bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Thursday 31 March 2022

Camp Murni Gopeng Perak Part2

untuk hari kedua (26/03/2022) camp kami berbaju kuning. lupa pulak nak cakap yang pada jumaat malam 25/03/2022 tu kami diwajibkan memakai baju warna biru. untuk aktiviti hari ini adalah hiking dan water tubing. malam pulak ada BBQ serta CBM Sharing. lepas tu program santai



pukul 8am selepas sarapan dan sedikit senaman ringan, kami menaiki lori yang bawak lembu tu untuk ke tempat hiking. sebenarnya aku dah lama tak hiking lebih kurang 3 tahun selepas adha lahir sekali je aku gi hiking ni kali kedua, rasa dia peeehhhh penat weh.



nama bukit tu adalah bukit batu putih gopeng perak. ni la bukit yang pernah viral tentang kehilangan seseorang. korang ingat tak sape? si acap tu tapi dia ikut trak lain. Alhamdulillah aku dapat sempurnakan dengan naik dan turun walaupun sangat-sangat letih sebab cuaca masa tu sangat panas. rasa dahaga memang tak boleh cakap la tapi biasa kalau aku pergi hiking aku tak akan minum banyak air. aku hanya makan chocolat. sebelum ni aku suka bawak chocolate coki-coki dan air mineral botol kecik.


semasa menaiki bukit batu putih, ramai jugak yang pancit sebab kebanyakan antara kami adalah mak-mak orang.. heheheh ada yang sesak nafas tapi alhamdulillah ajk kesihatan yang terdiri dari kami sendiri banyak membantu. mereka yang mengalami sesak nafas biasa berlaku bila mereka tidak bernafas dengan betul. cara pernafasan yang betul adalah sedut udara dengan hidung dan lepas dengan mulut.




Wednesday 30 March 2022

Camp Murni Gopeng Perak Part1

pada 25/03/2022 - 27/03/2022 aku serta team telah berangkat ke gopeng pada pukul 11 pagi dengan menaiki kereta Alza milik salah seorang Manager di rangkaian kami iaitu Mar. Aku pun lupa nama penuh dia. Aku, Mun dan Mar satu kereta, coach leen dengan 2 orang team serta adik dia dan satu lagi kereta milik Manager Fidah Ohsom.


perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 4jam dan perjalanan sangat baik serta tiada masalah dengan izin Allah.. Alhamdulillah. dalam perjalanan kami banyak bincang pasal forever sebab memang bila jumpa tu je topik kami. dari pukul 11 pagi sehingga hampir pukul 4 kami teruskan perjalanan dan bila dah nak sampai baru perut rasa lapar.

sampai di camp murni tu, terus solat dan tukar baju untuk terjun dalam air yang sejuk lagi deras. lama jugak kami berendam hampir pukul 7malam huhuhuhu... badan dah penat tapi masih hapi dengan aktiviti malam tu


lepas makan dan solat antara pukul 8malam kami berkumpul untuk sesi perkenalan serta membina kumpulan. malam tu juga ada beberapa aktiviti antaranya adalah aktiviti kecerdasan minda iaitu mencari siapa kita, cucuk kentang pakai straw, lagi satu radio rosak






masuk tidur pukul 12 malam.



Tuesday 22 March 2022

Tips & Resepi Lemang Tradisional Sedap Asli

Tips & Resepi Lemang Tradisional Sedap Asli

Lemang adalah antara makanan atau juadah tradisional paling popular bila tiba hari raya. Resepi lemang sedap lagi asli sering dicari di bulan Ramadhan untuk disediakan semasa hari raya. Untuk resepi lemang tradisional yang sedap, bahan-bahannya mestilah berada di dalam sukatan yang betul, dan teknik api masak lemak mesti cekap.


Resepi lemang tradisional sedap lagi asli adalah terdiri dari santan kelapa, beras pulut dan juga sedikit garam. Kombinasi tiga bahan utama ini perlu dalam sukatan yang betul supaya dapat hasilkan juadah tradisional hari raya ini yang sedap dan menyelerakan.


Ramai kata untuk mendapatkan lemang yang sedap, perlu dapatkan beras pulut dari Thailand, tetapi sebenarnya beras pulut tempatan pun sudah boleh hasilkan lemang yang sedap. Ada setengah kata, untuk hasilkan lemang yang sedap, mestilah gunakan banyak santan agar ia lemak.

Tetapi bagi aku, lemang asli yang sedap perlulah lembut, tidak berkerak dan tidak terlalu lemak.

Sejarah Lemang

Di Malaysia, menurut Wikipedia, ia adalah makanan tradisional yang popular sejak tahun 1864. Dan menurut catatan, ia juga merupakan kegemaran bagi penduduk asli dari suku Negrito dan suku Semai. Dipercayai cara memasak lemang adalah berasal daripada cara memasak nasi oleh orang asli.

Resepi Lemang Tradisional Sedap Asli

  1. Lemang dimasak menggunakan ruas buluh dan isi beras pulut dilapik menggunakan daun pisang. 
  2. Untuk memasak lemang, basuh beras pulut dan kemudian toskan.
  3. Dalam ruas buluh lemang, lapikkan bahagian dalam buluh dengan gulungan daun pisang.
  4. Setelah itu, masukkan beras pulut yang telah ditos dengan sempurna sehingga hampir penuh ruas buluh.
  5. Tinggalkan ruang dalam dua inci, jangan terlalu penuh. 
  6. Kemudian, masukkan santan yang telah digaul dengan garam secukup rasa.
  7. Masukkan santan itu sehingga ke paras atas.
  8. Ruas buluh yang telah dimasukkan bahan-bahan tadi kemudian diletakkan separa condong ke arah, ia mestilah dimasak dengan api yang sederhana kuat.
  9. Bagi memastikan lemang dimasak dengan betul, sekata dan tidak berkerak, buluh lemang perlu dipusing-pusingkan atau dibalik-balikan setiap 15 minit.
  10. Dalam 5 minit pertama, saya nasihatkan anda lihat lemang anda, jika nampak seolah agak kering, tuangkan sedikit santan.

Masa untuk membakar lemang selalunya mengambil masa selama sejam sehingga sejam setengah. Ia bergantung dengan saiz batang buluh lemang. Jika besar, maka bakar lemang tersebut lebih lama sedikit.

Untuk mengetahui samada lemang dah masak dengan baik, cucuk hujung lemang dengan lidi kelapa yang bersih. Seandainya ada tanda melekit dan bukan basah, lemang sudah dikira sudah masak. Semasa membakar lemang, pastikan juga anda ketuk-ketuk sedikit batang atau ruas buluh itu.

