bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Tuesday 28 November 2017

bercuti ke Bayou Lagoon Melaka

Sabtu yang lalu iaitu pada 25/11/2017 kami bersama keluarga mertua menginap di Bayou Lagoon Melaka untuk bercuti kerana adik ipar aku yang duduk di Sabah balik bercuti so kami ambil peluang untuk sama2 bercuti dengan dia dan famli dia.

 ni waktu nak gerak ke Melaka

 ni je gambar dapat snap sebab dah terlampau seronok x de plak gambar ramai2

Wednesday 22 November 2017

Weekend yang memenatkan

minggu ni en suami kerja dari pagi sabtu sampai pagi ahad. Kesihan pulak tengok dia melempeng balik tapi nak buat macam mana kan dah namanya kerja terpaksa la ikut arahan pihak atasan.

Sabtu tu aku ngan anak2 jalan2 kat jusco je, makan dan tengok wayang, malam plak gi pasar malam kat area rumah je. Ikutkan hati aku malas dh nak keluar sebab dah seharian keluar. Kalau kawan2 nak tau aku sebenarnya pemalas sangat nak drive. Kira kalau tak ada sape2 bawak aku memang rela tak kemana-mana tapi kalau tak ada sape2 yang bleh bawak keta terpaksa la aku drive sendiri.



Kalau nak ke mana2 selalu en suami yang drive... tapi hari sabtu tu aku terpaksa la sebab dia kerja lagi pun jusco dekat je dari rumah aku so tak jadi masalah la kalau aku drive (aku ni pemalas tahap gaban bab2 drive tapi jalan nak)




tapi hari ahad tu kami keluar lagi atas permintaan En Suami sebab dia nak ajak gi tengok pameran kucing. sebelum tu singgah kat palm mall makan... pas makan baru ada tenaga nak jalan2 kan...









Thursday 16 November 2017

Tanah tumpah darah ku

Minyak naik lagi tak tentuang tak tentuang 
apa sudah jadi tak tentuang tak tentuang
sakit hati ini tak tentuang tak tentuang
bagai mahu mati tak tentuang tak tentuang

apa la nak jadi sekarang ni, duit turun tapi harga minyak terus meroket. kami ni insan biasa2 memang terasa sangat kehangatan kenaikan harga tu. bukan aku nak merungut tetapi dah terlalu banyak beban yang terpaksa kami hadapi dan tanggung. malahan aku bukan kerja di sektor kerajaan lagi lah rasa sangat terbeban dengan bebanan yang makin berat dan sangat berat.

bila harga minyak naik, semua akan  naik dengan alasan minyak dah naik. kasihan la dengan kami yang hanya ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang pastu malam dah x nampak nak kais kami mengikat perut untuk makan (huhuhuhu....)


sekarang aku isi minyak RM50.00 rasa macam isi rm15 sahaja walaupun aku menggunakan kereta buatan Malaysia. nampak tak dekat situ betapa kecik nya matawang Ringgit Malaysia berbanding sebelum ni? kalau berterusan macam ni impak dia sangat lah tinggi nanti. sebagai contoh mak dan ayah atau kita sendiri nak menunaikan haji atau umrah dari 6K boleh jadi sampai 15k untuk umrah so mampu tak nanti kita nak kesana? 

Malaysia oh tanah air ku...




Wednesday 15 November 2017

Jom cuti


 lama dah tak cuti gi jenjalan, terasa nak gi jalan2 la release tension sambil lapangkan fikiran buat sementara waktu. kepala dah tepu sangat ni #konon.

rasa cam nak gi dekat2 je, cameron kje kot. tau tak sebenarnya last aku ke Cameron Highland masa umur aku 16tahun? sekarang dah 26 #perasan... hehehe bagi orang lain rasa kelakar kan sebab cameron je kot. serius la memang selepas tu aku tak ada pegi lagi.

