan mata.

 

 



Majlis persandingan ini telah diadakan di Dewan KRS, Taman Warisan Putri, Seremban, dan suasananya memang meriah dengan kehadiran hampir 1,000 orang jemputan. Dewan dipenuhi sanak saudara, sahabat handai dan kenalan dari kedua-dua belah pihak, masing-masing hadir untuk meraikan pasangan pengantin dengan penuh kegembiraan.

 



Kami tiba di dewan sekitar jam 12.00 tengah hari, namun perlu menunggu sehingga 12.50 tengah hari kerana pengantin masih dalam persiapan akhir. Walaupun sedikit menunggu, majlis tetap berjalan dengan lancar dan tersusun. Segala penantian terasa berbaloi apabila pengantin akhirnya muncul di pelamin, disambut dengan senyuman, ucapan tahniah dan doa daripada para tetamu.

 



Alhamdulillah, keseluruhan majlis berlangsung dengan sangat baik dan penuh kenangan. Daripada akad nikah yang tenang sehinggalah majlis sanding yang meriah, semuanya menjadi memori indah buat keluarga dan pasangan pengantin. Semoga Faizal dan Mardiha terus dilimpahi kebahagiaan dalam melayari bahtera rumah tangga yang baru dibina ini.









Tuesday, 30 December 2025

Majlis Akad Nikah Faizal dan Mardiha pada 26/12/2025



26hb Disember 2025 yang lepas, berlangsung majlis akad nikah adik ipar saya, Faizal, yang disempurnakan pada waktu petang selepas solat Asar di sebuah masjid berhampiran rumah bakal isterinya, Mardiha. Majlis yang sederhana tetapi penuh makna itu berjalan dengan sangat lancar, seiring dengan doa dan harapan semua yang hadir.

 



Suasana petang itu terasa tenang dan mendamaikan. Cahaya lembut lewat petang seolah-olah mengiringi detik penting tersebut. Dengan sekali lafaz, Faizal dan Mardiha kini sah bergelar suami isteri, disaksikan oleh keluarga terdekat dan insan-insan tersayang. Kehadiran adik-beradik suami serta beberapa orang adik-beradik dari pihak mak dan ayah menambahkan lagi rasa meriah walaupun majlis dibuat secara ringkas.



Apa yang paling menyentuh hati adalah suasana kekeluargaan yang begitu erat. Tiada yang berlebihan, namun cukup lengkap dengan doa, senyuman dan rasa syukur. Melihat detik akad itu sendiri membuatkan saya tersedar bahawa perkahwinan bukan tentang majlis yang besar atau hiasan yang indah, tetapi tentang kesediaan dua hati untuk saling menerima dan melangkah bersama dalam reda Allah.

 



Sebagai ahli keluarga, saya benar-benar berasa bersyukur dapat menyaksikan permulaan sebuah perjalanan hidup yang baharu ini. Semoga Faizal dan Mardiha dikurniakan rumah tangga yang diberkati, dilimpahi sakinah, mawaddah dan rahmah, dipermudahkan setiap urusan, dan sentiasa kuat menghadapi apa jua cabaran bersama-sama.

Alhamdulillah, satu lagi momen indah tercipta dalam keluarga kami, sederhana, tenang, dan penuh makna.


 

Thursday, 3 May 2018

family day 3g Haji Abdul Malek 28-29 April 2018

pada 28 & 29 April yang lalu kami sekeluarga mengadakan hari keluarga 2018 sebelah suami di Gold coast Melaka. Perancangan berjalan dengan lancar sekali dan aku sangat berpuas hati dengan aktiviti yang telah dijalankan.

akan tetapi penginapan yang kami kunjungi ini sangat mendukacitakan. baru je check in pada pukul 2 petang dah black out dah la 2 kali pulak tu. sebelah pantry pulak bocor, aku tak tahu la macam mana maintenance dia. bukan itu sahaja sarapan pagi pukul 8 baru ada, sebelum ini walaupun aku pergi ke Hotel 3 bintang lain sekali pun sarapan dah tersedia pukul 7 pagi dan teratur. ini tidak, dengan pinggan mangkuk masih basah ada pulak tu cawan masih lagi kotor...
 

kolam dia pulak tak berapa bersih dan berbahaya... aku rasa tak akan jejak lagi di situ. 

ni la keluarga besar kami... 3 Generasi Keluarga Haji Abdul Malek... 

pada malam hari ada dinner dan tema dia adalah Kesultanan Melayu Melaka... tengok la hero saya ni bukan main lagi gaya dia... huhuhu 

Mak Yong pakai simple2 sudah... hehehehe
 

Wednesday, 7 October 2015

Hari lahir dia yang ke 60

Selamat hari lahir pada abah 05.10.2015 yang ke 60.

Sangat laju bumi berputar sehingga aku tak dapat rasakan umur abah dah sampai ke angka 60. Ingat lagi masa abah bawak aku ke sekolah rendah menaiki vespa merahnya, ingat lagi waktu abah jemput aku dengan landrover balik dari sekolah masa sekolah menengah. Memang laju sangat bumi berputar.

Aku sentiasa doakan abah akan sentiasa sihat dan gembira dengan kehidupan sekarang kerana aku adik beradik masih belum dapat menjaga dia dengan baik. Masih banyak perkara yang perlu kami lakukan pada dia. Dan yang paling penting kami masih bergantung pada dia, bergantung nasihat dan pelajaran dari dia.

Abah... yus sayang abah sangat2. Semoga Allah memberkati abag... amin

D'Terapung D'Jeti PD

Ahad lepas 04102015 aku bersama-sama keluarga en Suami gi Port Dickson makan2, borak2... sangat gembira semua orang.. aku sangat bersyukur dengan kegembiraan semua orang. Aku memang kaki makan dan memang suka sangat seafood. apa lagi makan dan makan lah.

sebenarnya salah satu perkara menggembirakan hidup aku adalah dapat makan makanan yang sedap-sedap. tapi bila aku berduka aku memang tak lalu makan. siapa yang kenal sangat dengan aku akan rasa lain dan hairan bila aku tolak makanan kegemaran aku, mereka mesti dapat tangkap aku sedang berduka. sebab tu kalau aku berduka dan rasa sedih meraka dapat tahu lebih2 lagi mak aku sendiri.

rasa seronok bila dapat berkumpul macam ni. kalau keluarga aku dekat mesti aku akan ajak pergi makan2 macam ni selalu walaupun aku tahu abah aku tak berapa suka makan kat luar tapi dalam dia bising2 dia akan bersama kami juga... abah2... rindu abah

tengah pilih nak makan apa. aku duduk je sebab aku memang belasah apa yang mereka hidangkan... heheh. lagipun sil yang berlanje. so duduk diam2 dan makan.

sengeh-sengih dapat gi jenjalan. masa gi ni malam lepas magrib keluar dan lagi lagi satu isnin dan selasa sekolah tutup sebab jerebu.





Wednesday, 2 November 2011

noman & my mom

cantik sangat gambar nie... suka tengok muka mak, nampak suci sangat


nie pulak adik aku edit... budak2 skarang nie memang pandai meng-edit... LAYAN....



UseZally