bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Tuesday, 12 April 2022

Hari Ke-10 Ramadan

masih sempat lagi aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadan kepada rakan-rakan blogger semoga tahun ini lebih memberi keberkatan kepada kita semua.

hari ni adalah hari ke 10 kita berpuasa so apa menu hari ni ea? aku macam biasa akan masak 2 lauk iaitu antara ayam/daging/ikan dan satu lauk lagi adalah sayur campur/sayur sup atau sayur gorang berdaun. sekarang ni dah senang nak cari ulam, aku ni memang pencinta ulam ulaman seperti petai, kerdas, jering, semua ulam daun, jantung pisang celur dan banyak lagi jenis ulam aku memang suka.

masalah sekarang ni aku nak masak apa yea? rasa aku nak masak daging goreng black paper dan sayur goreng serta ulam ulaman. nak suruh suami petik dekat masjid di kawasan perumahan aku. ada beberapa jiran yang menanam di situ. mereka juga sering memberi dan membenarkan sesiapa sahaja untuk memetik atau mengambil ulam yang mereka tanam.

antara ulam yang mereka tanam adalah ulam raja, timun, pisang dan beberapa lagi ulam yang aku tak kenal tapi aku makan hahahha...

korang nak masak apa pulak hari nni?



Related Post:

  • PRU 15sabtu yang lepas kita semua diberi mandat untuk memilih siapa yang akan menerajui Malaysia bagi penggal 5 tahun akan datang ini. tetapi saingan sangat sengit kerana tiada parti yan
 Read More
  • Minum Air Panas Atau Air Sejuk, Mana Lebih Baik?Air antara unsur yang sangat penting dalam tubuh manusia kerana 70 peratus tubuh manusia mengandungi air dan tubuh lebih memerlukan air berbanding makanan.Ramai yang beranggapan ai
 Read More
  • ekonomi 2023Peramalan kita tentang ekonomi 2023 sangat menakutkan. Perdana Menteri ke 10 telah dilantik. Suka atau tidak, semuanya telah ditulis sebagai satu takdir.Ekonomi negara kita tak mam
 Read More
6 comments on "Hari Ke-10 Ramadan "
  1. Bagus makan ulam.
    Elok jiran sedekah ulam-ulaman.
    Hehe kita makanan dapat dari masjid sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... jiran sini ramai yang pangkat makcik dan pakcik. mereka pun tak ada apa nak buat so bercucuk tanam dalam kawasan masjid

      Delete
  2. kalau masak lemak memang cun sgt kawan dgn ulamÂČ.. itu kalau sayalah.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pastu cicah sambal belacan atau kalau orang terengganu ada budu sedap dooh la makan sampai bertambah-tambah

      Delete
  3. selalu nak makan ulam2 ni SA kan cari kat pasar tani...jarang dah pi pasar tani..kat pasar besar pun ada tapi x banyak..cuma SA x makan ulam jering, petai kerdas bagai tu..hehhe..x tahan bau dia walau khasiat tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha.... ulam yang berbau tu memang sedap cuma kena jaga-jaga jugak lah

      Delete