Tips Hasilkan Lemang Sedap

Tips paling penting untuk hasilkan lemang yang sedap ialah kekuatan api. Anda perlu jaga api yang bakar lemang supaya tidak terlalu kuat - untuk elakkan ia berkerak atau hangus, dan api tidak terlalu perlahan untuk elakkan ia tak masak di dalam.

Santan pula mestilah mencukupi, untuk 1 kg beras pulut yang digunakan, disarankan untuk guna santan dari sebanyak 3 biji kelapa.

Semoga perkongsian ini dapat bantu anda hasilkan lemang tradisional yang sedap lagi asli, in Sha Allah.


Monday 21 March 2022

'Erma beritahu dia risau'

keluar pulak statment ni. aku cnp je senang korang nak baca benda viral dah ada dekat blog aku.. hehehe

farihad@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Kontroversi rakaman video 'teaser' drama Perempuan Itu yang menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen sejak beberapa hari lalu, berpanjangan apabila pelbagai pendedahan dibuat di sebalik insiden itu.

Antara mereka yang turut bersuara adalah pelakon tersohor, Datin Seri Umie Aida yang meluahkan pendapatnya dalam media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Umie yang juga adik Erma Fatima, iaitu penerbit drama rantaian terbabit, mempersoal tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang mengeluarkan video babak 'panas' lakonan Zul dan Siti Hariesa yang diakui tidak mendapat keizinan penerbit untuk dikongsi kepada khalayak.

"Dari awal lagi Erma meluahkan rasa risau apabila melihat 'footage' cerita ini. Erma cakap babak yang dirakam terlalu berani.

"Saya sempat berpesan kepadanya iaitu sebagai produser, dia kena tegas dan maklumkan kepada produksi supaya membuat penggambaran atas landasan dibenarkan.

"Lebih mengecewakan apabila ada pihak sanggup keluarkan 'footage' yang Erma memang hendak buang daripada penyunting tanpa keizinannya dan berkongsi di IG.

"Apa motif mereka keluarkan babak yang belum disunting dan teruja untuk berkongsi babak yang kurang indah itu di media sosial demi viral?" luah pelakon filem Embun ini panjang lebar.

Disebabkan isu terbabit ada kaitan dengan soal moral apabila babak panas yang dipaparkan dianggap keterlaluan hingga ditegur seorang Menteri Kabinet, Umie menggesa pihak terbabit mengambil tanggungjawab atas kontroversi itu.

"Dalam isu ini, beberapa pihak yang terbabit harus ke depan dan jelaskan kenapa babak terbabit jadi sampai tahap begitu? Sayangnya apabila ada pihak tak bertanggungjawab dalam tugas yang diberi mengikut landasan dibenarkan.

"Antara skrip dan interpretasi pengarah berbeza. Lakon layar dibuat pengarah, bukannya penulis skrip atau penerbit.

"Sebagai pelakon wajar menolak lakon layar yang di luar kewarasan. Semoga jadi pengajaran buat kita semua," kata pemenang trofi Aktres Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) sebanyak dua kali ini.

Kontroversi tercetus apabila pelakon utama drama Perempuan Itu, Zul Ariffin memuat naik video yang memaparkan dia melakonkan babak agak sensual berganding dengan heroin drama itu, Siti Hariesa di Instagram (IG).

Dalam babak itu, Zul dilihat membuka baju sebelum mendukung pelakon baharu itu.

Turut dipaparkan adalah adegan menyuap krim putar antara kedua-dua pelakon itu. Aktor itu kemudian bertindak memadam entri berkenaan selepas dikecam netizen.

Selain Zul dan Siti Hariesa, drama 30 episod ini dibintangi Mimi Lana, Emma Manan, Amar Asyraf, Amir Ahnaf,

Erysha Emirates dan Iqbal Zulkefli.

Drama Perempuan Itu mendapat sentuhan dua sutradara iaitu Isma Yusof dan Ain Sharif.

© New Straits Times Press (M) Bhd

 

10 Idea Hari Keluarga Jadi Meriah

10 Idea Hari Keluarga Jadi Meriah

musim-musim pendamik ni ramai yang mengeluh banyak aktiviti tidak dapat dijalankan tapi tak apa sebab tak lama lagi kita akan pergi ke fasa seterusnya iaitu fasa endamik. so dengan izin Allah kita berusaha jaga diri dan keluarga dalam menempuh dugaan dari DIA ini.



so apa lagi pelan la apa aktiviti keluarga supaya ikatan dan ukuwah kekeluargaan dapat dieratkan kembali dan jalinan tidak putus. korang rasa buntu ke nak buat event dengan orang tersayang? aku ada cari tips dalam google untuk memudahkan korang refer yea. aku pun sering refer dekat en gugel ni dan jumpa 10 idea hari keluarga jadi meriah dengan aktiviti ini. 

Buat Cabutan Bertuah. 

Cabutan bertuah hadiah mestilah best, barulah akan meriah. Buat satu cabutan bertuah untuk semua ahli keluarga. Modal itu pula dapatkan dari setiap satu keluarga, katakan RM50 atau RM30, jika ada 3 keluarga bermakna boleh dapat RM150. Beli satu hadiah best, dan tambahkan dengan hadiah-hadiah sampingan.

Buat Tukar-Tukar Hadiah

Satu alternatif untuk cabutan bertuah tadi, yang ini setiap ahli keluarga (ketua keluarga) sediakan satu hadiah untuk ditukar. Jika tak mahu keluar modal, boleh tukar hadiah dari benda-benda yang anda tidak pakai lagi dirumah, tetapi masih boleh guna. Tapi selalunya saya dan isteri akan beli barang baru. Kami hadkan hadiah tersebut mesti lebih nilai RM30 ke atas. Kemudian, buat cabutan nama keluarga ... pemberi hadiah adalah pemilik hadiah tersebut ... faham kan?

BBQ

BBQ ni ibarat macam kenduri kecil-kecilan di mana semua orang boleh terlibat. Satu aktiviti keluarga yang santai dan boleh dilakukan secara outdoor. Nak lagi best, setiap dari satu keluarga sediakan hanya satu menu BBQ, tak kisah walaupun sama, tetapi rasa mungkin berbeza. Boleh juga bahagikan tugas semasa nak sediakan BBQ ni. BBQ mudah sebab ia senang nak buat. Tapi kena pastikan tempat penginapan anda ada kemudahan ini.

