bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Thursday 31 December 2009

happy new year 2010

2009 Has spend by…….Now, we need to face 2010

WISH ALL OF YOU A VERY PROSPEROUS AND
image00154.gif

Life is like having a cup of tea.

You sit by the side of the window, lift the cup and take a careless sip,
Only to realize, somebody forgot to put the su gar.

Too lazy to go for it you somehow struggle through the su garless cup.

Until you discover un-dissolved su gar crystal sitting at the bottom...


---That's Life---

& amp; amp; nbsp;

Wish U Happy a Prosperous and Happy New Year!!!

Success is not the key to happiness.

Happiness is the key to su ccess.

If you love what you are doing, you will be happy and su ccessful ...

Have a Successful Year ahead!!!

2010

Wednesday 30 December 2009

TANGAN IBU




"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman
DOA,
Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dgn
keIKHLASAN hati."

Kepada yang masih ada ibu...

ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya
untuk shopping bersamanya kerana dia
menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya
sebenarnya tidak suka pergi membeli belah
bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah
orang yang sabar, tetapi walaupun demikian
kami
pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.

Kami mengunjungi setiap butik yang
menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya
mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan
mengembalikan semuanya. Seiring hari yang
berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas
riak2 kecewa di wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami
kunjungi,
ibu saya mencuba satu baju kurung yang
cantik .
Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk
kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu
saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu
mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah
mencuba untuk mengenakannya. Ternyata
tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh
penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat
melakukannya, seketika ketidaksabaran saya
digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam
kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba
menyembunyikan air mata yang keluar tanpa
saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan
lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk
membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya.
Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian
tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari
ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya
tetap saja kembali pada saat berada di dalam
fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu
saya yang sedang berusaha mengenakan
pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan
kasih, yang pernah menyuapi, memandikan
saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk
saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya,
sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya
dengan cara yang paling berbekas dalam hati
saya. Kemudian pada malam harinya saya
pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya,
lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut,
saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua
tangan tersebut adalah tangan yang paling
indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa
Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan
sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya
kasih sayang yang penuh pengorbanan dari
seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari
kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki
keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki
banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang
begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat
menandingi keindahan tangan Ibu...

With Love to All Mother
" JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH
CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR
SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT
MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA
".
Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu.
Dan lakukanlah yang terbaik untuknya..........

MOTIVASI DARI DR.FADHILAH KAMSAH


Bismillahirrahmanirahim


Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat
gandakan rezeki.
Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak sepanjang tidur,otak
akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it
(ada semangat) di keesokan harinya.
Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah &dapat pahala &
also boleh rujuk kpd pakar pemakanan,vit C dari buah2an yg dimakan selepas
breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.


Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air
selepas 15-30 minit selepa makan.Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja,
biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan.Teguk kedua & seterusnya
boleh minum terus sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm
pankreas,perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.
Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sblm
maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sbb,bagi yg tgh study
(or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2
hrs slps makan so, if makan at
8:30pm, around 10:30pm baru start study and
most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja,jadi, tak
byk yg boleh dipelajari berbanding kalau
makan pukul
6:30(org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak
tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang
malam)


Tatacara di bilik air:
Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak
drpd dapat batu karang Semasa buang air besar,mengiring sedikit ke kiri ~
ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang
buang air besar


Tatacara didik anak:
Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar an ak (atau baby)
tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri)akan
lebih"lapang"/"lega" dan mudah berdegup (erjalanan darah okay) and otak
anak akan develop excellently.Bagi anak2 yg dah azalinya active or
hyper-active, kurang(or jgn) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini
boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal),
sentiasa bersemangat waja & exuberant.

Tatacara didik diri sendiri:
Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari
berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sst amalan yg diamalkan
sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau
tak, ilmu itu akan mati. Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg
-ve ~emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline,
cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih,
wajah cepat nampak tua(tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc

Ada 3 kategori manu sia :-
BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam


"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar
akhirat, dunia akan mengejar kita" Just to ambil iktibar untuk mendidik
diri & family. Usia Dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu!
So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last
sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that
day) shall pass on his words to others, and those to others again; and may
the last ones understand his words better that those who listen to him
directly... Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my
weaknesses. Do impart this knowledge & you'll lose nothing.

Wallahualam.

Nilai RM5

Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut Toyota Corolla Altis
1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun
tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi,
bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan
kereta. Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan
yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus
kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar
langsung,geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku
menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.

Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi
seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan jantan,tersipu-sipu
dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu
keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak,t-shirt goboh dengan
kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau
hapak dan masam.

Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut
disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar
diluar meliar mata mencari Shafik,tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam
kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini.Beberapa gadis bertudunglabuh
lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta
merta. Memang benar.Perempuan kolot seperti mereka itu, patutdijerukkan
saja di tempat busuk ini.Tolol!

Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit
marah, mengetap bibir. "Nak apa?!" Dia terketar terkejut, sedikit berundur."
Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.." Dia bercakap dengan
pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada
satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam
koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak
tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. Tidak berkasut dengan kuku
hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan! " Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau
calar kereta aku,tahulah macamana aku nak ajar kau!!"

Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih
meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh,
membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah
itu di tutup rapat. Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih.
Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah.Terus
saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil
terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata
ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk- nepuk belakang nelayan kurus itu.
Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di
celahkopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar
pandai-pandai,masuk universiti dan kerja besar.Tidaklah hidup susah seperti
itu.Bodoh!!

" Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit.Aku sudah malas hendak
memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan
untuk fakir seperti dia.Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia
memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu- sedu.Menambahkan kerut
dan mengelapmata dengan hujung kemejanya. "Kenapa ni? Gila?!" " Nak, seumur
hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa,mencuci tandas di
restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak
ini. Paling banyak pun hanya seringgit." Dia bersungguh-sungguh melihat ke
dalam mata aku.Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak
pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini.Dia melipat kecil
wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan
terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku
memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan,aku tidak pernah
lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang
kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang
gila untuk duit. Biarlah,kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana.
Lupakan saja..

Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku
melayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan
garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg
besar hitam berisi barang. Hairan,takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh
membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit
tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin.. Dengan rasa ragu, aku menghapirinya.
Dia memberi senyum lembut dan akudengan rasa curiga bertanya terus. " Eh,
pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak
ini?".Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan
tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas
tanah,membukanya satu satu,perlahan-lahan dan terketar.

Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan
membuka simpulannya.Wang aku tadi, masih terlipat kemas. " Nak, pakcik tahu.
Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak.
Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya
maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang
hidup berpura-pura,menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak
menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak
seperti menghukum pakcik sebagai orang tual sial yang berpura-pura
susah.Ambillah semula,nak." Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan
aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali.
Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki. "
Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai
ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh
dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik
kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi.Dengan
bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai
kelaparan,jangan mati."

Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak. Dia
terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung
kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat. Aku
terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli
segala kemewahan dunia.Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam
diri orang tua itu.

*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang
kita dapat.."

pernah kah....


Pernahkah kamu merasakan

bahwa kamu mencintai seseorang
meski kamu tahu ia tak sendiri lagi

dan ....

meski kamu tahu
cintamu mungkin tak terbalas

tapi.....
kamu tetap mencintainya......





Pernahkan kamu merasakan
bahwa kau sanggup melakukan apa saja
demi seseorang yang kamu cintai
meski kamu tahu ia takkan pernah peduli

ataupun....
ia peduli dan mengerti
tapi...
ia tetap pergi....
Pernahkah kamu merasakan....
hebatnya cinta...
tersenyum kala terluka..
menangis kala bahagia...
bersedih kala bersama...
tertawa kala berpisah...

Aku pernah...
aku pernah tersenyum meski ku terluka
karena...
ku yakin Tuhan tak menjadikannya untukku
aku pernah menangis kala bahagia
karena...
ku takut kebahagiaan cinta ini kan sirna begitu saja

aku pernah bersedih kala bersamanya
karena....
ku takut kan kehilangan dia suatu saat nanti

dan....
aku juga pernah tertawa...
saat berpisah dengannya

karena...
sekali lagi cinta tak harus memiliki
dan....
Tuhan pasti tlah menyiapkan cinta yang lain
untukku.....

aku tetap bisa mencintainya
meski ia tak dapat ku rengkuh dalam pelukanku
karena...
memang cinta ada dalam jiwa bukan dalam raga


semua orang pasti pernah merasakan cinta
orang tua...
sahabat....
kekasih...
dan akhirnya pasangan hidup.....


buat temanku yang sedang jatuh cinta
ku ucapkan selamat...
karena cinta itu sangat indah
semoga kalian selalu bahagia...


