usezally Tiktok

Tiktok Mekyuhhh

Yuslina Property Tiktok

Showing posts with label fRiENdsHiP. Show all posts
Showing posts with label fRiENdsHiP. Show all posts
Thursday, 12 February 2026

Tukar-Tukar Hadiah CNY - Team Feliz Zumba

 


Semalam, Rabu (11 Februari 2026), kami sempat luangkan masa buat satu aktiviti santai sempena sambutan Tahun Baharu Cina iaitu acara tukar-tukar hadiah dengan bajet sederhana, sekitar RM5 hingga RM10 sahaja. Walaupun bajet kecil, semangat semua memang besar. Acara diadakan di Bilik Training opis je bermula sejurus selepas waktu kerja, dari jam 5.00 petang hingga 6.00 petang.

 



 

Sebelum hari kejadian, kami dah buat undian tema warna hadiah. Antara warna yang terpilih ialah biru, putih, purple, coklat, kuning, merah, oren, pink dan hijau. Jadi masing-masing datang dengan hadiah ikut warna yang dah ditetapkan. Ada yang siap balut, ada yang pelik apa barang yang besar sangat sampai 2 paperbeg besar.

Bila sesi tukar hadiah bermula, memang kecoh satu bilik. ketawa memang bergema ruang bilik, suara riuh rendah, siap ada yang usik bila dapat hadiah pelik atau luar jangka. Walaupun aktiviti ringkas, jelas nampak semua kawan-kawan enjoy dan dapat lepaskan stres selepas seharian bekerja.

Yang paling penting, bukan nilai hadiah yang jadi ukuran, tapi momen kebersamaan tu. Aktiviti macam ni sebenarnya menguatkan hubungan sesama rakan sekerja dan buat suasana tempat kerja jadi lebih mesra dan hidup.


 

Semoga ukhuwah yang terbina melalui aktiviti kecil macam ni akan terus kekal dan makin erat dari semasa ke semasa. Kadang-kadang, perkara paling simple itulah yang paling lama tinggal dalam ingatan.

 


Wednesday, 7 January 2026

Acara Akhir Tahun Team Zumba


Acara akhir tahun team zumba pada 31/12/2025 yang diadakan di AEON Seremban 2 benar-benar meninggalkan kenangan manis buat kami semua. Ia bukan sekadar satu perjumpaan biasa, tetapi ruang untuk melepaskan penat, berkongsi gelak tawa dan menutup tahun dengan penuh kegembiraan bersama rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan.




Kami memulakan perjumpaan di Redbox dengan aktiviti yang paling ditunggu-tunggu, menyanyi sambil melalak dan menari tanpa peduli suara sumbang atau rentak ke laut. Apa yang penting, semua orang enjoy dan bebas menjadi diri sendiri. Suasana penuh dengan gelak ketawa, sorakan dan momen spontan yang buat kami lupa seketika tentang rutin harian.




Selepas itu, acara tukar hadiah pun bermula dengan tema beg gym. Masing-masing teruja menunggu giliran membuka hadiah. Walaupun ringkas, setiap hadiah terasa sangat bermakna kerana dipilih dengan niat yang baik dan penuh keikhlasan. Beg gym yang diterima bukan sekadar hadiah, tetapi simbol sokongan untuk terus aktif dan sihat bersama.




Semua ahli hadir dengan tema baju sukan, selari dengan semangat team zumba. Walaupun hanya berpakaian sporty, suasana tetap nampak ceria dan berwarna-warni. Setiap orang tampil yakin, selesa dan penuh senyuman, mencerminkan keserasian serta hubungan baik yang terjalin dalam kumpulan ini.


Paling penting, semua orang pulang dengan hati yang gembira. Tiada siapa yang rasa tersisih, tiada tekanan, hanya rasa dihargai dan disatukan oleh minat yang sama. Acara ini menjadi penutup tahun yang indah dan pembuka semangat untuk melangkah ke tahun baru dengan lebih positif dan bertenaga.


Semoga kenangan pada 31 Disember ini kekal dalam ingatan, dan semoga persahabatan dalam team zumba terus kukuh untuk tahun-tahun mendatang. 

Monday, 27 October 2025

Tema Baju Deepavali Team Zumba untuk Lunch



Pada 24/10/2025 (Jumaat) lepas memang meriah betul bila team zumba kami buat lunch dengan tema Deepavali Masing-masing datang dengan pakaian penuh warna — ada yang pakai saree dan ada yang berbaju kurti. Memang meriah habis, rasa macam tengah sambut pesta cahaya betul-betul



Waktu lunch tu pun riuh rendah dengan gelak tawa, masing-masing sibuk bergambar, bergaya sakan ikut tema. Tapi yang paling best, petang tu kami sambung berzumba sambil pakai baju tema Deepavali. Memang lain macam semangatnya, baju pun berkilau, 



 

 

Seronok bila ada aktiviti macam ni, bukan sekadar berseronok, tapi dapat eratkan lagi hubungan dalam team. Warna-warni Deepavali kali ni bukan setakat pada pakaian, tapi juga pada semangat dan keceriaan kami semua




 






Tuesday, 30 September 2025

Travelogue: Skytrex & BBQ Sungai Congkak Bersama 26 Ahli KSR (27/9/25)

 

Pagi Sabtu, 27 September 2025, rombongan kami seramai 24 orang ke sana menaiki kereta masing-masing. Saya menaiki kereta bersama tiga orang lagi, bertolak tepat jam 7.15 pagi. Suasana dalam kereta memang meriah – ada yang sempat tidur, ada juga yang sibuk bercerita pasal pengalaman Skytrex orang lain yang kononnya “paling mencabar”.

