bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Thursday, 14 April 2022

Balik berbuka di kampung halaman pada 08/04/2022 - 10/04/2022

Khamis lepas 08/04/2022 aku dan keluarga kecil ku pulang ke kampung halaman iaitu di Kuala Berang Terengganu. pada mulanya aku nak balik hari jumaat pagi memandangkan jumaat tu aku dah apply cuti tetapi si suami nak gerak malam tu jugak (Khamis - 8.30pm), pucuk dicita ulam mendatang memang aku apa lagi terus kemas baju yang nak dibawa.

aku sebenarnya senang je bab-bab packing barang ni sebab aku jenis yang sempoi, lagipun banyak baju aku serta adik beradik yang boleh aku gunakan di kampung tu yang lagi jadi mudah. pastu kalau tak bawak baju jalan pinjam je baju adik-adik yang ada kat umah. diorang tu bab baju boleh dikatakan setiap bulan membeli aku pun xfaham. pastu mak yang tolong kumpulkan bagi sedara mara yang memerlukan. kadang-kadang tu marah jugak sebab mereka ni memang suka membazir

dikampung hanya aku sahaja yang balik memandangkan adik beradik yang lain dah balik seminggu awal iaitu 1 ramadan. aku tak dapat balik waktu tu sebab nak uruskan barang-barang kedai yang masih ada balen perlu aku angkut. sayang weh tutup cafe kesayangan aku tu tapi apa nak buat dah tak dapat dielakkan lagi so i is redha. mungkin DIA nak bagi yang lagi besar dari sekarang kita tak tau kan.

hari jumaat tu aku tak ada la pergi mana-mana sebab memang nak buka puasa di rumah mak sahaja sambil tengok tv dan borak-borak dengan mak. biasa ni la keja aku selain makan, disebabkan bulan puasa tak dapat makan siang so kami layan lah neflix. aku cerita apa lagi kalau tau korea.

sempat aku tengok cerita bersiri tajuk K2. mak pun terjebak layan sekali heheheheh... 

sabtu malam kami berbuka puasa di rumah kak long sebab sabtu tu kak long dan kami pun nak ronda-ronda di kuala terengganu. kak long sempat masak daging singgang, goreng sayur dan ulam ulaman. kami pun ada juga bawak juadah dan suami sempat buat kerabu maggie.






malam tu kami lepak area jambatan angkat Kuala Terengganu sambil beriadah. cuaca sangat baik dan tenang je... hehehhe






Related Post:

  • balik raya 2011tahun nie ada kelainan sikit time balik raya, aku along n adik balik ngan flight.... tengok lah cebisan gambar aku ngan anak2 aku....
 Read More
  • persiapan raya vol 1masuk hari nie dah 9 hari umah islam menunaikan ibadah puasa. setakat nie akan sulung aku (aqim) belum ponteng puasa, sayang anak ibu. tapi dia ada tanya kalau dia puasa penuh ibu 
 Read More
  • buka puasa di Alson Klanapada 2hb ogos 2010, kami sekeluarga berbuka puasa di Alson Klana. Hepi sangat si Along, banyak dia ambik makanan. dari awal puasa lg dia dah cakap ngan aku n abah dia yang dia teri
 Read More
2 comments on "Balik berbuka di kampung halaman pada 08/04/2022 - 10/04/2022"
  1. Hehe macam remaja main skuter elektrik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha... ramai anak2 muda gi sana lepak sambil main basikal dan skuter tu

      Delete