buat temanku yang sedang terluka karena cinta...
hidup itu bagaikan roda yang terus berputar
satu saat akan berada di bawah
dan hidup terasa begitu sulit

tetapi...
keadaan itu tidak untuk slamanya
bersabarlah dan berdoalah
karena cinta yang lain
akan datang dan menghampirimu


buat temanku yang tidak percaya akan cinta
buka hatimu...
jangan menutup mata akan keindahan dunia
maka cinta akan membuat hidupmu
menjadi bahagia...


buat temanku yang mendambakan cinta..
bersabarlah...
karna cinta yang indah..
tak terjadi dalam sekejab...
Tuhan sedang mempersiapkan sgala yang terbaik
bagimu...

buat temanku yang mempermainkan cinta...
sesuatu yang begitu murni dan tulus
bukanlah untuk di permainkan
cinta bukan suatu kehampaan
semoga kalian berhenti m'permainkan cinta
dan mulai merasakan kebahagiaan yang seutuhnya....

meaning of sleeping and kisses


Monday 28 December 2009

Pics That U Will Love

Sleep as much as you can...
Mail me : k e e r t h e s h @ y a h o o . com
Frown when you get upset...

Mail me : k e e r t h e s h @ y a h o o . com
Read books that you enjoy...

Mail me : k e e r t h e s h @ y a h o o . com


Play with simple things...
Mail me : k e e r t h e s h @ y a h o o . com
Do whatever you want whenever you want...
Mail me : k e e r t h e s h @ y a h o o . com
Look for affection when you need it...
Mail me : k e e r t h e s h @ y a h o o . com
Get serious once in a while...
Mail me : k e e r t h e s h @ y a h o o . com

Forget about diets...
Mail me : k e e r t h e s h @ y a h o o . com
Show some affection...
Mail me : k e e r t h e s h @ y a h o o . com
Get angry once in a while...
Mail me : k e e r t h e s h @ y a h o o . com
Change your look...
Mail me : k e e r t h e s h @ y a h o o . com
Be happy, above all, regardless what your challenges may be... These are only to show you how strong we can be and overcome them...
Mail me : k e e r t h e s h @ y a h o o . com

Untuk renungan bersama.....

Semoga sentiasa di dalam keredhaan Ilahi dan tekun mengerjakan segala
perintahNya dengan khusu' dan tawaddu'. Bersama-sama ini disertakan
cerita mengenai sembahyang waktu yang kita amalkan setiap hari.Semoga
melalui cerita ini akan menambahkan lagi keimanan kita terhadap Ilahi.

KISAH RAHSIA DI SEBALIK SEMBAHYANG LIMA (5) WAKTU.
Ali bin Abi Talib r.a berkata :
"Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi
lalu berkata : ' Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu
kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S.
yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat
muqarrab.'
Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda:'Silakan bertanya.'
Berkata orang Yahudi: 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang
diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'
Sabda Rasullullah S.A.W.:
'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala
sesuatu kepada tuhanNya,
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah
Khuldi,Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi
Adam A.S.,maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas
kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para
Rasul-Rasul sebelumku.
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila
matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ
sujudnya tiap orang kafir.'
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka
mereka berkata:
'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami
apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.
Rasullullah S.A.W bersabda:
'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan,
sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam,orang mukimin
yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan keatasnya
wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
Sabda Rasullullah S.A.W. lagi:
'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan
buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan
diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'
Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud:
'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang
pertengahan, sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam
A.S. diterima. Seorang mukimin yang ikhlas mengerjakan sembahyang
Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan
perkenankan.'
Sabda Rasullullah S.A.W.:
'Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan
begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam
malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah,Allah
S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya
untuk menyeberangi titi sirath.'
Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya:
'Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh
selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan
iaitu:
1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka
mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai
Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah
S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'.
Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang
dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S.selama
30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S.
berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah
sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.'
Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu
katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi
dari puasa itu.'
Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan
Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah
S.W.T. tujuh perkara:
1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya
(daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk
menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.'

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.
Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.'
Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang nabi mengunakan doa
mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan
doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari
kiamat).'
Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad,
kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka
Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau
utusan Allah).'
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan
sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan
berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar." (Al-Baqarah : 155)

=================================================================

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur
masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN danTIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw :
"Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari
qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka
putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang
kekubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI
pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari
zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan
tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu
sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam
syurga,sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa
mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya
TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu
mati :
1. Para Nabi

2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda
Rasulullah saw:
Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur
dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: Wahai
Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hanba-hamba Ku berpuasa
(ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka
ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan
syurga. Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan- kawan dan
semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan
membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama
dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga
dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat
Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka
sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah
Al-Haqqah bermaksud :
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu
kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."


" Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua
yang kamu lakukan."
Surah Al-Baqarah : 237

PETUA MENGUBATI PENYAKIT

Atasi Senggugut - Setiap kali datang bulan, ada wanita yang mengalami masalah senggugut. Untuk mengatasinya, ambil tiga ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil lima biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tadi dan gaulkan dengan air panas. Kemudian minum setiap hari (waktu malam). InsyaAllah senggugut akan hilang.
Bayi Selsema - Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.
Cegah Ulat - Kini ramai orang menggunakan bahan baja atau ubatan ramu pada pokok yang bermasalah ulat. Tumbuk bawang putih tiga atau empat ulas dan campurkan air sabun secamca besar. Kemudian campur minyak masak secamca. Semburkan campuran ini pada pokok. Selamat mencuba
Demam - Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari, cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.
Demam Panas - Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.
Gegata - Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.
Gatal pada kulit - Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang, cuba petua ini. Ambil sekeping gambir, masukkan kedalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Kemudian sapu pada bahagian gatal. Selamat Mencuba.
Hilangkan Daki dan Bau Badan - Kita sering menghadapi masalah daki dan bau badan terutama bakal pengantin. Untuk mengatasinya, gunakan pucuk jambu batu. Ramas ia didalam air dan gosokkan pada badan. Selepas itu, bilas dengan air limau purut. Lakukan seminggu sebelum tarikh perkahwinan. Insya-Allah, kulit kita akan bersih dan bau badan pun hilang.
Hilangkan Parut - Jika anda mempunyai kesan parut, anda boleh menghilangkannya dengan menyapu lendir lidah buaya. Cuma sapu lendir itu pada parut. Lakukan tiga kali seminggu. Insya-Allah, parut akan hilang.
Hilangkan Lenguh-Lenguh Badan - Jika anda terasa lenguh-lenguh badan, mandilah dengan air sebiji kelapa yang dicampur dengan air sejuk. Lakukan ketika tengah hari. Buat cara ini sehingga seminggu, anda akan dapati badan anda beransur segar.
Hilangkan Nafas Berbau - Nafas berbau amat memalukan, bagi mengatasi masalah ini anda boleh mencuba petua ini yang dapat mengatasi masalah dengan cara mengamalkan minum air rebusan halia. InsyaAllah anda akan melihat perubahannya.
Menghilangkan Bau Badan - Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.
Menghilangkan Bau Mayat - Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan atau baju setelah menyelesaikan kerja-kerja mandi mayat, ambil beberapa helai daun sirih, ramaskan dan rendamkan bersama baju beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.
Membuang Lemak Badan - Sekiranya anda mengalami masaalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.
Melangsingkan Tubuh - Masalah berat badan, sering menggangu fikiran wanita.Tetapi kini anda tidak perlu risau kerana ada petua murah dan mudah. Ambil dua biji lobak merah dan sebiji timun.Parut dan perah airnya. Parutan itu dicampur sebiji air limau nipis. Bancuh hingga sebati dan minum dua kali sehari. Amalkan setiap hari hingga berat badan anda turun.
Kulit Muka Kembali Bermaya - Tumbuk beberapa helai daun kubis dan perah airnya. Campurkan sedikit air dan secamca besar madu. Kemudian sapu ramuan ini pada leher dan muka. Pakai seperti pupur. Biarkan lebih kurang 15 minit, kemudian cuci dengan kapas menggunakan air suam. Hasilnya, kulit tegang, lembap,lembut segar serta licin. Amal 3-4 kali sebulan, anda akan memiliki kulit wajah cantik bermaya.
Mewangikan Rambut - Ambil air perahan 10 helai daun pandan wangi yang ditumbuk lumat. Sapukan ke kepala pada sebelah petang sebelum dicuci sebelum tidur boleh mewangikan rambut dan mencegah uban.
Mengurang Bau Petai - Best kalau makan petai untuk dibuat ulam...tapi baunya sapa yg tak tahan...jadi sini ada petua hendak hilangkan bau petai....Rendam buah petai terlebih dahulu dlm air basuhan beras..biarkan selama setengah jam sebelum dihidangkan atau dimasak.Senangkan?? Selamat mencuba
Mengatasi Rasa Pahit Buah Peria - Hiris buah peria mengikut keperluan masakan. Kemudian gaulkan buah peria yang telah dihiris itu dengan garam kasar. Biarkan selama 5 minit. Selepas itu cuci buah peria tersebut beberapa kali dengan air bersih sebelum dimasak. Hasilnya buah peria yang telah dimasak itu tidak akan berasa pahit apabila dimakan
Sakit Gigi - Sekiranya anda mengalami sakit gigi, gigit tiga kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang, ketuk cengkih dan isi didalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas. Insya-Allah, sakit beransur kurang
Sembuhkan Kencing Manis - Ambil akar pokok manggis sebesar ibu jari tangan, kemudian hendaklah dibasuh sehingga bersih. Selepas itu dicampurkan dengan sebotol air mineral direbus sehingga mendidih. Amalkan minum tiga kali sehari. InsyaAllah ia dapat menyembuhkan penyakit kencing manis yang anda alami selama ini.
Sembuhkan Bengkak Hati - Bagi mereka yang mengalami masalah bengkak hati dan paru-paru berair ambil secekak akar tebu hitam. Rebus menggunakan sukatan sebotol air mineral yang besar. Minum dua kali sehari.