kalau aku kaya, aku nak teroka semua tempat menarik di Malaysia ni terutama tempat makan yang best2 dan menyelerakan tapi kalau aku semua makanan menyelerakan bak kata kawan2 aku tolak batu ngan kayu je. tapi korang tak tau time aku tak ada selera makan bila... bila aku rasa nak kurus.. hahhaha, korang caya x? tak kan... hehehe


susah weh nak tolak makanan, aku sendiri pun tak tau makanan apa yang aku tak makan hehehehe. boleh dikatakan semua makanan aku bedal. tapi aku lagi suka makan nasi lauk budu pastu ada ulam ulaman... mabeles seh

tempat yang paling aku suka kalau orang tanya adalah pulau dan pantai, cantik sangat pemandangan tepi pantai sambil berpegangan tangan dengan pakwe (suami tercinta la) melalui persisiran pantai best gitew.

kalau orang tanya bab shopping aku rasa aku bukan la kaki shopping (korang caya x?) hehehe, betul la aku bukan jenis kaki shopping. korang kawan ngan aku baru korang kenal aku ni memang bukan kaki shopping. tapi bila kena paksa shopping (yea la tu) aku suka shopping baju, handbag, sandle, seluar dan barangan dalaman wanita (korang rasa aku bukan kaki shopping kan? huhuhu)



itu kalau aku kaya kan... hari ni hari berangan sedunia. sori la layan cerita aku yang tah apa2 tah...
Tuesday 14 November 2017

RG Butik

entry ni sambungan kepada entry yang ni yang menceritakan berkenaan bisnes yang aku bakal laksanakan pada tahun 2016 dan alhamdulillah butik dan sekaligus boleh dikatakan harapan aku yang sangat menggunung pada perniagaan yang baru nak naik ini.

Kata pepatah bukan senang nak senang memang memerlukan kesabaran, kepantasan dalam membuat keputusan, kebijaksanaan dan kemahiran yang tinggi supaya apa yang diusahakan berjaya dan terlaksana.

bukan setakat itu, pengorbanan dan kecekalan perlu lahir untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya, tapi aku masih lagi merangkak dan akan terus berusaha mencapai apa yang aku idam-idamkan.. insya Allah.



RG Butik telah dibuka pada 25/12/2016 dengan hanya seorang sahaja pekerja yang mana dia lah jurujual, dia lah juga tukang jahit. Alhamdulillah sekarang dah ada 2 orang tukang jahit di RG Butik. Kami mengutamakan kualiti jahitan bukan kuantiti supaya pelanggan berpuas hati dengan hasil daripada butik kami.

bukan setakat jahitan baju sahaja kami tawarkan, kami juga membuat alteration, menjual baju siap, menjual alat-alat makeup serta barangan wanita contohnya handbag, kasut dan sandle. ada juga skincare yang mampu milik kami jual.


masih sangat baru RG Butik dalam bidang perniagaan ini dan aku amat berharap agar RG Butik akan sebaris dengan perniagaan butik yang lain... Insya Allah












Saturday 11 November 2017

harap aku dikenang...



Pernah sekali Aisyah berasa amat cemburu kepada Saidatina Khadeejah. Lalu, terkeluarlah dari mulutnya

"Engkau masih ingat pada seorang perempuan TUA, padahal Allah telah menggantikannya dengan yang lebik baik!"
Apabila mendengar ucapan tersebut, Baginda menjadi marah. Terlalu marah. Sehinggakan berdiri rambutnya kerana menahan amarah tersebut.

"Tidak. Demi Allah, selamanya tidak akan ada gantinya. Dialah yang mula-mula beriman kepadaku sewaktu orang lain masih kafir. Dialah yang membenarkan aku sewaktu orang lain membenciku dan memulaukan aku. Dari dia aku diberi Allah anak-anak, sedang dari yang lain aku tidak mendapat anak"

Sejak dari peristiwa itu, Aisyah tidak lagi berani menyebut nama Saidatina Khadeejah secara kurang hormat melainkan beliau akan berlemah lembut dan berjaga-jaga dalam perkataannya.
• Lihatlah, betapa kasih dan sayangnya Baginda SAW terhadap isterinya yang bernama Khadeejah. Biarpun isterinya itu telah pergi bertemu Allah lebih dulu daripadanya, namun namanya tidak pernah lekang di ingatan dan sentiasa meniti di bibir mulut Baginda yang mulia.

