Tiktok Mekyuhhh

Showing posts with label iNFo kEsiHaTaN. Show all posts
Showing posts with label iNFo kEsiHaTaN. Show all posts
Thursday, 4 December 2025

Kelebihan Chia Seed & Cara Penggunaan


 
Dalam dunia pemakanan sihat hari ini, chia seed semakin menjadi pilihan ramai kerana saiznya kecil tetapi khasiatnya sangat besar. Jom kita tengok kelebihan utama chia seed dan bagaimana cara paling mudah untuk mengamalkannya setiap hari.


Kelebihan Chia Seed

1. Tinggi Serat & Melancarkan Pencernaan
Chia seed kaya dengan serat yang membantu melancarkan sistem penghadaman, mengelakkan sembelit dan membuatkan kita kenyang lebih lama. Sesuai sangat untuk yang sedang diet.

2. Sumber Omega-3 Untuk Jantung Sihat
Ia mengandungi asid lemak omega-3 yang membantu mengurangkan kolesterol dan menyokong kesihatan jantung.

3. Menstabilkan Gula Dalam Darah
Bila chia seed direndam, ia membentuk gel yang memperlahankan penyerapan gula. Sangat membantu untuk elak gula naik mendadak selepas makan.

4. Membantu Turunkan Berat Badan
Oleh kerana ia cepat mengembang bila kena air, chia seed beri rasa kenyang yang lebih lama—kurang craving, kurang makan berlebihan.

5. Kaya Dengan Protein & Antioksidan
Chia seed juga tinggi protein serta antioksidan yang melindungi sel badan daripada kerosakan dan membantu kulit lebih sihat.

6. Tingkatkan Tenaga Harian
Ramai atlet dan individu aktif gunakan chia seed sebagai sumber tenaga tambahan kerana ia memberikan tenaga yang stabil dan tahan lama.


 Cara Penggunaan Chia Seed

1. Bancuh Dengan Air

Cara paling mudah:
 • 1 sudu chia seed
 • Campur dengan 1 gelas air
 • Biarkan 10–15 minit hingga kembang
 • Minum sebagai minuman sihat harian

2. Campur Dalam Air Lemon / Jus. 1 sudu chia seed + air lemon → minuman detox yang menyegarkan dan menyihatkan.

3. Tabur Dalam Makanan - Sesuai ditabur atas yogurt, oats, salad, bubur, smoothie bowl atau cereal.

4. Overnight Oat - Masukkan chia seed dalam resepi overnight oat untuk tekstur lebih pekat dan kenyang.

5. Chia Pudding
 • 2 sudu chia seed
 • ½ cawan susu pilihan
 • Simpan 1–2 jam → jadi pudding sihat yang sedap.


⚠️ Tips Pengambilan
 • Pastikan minum air secukupnya sebab chia seed cepat menyerap air.
 • Untuk permulaan, ambil 1 sudu kecil dulu sebelum naik ke 1–2 sudu besar sehari.
 • Elakkan ambil terlalu banyak sekaligus supaya perut tidak kembung.


Tuesday, 7 October 2025

Keburukan Makan Jajan - Sedap sekejap. Tapi...


Kadang bila tengok jajan kat kedai tu, rasa macam semua nak beli kan? Warna-warni, rangup, sedap pulak tu. Tapi sebenarnya… jajan ni bukan kawan baik badan kita 

Makan sekali sekala takpe, tapi kalau hari-hari kunyah — haaa mula la datang macam-macam masalah. Badan cepat letih, muka naik jerawat, berat pun naik senyap-senyap. Dalam jajan tu banyak garam, gula, minyak… pendek kata semua yang “best” kat lidah, tapi tak best untuk kesihatan 

Lagi satu, jajan ni tak bagi tenaga betul pun. Kenyang sekejap je, lepas tu lapar balik. Kalau selalu sangat makan, gigi pun boleh rosak sebab gula tinggi.