Rahsia Jenis Darah Dan Peribadi

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Lets check it out..


DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.


DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.


DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda.. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.


DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri.
Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri..

4 a friend like u....

---












Sunday 27 December 2009

Doalah kpd org tua kita Murah rezeki


mak, abah..... i love u so much


Ras su lullah SAW pernah bersabda :

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang su dah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa
kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan ber su ngguh2. ....tadah tangan dan
Bayangkan wajah kedua orang tua kita , terma su k guru2 Kita dan mereka2
Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 ber su ngguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....... . Cuma jangan lupa
Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba .Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak terma su k diwaktu solat lima waktu)

Caranya : 'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang su dah meninggal : "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku/Ibuku ditempat orang2 yang beriman.


Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah.......

Saturday 26 December 2009

Sakitnya Mati

Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, ber su ngguh- su ngguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.


Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, mak su dnya: "Bahawa Ra su lullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300x tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun su dah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.


Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan.. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-

Sebelum tidur: 1] Bacalah su rah Al-Ikhlas tiga kali 2] Selawat ke atas Nabi 3] Membaca tasbih


Amalan harian: 1] Sentiasa membaca Al-Quran 2] Memelihara solat terutama solat fardu 3] Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan 4] Membaca tasbih 5] Membanyakkan sedekah 6] Sentiasa berzikir menyebut Allah


Amalan yang perlu dijauhi: 1] Dusta 2] Khianat 3] Mengadu domba 4] Kencing berdiri


Sabda Ra su lullah s.a.w yang bermak su d: "Ber su ci kamu sekalian dari buang air kecil kerana se su ngguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil."


Pada su atu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut su paya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah su paya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.


Setelah di dapati Nabi Idris as su dah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?" Jawab Nabi Idris: "Se su ngguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khu su s mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."


Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Se su ngguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu." Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata:Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)."


Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya su dah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut."
Friday 25 December 2009

Air Mata Nabi Adam

Assalamualaikum W.b.t

Air Mata Nabi Adam


Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya
iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya
ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi
sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu
Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung
telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu
sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan
Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu
yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air
minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."


Apa Yang Akan Ditanya:


Dalam sehari ada 24 jam. ? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar
dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa
nafas itu keluar dan masuk?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat


Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,
mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air
sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia
sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."


Kala Jengking Neraka


Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama
"Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur
hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi..

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang
kau cari?
"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari limaorang. Pertama, orang yang
meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap
tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."

Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman
hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah

Thursday 24 December 2009

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

10 Muharram, bersamaan Ahad, 27 DEC 2009)
1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka..

Insya'allah....
Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.

Wednesday 23 December 2009

Tak susah nak good mood

Sentuhan

Kebanyakan individu sering berdepan dengan masalah kerja akan mengalami tekanan perasaan.Sekiranya mood hilang, tekanan perasaan ini akan mempengaruhi prestasi kerja anda. Keadaan kehidupan anda bersama keluarga juga turut dipengaruhi dan kualiti kehidupan itu akan terjejas. Jangan biarkan misteri menyelubungi hidup anda perasaan negatif ini mempengaruhi kehidupan seharian anda.

