bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Bola jaring

Hari sabtu lalu (21.04.2012) satu perlawanan persahabatan antara Syarikat Air Selangor (SYABAS) bersama Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) kami menang..

Mahu tak nya kami dua team mereka 1 team je. Kesian mereka kepenatan.. Takpe perlawanan persahabatan je pun. Perlawanan ni di adakan di padang sekolah KGV seremban

Antara aksi-aksi kami

Perjumpaan sains bersama state

Pada 17.04.2012 sains telah membuat hari bertemu pelanggan (state - jabatan kerajaan) untuk bayaran pukal. Kalau cerita lebih-lebih mesti korang tak paham kan so korang layan je lah gambo2 yang sempat di snap

Cuba tengok muka aku tu, tembam kn.. Huhuhu

Swimming pool

Ni gambar sebelum ke swimming pool pada hari sabtu lepas (21.04.2012). Bukan main happy lagi dia dapat ke sana, tok ma dia janji dengan along nk ke sana so bawak dia sekali.

Sesaat Kau Datang – Ramlah Ram ft Sleeq

Lirik Lagu Sesaat Kau Datang – Ramlah Ram ft Sleeq
  
Sesaat Kau Datang
Sesaat Kau Hilang
Kemunculan dirimu
Penuh misteri

Kau Mendekat
Kau Menjauh
Kau tinggalkan diriku
Sesudahnya kau membuang
Mencampakkan aku

Its not that i dont love you
I just dont want to hurt you
I cant let go of all the good times we share together
I hate to be cold but i got to let you go

Sungguh kejamnya dirimu
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan
Kau remukkan cinta yang telah kita bina
Ha ha ha ha ha ha

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati
Tapi ku ikhlas melepaskanmu
Karena aku manusia biasa

Nothings easy girl
Nothings easy girl
Aint nothings easy i hope you understand me girl
Nothings easy girl
Aint nothing in this world
Could ever compare to what we had
Whats gone

Sungguh kejamnya dirimu
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan
Kau remukkan cinta yang telah kita bina
Ha ha ha ha ha ha

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati
Tapi ku ikhlas melepaskanmu
Karena aku manusia biasa

Tiada salahku kepada dirimu
Kau buatku sengsara
Kau buat kecewa
Ku Harap ada karma
Yang datang kepadamu kepadamu

rumahtangga

 
 
gambar sekadar hiasan
 kepada para suami anda mesti baca dengan mata hati...
Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.

Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.

Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku.Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.

Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.

Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.

Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.

Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.

Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.

majlis cukur jambol si balkis

bulan 3 ari tu lupalah berapa hari bulan si Balkis anak kepada makcu Hubby mengadakan majlis cukur jambul.




nie ler Si Balkis yang kuat nangis.. heheheh, ari tu xsempat nak datang awal tengok majlis cukur jambol dia sebab aku ada keja urgent kat opis so sori yea kak yus xsempat nak datang tengok tapi sempat datang makan.. hehehe

yang kat bawah nie gambar kami beraksi selepas acara cukur jambul

nie si anak sedara dengan mak sedara sama2 ngada2 n banyak songeh...

tengok si putri tu ada je aksi2 yang bleh aku lemah jantung... along, atok, akmal n putri

atok n along

alahai anak ibu (putri)

mama vouge... aku n liya (isteri iwan)




along n adik


along bukan main hepi lagi dia...

putri buat perangai xnak ambik gambar

puas aku palingkan muka dia...

happy famili...

bergambar beramai-ramai sebelum pulang....


TAMAT...

Hepi birthday hubby

Pada 01.04.2012 (ahad) kami 1 famli meraikan birthday hubby di kediaman kami. Mak mertua aku yang masak, kek disponsor oleh adik dia.. Tugas aku melayan karenah hubby, ahaks

semoga panjang umur, murah rezeki, semoga keluarga kita aman abadi... dan semoga hubungan antara kita terus kukuh... amin. selamat hari lahir sayang...


si putri yang tak sabar-sabar nak potong kek, sayang oi.. itu kek abah tau... heheheh

lilin dah dinyalakan....

hubby tiup lilin 1st lah...

semua pandang ibu dulu... adik, sabor ler (tengok si putri tu..)

ok, abah boleh tiup sekarang... hepi birthday to u. love u...

banyak hidangan yang mak hubby (mak mertua aku lah tu) buat untuk anak lelaki kesayangan dia (anak lelaki dia ada sorang jer... huhuhu). nasi ayam, asam laksa, dan banyak hidangan sampingan... kami xjemput ramai pun cuma orang2 terdekat dan kawan2 jer...


Cabaran

Dalam semua perkara mesti Ada cabaran yang tersendiri kan? Seperti juga aku menghadapi cabaran dalam hidup. Contohnya adalah dalam pekerjaan, dalam rumahtangga Dan cabaran terhadap diri sendiri pun Ada.

Dalam cabaran yang kita hadapi 1 je kuncinya iaitu kesabaran Dan kekuatan iman kita...

Dapat hadiah

Sempena majlis makan malam sains yang tahun lepas aku dapat ni.. Lama kan bru dapat tapi ok ler ada gak mereka bagi sesuatu untuk aku. Sepatutnya aku kenalah bersyukur.. Hehehe