Jadi kalau boleh, kurangkan la sikit. Ganti dengan buah ke, biskut gandum ke — at least bagi badan benda yang berkhasiat sikit. Jajan ni, makan untuk suka-suka je… bukan untuk kenyang

Wednesday, 9 July 2025

Cara Atasi Kulit Muka Kering

 Cara Atasi Kulit Muka Kering 



 1. Gunakan Pelembap Muka
Moisturizer khas untuk kulit kering setiap pagi dan petang selepas bersihkan muka. Pilih pelembap yang mengandungi bahan seperti asid hyaluronik, gliserin atau minyak semula jadi untuk bantu kekalkan kelembapan kulit.

 2. Elak Mandi Air Panas
Mandi dengan air suam, bukan panas. Air panas boleh hilangkan minyak semulajadi kulit dan menyebabkan kekeringan. Hadkan masa mandi dan gunakan sabun lembut.

 3. Gunakan Mask Pelembap
Sapukan topeng pelembap atau topeng muka yang sesuai untuk kulit kering. Topeng ini boleh membantu melembapkan dan menjaga kulit.

 4. Minum Air secukupnya
Pastikan anda minum air yang mencukupi setiap hari untuk memastikan badan dan kulit anda terhidrat.

 5. Gunakan Humidifier
Gunakan pelembap di dalam bilik tidur untuk memastikan udara lembap, terutamanya apabila udara kering, seperti semasa musim sejuk.


Tuesday, 8 July 2025

Nak Cerahkan Wajah? Jom Makan Buah-Buah Ini!



 1. Oren dan Lemon
 ⁃ Kaya Vitamin C yang tinggi, bantu cerahkan kulit, kurangkan bintik hitam dan ransang pengeluaran kolagen untuk kulit yang lebih sihat.

 2. Strawberi
 ⁃ Kaya Vitamin C dan antioksidan yang bantu cerahkan dan segarkan kulit.

 3. Pisang
 ⁃ Kaya Vitamin A, B, dan E yang membantu kekalkan kelembapan kulit dan jadikan kulit kelihatan lebih muda dan cerah.

 4. Avokado
 ⁃ Mengandungi lemak sihat, vitamin E, dan antioksidan yang bantu lembapkan kulit, kurangkan keradangan dan berikan kulit kelihatan lebih segar.

 5. Beri biru
 ⁃ Kaya dengan antioksidan yang bantu melawan radikal bebas dan baiki kerosakan kulit, serta meningkatkan kecerahan kulit.

 6. Nenas
 ⁃ Mengandungi enzim bromelain yang bantu mengelupas kulit dan bantu kurangkan cela dan berikan kulit penampilan yang lebih cerah.

 7. Tomato
 ⁃ Ada lycopene, antioksidan yang membantu melindungi kulit daripada kerosakan matahari, dan juga bantu berikan kulit penampilan yang lebih sekata.

 8. Kiwi
 ⁃ Kaya vitamin C dan E yang membantu mencerahkan kulit dan merawat tanda-tanda penuaan.

 9. Mangga
 ⁃ Kaya vitamin A dan C yang bantu baiki tekstur kulit dan cerahkan warna kulit.


Monday, 7 July 2025

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini!

 


 1. Makanan Glisemik Tinggi
Seperti makanan manis, roti putih, pasta dan nasi putih, boleh tingkatkan paras gula dalam darah. Ini boleh cetuskan pengeluaran insulin yang lebih tinggi, boleh mengakibatkan keradangan dan tingkatkan pengeluaran minyak dalam kulit, yang seterusnya boleh mempengaruhi perkembangan jerawat.

 2. Produk tenusu
Beberapa kajian telah mengaitkan penggunaan produk tenusu, terutamanya susu skim, dengan peningkatan risiko jerawat.

 3. Makanan Berlemak dan Bergoreng
Boleh meningkatkan pengeluaran minyak dalam kulit, liang tersumbat dan perkembangan jerawat.

 4. Makanan dengan Kandungan Iodin Tinggi
Seperti kerang dan makanan laut lain, serta beberapa jenis garam, telah dikaitkan dengan jerawat

 5. Makanan Tinggi Gula
Seperti gula-gula, minuman ringan dan pencuci mulut manis, boleh tingkatkan keradangan dan menjejaskan paras gula dalam darah, yang boleh memburukkan lagi keadaan kulit termasuk jerawat.


