bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Friday, 20 December 2024

Lawatan Tabika Firdaus 15/12/2024

Pada 15/12/2025 - Ahad yang lalu,  satu lawatan yang dianjurkan oleh sekolah Tabika Firdaus Adha di Pusat Sains Negara dan Farm Fresh Bangi. Aku, suami dan kakak pun sama-sama ikut memeriahkan suasana dengan menaiki bas. Adha tu memang jarang sangat naik bas, boleh bilang berapa kali je. sebab tu kami decide untuk naik bas semua.

 






 Pukul 8.00am berkumpul di sekolah adha dan dalam pukul 8.30am baru bas gerak ke destinasi pertama iaitu Pusat Sains Negara. Sampai sana anggaran dalam pukul 9.20am dan kami dapat masuk selepas 10-15 minit untuk cikgu ambil tiket dan agihkan kepada semua.

Nampak adha seronok sangat dapat tengok macam-macam benda dan dapat juga main-main dengan rakan-rakan. 


 




kami berada di Pusat Sains Malaysia sehingga pukul 12 tengahari. dalam pada tu  Adha dah lapar so kami keluar dulu dari Pusat Sains tu dalam pukul 11.20 tengahari. dekat luar Pusat tu ada tempat jual makanan dan tempat duduk untuk menjamu macam medan selera cuma makanan dia tak ada la banyak sangat. boleh la untuk alas perut.

Anggaran pukul 12.00 tengahari kami bergerak ke Masjid UPM untuk solat zohor disana serta makan tengahari. masa ni aku masih kenyang so makanan aku simpan bawak balik. Adha macam biasa lah kalau dah jumpa kwan-kawan mesti makan pun tak nak, nak main je kerja dia. so aku la terpaksa suap dia makan.

selesai solat zohor kami berangkat ke destinasi kedua iaitu ke Farm Fresh. masa dekat sini aku dah rasa penat sebab panas time ni, nasib baik ada bawak payung. Si Adha pulak asyik nak berlari je. macam biasa la mulut itu yang sentiasa panggil nama dia je kerja nya.

 


Adha tetap bertenaga, budak-budak kan... heheheh. dia boleh berlari sana berlari sini, Nampak la dia exited Bersama rakan-rakan. aku pun tengok rasa bahagia… 






Monday, 9 December 2024

JENIS KAWAN PERLU DI JAUHI


 

JENIS KAWAN PERLU DI JAUHI
 
 
1. TAMAK
Dia hanya mementingkan dirinya sendiri. Masa kita kaya atau senang, dia sentiasa mendekati. Tapi masa kita susah dia akan menjauhkan dirinya. Malah mudah melupakan orang yang sering menolongnya, serta membangga2 kan orang yang baru sahaja memberi pertolongan kepadanya. Itu memang tamak!
 
 
2. KAKI PENGAMPU
Dia bersetuju dengan semua yang kita lakukan tidak kira betul atau salah. Dia tidak berani menyatakan kebenaran. Dia tidak pernah menegur kita walaupun kita sedang melakukan kesilapan. Hakikatnya dia tidak jujur dan tidak ikhlas dengan kita. Semua perbuatannya seolah-olah macam ada motif tertentu yang kita tidak tahu.
 
 
3. SUKA MEMBANTAH BANTAH
Jenis orang yang suka bertikam lidah dan ia merasakan satu kemenangan dalam berhujah dan langsung tidak mahu mengalah untuk menerima pandangan orang lain.
 
 
4. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Dia terlalu banyak meminta dan sedikit memberi . Mementingkan diri sendiri dan kedekut dalam setiap perkara
 
 
5. KAWAN YANG MAKAN KAWAN
Yang ni spesies musang berbulu ayam. Kawan yang tak berperikemanusiaan langsung. Sanggup dia makan kawan sendiri sedangkan makanan lain ada depan mata, kawan macam ni sanggup buat apa saja dengan apa cara sekali pun sehingga sanggup memusnahkan hidup kawannnya sendiri demi mencapai kesenangan hidup. Lebih kurang pentingkan diri sendiri la.
 
 
6. KAWAN YANG BERLAGAK
Nak tanya sikit, siapa yang tahan kalau perangai kawan kita macam ni. Sape pun tak boleh tahan la. Orang semua bajet diorang perfect. diorang da lupa, apa yang diorang ada tu semua pinjaman dari ALLAH. jangan nak berlagak sangat la, bila - bila masa je ALLAH boleh tarik apa yang DIA berikan., So, hargailah apa yang kita ada dan tanamkan sifat rendah diri dalam diri kita ni.
 
 
7. KAWAN YANG NGUMPAT KAT BELAKANG
kawan ni spesis yang hipokrit, kalau dia tak suka perangai kita, cakap depan - depan. Perbetulkan apa kesalahan yang kita lakukan, itu la kawan yang baik. Ni tidak, habis semua di jaja sifat buruk kita. Kadang - kadang ditambahnya pulak maggie cukup rasa dalam cerita dia tu supaya orang lain rasa sedap nak dengar. Entah betul ke tak apa yang dia cerita tu.
 
