Tiktok Mekyuhhh

Showing posts with label gallery. Show all posts
Showing posts with label gallery. Show all posts
Wednesday, 31 August 2016

Hepi belated birthday to my puteri

Pada 17.08.2016 genap umur puteri ibu yang diberi nama Putri Nurqaireen Qistina yang ke 8.

Semoga sihat, bijak dalam semua perkara, gembira... ibu sayang awk adik.










Tuesday, 9 August 2016

Selamat hari lahir yang ke 15

Hari ni 09.08.2016 genap hari lahir putera sulung aku yang kami beri nama Muhammad Amirul Haqim yang ke 15 tahun.


Sangat pantas masa berlalu, anak aku dah meningkat bujang dan dewasa. Rasa macam semalam je aku lahirkan dia, rasa sekejap je dia pandai berkata2....


Ibu  sentiasa doakan awak menjadi anak yang soleh, beriman, taat pada ibu dan abah, boleh menjaga kami dan adik bila besar nanti... kamu dan adik la permata yang sangat berharga buat ibu, kamu berdua la nyawa ibu...

Sunday, 7 August 2016

Sambal ikan tongkol mak

Hari ni aku masak lauk ikan sambal untuk famli. Nak upload gambar malu sebab x berapa cantik... hahaha

Aku sebenarnya teringat sambal ikan tongkol mak, masih terasa lagi macam mana rasa dia dekat lidah aku. Memang tak sama dengan sape2 yang lain masak termasuk kaklong (pakar masak). Kalau dekat nak je balik kampung suh mak masakkan tapi apakan daya aku insan perantau.


Thursday, 4 August 2016

Nawaitu...

"Mulakan hari dengan nawaitu positif dan bertenang bila disungkit." Selalu aku ingatkan diri sendiri dengan perkataan nawaitu iaitu niat. Niat yang baik akan mendapat aura positif...

Ingatkan nawaitu positif setiap pagi, setiap langkah pertama setiap pagi..

Semoga aku menjadi usahawan berjaya dengan nawaitu yang betul dan ikhlas... dengan izin MU... amin
Tuesday, 2 August 2016

Siapa kita di mata DIA?


Pernah tak korang berbicara pada diri bahawa korang insan yang bagaimana di mata orang lain? Baik kah kita? Buruk kah kita? Sopan kah kita dan bermacam macam lagi tanggapan orang pada diri kita kan...

Selalu kita dengar yang kita hanya insan biasa malah dalam lagu pun banyak ungkapan2 insan biasa tersebut. Sebenarnya kita memang insan dan manusia biasa sahaja. Sama sahaja kita di mata YANG ESA cuma manusia sendiri meletakkan status tersebut.

Dan semua perkara ditentukan oleh DIA, kita berusaha menjadi yang terbaik disisi NYA supaya di SANA kita mendapat darjat yang tinggi, Insya Allah.... amin
Sunday, 31 July 2016

Raya kan sebulan...

Bulan syawal kian melabuhkan tirai terasa sangat sayu pada hati aku. Sayu sama ada akan ada lagi bulan syawal untuk aku tahun depan.

Ni antara gambar raya anjuran syarikat...






























Saturday, 30 July 2016

Selamat hari raya 2016 - raya pertama

Tak terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada rakan2 blogger... lama jugak la tak update blog ni kan, rasa2 hampir sebulan lama nya... sarang2 dan kotoran dah dibersihkan dalam blog ni... hehehhe

Majoriti cakap tahun ni raya tak berapa meriah. Mungkin negara kita menghadapi beberapa masalah... nak bercerita panjang lebar pasal negara ni tak pandai, nanti kalau salah cakap naya plak. No... no... no... xnak la cakap pasal ni dalam blog kesayangan saya. Mereka orang2 besar dan bertanggungjawab yang boleh selesaikan masalah kita sekarang ni.

Tukar topik la, walaupun majoriti cakap tahun ni tak meriah tapi aku tetap rasa gembira sebab pertama aku dapat selesaikan kewajipan berpuasa dan ke dua dapat balik kampung jumpa mak dan abah... hehehhe

Ni la antara gambar2 kami di hari raya pertama.....