Thursday, 28 December 2023

ADAKAH KOLON ANDA BENAR2 SIHAT?

 

ADAKAH KOLON ANDA BENAR2 SIHAT?

Ramai orang yang kata mereka buang air besar setiap hari.

Sekurang-kurangnya sekali atau 2 kali setiap hari.

Tapi adakah itu menandakan anda benar2 sihat dari masalah berkaitan usus?

Jawapannya: SALAH! TIDAK!

.

Sihat atau tidak usus anda, mesti ada kaitan dengan ciri-ciri najis yang anda buang.

Berikut merupakan 6 ciri-ciri utama najis yang perlu anda perhatikan ketika membuang air besar.

CIRI 1: Tenggelam atau timbul
➡️ Najis tenggelam = usus tak sihat (banyak toksin) ❌

➡️ Najis timbul = usus sihat ✅

.

CIRI 2: Warna & bau
➡️ Najis hitam gelap & berbau = usus tak sihat ❌

➡️ Najis perang kekuningan & tak berbau = usus sihat ✅

.

CIRI 3: Bentuk
➡️ Najis berbentuk ketul2, melekit, lumpur, berair = usus tak sihat ❌

➡️ Najis berbentuk pisang (diameter 3cm, panjang 6cm) = usus sihat ✅

.

CIRI 4: Kekerasan
➡️ Najis berair (kelembapan >90%) & Najis keras (kelembapan 70%) = usus tak sihat ❌

➡️ Najis (kelembapan 75%-80%)  = usus sihat ✅

.

CIRI 5: Masa
➡️ Masa membuang 30 minit - 1 jam = usus tak sihat ❌

➡️ Masa membuang 2-3 minit (<5 minit) = usus sihat ✅

.

CIRI 6: Kuantiti
➡️ Kurang 1kg (atau sangat sedikit kuantitinya) = usus tak sihat ❌

➡️ Lebih kurang 1 kg = usus sihat ✅

[NOTA PENTING:
Ini bukan bermakna anda perlu timbang najis yang anda buang.

Namun cara sepatutnya ialah dengan...

Sebelum membuang air besar, anda timbang berat badan dulu. Katakan contoh berat 60kg.

Lepas membuang air besar ada tak turun 1kg? Jika anda timbang jadi 59kg. Itu bermakna anda membuang hampir 1kg berat najis.]

.

Ok itu saja 6 ciri-ciri najis yang menentukan usus anda sihat atau tak sihat.

Jika salah satu ciri gagal (Khususnya ciri pertama) bermakna usus anda betul2 belum sihat sepenuhnya.


Jadi lepas baca ciri2 tadi...

Cuba anda tanya diri sendiri...

Adakah anda rasa usus anda berada dalam keadaan sihat atau tidak?

Friday, 12 August 2022

Minum Air Panas Atau Air Sejuk, Mana Lebih Baik?


Air antara unsur yang sangat penting dalam tubuh manusia kerana 70 peratus tubuh manusia mengandungi air dan tubuh lebih memerlukan air berbanding makanan.

Ramai yang beranggapan air sejuk tidak baik untuk kesihatan. Namun sebenarnya minum air sejuk juga baik untuk tubuh tetapi haruslah diambil pada waktu yang sesuai.

Jadi bila masa yang sesuai untuk minum air panas dan air sejuk? Ini antara waktu yang tepat untuk anda mengambilnya.


Ini masa sesuai untuk anda minum air sejuk

[Selepas bersenam]
Sewaktu bersenam, suhu tubuh akan meningkat dan minum air yang sejuk akan menurunkannya kembali.

[Melawan panas]
Minum air sejuk terutama pada musim panas disarankan bagi kesihatan tubuh. Air sejuk diserap dengan cepat oleh tubuh dibanding air panas.

[Membantu menurunkan berat badan]
Kunci penurunan berat badan adalah menaikkan kadar metabolime tubuh agar dapat membakar kalori lebih banyak lagi.

Antara cara paling berkesan untuk tujuan ini adalah minum atau mandi air sejuk, ia dapat meningkatkan metabolisme tubuh.

