bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Wednesday 31 August 2016

Hepi belated birthday to my puteri

Pada 17.08.2016 genap umur puteri ibu yang diberi nama Putri Nurqaireen Qistina yang ke 8.

Semoga sihat, bijak dalam semua perkara, gembira... ibu sayang awk adik.










Wednesday 17 August 2016

Sky trex Shah Alam

Pada 13.08.2016 aku, nad, faizal, ana n kw  dia ke Taman Botani Shah Alam untuk skytrex ni. 1st time kami ambik beginner...

Nama pun sky kan... semua aktiviti atas pokok je. Sape gayat ni sukar la skit. Bagi aku beginner ni tak ada la mencabar pun tapi tak pe sebab dah lama tak lakukan aktivitikan.

Layan je gambar dibawah yea
























Tuesday 9 August 2016

Selamat hari lahir yang ke 15

Hari ni 09.08.2016 genap hari lahir putera sulung aku yang kami beri nama Muhammad Amirul Haqim yang ke 15 tahun.


Sangat pantas masa berlalu, anak aku dah meningkat bujang dan dewasa. Rasa macam semalam je aku lahirkan dia, rasa sekejap je dia pandai berkata2....


Ibu  sentiasa doakan awak menjadi anak yang soleh, beriman, taat pada ibu dan abah, boleh menjaga kami dan adik bila besar nanti... kamu dan adik la permata yang sangat berharga buat ibu, kamu berdua la nyawa ibu...

Sunday 7 August 2016

Sambal ikan tongkol mak

Hari ni aku masak lauk ikan sambal untuk famli. Nak upload gambar malu sebab x berapa cantik... hahaha

Aku sebenarnya teringat sambal ikan tongkol mak, masih terasa lagi macam mana rasa dia dekat lidah aku. Memang tak sama dengan sape2 yang lain masak termasuk kaklong (pakar masak). Kalau dekat nak je balik kampung suh mak masakkan tapi apakan daya aku insan perantau.


Friday 5 August 2016

Hilangkan stress

Hari ni kami #ictdepartment kluar minum lepas berhempas pulas menyiapkan masalah #bugs

Dah settle semua baru la boleh bersenang lenang... kami pun pergi la minum hilang kan stress. Stress la konon... hehehe


Thursday 4 August 2016

Nawaitu...

"Mulakan hari dengan nawaitu positif dan bertenang bila disungkit." Selalu aku ingatkan diri sendiri dengan perkataan nawaitu iaitu niat. Niat yang baik akan mendapat aura positif...

Ingatkan nawaitu positif setiap pagi, setiap langkah pertama setiap pagi..

Semoga aku menjadi usahawan berjaya dengan nawaitu yang betul dan ikhlas... dengan izin MU... amin
Wednesday 3 August 2016

Perkataan azimat

Cuba baca ayat tu, banyak makna dalam perkataan "Aku Rindu Kau" kan? Rindu pada kekasih, rindu pada keluarga, rindu pada kawan2, rindu pada sanak saudara..

Sebenarnya aku amat rindukan seseorang, dia yang tak akan aku jumpa lagi di muka bumi ini. Seorang sahabat yang tahu kisah suka dan duka aku, bila aku menangis, bila aku ketawa...

Dia pergi membawa kisah2 kami, rasa sangat sayu dan sedih tetapi aku serta keluarganya sangat redha dengan pemergian nya.

Sahabat,
Damai la... tenang la... kau disana...

Al fatihah...
Gambar terakhir bersama arwah... terima kasih sahabat, Suziaina Alias
Tuesday 2 August 2016

Just jokking

CopyPaste dr FB

Pompuan kan kalo ko gaduh ngan dia dia cakap "keluar skang!", ko jangan keluar!! Ko jangan plak buat muka kerang busuk ambik helmet start moto blah. Tu nak mampos gayanya tu 😁😁😁. Kalo ko pun rase nak marah ko keluar tapi ko g borak2 ngan apek kat bawah. Ko borak kuat2 bagi bini ko dengar. At least dia tau ko takkan pernah berani tinggalkan dia. Ecewahhhh.

Pastu kalo dia sms cakap "jangan balik!!!" Ko balik sekarang jugak!! Ko jangan sambung2 g lepak lagi ngan kawan. Tu memang cari nahas. Peratus rasa sayang bini ko akan drop sikit2..

Pastu lagi kalo gadoh bini ko SMS dia cakap "jangan kol dah!!". Ko JANGAN TAK KOL! Ko kol jugak dia walau dia tak angkat. Kol kol kol. Kalo dia off hp pun ko kol jugak. At least dia bukak hp nanti ada masuk SMS maxis kata ada miskol dari "my hubby" 40 kali. Sejuk dah hati dia masa tu.. ☺️☺️☺️

Pompuan ni memang macam tu. Tak pelik tapi BENAR!! Kalo dia kata jangan ko buat je!! Tapi kalo dia kata JANGAN KAWEN LAIN ko buat jugak tu memang tak sampai skali Jumaat lagi lah nasib ko tu... Makan nasi pakai straw la ko nanti!

#jangankecammmmmm

Hari2 yang lalu

Dulu pernah cikgu cakap masa aku dibangku sekolah bahawa masa di sekolah adalah masa yang aku akan rindui. Dulu kami tak faham maksud kata2 cikgu sehingga kan masa berlalu dengan pantas.

Sangat tepat apa yang diungkapkan oleh cikgu bahawa zaman sekolah la zaman yang paling best. Zaman bersama rakan2 sekolah, suka dan duka semua dikongsi.

Serius korang, aku sangat2 rindu saat zaman persekolahan walaupun sentiasa didenda oleh cikgu sebab kesilapan sendiri tapi aku tetap rindukan saat tu... sangat2

Telah berpuluh tahun meninggalkan zaman tu tapi memori nya sangat kuat dalam ingatan aku. Rakan2 gaduh, kawan2 yang sama2 simpan rahsia, rakan2 aktif sukan, kawan2 gosip... semua aku ingat...





Gambar2 diatas cuma sebahagian kecil sahaja, memori lain masih padat dalam kotak ingatan dan tersimpul mati.

Walaupun masing2 telah berkeluarga tapi ikatan persahabatan masih utuh dan kukuh buat aku dan rakan2 baik. Semoga persahabatan aku akan sentiasa mekar sehingga hujung nyawa... amin

Siapa kita di mata DIA?


Pernah tak korang berbicara pada diri bahawa korang insan yang bagaimana di mata orang lain? Baik kah kita? Buruk kah kita? Sopan kah kita dan bermacam macam lagi tanggapan orang pada diri kita kan...

Selalu kita dengar yang kita hanya insan biasa malah dalam lagu pun banyak ungkapan2 insan biasa tersebut. Sebenarnya kita memang insan dan manusia biasa sahaja. Sama sahaja kita di mata YANG ESA cuma manusia sendiri meletakkan status tersebut.

Dan semua perkara ditentukan oleh DIA, kita berusaha menjadi yang terbaik disisi NYA supaya di SANA kita mendapat darjat yang tinggi, Insya Allah.... amin