bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Wednesday 12 August 2015

Syawal 2015 - reunion

Selama berbelas tahun aku tak jumpa kawan2 sekolah. Perjumpaan di rumah salah seorang dr member menjadi suasana sangat gamat. Rasa teruja, terharu dan sangat gembira bertemu rakan2.

Masing2 selama berbelas tahun ada sejarah tak ketinggalan pada aku juga. Perubahan fizikal juga ramai yang berubah. Dari sebesar kelingking jd besar penumbuk... heheheh, hepi tengok masing2 punya perangai... semua dah berkeluarga cuma ada dua tiga je la yg masih mencari cari teman hidup.

Masih ramai juga lagi masih belum jumpa tp selepas perjumpaan pertama hampir berjaya kami akan ke step seterusnya... insya Allah

Syawal 2015 - raya pertama

Baru rasa nak update pasal raya. Tahun ni (2015) hanya 1 je x balik iaitu adik no 9 nama khairah. Sedih juga sebab x cukup 12 orang tp tetap meriah.. amin

Tahun raya pertama sepatutnya ijau terqoise tp aku salah beli... kena marah sebab rabun warna.. hehehe. Aku balik ganu 6 hari je, rasa kejap sangat masa bila berada di kampung.

Tak banyak gambar untuk raya pertama ni dalam handphone... banyak dalam camera.