Menonton Filem Seram atau Lawak

Tonton filem seram atau lawak bersama semua ahli keluarga. Takut ramai-ramai. Seronok ketawa pun ramai-ramai. Best bila suasana akan tetiba jadi senyap, dan suasana jadi riuh rendah. Pilih cerita yang tidak terlalu berat, asalkan ia boleh ditonton semua orang. Saya suka bawa laptop dan sambungkan pada TV tempat penginapan menggunakan kabel HDMI.

Indoor Game

Ada macam-macam indoor game boleh buat. Cara paling mudah, beli je set permainan 12 dalam 1 atau 6 dalam 1 yang dijual di pasaraya. Boleh main ramai orang. Tak pun beli game board yang sedikit mencabar, macam Monopoli, Sahibba atau lain-lain. Boleh je buat tournament ringkas dan ada hadiah disediakan.

Outdoor Game


Sama je macam indoor game tadi. Anda boleh cedok idea sukaneka kanak-kanak tadika yang mudah-mudah. Buat 2-3 game cukup, tak perlu banyak-banyak. Serius memang best jika semua ahli terlibat termasuk anak-anak yang bawah umur ... anda pasti tercuit tengok gelagat anak-anak ini main outdoor game. Ada beberapa outdoor game cadangan saya:
  • Tiup belon sampai pecah.
  • Pass belon berisi air ke dalam baldi.
  • Isi air dalam botol guna span atau guna tangan.
  • Pass gelung getah guna straw.
  • Bawa gabus dalam sudu.
  • Cari duit syilling dalam tepung.
  • Cari gula-gula dalam rumput.

Sembang Keluarga

Masa ni boleh kumpul ramai-ramai. Samada nak buat macam kumpulan atau buat terus the whole family. Kalau buat kumpulan, macam anak-anak kumpul dengan anak-anak, wanita dengan wanita, lelaki dengan lelaki atau buat je selonggok ramai-ramai kongsi cerita best-best yang berlaku sepanjang tahun. Mesti ada benda yang boleh diceritakan dan jadi bahan jenaka. Cerita seram pun boleh...hoo.

Hari Anugerah Keluarga

Kadangkala ada antara ahli keluarga yang dapat pencapaian yang boleh dibanggakan dalam keluarga. Contohnya dapat UPSR 8A, jadi tokoh pelajar dan sebagainya. Bagi galakan dengan berikan hadiah tertentu. Buat secara santai-santai je. Boleh adun dengan acara atau aktiviti lain, macam BBQ ke, semasa buat cabutan bertuah ke, tukar-tukar hadiah ke. Anak-anak ini akan seronok bila semua sanak sedara hargai pencapaian dia buat. Dan akan jadikan percutian hari keluarga anak-anak jadi semakin best buat mereka.

Lawatan Tempat Menarik Percuma

Cari tempat-tempat lawatan yang boleh dilawati secara percuma. Jangan cari yang berbayar sebab nanti ada ahli keluarga yang acuh tak acuh nak masuk atau bayar. Tips saya, bawa ke muzium, atau taman-taman permainan.


Sessi Bergambar dan Video

Ada orang fikir benda ni benda biasa, tapi percayalah ia merupakan aktiviti yang paling mudah, dan paling akan diingati di masa akan datang. Apabila kita ambil gambar, kita akan mudah ingat sesuatu peristiwa atau aktiviti itu. Ambil gambar apa juga yang keluarga anda buat. Nak lagi bagus, adakan juga sessi video. Serius, impak kegembiraan ini akan kekal lama dan menjadi memori yang terindah.

Cubalah, sebab saya sendiri dah buat dan memang best. Sampaikan terus merancang untuk buat lagi dan lagi di lokasi lain pula.

Antara sedar atau tidak, percutian berbentuk hari keluarga ini sebenarnya boleh menjimatkan jika semua ahli keluarga bekerjasama dan masing-masing ambil bahagian untuk jayakannya. Dah la bajet, pastu seronok .. dan eratkan hubungan antara sesama ahli keluarga... tak adalah gi cuti sorang-sorang, seronok lak sorang-sorang, pastu nanti cerita gi sana sini, keluarga yang tidak pergi telan air liur sampai bibir jadi kering dan mulut ternganga.
Sunday 20 March 2022

Jenis-jenis kulit wajah

Kalau ikutkan masa aku belajar dahulu, skin type ada 4 iaitu:

-> Normal Skin
-> Dry Skin
-> Oily Skin
-> Combination Skin

Di mana sensitive skin berada di bawah permasalahan kulit wajah. Sensitive skin ni kalau ikutkan disebabkan faktor-faktor luaran. Tapi kini ia berada di bawah section skin type. Takpe la.. kita ikut je la kan?? hehehe..

1. Normal Skin

👉🏻Kulit normal mempunyai keseimbangan yang sangat baik - tidak terlalu kering atau terlalu berminyak. Ini kerana kulit normal mempunyai peredaran yang sangat baik.
👉🏻Mereka yang mempunyai jenis kulit ini biasanya tidak mengalami masalah jerawat dan mereka jarang melihat sebarang perubahan pada kulit mereka sepanjang hari. 
👉🏻Perubahan bermusim biasanya tidak memberi kesan kepada mereka yang mempunyai kulit normal dan mereka boleh menggunakan pelbagai produk tanpa mengalami kesan sampingan negatif. Kulit mereka biasanya licin dengan tona kulit yang sekata.

Kulit wajah normal ni.. biasanya waktu kita budak-budak dulu sebelum meningkat remaja yang mengalami perubahan hormon yang tak berapa betul.. 😅

Contoh kulit normal boleh tengok kulit Bayi yang baru lahir (expecially bahagian montot 😜😜😜😜, kalau kes xder yang jenis ruam lampin la.. )

2. Dry Skin

👉🏻Mereka yang mempunyai kulit kering berkemungkinan besar mengalami kulit muka yang tegang dan menggelupas akibat pengeluaran sebum yang rendah. 
👉🏻Kulit kering juga terdedah kepada tanda-tanda penuaan kerana ia tidak mempunyai pemelihara kulit semulajadi - minyak.
👉🏻Pastikan anda menggunakan pembersih yang lembut bersama dengan pelembap pelindung yang kaya untuk menyuburkan kulit dan memastikan ia terhidrat sepanjang hari. 
👉🏻Ini penting untuk mengawal perasaan yang ketat dan tidak selesa itu.