• Suamiku.. Jadilah seperti Rasulullah, yang begitu menghargai isterinya biarpun dia telah tiada. Yang tidak pernah melupakan kebaikkannya biarpun jasadnya telah dipisahkan masa. Yang tidak pernah luntur kasih sayangnya biarpun dia telah pergi buat selamanya. Aku tunggu. Aku doa. Agar suatu hari nanti kau akan jadi seperti dia. Insan yang aku rindu melebihi segala-galanya.
.
sekadar perkongsian..
Thursday 9 November 2017

Dia part 4 (akhir)

kita ni cuma insan lemah dan hina sangat dimata SI PENCIPTA dan kita kena akui tu semua. aku manusia tidak sempurna dalam meniti hari2 kehidupan yang mungkin bagi aku masih panjang sedangkan percaturan DIA aku tidak tahu dan tidak boleh menduga.

apa pun perkara yang berlaku mesti ada hikmah disebalik semua perkara. kenapa aku mesti memikir kan yang bukan-bukan. kenapa masih tertanya-tanya? DIA yang mengkendaki begitu, begitu la yang berlaku. apa hak kita nak argue tentang perkara yang berlaku?


kesimpulannya adalah terima la semua perkara dengan hati lapang dan terbuka.
Wednesday 8 November 2017

Dia part 3

pagi ni badan mengigil memikirkan keputusan yang diterima pagi tadi... adakah betul keputusannya??? pening kelapa memikirkan apa sebenarnya berlaku...

tak apa, DIA kan maha kuasa... DIA kan ada.. perancangan dia sangat PERFECT dan BETUL. tak perlu rasa rungsing dan tak perlu fikir yang bukan-bukan.

apa-apa perkara perlu terima dengan hati yang lapang dan terbuka.. mengharap itu boleh tetapi taksub itu perlu berhati-hati.

Insya Allah...
Tuesday 7 November 2017

Dia part 2

hari ini dia pergi berjumpa dengan seseorang yang boleh membantu, keputusan seseorang tu buat dia terfikir dan merasakan adakah seseorang itu telah buat dan lihat dengan sempurna? kerana bukan itu yang dia harapkan.

pikiran mula bercelaru, tak tahu dekat mana lagi mahu dia rujuk untuk buat rujukan. buntu memang la buntu tapi dia nak jugak tahu apa yang telah berlaku sebenarnya... adakah hanya fikiran dia semata-mata? adakah apa yang telah dinyatakan oleh seseorang itu memang tepat atau sebalik nya?


kesian sangat pada dia, dah tak tahu nak buat apa cuma boleh tunggu dan terus menunggu supaya terjawab persoalan yang terbuku di minda dan fikiran dia.




Monday 6 November 2017

Dia part 1

Telah beberapa hari rasa tak tentu arah dan lain macam. bukan nak merungut tetapi terasa sangat lain macam. entahlah... memang rasa sangat bukan nak buat2 dan bukan cakap2 je, orang lain tak tahu tetapi dia tahu sangat pasal tu.

Bila dia berada bersama mereka dia nak cakap tetapi tidak mampu nak luahkan apa yang telah berlaku pada diri dia sebenarnya. "biar la dulu, mungkin perasaan aku sahaja", berlegar dalam pikiran dia dan sanubari dia.



hari ke hari dia rasa berat dan rasa mula tidak bermaya, adakah ini tanda2 nya? nak mengharap dia takut nak bersuara dia risau. biar la dahulu esok lusa ok la tu... akan tetapi boleh dikatakan setiap masa dan ketika dia rasa tak selesa.

Insya Allah... semoga Allah permudahkan segala urusan dia dan keluarga.