[Jangan minum air sejuk ketika sedang makan]
Minum air sejuk semasa makan atau selepas makan akan menyebabkan tubuh membuang banyak tenaga untuk meningkatkan suhunya. Ia akan melambat pencernaan yang hujungnya berkait dengan masalah lemak pada perut.


Minum air panas pun banyak manfaatnya

Tak lengkap jika tak huraikan tentang manfaat minum air panas atau suam yang mana sangat bagus untuk mereka yang mengalami masalah pencernaan dan masalah kulit.

[Mempercepatkan pencernaan]
Menurut perubatan Ayuverda dan masyarakat Cina kuno, sebaiknya minum segelas air suam pada pagi hari. Ia akan mengaktifkan sistem pencernaan dan mencegah masalah pada perut.

[Mengeluarkan toksin dari tubuh]
Minum air suam juga membantu mengeluarkan toksin dari tubuh selain membersihkan tubuh dan mencegah jerawat serta masalah kulit.

Untuk menambah khasiatnya, tambah perahan jus lemon dalam segelas air suam dan minum setiap pagi.

[Melancarkan pernafasan]
Air panas juga baik bagi mereka yang memiliki masalah pada saluran pernafasan. Air ini membantu pengeluaran lendir di saluran pernafasan.

[Mengurangkan rasa sakit]
Sewaktu air panas mengalir dalam aliran darah, ia sekaligus berfungsi sebagai penghilang rasa sakit semula jadi. Jadi jika mengalami sakit pada sendi atau perut kerana haid, segelas air hangat dapat membantu mengurangkan rasa sakit tersebut.

Moga bermanfaat.


Wednesday, 9 March 2022

Apa Itu Bells Palsy

semasa aku belek fb tadi ada anak rakan yang mengidap penyakit ini dan aku terus google sebab aku tak pernah dengar penyakit ini. dan dibawah aku dapat satu info yang aku rasa aku nak kongsi dengan rakan-rakan blogger betapa penting menjaga kesihatan.

bila sesuatu penyakit dah hinggap dibadan kita cuba bertenang dan aku sebagai pengguna supliment Forever Living akan sentiasa mahu membantu masalah ini supaya kita semua sihat dengan izin Allah.. amin

"Tiba-tiba bangun pagi,muka senget"........ muka senget atau lebih dikenali "bells palsy". Ramai pesakit yang datang ke klinik pakar untuk mendapat rawatan penyakit ini. Serba sedikit berkenaan "bells palsy"

Apa itu “Bells palsy”?

Adalah satu keadaan yang menyebabkan satu sisi muka seseorang menjadi lemah atau lemah. Ini boleh berlaku apabila salah satu daripada saraf yang mengawal otot-otot di muka menjadi rosak atau berhenti berfungsi. Kerosakan saraf ini biasanya berlaku apabila saraf menjadi bengkak atau meradang kerana jangkitan dengan virus. Kebanyakan orang dengan palsy Bells pulih sepenuhnya. Tetapi sesetengah orang mempunyai gejala Bell's palsy sepanjang hayatnya.

(Gambar Hiasan)

Apakah tanda-tanda bells palsy?

Gejala boleh termasuk:

Drooping satu mata dan satu sudut mulut(senget)
Satu mata yang tidak akan ditutup sepenuhnya

Sesetengah orang dengan bells palsy juga kehilangan keupayaan untuk merasakan di hadapan lidah mereka. Dan sesetengah menjadi sensitif terhadap bunyi-bunyi kuat di sebelah yang terjejas

Adakah ujian untuk bells palsy?

Tidak ada ujian. Tetapi doktor anda sepatutnya dapat memberitahu jika anda memilikinya dengan mempelajari gejala anda dan melakukan peperiksaan. Walau bagaimanapun, doktor mungkin mengarahkan ujian untuk memeriksa sama ada anda mempunyai masalah perubatan yang berbeza yang boleh dikelirukan dengan palsy Bell.

Perlukah berjumpa doktor ?

Ya. Jika anda mempunyai sebarang gejala palsy Bell, berjumpa dengan doktor anda. Rawatan yang berkesan ada, tetapi mereka berfungsi dengan berkesan jika anda memulakannya rawatan awal selepas gejala bermula.

Bagaimana pesakit Bells dirawat?