Kalau nak lebih jelas... orang yang kulit kering ni muka dia selalu macam 'muka ketat'. Ataupun muka mereka nampak sangat dry dan garis-garis halus jelas kelihatan di dahi, tepi mata, tepi mulut. Orang yang kulit kering ni juga seringkali dianggap sombong disebabkan keketatkan senyuman mereka dan seringkali nampak lebih berusia dari umur yang sepatutnya.

jadinya kawan-kawan, lepas ni.. kalau jumpa orang yang 'muka ketat' mungkin dia bukan sombong.. tapi kulit wajah dia agak tegang dan agak  sedikit sakit untuk dia senyum. 😁


3. Oily Skin

👉🏻Kulit jenis ini mempunyai kelenjar sebum yang terlalu aktif, biasanya terletak di zon T, pipi, dan dagu. Mereka yang mempunyai jenis kulit ini mungkin perlu membersihkan muka dengan kerap dan/atau menggunakan kertas blotting sepanjang hari.
👉🏻Kulit berminyak disebabkan oleh banyak perkara seperti genetik, hormon, diet, iklim, dan tekanan hanya untuk menamakan beberapa. 
👉🏻Mereka yang mempunyai kulit berminyak juga mungkin mempunyai liang yang membesar dan mengalami masalah jerawat kerana jumlah minyak yang merembes dari liang mereka.
👉🏻Mempunyai kulit berminyak tidak semestinya anda mempunyai jerawat kerana jerawat disebabkan oleh sel-sel kulit mati dan bakteria di dalam liang tetapi anda lebih cenderung untuk pecah.
👉🏻Adalah sangat penting bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak untuk membersihkan muka mereka dua kali sehari dengan pembersih yang lembut — khususnya yang tidak melucutkan kulit sepenuhnya. Menanggalkan semua minyak boleh menyebabkan kesan buruk kerana kulit anda mungkin menghasilkan lebih banyak minyak.

Biasanya, remaja-remaja yang meningkat naik lebih cenderung mempunyai kulit wajah berminyak kerana disebabkan oleh perubahan hormon.

4.Combination Skin

👉🏻Mereka yang mempunyai kulit kombinasi mengalami kawasan berminyak serta tompok kering. 
👉🏻Penjagaan kulit terbaik untuk jenis kulit ini melibatkan merawat setiap kawasan secara berbeza. 
👉🏻Sebagai contoh, sesetengah kawasan mungkin memerlukan pelembap yang tebal dan kaya manakala kawasan lain mungkin memerlukan losyen yang lebih ringan atau pelembap jenis gel.
👉🏻Kebiasaannya Zon T merupakan kawasan lebihan minyak dan bahagian tepi mulut membawa ke dagu merupakan zon kering.

5. Sensitive Skin

👉🏻 Jenis kulit ini terdedah kepada keradangan dan kerengsaan dan boleh disebabkan oleh keadaan kulit seperti ekzema, rosacea, atau alahan.
👉🏻 Adalah penting untuk memilih penjagaan kulit yang betul untuk kulit sensitif kerana banyak pembersih dan pelembap mengandungi bahan yang boleh menyebabkan reaksi negatif.
👉🏻Mereka yang mempunyai kulit sensitif juga sangat dipengaruhi oleh perubahan bermusim jadi jika anda mempunyai jenis kulit ini, anda mungkin perlu menukar produk anda bergantung pada musim.

Cara Untuk Mengenal Pasti Jenis kulit wajah (skin type)

Apabila bangun dari tidur, cuci muka dan biarkan seketika tanpa letak sebarang pelembab.

1. Oily - terasa tidak selesa di wajah, terasa muka sedikit berlengas dan nampak berkilat berminyak
2. Combination - kebiasaannya Zon T akan terasa berminyak dan berkilat serta bahagian-bahagian tertentu seperti tepi mulut akan terasa kering dan tegang
3. Dry - keseluruhan wajah terasa tegang dan kering dan merasa sedikit ketat

Ok.. kita dah kenal jenis kulit wajah (skin type), sekarang ni jom kita tengok pulak masalah-masalah yang sering terjadi pada kulit wajah


Mengenali masalah-masalah kulit wajah (Skin Problem)

1. Wrinkles

👉🏻Merupakan tanda-tanda penuaan. Pertamanya adalah disebabkan faktor usia di mana semangkin meningkat usia, kulit wajah semakin hilang lembapan dan juga semakin kekurangan kolagen. Jadinya garis-garis halus di bahagian-bahagian tertentu akan terbentuk dan jelas kelihatan. 

👉🏻Terdapat juga mereka yang mempunyai tanda wrinkles sewaktu diusia yang tidak sepatutnya. Perkara ini terjadi, berkemungkinan daripada kesan tidak menjaga skin care routine dengan betul dan juga sejarah pemakaian produk skin care yang tidak bersesuaian yang menyebabkan kehilangan lembapan kulit wajah.

👉🏻Garis-garis kedutan halus ini mudah kelihatan pada wajah mereka yang mempunyai jenis kulit kering sekiranya tidak dijaga dengan sempurna.


2. Freckles / Pigmentation

Frekles ni jelas kelihatan pada mereka yang mempunyai masalah kulit wajah yang kering.

Paparan Sinar Matahari
Paparan sinar matahari yang berlebihan merupakan penyebab utama munculnya noda hitam pada wajah. Paparan sinar matahari yang langsung menyentuh kulit wajah tersebut akan mendorong kulit untuk memproduksi lebih banyak melanin. Yang kemudian memunculkan noda hitam pada wajah.

Tidak hanya itu, wajah yang terekspos sinar matahari secara terus-menerus juga boleh menyebabkan kanser kulit. Maka sangatlah penting untuk menggunakan sunscreen sebelum keluar rumah.

Hiperpigmentasi
Hiperpigmentasi adalah suatu kondisi pada kulit yang disebabkan oleh peningkatan melanin, zat dalam tubuh yang bertanggung jawab untuk pewarnaan kulit (pigmen. Hiperpigmentasi terjadi ketika area tertentu di area wajah rosak. Ini terjadi apabila kulit memproduksi melanin berlebih sehingga noda hitam di wajah akan terlihat lebih jelas.

Faktor Genetik
Faktor genetik juga menjadi salah satu penyebab munculn

3. Pores

Pores sering terjadi kepada mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak mahupun kombinasi. 

Liang-liang pori boleh tersumbat dengan lebihan minyak, kulit mati, atau kotoran, atau ia boleh kelihatan lebih menonjol akibat pendedahan matahari yang terlalu banyak. Faktor lain yang boleh mempengaruhi liang pori tersumbat termasuk genetik dan hormon.

"Saiz pori anda sebahagian besarnya ditentukan oleh genetik, tetapi pori-pori biasanya tidak kelihatan sehingga remaja, kerana selalunya hormon yang mendorong kulit menghasilkan lebih banyak minyak dan seterusnya menyumbat pori-pori," kata Dr Hextall.