 
8. KAWAN YANG KEDEKUT
haihh.. kawan kedekut pun ada jugak. Kawan macam ni susah kalau kita nak mintak tolong. Buat sakit hati je. Barang kita bukan main sedap dia tibai. Sampai tak ingat Dunia. Bila kita cuit sikit je barang diorang, mula mata jeling - jeling, pastu heboh satu kampung macam kita guna barang diorang habis licin.
 
 
9. KAWAN YANG DENGKI
Kawan macam ni tak boleh tengok kita duduk senang - lenang. Asal kita senang je, mula la hidup tak tentu arah, hati diorang resah gelisah. lepas itu, mereka mula mengatur strategi untuk menjatuhkan hidup kita. Bila kita susah, barula mereka semua rasa puas hati. Kalau yang ni tak patut kita panggil kawan, kita patut panggil musuh ketat.
 
 
*Dan ingat juga wasiat Khalifah Umar Abdul Aziz ini, “Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. 
 
Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau.”
Wednesday, 4 December 2024

Cerita dari mak


Pagi ni aku buka wasap group adik beradik perempuan aku, adik aku Nurul Ima ada bercerita pasal mak bagi tahu dia yang mak ada bermimpi berbunyi :

 

"mak mimpi berada di puncak.. lepastu meniti jambatan gantung.. sampai abis jambatan yg panjang, mak jumpa perkampungan lapang dengan org pakai baju putih bersih..senyum sesama mereka..kat sana xda pun org memasak cuma ada makanan yg sedap.."

 

"sampai je sana..mak mikir aku ada kat mana ni ya Allah..lepastu mak doa.. Ya Allah aku ada dimana ni? ..tolong la kembalikan aku ke tmpat asal..anak2 aku risau.."


mak masih dalam mimpi, datang seorang ustaz :

"dekat jambatan tu adalah api, tapi mak cakap bawah jambatan tu adalah air. ustaz menjawab sebenarnya adalah api..."


Mak bercerita lagi, biasa mak akan lupa mimpi mak tapi kali ini mak ingat sebijik-sebijik mampi mak sebab tu mak cerita dekat Ima.


Semoga SYURGA tempat mak sebab melahirkan kami 12 beradik dan tanpa rasa lelah membesarkan kami dengan pelbagai karenah anak-anak. Aku memang tahu yang mak seorang yang cekal dan tabah dalam meniti kehidupan dari kecik sehingga mak dah 67 tahun...

 


Ya Allah semoga mak sentiasa sihat, sentiasa bahagia dan sentia ceria dalam meniti sisa-sisa hidup bersama kami adik beradik walau ada ketika dia bagitahu kami yang dia sangat rindukan arwah abah yang telah 4 tahun meninggalkan kami.... Al-fatihah buat abah 

 

Link dekat bawah adalah voice dari adik aku yang menceritakan semula dengan detail... korang dengar la, sedih sangat 😔 


"cerita dari Ima" - kuatkan speaker

 

Untung Mak Mak Yang Selalu Baca Surah Al Waqiah, Rezeki Melimpah & Segala Urusan Pun Jadi Mudah


Menjadi doa dan harapan bagi setiap orang agar dipermudahkan segala urusan serta diberi kesenangan dengan rezeki yang melimpah ruah didalam kehidupan. Salah satu cara untuk menjemput rezeki yang luas dan datang tanpa putus adalah dengan mengamalkan Surah Al Waqiah yang juga dikenali sebagai Surah Kekayaan.

Al Waqiah bermaksud kiamat. Surah ini merupakan surah yang ke 56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan mempunyai 96 ayat.

Perlu tahu Surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Selain kita selalu mengamalkannya sendiri, pesan juga pada anak-anak agar turut menjadikan surah Al Waqiah ini sebagai satu amalan harian. Ini kerana Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa kelebihannya tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.

Antaranya;

1. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.

Rasulullah SAW bersabda:

Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada. “Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

2. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

3. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

4. Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

5. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

MW: Jadi selain mengamalkannya sendiri, ajarkan juga anak anak kita dan keluarga agar turut menjadikan surah Al Waqiah ini sebagai satu amalan. Semoga kita diluaskan rezeki dengan melimpah ruah, dijauhi daripada kemiskinan dan kepapaan dalam kehidupan. Amin

 

 

Tuesday, 3 December 2024

Mak operate katarak Mata

Pada 19/11/2024 Mak kesayang kami telah buang katarak mata di Hospital Kuala Terengganu sebab mata mak dah tak nampak. Pada mulanya kami ragu-ragu untuk mak menjalani operation kerana kami risau mak ada penyakit 3 serangkai tetapi mak cakap dia nak buat jugak sebab memang mata dia dah tak nampak sangat.

 

Kami dengan hati berbelah bagi bersetuju dengan permintaan mak, Alhamdulillah pembedahan mata sebelah kiri mak berjaya. untuk mata sebelah kanan akan di operate selepas mak balik dari umrah.


mak tak boleh pegang handphone selama seminggu untuk pulihkan mata mak. Alhamdulillah selepas lebih seminggu mak cakap mata mak sangat jelas. Mak cerita mak sangat bersyukur yang penglihatan mak semakin baik. 

 

kami tak sabar nak tunggu mata sebelah kanan mak operate pulak....

 



orang kuat yang uruskan operation mak. Kaklong dan zalina