 



Sekitar jam 8.45 pagi, kami selamat tiba di Sungai Congkak. Tanpa tunggu lama, masing-masing bersiap sedia untuk memulakan aktiviti Skytrex Adventure.

Antara cabaran yang sempat kami lalui:
 • Flying fox – paling ditunggu-tunggu sebab rasa terbang bebas meluncur dari pokok ke pokok.
 • Meniti atas tali – uji keseimbangan, ada yang gaya penuh yakin, ada juga yang terketar-ketar.
 • Panjat pokok guna tangga – nampak senang, tapi bila dah separuh jalan, lutut mula rasa lain macam.
 • Jambatan gantung – goyangnya boleh buat jantung dup dap dup dap.
 • Halangan labah-labah – kena panjat, cari cara paling kreatif untuk lepas.





Pendek kata, memang berpeluh sakan dan penuh gelak ketawa. Ada yang sempat jadi “jurukamera tak rasmi” ambil gambar aksi-aksi dramatik rakan-rakan.



 



Selesai Skytrex, kami semua berkumpul di kawasan sungai untuk aktiviti BBQ & mandi manda. Bau ayam perap, kambing perap bakar memenuhi udara, buat semua orang tak sabar nak makan. Sambil tunggu makanan masak, ada yang dah terjun awal ke dalam sungai, berendam dalam air sejuk yang menyegarkan. Gelak tawa bergema bila ada yang pura-pura nak ‘tolak’ kawan terjatuh.

Selepas kenyang dengan hidangan BBQ, aktiviti diteruskan dengan sesi santai – ada yang bersembang panjang di tepi sungai, ada yang sambung mandi, dan ada juga yang siap main baling air. Memang terasa suasana kebersamaan, macam satu keluarga besar yang berkumpul.

Jam 5.00 petang, barulah kami kemas-kemas dan bersiap untuk pulang. Walaupun penat, semua nampak puas hati. Aktiviti lasak di Skytrex ditutup dengan BBQ dan mandi sungai yang meriah – kombinasi sempurna untuk hujung minggu yang penuh kenangan.





Friday, 2 February 2018

FEBRUARY GIVEAWAY by Lady in Red Planner

saya pun tak nak lepaskan peluang untuk dapatkan Giveaway from Lady in Red Planner sebab suka sangat bauan daripada de'xandra ni.

sape-sape yang membaca blog saya ni boleh la mencuba nasib yea... jom kita ramai-ramai joint Giveaway ni yang sangat simple dan senang syarat2 dia.

Apa yang anda suka baca dalam blog seseorang?
  1. saya suka baca blog seseorang sebab lifestyle dia
  2. saya suka tengok gambar
  3.  penulisan blogger yang tersendiri dan jadi diri sendiri
  4. suka berkawan dengan ramai kenalan dalam laman sosial. 


Monday, 29 January 2018

GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM

saya pun dah terjebak dengan GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM ni.

mesti cantik2 dia punya servenior. ni pun jalan2 di blog kawan saya iaitu MRS.A dan kawan baru saya RAYDAH so mana tau kan kot2 dapat... hehehe barang free kan mesti kena rebut dan cuba dengan jaya nya...

so,

blogger SITIYANGMENAIP & SALBIAHM saya dah ikut semua arahan. semoga saya berjaya.. Insya Allah

Wednesday, 17 June 2009

Teman

kawan...
nak sebut memang mudah
tapi hakikatnya
nak cari kawan sejati punya la payah..

kawan..
bila tak ada kita cari
tapi bila dia di depan mata kita tak hargai.

bila kawan berjanji kita nak dia tepati..
terlewat seminit muncung kita panjang sedepa
alasan kawan langsung tak nak dengar
tapi kalo kita yang tak tepati
manisnya bibir menuturkan maaf..

bila kita ada masalah kawan setia di sisi..
bukan setakat nasihat malah wang ringgit pun sanggup bagi
waktu tu kita rasa dia la sahabat sehidup semati..
tapi bila kawan dihimpit masalah
kita biarkan dia menangis sendiri
jangankan mendekati, bertanya khabar jauh sekali

bila kita perlukan pertolongan kawan disisi sedia membantu
berat sama dipikul ringan sama dijinjing
tak pernah sekali pun dia merungut

tapi
bila kawan meminta sedikit kudrat kita
tak habis-habis cerita kita jual
kononnya kawan menyusahkan kita

kawan simpan semua rahsia kita
kalo kita buat salah, kawan rela terima hukuman

tapi
bila kawan tersilap langkah
laju mulut kita menabur cerita
kononnya kawan punya angkara
tak layak berkawan dengan kita
walaupun hakikatnya kita turut sama melakukan

waktu kita susah kita cari kawan
kita mengeluh bila kita tak ada kawan
kita menangis bila kita ditakdirkan bersendirian

tapi...
kita tak pernah nak hargai nilai sebuah persahabatan
kita tak tahu nak balas budi kawan biarpun bukan itu yang diharapkan
kawan

kawan selalu memberi
kawan tak minta dibalas

tapi
sebagai kawan kita kena la beringat
bukan wang ringgit yang kawan dambakan
bukan kudrat tenaga yang kawan tagihkan

tapi
secebis kejujuran dan secarik kasih sayang yang dipertaruhkan

thank u my friend....



thank you 4 your friendship


kawan


UseZally