4. Acne

Liang-liang kecil kulit adalah bukaan untuk folikel yang masing-masing mengandungi rambut dan kelenjar sebum yang menghasilkan sebum, bahan berminyak yang melincirkan rambut dan kulit untuk memastikan mereka lembut. Jerawat berlaku apabila proses ini menghadapi masalah, seperti:

✅Lebihan minyak terhasil
✅Sel kulit mati menyekat liang roma
✅Bakteria terkumpul di dalam pori-pori
✅Salah satu punca utama jerawat ialah turun naik hormon, terutamanya androgen (hormon lelaki yang meningkat semasa akil baligh). Tahap hormon yang berubah-ubah juga boleh menyumbang kepada jerawat pada wanita semasa kitaran haid, kehamilan, atau apabila memulakan atau menghentikan ubat kawalan kelahiran

Faktor lain yang boleh memburukkan atau menyumbang kepada wabak jerawat termasuk:

✅Memicit atau memetik noda
✅Mengambil ubat tertentu (seperti testosteron, kortikosteroid, dan pil perancang)
✅Menggosok kawasan yang terjejas terlalu kasar
✅Menggunakan solekan atau losyen berminyak
Geseran atau tekanan pada kulit (seperti kolar ketat, topi keledar atau beg galas)
✅Makan diet tinggi karbohidrat dan/atau gula halus
✅Sejarah keluarga jerawat
✅Tekanan
Jenis-jenis Jerawat

Apabila folikel tersumbat, minyak di dalamnya tidak dapat keluar, dan bakteria mula berkembang yang menyebabkan jerawat. Jenis jerawat yang paling biasa ialah komedo. Komedo (majmuk komedo) termasuk kedua-dua bintik putih, yang kekal di bawah permukaan, dan bintik hitam, yang terbuka pada permukaan kulit dan kelihatan hitam akibat pendedahan oksigen.

Jenis lesi jerawat lain termasuk:

✅Cycts: Jerawat besar dan dalam yang mengandungi nanah dan selalunya menyakitkan
✅Nodules: Jerawat pejal dan menyakitkan di bawah permukaan kulit
✅Papules: Benjolan kecil, merah jambu atau merah di bawah permukaan kulit
✅Pustules: Jerawat kecil berwarna merah dengan nanah di hujungnya


5. Scars

Apabila luka sembuh, ia akhirnya boleh menjadi parut. Parut muka datang dalam pelbagai bentuk dan mungkin disebabkan oleh kecederaan, jerawat, melecur atau pembedahan. Memandangkan wajah anda sentiasa terdedah kepada persekitaran, parut pada bahagian badan anda mungkin sukar untuk sembuh.

Parut yang paling ketara di wajah biasanya terhasil dari masalah jerawat yang teruk dan seringkali dikatakan seperti 'kawah bulan'.


6. Dark circles

Orang sering menganggap lingkaran hitam disebabkan oleh keletihan dan kurang tidur. Walaupun ini boleh menjadi satu punca, terdapat sebab lain untuk lingkaran gelap bawah mata, seperti alahan atau proses penuaan semula jadi.

Lingkaran gelap di bawah mata mungkin kelihatan ungu atau biru hingga coklat gelap atau hitam, bergantung pada warna kulit.

Kalangan ini jarang menimbulkan kebimbangan, tetapi orang mungkin ingin mengurangkan penampilan mereka atas sebab kosmetik.

Dalam sesetengah kes, lingkaran hitam di bawah mata boleh menunjukkan keperluan untuk perubahan gaya hidup, seperti penambahbaikan pada tabiat tidur atau diet.

Kawasan di bawah mata boleh kelihatan lebih gelap kerana saluran darah yang menyempit yang menyebabkan hiperpigmentasi, atau daripada penipisan kulit di sekeliling mata.

Semua punca lingkaran hitam di bawah mata termasuk:

✅kurang tidur atau tabiat tidur yang buruk
✅alahan, termasuk demam hay
✅hiperpigmentasi, yang berlaku apabila badan menghasilkan lebih banyak melanin
✅mengurangkan tahap tisu lemak di sekeliling mata
✅menipiskan kulit bawah mata
✅anemia akibat kekurangan zat besi
✅terlalu terdedah kepada cahaya matahari
✅kerap menggosok mata
✅penuaan
✅merokok
✅gen yang diwarisi
✅keadaan tiroid
✅dehidrasi
✅dermatitis
✅rawatan titisan mata untuk glaukoma, seperti bimatoprost

Terdapat juga beberapa faktor risiko untuk lingkaran hitam di bawah mata, seperti:

✅Umur yang lebih tua: Kehilangan tisu lemak dan penipisan kulit di sekeliling mata adalah sebahagian daripada proses penuaan. Perubahan ini boleh menjadikan lingkaran hitam kelihatan lebih jelas pada orang dewasa yang lebih tua. Palung koyakan ialah lubang di bawah mata, yang boleh menyebabkan lingkaran hitam dan berkaitan dengan penuaan.

✅Etnik bukan kulit putih: Lingkaran hitam lebih kerap berlaku pada orang yang mempunyai ton kulit yang lebih gelap, dan ia memberi kesan kepada orang kulit berwarna berbanding orang kulit putih. Faktor risiko ini dianggap disebabkan oleh perubahan pigmentasi.

✅Genetik: Lingkaran hitam boleh menjadi keturunan. Penyelidikan Sumber dipercayai telah mendapati bahawa jika seseorang mempunyai lingkaran hitam di bawah mata mereka, ini juga muncul dalam beberapa ahli keluarga yang lain.

Skin Type kita dah kenal..skin problem pun dah kenal.. sekarang kita lihat pula tips untuk memilih pencuci muka yang bersesuaian.

Tips Memilih Pencuci Muka

Seperti yang kita tahu, mencuci merupakan asas kepada apa-apa rutin penjagaan kulit. Ia adalah kunci kepada kulit yang sihat dan cantik.

Pencuci yang baik bukan sahaja akan membasuh kotoran dan bakteria tetapi ia juga membolehkan produk penjagaan kulit dan kecantikan yang dipakai akan menyerap lebih mudah ke kulit anda, dengan itu akan meningkatkan keberkesanannya.

Cumanya... nak pilih pencuci muka yang sesuai bukan mudah kan? Banyak juga faktor yang perlu kita pertimbangkan. Its not as easy macam... 

"kulit muka ko ni berminyak..pakai yang jenis gel" ataupun..