Rawatan termasuk:

Perlindungan untuk mata anda - palsy Bells kadang-kadang menjadikannya mustahil untuk menutup salah satu mata anda. Jika itu berlaku, sangat penting agar anda sentiasa lembap dan dilindungi. Jika tidak mata anda boleh rosak. Doktor anda mungkin memberikan eyedrop untuk melindungi mata anda. Anda juga harus memakai kacamata atau cermin mata pada siang hari, dan patch mata pada waktu malam.

Ubat untuk mengurangkan keradangan dan pembengkakan - Ramai orang dengan palsy Bell mendapat ubat yang dipanggil steroid. Ini bukanlah atlet steroid yang sama untuk membina otot. Steroid ini membantu menurunkan bengkak yang sering menyebabkan palsy Bell.

Ubat-ubatan yang membantu melawan virus - Bengkak yang menyebabkan palsy Bell seolah-olah dicetuskan oleh virus. Atas sebab ini, sesetengah orang mendapat "ubat antivirus," yang membantu mereka melawan jangkitan.

Adakah wajah saya akan kembali normal?

Mungkin. Kebanyakan orang dengan palsy Bell mula menjadi lebih baik dalam masa 3 minggu apabila gejala mereka bermula. Tetapi ia boleh membawa mereka sehingga 6 bulan untuk mendapatkan sepenuhnya kembali normal. Sesetengah orang tidak pulih sepenuhnya. Mereka boleh mempunyai beberapa kelemahan di wajah mereka yang tidak pernah hilang.

Dr. Azrul Rizal
Medical Specialist
Hospital Tuanku Fauziah, Kangar Perlis.
Menulis pada: 28/11/2017 1.32am

Tuesday, 1 March 2022

Best Duo for Glowing Skin


 Best Duo for Glowing Skin   

 𝘗𝘢𝘴𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘵𝘦𝘳𝘣𝘢𝘪𝘬 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘒𝘶𝘭𝘪𝘵 𝘉𝘦𝘳𝘴𝘦𝘳𝘪  

 让皮肤容光焕发的最佳搭配

Friday, 28 May 2021

kes covid-19 yang semakin membimbangkan

sehingga semalam jumlah sudah mencecah 7k bilangan yang sangat membimbangkan. bukan orang lain la aku nak ceritakan bab diri aku sendiri yang mana sangat patut kita untuk lebih berhati-hati jika hendak keluar dari rumah.

paling aku risau anak2 dan suami. suami aku ada asma, sangat tinggi risiko dia tu sebab kalau ada apa2 yang nak kena beli aku yang akan gi beli. setakat ni kesihatan aku sangat memuaskan alhamdulillah tiada masalah kesihatan. 

aku dan rakan2 dah mula bekerja dari rumah dan ganti2 masuk opis. suasana di opis sangat suram dan sunyi.. aku rindu sangat riuh mesra dari rakan2, borak2 mesra dan banyak aktiviti kami di opis.

kita sama-sama perangi covid-19 ini insyaAllah kita akan berjaya. percaya kepada pencipta dan sentiasa berdoa agar keluarga, sanak saudara dan semua umat islam akan dilindungi. bukan umat islam sahaja tetapi semua manusia di dunia... amin



Wednesday, 3 March 2021

ALOE BITS N’ PEACHES

 


mengandungi ketulan-ketulan kecil gel aloe vera yang 100% distabilkan dan jus pati buah pic. Selain daripada ia mengandungi khasiat gel aloe vera, rasanya lebih sedap dengan cebisan-cebisan buah pic yang dimasukkan sekali - sangat digemari oleh kanak-kanak. 
 
Minuman ini sangat sesuai untuk meningkatkan sistem daya ketahanan badan (imuniti) dan membantu sistem penghadaman.   Buah pic adalah sumber yang sangat kaya dengan Vitamin A & potasium. Ia membantu menjadikan kulit sihat dengan kompleksi yang lebih baik. 
 
Penggunaan pic sangat membantu dalam penyingkiran cacing dari saluran usus. Ia juga kaya dengan vitamin A,  buah pic membantu mencegah kanser dalam organ-organ dan kelenjar dengan tisu epitelium. Buah pic terdiri daripada lebih daripada 80 peratus air dan sumber serat pemakanan, menjadikan ia pilihan yang baik untuk mereka yang cuba mengurangkan berat badan dan mengurangkan sembelit.   
 