Pemikiran negatif dan emosi terganggu akan terpamer di riak wajah anda dan memudahkan individu lain mengetahui keadaan kita. Elakkan berfikiran negatif. Sekiranya anda sering berfikiran negatif, keadaan ini juga boleh melemahkan sistem pertahanan badan kita. Secara tidak langsung, apabila sistem pertahanan badan kita terganggu, kita akan lebih terdedah kepada penyakit-penyakit yang tidak diingini.

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh digunapakai untuk mengembalikan mood seseorang. Antaranya :

1) Senyum – Senyum adalah perkara yang paling mudah untuk dilakukan dan tidak memerlukan sebarang alat bantuan. Hulurkan senyuman anda sebagai sedekah kepada semua orang yang anda temui. Senyuman yang tidak memerlukan modal ini bukan sahaja akan membuatkan orang lain berasa gembira malah di samping itu juga kita akan mendapat kesan yang positif dalam masa yang sama. Selain itu juga, dengan melemparkan senyuman, kita dapat menguatkan otot-otot pipi selain daripada mengunyah. Tetapi, saya nak ingatkan kepada tuan puan, janganlah anda senyum seorang diri kerana perkara ini akan menunjukkan yang diri anda tidak siuman. Ahakz.

2) Ketawa – Ketawa juga merupakan langkah yang sangat mudah yang boleh dilakukan untuk mengambalikan mood. Sekiranya seseorang berasa ceria dan selesa dengan dirinya, ia akan menambahkan keyakinan terhadap dirinya dan berasa lebih tenang. Luangkan masa anda untuk menonton rancangan tv yang berunsurkan komedi, membaca komik dan anda tidak perlu berasa segan untuk ketawa jika melihat atau membaca sesuatu yang lucu/lawak/mencuit hati walaupun pada ketika itu anda keseorangan. Menurut kajian, apabila sesorang itu ketawa, otak akan mengahasilkan hormon endorfin – yang mana membuatkan kita akan berasa selesa dan tenang. Malalui kajian ini juga, ketawa boleh menjadi terapi yang sangat mujarab kepada emosi seseorang

3) Amalkan pernafasan yang dalam dan perlahan – Teknik ini ternyata berkesan dan sering saya gunakan semasa menjalankan operasi mengklik iklan di belog. Haha! Saya melawak je. Teknik ini sangatlah mudah dan ia juga sama dengan teknik ketika melakukan tai chi, yoga, meditasi dan qi gong. Caranya sangatlah mudah dan saya pasti tuan puan sering mengamalkan teknik ini. Lakukan semasa anda dalam keadaan gelisah dan dilakukan sekurang kurangnya 30 saat.

4) Sentuhan- Kajian menunjukkan bahawa melalui sentuhan, ia kan merangsang penghasilann hormon endorfin, hormon pertumbuhan dan dehidroepiandrosteron (DHEA) yang boleh memanjangkan jangka hayat. Bagi lelaki, berkahwin atau mempunyai pasangan didapati lebih bahagia, kurang tekanan perasaan dan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang. Oleh itu, tuan puan jangan la kedekut memeluk anak anda kerana anda juga akan mendapat kesan yang positif. Begitu juga mereka yang memupnyai pasangan. Peluklah pasangan anda tetapi saya nak ingatkan kepada lelaki jangan peluk sesuka hati anak dara orang. Muahaha!

Saya rasa cukuplah dengan beberapa langkah di atas. Kalau nak senaraikan semua memang terlalu banyak. Sekiranya tuan puan mempunyai cara yang tersendiri untuk mengembalikan mood, sila jangan sengan dan malu untuk berkongsi di ruangan komen. Babaiz.

Tuesday 22 December 2009

melaka

nielah gambar yang aku nak tepek tu... ok gak lah, nice...


nie masa nak bertolak... tolak kol 2.00pm


belum apa2 lg dah tido si putri nie tp ok gak dia tido coz klu dia xtido mesti kejap kedepan kejap ke belakang... penat ibu nak layan dia


dalam perjalanan ujan lebat giler


sempat snap dalam keta


nie keta dari naratiwat... dah boring dlm keta so snap lah keta kat depan nie


yahoo... akhirnya kami sampai juga walaupun menempuh jem dan meredah hujan yang lebat mengila...


my hubby ngan sis dia tengah gores dan menang (hehehe... tengah gores tiket parking daaaa)


karenah anak2....

anak2 ku...

ingat nak ajak hubby g makan masak asam kat situ tp dia xtau jalan daaa.... ish2 nasib baik xngandung klu x suh hubby cari gak... heheheheh. last2 g makan kat seremban. sampai umah semua keletihan.....