"kulit muka ko ni jenis kering.. pakai yang jenis krim"

Kalau semudah macam tu sahaja.. memang petik jari la orang kata kan. Kita perlu melihat dari sudut luaran dan dalaman. Sudut luaran adalah dengan melihat secara fizikal, manakala dari dalam pula adalah dengan melihat kepada history skin care dan cara hidup dari segi pemakanan, rehat, dan senaman mereka. 

Jom kita baca lagi...

Oh ya..sebelum tu, sebenarnya terdapat banyak jenis pencuci muka di pasaran. Cumanya aku tak tekankan jenis-jenis pencuci muka untuk sharing hari ini. aku akan go pada basic dahulu.

Kulit muka jenis normal / berminyak

Jika kulit anda cenderung menghasilkan banyak minyak, pilih pencuci muka yang berbuih lembut. Biasanya texture dia ala-ala gel sikit. Kalau dalam rangkaian produk forever, boleh gunakan pencuci muka SONYA. 

Pencuci dengan buih lembut sesuai untuk kulit berminyak kerana dapat mengeluarkan kotoran dan sebum pada kulit.

Elakkan produk pembersih wajah yang mengandungi bahan berasaskan sulfat seperti SLS/SLES kerana bahan seperti itu akan mengeraskan kulit dan mengganggu asid mantel (acid mantle) anda.

Sebab itu kita tidak digalakkan untuk menggunakan sabun buku untuk mencuci muka, melainkan ia adalah sabun buku yang direka khusus untuk kulit muka. Boleh juga gunakan Aloe Avocado Body & Face Soap.


Antara tips memilih pencuci muka adalah dengan menggunakan produk yang mengandungi minyak. Ia merupakan kaedah yang berkesan untuk menghilangkan kekotoran dari kulit, terutamanya jika anda suka menggunakan produk kosmetik kalis air.

Lebih baik menggunakan minyak yang mengandungi monounsaturated fats seperti minyak jojoba. Minyak yang berat seperti minyak zaiton berkemungkinan besar menyumbat liang-liang pori dan menyebabkan jerawat.

gambar-gambar yang aku share kat atas tu.. nak tunjukkan texture untuk cleaser yang jenis gel ataupun yang jenis  berminyak.


Tips memilih pencuci muka untuk kulit normal, kulit kering dan kulit sensitif
 
Jika kulit kering, anda disarankan untuk menggunakan krim atau produk pembersih muka berasaskan susu yang direka untuk menghidrat kulit semasa mencucinya.

Kalau di dalam rangkaian Forever, pencuci muka Infinite merupakan pencuci muka yang berasaskan aloe vera dan mengandungi santan kelapa yang sangat krim dan lembut pada permukaan kulit. Jadinya dalam mengelakkan rasa rengsa pada kulit wajah.

Semak kandungan yang digunakan dalam produk pilihan anda. Ejen penghidratan seperti asid hyaluranic boleh memberikan banyak kelembapan pada kulit.

Walaupun anda menyukai buih yang banyak ketika mencuci muka, ia sebenarnya hanya akan menyebabkan kulit lebih kering.

Jika anda mempunyai kulit yang sangat sensitif, walaupun terhadap air, anda mungkin boleh menggunakan air micellar sebagai pembersih.

Secara kesimpulannya, pembersih muka haruslah berfungsi untuk membersihkan kulit dan dalam masa yang sama masih lembut dan menghidratkan.

Setiap orang adalah berbeza, sesuatu yang berfungsi dengan baik pada orang lain, belum tentu akan memberikan impak yang sama pada diri anda.

Oleh itu, amat penting untuk mengetahui tentang keadaan kulit sendiri supaya anda mengetahui apa yang kulit perlukan.

Ok.. dah sampai penghujung sharing aku pada hari ini. Sebelum aku berakhir.. aku sertakan sedikit tips la yang biasa aku gunakan

Terdapat juga di mana seseorang itu mempunyai kulit yang dry di bahagian luar dan di bahagian bawah kulit adalah berminyak. Di bahagian luar wajah kelihatan dehydrated dan apabila di rasa pada permukaan kulit terdapat benjolan2 kecil seakan2 jerawat yang macam nak keluar. Ada juga yang mana terdapat kesan2 parut jerawat pada permukaan kulit.

Bagi kes yang sebegini, berkemungkinan history produk sebelum ini yang menyebabkan kulit wajah tersebut kehilangan lembapan dan seterusnya menyumbat liang-liang pori di wajah yang menyebabkan pori-pori tertutup.

Biasanya kalau kes sebegini, aku akan sarankan untuk mereka memilih pencuci muka yang jenis berkrim bagi mengelakkan kulit wajah yang dry tu menjadi tegang. Tapi bahagian pelembab aku akan sarankan untuk kulit berminyak.

 Bagi mereka yang mempunyai masalah muka breakout (yang jenis jerawat merah-merah dan besar penuh wajah), aku akan sarankan supaya menggunakan pancuci muka yang agak lembut seperti yang jenis berkrim. Ini kerana, walaupun kulit sebegini merupakan jenis yang berminyak, penggunaan pencuci muka yang jenis berbuih akan menyebabkan sedikit rasa ketidakselesaan kerana buih-buih tersebut akan membuang minyak-minyak dan menyebab jerawat menjadi sedikit kering. 

Namun yang demikian.. bagi 2 kes di atas ini, suggestion adalah bersifat sementara. Apabila kulit wajah dah kembali pulih dan telah dapat skin type yang asal.. maka boleh kembali menggunakan pencuci muka yang sepatutnya.

Untuk mereka yang baru ingin mencuba sebarang rangkaian produk skin care Forever ataupun skin care lain.. aku lebih suka sarankan untuk menggunakan basic set dahulu. Jangan terus ambil satu set penuh. Ini kerana, ada kemungkinan terdapat bahan-bahan di dalam skin care tersebut tidak berapa sesuai dengan wajah kita dan ada juga kemungkinan akan bertindak balas dengan skin care yang kita pernah guna sebelum ini terutamanya yang pernah pakai produk-produk yang ada merkuri. Sekiranya mentaliti kita tak berapa kuat akan berlaku pembaziran di situ.

Antara basic skin care yang boleh digunakan di dalam rangkaian Forever adalah :
Cleanser - Aloe Avocado Body and Face Soap
Toner - Aloe First
Moisturizer - Aloe Gelly + Propolis Creme
Gel Mask - Aloe Gelly

Selain dari penjagaan luaran, minum air yang cukup, ambil supplement dan juga jaga pemakanan serta senaman dapat membantu dalam mendapatkan kulit wajah yang cantik, bersih dan segar. Jangan lupa juga untuk mendapatkan tidur dan rehat yang secukupnya.