Mengandungi 100% aloe vera yang distabilkan. Sedap diminum dan digemari oleh kanak-kanak.
 
 Memakan buah pic memberi manfaat kepada individu yang mengalami penyakit berikut:
 
Asidosis, Anemia, Asma, pundi kencing dan batu buah pinggang, Bronkitis, Sembelit, Batuk Kering, Gastritis, Tekanan Darah Tinggi, Nefritis, Masalah Penghadaman. 
Monday, 1 March 2021

Program Clean 9 by Forever Living

Masalah perut buncit dialami oleh ramai orang. Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan hal ini berlaku seperti pengumpulan lemak akibat terlalu banyak makan, pengumpulan air serta banyak pengambilan garam.

"Di sini saya sarankan anda mencuba set Clean 9 Forever Living. Clean 9 sudah terkenal diseluruh dunia sebagai salah satu cara berkesan untuk mendapatkan berat badan yang menawan dan sihat"

 


Program Clean 9 Forever Living

set pengurusan berat badan Clean 9 Forever Living adalah satu pakej program yang terdiri daripada beberapa produk yang boleh membantu penurunan berat badan dalam masa 9 hari.

set clean 9 mengandungi produk seperti dibawah iaitu :

  • 3x Alovera Gel
  • 1x Forever Lite Vanila/Chocolate (Pouch)
  • 1x Forever Bee Pollen 
  • 1x Forever Arctic-Sea
  • 9x Stick Foraver Fiber 
  • 1x Panduan Clean9

 

 Alovera Gel :

  • membantu proses detoksifikasi umtuk membuang segala mendapan di usus 
  • membuang toksin, 
  • meningkatkan tenaga dan meningkatkan sistem penghadaman

Forever Lite Ultra:

  • Makanan gentian yang bernutrien seimbang dan mengenyangkan.
  • Kandungan protein yang cukup baik untuk membantu hati menjalankan pembuangan toksin.
  • Membekalkan nutrient yang diperlukan oleh manusia seharian.
  • Mengandungi lebih banyak protein kurang karbohidrat
  • Kandungan asid amino dan GH (growth hormone) yang membantu kulit lebih muda dan melambatkan proses penuaan.

Forever Artic Sea:
  •  Mengandungi EPA dan DHA (Omega 3) dan minyak zaitun (Omega 9) dan vitamin E.
  • Memberi perlindungan dalam mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular , sakit jantung dll.
  • Menyokong fungsi otak, system saraf, dan penglihatan.
  • Mengurangkan keradangan , bengkak dan membantu dalam penyembuhan eczema, reumatisme dan artritis.
  • Mengawal Berat badan dan selera makan.

Bee Pollen:
  • Mempercepatkan kadar metabolism hati
  • Membantu Proses pembakaran lemak dan meningkatkan kerja pembuangan toksin.
  • Amat kaya dengan vitamin B compex
  • Membekalkan nutrient lengkap untuk kulit dan tubuh manusia.
  • Membantu kulit kelihatan lebih sihat dan bersinar. 
 
 Forever Fiber:
  • serat larut air yang membantu rasa kenyang dan seterusnya mengurangkan keinginan untuk makan
"Ke semua produk dalam set Clean 9 Forever Living sudah mampu untuk membekalkan tenaga kepada badan kita selama 9 hari TANPA makan seperti biasa. kita tidak akan terasa lapar sebab khasiat dalam set Clean 9 sudah lengkap untuk badan kita"
 
kat atas tu saya copy paste dari rakan2 yang pernah mengikuti dan saya sendiri hari ini baru mula untuk program C9 ini. untuk pemaham saya begini, kita makan sepanjang tahun, ada satu bulan ramadhan, kita berpuasa, dari segi kesihatan, puasa adalah proses merehatkan perut.  Di masa inilah perut kurang bekerja memproses makanan.  Makanan yang disarankan, adalah makanan berserat tinggi seperti buah kurma.  Jadi, usus mempunyai ruang untuk melakukan proses detox. 
 