Saturday 19 March 2022

Klip adegan panas Zul Ariffin: Melampaui batas dan perlu ditegur

apa lagi abang zul ni? buat hal la... korang baca la petikan dibawah ni.huhuhu


PUTRAJAYA: Sedutan klip video adegan ‘panas’ dikongsi pelakon, Zul Ariffin turut ditegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Idris menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, beliau akui kecewa dengan paparan klip video ‘teaser’ drama Perempuan yang dikongsi pelakon itu. 

Menurutnya, beliau menyifatkan paparan itu sebagai melampaui batas dan ia perlu ditegur. 

“Saya akan menghubungi pihak yang terbabit untuk mendapatkan nasihat supaya perkara ini boleh ditegah dan diubah dengan hikmah. 

“Hela nafas panjang saya apabila sebuah drama yang ditular untuk ditayangkan dalam bulan yang sepatutnya ditunggu oleh seluruh manusia yang beriman bagi mengejar taqwa, namun, seolah dicemari dengan kegusaran yang saya kira melampaui batas yang perlu ditegur,” katanya. 

Katanya, hiburan tidak dihalang dalam Islam, namun, tatacara hiburan dalam Islam pastinya terdapat disiplin yang tegas, apatah lagi ia melibatkan ikhtilat yang berlebihan dengan adegan yang ternyata mengundang maksiat. 

Idris berkata, industri hiburan di Malaysia ini bukanlah perkara yang ingin beliau ingin halangi. 

“Tetapi jika ia mencemarkan fitrah dalam agama, saya tidak boleh membiarkan ia berlaku tanpa dinasihati. 

“Pada masa sama, saya menyeru kepada seluruh umat Islam, tidak kira usia dan kedudukan, untuk bersiap menghadapi Ramadan yang menjanjikan sejuta hikmah oleh Allah SWT. “Jauhi perkara mendekatkan kita dengan maksiat, agar Ramadan kita tidak tercalar dan cacat cela,” katanya. –UTUSAN ONLINE

korang... jomla follow media sosial aku

hahahahah... belum apa-apa dah gelak sebab tajuk macam memaksa. siapa yang selalu update media sosial? meh komen sikit nak tengok.

sebelum ni aku pernah update tiktok aku disini kalau ada yang tak baca lagi sila la baca yea.. hehehe

orang cakap senang je nak update semua content di media sosial. ce korang buat dan konsisten rasa mampu tak kalau kita tidak betul-betul serius dalam konten yang kita akan lakukan. kalau korang mampu alhamdulillah dan kalau masih belum mampu boleh je buat satu-satu. aku pulak ada je konsisten ada je kejap bersarang kejap aktif sebab semua tu kan normal.

bila kita dah ada satu bisnes kita perlu branding kan diri kita supaya orang diluar sana tahu kehadiran kita dan ada antara follower yang nak tahu perkembangan kita, caya tak? korang kena percaya walaupun korang sendiri tak percaya.

sebab ramai je netizen nak tahu pasal kita sama ada nak tahu yang positif atau negatif. hehehehe...

korang ingat senang ke nak buat content? aku rasa nak pecah kepala cari bahan untuk buat content dalam tiktok, instagram, dan youtube  termasuk blog aku ni tau.

so kepada rakan-rakan yang berbisnes aku sarankan kita gunakan media sosial ini dengan sebaik yang mungkin untuk naikkan rating kita. 

Friday 18 March 2022

lama tak update dengan dia

untuk hari ni aku tak tahu apa yang nak aku ceritakan cuma aku nak masukkan reel dalam blog aku ni. dalam reel ni mengisahkan aku nak buat content tapi telah di kacau oleh si dia. masa ni aku pergi ke rumah adik di kl untuk ambil pau kukus yang adik sorang lagi (khairah) buat. biasalah nak support adik kan sape lagi kalau bukan adik beradik walaupun biz aku mereka tidak support hehehe... 

mungkin belum masanya mereka pandang aku kan. tak apa lah aku cuma berdoa semoga aku berjaya dan dapat bantu mereka kelak.


Thursday 17 March 2022

jumaat lepas

pada hari jumaat lepas aku mengenakan pakaian warna ungu. sebenarnya baju ni aku tak suka sangat pakai sebab nampak gemok (padahal ko memang gemok pun... huhuhu) dan besar. tapi aku selesa la pakai sebab kain dia dari most crept (tak tau la betul ke salah ejaan dia). 

kain dia tidak panas dan senang nak gosok. harga pun murah hanya rm50 sahaja. sebenarnya aku tak ada idea nak mengarang pada waktu ini sebab mata masa aku karang ni dah pukul 10.30 malam dan waktu aku tidur dah. sekarang ni memang waktu tidur aku dalam pukul 10.00 - 10.45 je kalau lebih aku akan rasa sangat mengantok. bukan sebab apa, aku ada makan supliment untuk kecerdasan tubuh badan aku. 

bila waktu pagi aku boleh bangun seawal pukul 4.30 pagi so, aku sangat bertenaga bila bangun. dulu aku rasa sangat susah nak tidur malam dan waktu pagi susah nak bangun. apa tidak nya waktu malam kita dah lambat tidur so waktu tidur yang tidak berkualiti.

sejak aku jual suplimen ni aku dah pandai bahagikan masa dan tau makanan apa yang perlu untuk badan kita walaupun aku masih susah nak amalkan tapi aku cuba sebab aku tau sihat itu sangat mahal dari segala-galanya.


ayat kat bawah ni pengerusi kelab yang karang.. korang baca je la ea

Majlis Bacaan Yassin Di Rumah Kelab KSR Pada 11.3.2022 (Jumaat) Jam 3.00 Petang

Alhamdulillah, sebilangan ahli terdiri daripada AJK & Exco telah selesai menghadiri program tersebut. Terima kasih kepada para dermawan hidangan ala "potluck" yang menyelerakan.

Program tidaklah secara terbuka untuk mengurangkan risiko Covid 19 dimana semalam sebanyak 26,000 kes baharu dengan kematian seramai 77 orang.

InsyaAllah, dengan berkat bacaan yassin tersebut, semoga kes Covid 19 berkurangan, maka bolehlah kita kembali dengan aktiviti besar-besaran kelak samada di Rumah Kelab atau aktiviti lain.

Ini merupakan program imarah yang kedua di Rumah Kelab. Terdahulu adalah program gotong-royong yang telah diadakan pada 11.12.2021 lepas.


Wednesday 16 March 2022

warna grey

korang suka tak warna grey? kalau korang tanya aku ini adalah salah satu warna kegemaran aku sebab selain hitam grey boleh buat badan kita kelihatan slim (ada kaitan x? hahhaha). betul la kalau korang tak caya cuba korang tengok di kedai-kedai butik saiz extra mesti ada warna grey.

warna ni aku pakai pada hari khamis sebab pakaian yang aku pakai tidak perlu gosok. aku pun tak tau la kenapa minggu lepas aku sering lewat ke pejabat. mungkin hati dah tak bersemangat kot nak bekerja di situ. korang doakan aku berjaya dalam perniagaan aku tau nanti aku lanje korang. hehhe

sejak pkp aku rasa macam down sikit untuk datang ke pejabat sebab salah satu adalah sikap pekerja disana. aku tak nak la buka cerita sebab nanti menimbulkan salah faham. aku ada buat reel korang layan je la yea. dan jangan lupa follow aku di instagram.

bukan senang tau nak brandingkan diri ni, perlukan konsistem dalam semua perkara contohnya di instagram, blog dan lain2 media sosial.



Tuesday 15 March 2022

hari ini hari pinkish

sebenarnya cita-cita aku dulu nak jadi pelakon (hahahha... percaya ke?) sebab aku suka bab2 famous ni ramai orang akan kenal kita. tetapi bila fikir balik apa kata abah bila dia tahu cita-cita aku ni yea? hahaha.. memang tak la kalau cita-cita ni aku bagi tahu abah.

tak adalah, aku tak pernah terfikir nak jadi popular apatah lagi nak jadi artis yang sangat mencabar. nak-nak sekarang ni netizen sangat-sangat berani menyuarakan isi hati. peh.. gila netizen sekarang kan dah macam tak takut mati je ayat-ayat dalam media sosial. aku sentiasa berdoa semoga kita dimalaysia dan umat islam sentiasa dalam lindungan Allah selalu.

pada Rabu 09/03/2022 aku pakai baju serba pink. tu je yang aku nak cerita sebenarnya dan aku ada buat reel pada hari itu. korang tengok la dan support instagram aku yea. instagram aku ada di home dan kalau korang malas nak scrool ni aku link kan terus pada korang untuk kemudahan korang. ini dia klik sekarang use zally



Monday 14 March 2022

hari ni adha demam

 

awal pagi tadi semasa aku bangun dari tidur rutin awal aku akan peluk dan cium si manja ni. pagi ni aku dapati bahawa badan dia panas dan buat aku sangat risau. aku terus ke dapur ambil ubat demam, kejutkan dia untuk makan ubat demam ni. 

biasa la tengah mamai ibu suap ubat memang marah la dia, tapi Alhamdulillah dia tak meragam. lepas je aku selesai mandi aku rasa lagi badan dia tak surut pulak panasnya so aku bukak pakaian dia bawak pegi mandi. 

selesai mandi dan minum susu dan ubat elok je main game dekat handphone ayah dia tu. pada mula aku ingat nak EL je tapi alhamdulillah kakak dia boleh jaga.dah besar rupa kakak yea, dalam perangai macam budak-budak nak dia jaga adik yang demam.


waktu tengahari aku buat video call dengan adik, makin sihat nampaknya cuma dia kena cirit birit pulak. dia ngadu sakit perut dan yang kelakar sempat mintak pisang nak makan... hahahaha adik2 dalam sakit sempat buat lawak. 

Misi mencari barang kelab

pada 12/03/2022 aku bersama 3 lagi ajk pergi mencari barang untuk diagihkan kepada ahli kelab syarikat kami. pagi yang sangat cerah dan ceria dan tiada masalah untuk mencari bahan walaupun yang bawa kenderaan tu menggunakan kenderaan manual. gigih betul, kalau aku memang tak ler dah la jalan Kuala Lumpur yang sentiasa jem dimana-mana.


jam 9.05 pagi kami bertolak dari seremban dan singgah di rnr untuk sarapan pagi. aku antara yang tidak boleh skip makan sarapan pagi. kadang aku pelik kenapa ramai rakan di opis aku yang suka skip makan sarapan pagi sedangkan sarapan pagi sangat penting untuk tenaga kita sepanjang hari.

selesai sarapan pagi kami terus ke distinasi pertama untuk cari kurma. walaupun sesat kami terus mencari hehehe... biasa la kalau tak pompuan tak kan tak ada drama. 

distinasi pertama cari kurma di mana jalan ampang. tempat seperti arab street sebab sederet situ memang kedai arab. banyak manisan yang aku nampak macam menyelerakan tapi aku tak beli takut aku tak makan sebab macam pelik.


walaupun banyak pilihan disitu tetapi harga nya agak keras juga yea. kami decide tidak membeli disitu. jalan-jalan cuci mata sahaja di setiap kedai.



selesai di jalan ampang kami ke distinasi ke dua iaitu mencari barang untuk hadiah hari jadi pada tahun 2022. macam biasa sesat tu normal bagi kaum hawa.. hehehe tetapi rakan yang memandu sangat cool dan bersahaja dalam mencari jalan menuju kejayaan.. hahahah

lama juga kami di kedai cenderahati, setelah berpuas hati dengan pilihan kami. anggaran pukul 1pm juga kami keluar dari kedai tersebut dan telah membuat bayaran pendahuluan.

setelah selesai kami terus mencari ke distinasi seterusnya iaitu mencari kurma. cari punya cari jam menunjukkan pukul 2pm. kami singgah untuk makan tengahari dan solat.

aku lupa nak ambik gambar di kedai kurma yang kami buat tempahan sebab dah penat... huhuhuhu. dalam perjalan balik hujan sangat lebat dan membimbangkan kerana kami takut dengan banjir kilat. biasa la jiwa wanita ni kan sentiasa menggelabah dan panik. tetapi alhamdulillah kami sampai di nilai hujan telah reda. ini membuatkan kami lega dan tidak panik.. hehehe ok tak ayat ni? macam ayat budak sekolah yang tengah buat karangan tak? hahahaha


dan kami sampai di seremban anggaran pukul 5.30 petang. sebab aku sebut anggaran sebab aku tak berapa nak tengok jam sebab dah letih walaupun bukan aku yang pandu kereta. dah sampai pikiran aku macam biasalah, ingat nak terus balik rumah je. so sampai rumah anggaran pukul 6 petang.

sekian sahaja karangan aku untuk hari ini. terima kasih kepada yang setia membaca coretan aku dari blog aku yang tak berapa famos ini.