Program 9 hari ini hampir menyamai proses puasa. Cuma dalam program ini dibekalkan dengan produk yang menggantikan nutrisi makanan yg diperlukan tubuh. 9 hari ini usus kosong.  pembersihan bermula. Saya samakan ia dengan pembersihan rumah atau ruang pejabat.  jika nak betul-betul bersih, mestilah pastikan ruang kosong agar pembersihan mudah dilakukan.  perabot dan barang-barang dikeluarkan.  
 
begitulah untuk membersihkan usus ketika ia tidak dipenuhi dengan makanan.  Ia bukan sahaja dibersihkan, malahan dilapisi dengan jus aloe yang mampu menghalang toksin bahaya meresap ke tubuh. Detox/ pembersihan ini penting untuk memastikan penyerapan nutrisi secara maksimum dan anda akan terasa kecergasan yang sebagai orang sihat walaupun anda tidak mengambil makanan seperti selalu.  
 
Kemudian, program 30 hari menyusul.  Proses penting ini adalah sambungan program pengurusan badan.  inilah yang dinamakan program secara berperingkat.  Dalam tempoh ini, berat anda mula diturunkan. Dalam program Clean 9, kita tidak perlu makan banyak.  Nutrisi yang penting sudah termasuk dalam produk program.  perut kosong sepanjang hari.  Ini memudahkan nyahtoksin berlaku.  Usus dibersihkan dan disegarkan.  Yalah, nak bersihkan usus lebih mudah tanpa makanan.  
 
selepas 39 hari, berat badan turun secara berperingkat dan sihat.  Anda bleh terus menggunakan aricsea dan aloevera seperti biasa. berat badan anda boleh kekal langsing jika anda sudah terbiasa dengan disiplin 39 hari.  Makanlah secara berhemah.  Jangan terlalu ikut nafsu. 
 
Namun, serius saya cakap, anda sendiri akan terasa cepat kenyang setelah mengambil aloevera dan articsea.  Bee pollen meningkatkan metabolisma... menggalakkan pembakaran kalori berlaku.  manakala vitamin c membakar lemak berlebihan memastikan anda dapat mengekalkan berat badan ideal.
 
saya akan terus berusaha untuk kekal langsing dan sihat. bila sihat kita senang nak beribadat dan tidak rasa sakit dan susah nak melalukan sesuatu perkara.
 
antara testimoni yang dah berjaya dalam program c9 ini.








 


 

 
 
 
 
 
 
Sunday, 7 December 2014

sedikit perkongsian...

Assalamu'alaikum....sedikit perkongsian ilmu yg boleh kita amalkan bersama...IN SYAA-ALLAH
Cuba lah ...

Seringkali apabila keletihan, kita akan berasa pening kepala, begitu juga sebaliknya. Kemungkinan stress semasa kerja, tak cukup tidur dan sebagainya. Hal ini banyak berlaku dikalangan pelajar sekolah atau universiti dan tidak ketinggalan golongan pekerja.

Terapi Pernafasan Untuk Sakit Kepala Dan Keletihan adalah jalan penyelesaian kepada kita yang sering dibelenggu masalah stress.Terapi ini amat mudah dilakukan.

1.  Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?

2.  Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).

3.  Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .

4.  Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .

5.  Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .

6.  Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat. Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .

7.  Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: “Anda akan sembuh jika berumah tangga !” Doktor itu tidak bercakap kosong. Apa yang dia sampaikan adalah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil ubat , tetapi tidak sembuh .

8.  Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi.

9.  Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?

10.  Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.

Selamat mencuba…
Monday, 23 August 2010

Bahaya kurang minum air!




KHASIAT TABIAT MINUM AIR

MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing.. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.


Kesan kekurangan cecair

-Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

*Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
*Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
*Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
*Tekanan darah menurun
*Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
*Lesu pada waktu siang
*Sakit belakang
*Dehidrasi
*Sakit kepala
*Memperlahankan kadar metabolisma
*Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
*Sendi dan otot mengalami kekeringan
*Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
*Meningkatkan keinginan untuk makan
*Darah menjadi pekat
*Mudah keliru.
*Degupan jantung meningkat
*Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan..