bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Saturday 17 February 2024

beberapa amalan untuk kuatkan hati, pulihkan jiwa & bangkit dalam hidup


 Ini pesanan yang saya dapat secara personal, beberapa amalan untuk kuatkan hati, pulihkan jiwa & bangkit dalam hidup.

1) Jaga solat.

 

2) Yasin setiap hari. Hanya 15 minit masa kita. Yasin ubat yang sangat mujarab untuk pulihkan jiwa. Usaha sungguh-sungguh tak tinggal Yasin. 

 

3) Sekurang-kurangnya Quran 100 ayat setiap hari. Yasin + satu surah lagi. Sebaik-baiknya jangan tinggal Al-Mulk sebelum tidur.

 

4) Istighfar di mulut. Biar sokmo-sokmo dengan istighfar.

 

5) Selawat sebanyak-banyaknya. Cuba 1000x sehari. Untuk 1000x selawat lebih kurang 20 minit saja masa kita. Sebenarnya.

 

6) Dalam wudhuk sentiasa.

 

7) Bangun malam.

 

8 ) Taubat, hajat, taubat hajat, taubat hajat, jangan tinggal.

 

9) Mohon pada Allah diberi kelapangan hati, diangkat segala duka, mohon Allah bantu untuk memaafkan, mohon Allah bantu untuk redha & kuatkan hati. 

 

10) Masa bersama Allah, cerita satu persatu pada Allah. Mengadu pada Allah. Luah semua pada Allah. Menangis pada Allah.

 

Beberapa pesanan lagi,

1) Usah peduli hal orang, buat hal sendiri.

2) Usah bergantung pada makhluk/ manusia.

3) Semuanya milik Allah, hak Allah, terjadi semuanya dengan kehendak Allah.

4) Allah uji sebab nak angkat darjat. Allah uji sebab Dia sayang. Allah nak kita kenal diri, kenal Allah.

5) Sabar, sabar, sabar.

.

.

.

.

Catatan buat diri, mudah-mudahan tidak lupa.

*Gambar hanya ilustrasi.

Wednesday 7 February 2024

April2023 yang tenang tapi mencabar fikiran - Throwback

Tajuk pada kali ini nampak macam faham tapi korang rasa faham tak? hahahahha... bukan apa bulan puasa dan bulan raya 2023. banyak sangat suka dan duka yang silih berhanti. walaupun bulan penuh dengan perkara yang aku nak buat tapi tak jadi buat antaranya adalah nak buat life di tiktok tapi tak buat, tak nak tinggal solat tarawih dan witir tapi tinggal juga.

perancangan demi perancangan dalam fikiran dan nota aku tapi masa dan usaha yang tak berapa gigih buatkan aku rasa lemau dan malas. tu je sebenarnya... sebab malas, yea la kan dah makan kenyang-kenyang pastu malas nak buat apa2. yang nak buat adalah rehat dan tidur je. tu la rutin setiap hari...

01/04/2023 -  aku dan keluarga masih di Terengganu kerana nak buka puasa bersama mak dan adik beradik tersayang. patut semua balik tapi ada yang tak dapat balik atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. mana yang dapat balik, malam ini kami nak buka puasa di Kuala Terengganu sambil membeli belah atau shopping sikit-sikit mana yang berkenan.



 

02/04/2023 - anggaran jam 11.30pagi kami bergerak pulang ke sarang iaitu ke Seremban. rasa sedih sentiasa ada dalam sanubari aku setiap kali aku nak melangkah kaki balik ke Seremban. sebelum ni rasa rindu pada mak dan abah tapi kali ini walaupun rasa rindu yang mendalam pada arwah abah aku tidak dapat lagi memeluk dan mengucup tangan abah... Al-fatihah buat abah. dan aku sentiasa doakan semoga mak sentiasa sihat dan dilindungi Allah supaya kami tetap boleh berbakti pada dia...Amin

 03/04/2023 - memandangkan semalam aku balik dari kampung, hari ini rasa malas nak ke office sebab sebenarnya aku dah apply awal-awal cuti. bila dah cuti rasa rugi pulak cuti hahahahah... tapi tak apa la boleh aku kemas rumah yang sentiasa bersepah dengan karenah si adha tu.

05/04/2023 - hari ni adha demam dan aku terpaksa EL kerana aku tak nak susahkan mertua menjaga adha. lagipun aku rasa kalau tak jaga sendiri rasa macam bersalah pulak. so terpaksalah aku EL satu hari.

09/04/2023 - hari ni ramadan ke 18 hari dah. aku dan adha masih belum beli baju raya so en suben ajak pergi cari hari ni. entah nape rasa nak beli baju raya kian kurang sebab faktor umur kot hahahahha... bukan apa.. rasa malas nak cari nak jalan sebab rasa penat. so sebab malas dah nak fikir aku dan adha dapat la beli sepasang sorang.

10/04/2023 - hari ni rasa rajin nak ajak MIL dan keluarga belah suami buka puasa dirumah. so aku decite buat nasi ayam... alhamdulillah berjalan lancar semua.

15/04/2023 - hari ni ada aktiviti dekat sekolah adha. sebenarnya dah lama jugak aku tak mengikuti apa2 aktiviti sekolah memandangkan putri pun dah besar so tak ada sangat aktiviti melibatkan mak ayah ni.hari ni ada buat bubur lambok dekat sekolah adha. semua ibu-ibu dan ayah-ayah anak2 sangat mesra dan baik begitu juga dengan cikgu semua.


Tuesday 6 February 2024

Kita akan diuji dan terus diuji

Renungan Santai ...
Kita akan diuji dan terus diuji

🌹Carilah Hikmah Dlm Setiap Ketentuan Tuhan, Agar Timbul Rasa Kesyukuran & Keredhaan..

🌹 Memang benar ianya tdak semudah kata bicara. Tdak semudah lafaz yg dikata...

🌹 Rasa berat dan perit itu hanya akan dapat dirasa oleh org yg merasa. Tetapi cubalah menelan rasa itu dgn senyuman.

🌹Meskipun kelat, meskipun pahit, tetapi pasti ada manis yg akan terganti dri rasa pahit itu rasa manis dan nikmat itu akan datang di sebalik semua kepahitan.

🌹Pelangi pasti akan muncul setelah ribut taufan yg melanda. Begitu jua kehidupan ini pasti akan ada bahagia di sebalik semua duka… Yakinlah....!

🌹Kita akan diuji dan terus diuji, teruslah bersabar duhai pengejar cinta Ilahi...

🌹Makin Allah uji, makin Allah mencintai...

🌹Kata cinta kepadaNya, maka buktikanlah cinta itu dgn akur pd setiap takdiranNya

Monday 5 February 2024

BAHAYA BILA IBU HAMIL STRES


 

🤰 BAHAYA BILA IBU HAMIL STRES 🤰

💢 Kelahiran bayi pramatang
💢 Risiko tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
💢 Risiko bayi lahir dengan berat badan rendah
💢 Masalah pre-eklampsia
💢 Masalah pre-eklampsia dan jangkitan pada uterus
💢 Bayi terdedah risiko perkembangan fizikal dan mental

Sunday 4 February 2024

5 KESILAPAN DALAM RUMAH TANGGA

 

 5 KESILAPAN DALAM RUMAH TANGGA

❌ Tidak menghargai pasangan
❌ Jangkaan yang tidak realistik
❌ Perasaan negatif mengatasi hubungan
❌ Hubungan emosi antara pasangan jadi semakin lemah
❌ Lupa bagaimana mahu mencintai

Saturday 3 February 2024

TIPS HARGAI PASANGAN

 



TIPS HARGAI PASANGAN

🤍 Ucap TQ untuk perkara kecil
🤍 Puji cantik baju, tudung,makeup
🤍 Berkongsi matlamat & cita cita
🤍 Perbuatan simple :

✅ Pegang tangan
✅ Pandang mata
✅ Senyum

🤍 Jadi BFF tukang sorak
🤍Penyokong
🤍 Puji pasangan depan keluarga

Friday 2 February 2024

Permulaan Tahun 2024 - Aktiviti Januari

Tahun 2024 telah membuka tirai dalam kehidupan kita, nak tak nak kenalah hadap yea tak? Aku seperti biasala sebelum tahun-tahun sudah ada je nak diceritakan pada semua tentang apa yang berlaku pada kehidupan aku. 

5/1/2024 - ada retried KSR di Melaka, aku serta AJK yang berkelapangan akan mengadakan meeting diluar untuk keselesaan bersama. sampai je di Melaka aku dapat satu bilik yang besar dan ada kolam pulak tu, apa lagi aku call suami suruh datang memandangkan tempat ni tak jauh je dari rumah aku. aku bukan apa... aku tengok kolam tu teringat si adik dan kakak. dalam masa 1 jam 30 minit juga mereka sampai.

Alhamdulillah, anak2 tidak mengganggu aku dan AJK yang sedang bermesyuarat... mesyuarat berjalan dengan lancar.


 


27/1/2024 - Lepas gi kenduri kahwin anak bos suami, ada lah mak mertua bersuara nak ke Air Hitam- Johor untuk berjumpa dengan anak kesayangan dia di sana. aku macam biasa lah tak mencelah dan suami juga macam biasa akan akur je dengan kehendak mak kesayangan nya.

 



petang tu juga kami bertolak dari Seremban ke Air Hitam bersama juga dengan kakak ipar (KakLong) dan keluarga dia. suami bawak santai-santai je memandangkan kenderaan bayak di jalan raya. santai-santai pun sampai di sana lebih kuran pukul 9.20 malam. sampai je masing-masing dah kelaparan so singgah kedai makan untuk isi perut.

malam tu mereka borak2 tapi aku dah ngantok, macam biasa la aku akan tidur dulu dari si adha tu sebab penat duduk dalam keta... hahahhaha. adha dah jumpa sepupu kena marah dengan ayah dia bru nak tidur. tapi biasa aku akan biarkan je dia tidur lambat sebab bukan selalu kan diorang dapat jumpa.

keesokan hari sebelum balik ke Seremban kami singgah makan dekat Nasi Baryani Kari Kambing Lamb Shank ( Nasi baryani Wak Gondan ) Yong Peng. Rate 1-10 aku bagi 7/10 

sebelum sampai rumah singgah rumah ayah mertua pulak sebab ada orang nak tengok rumah. rumah mertua yang dekat Rembau nak jual sebab mertua nak duduk kampung nanti.







KESAN PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN

 

🔺 KESAN PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN 🔺

🍬 Risiko penyakit jantung & kanser

🍬 Berat badan menaik

🍬 Kencing manis

🍬 Cepat kehabisan tenaga

🍬 Percepatkan proses penuaan kulit

🍬 Hati berlemak

TIPS ELAKKAN MONDAY BLUES

 


 🔹 TIPS ELAKKAN MONDAY BLUES 🔹

🔆 Selesaikan tugasan hari Isnin lebih awal (utk elak terlalu byk kerja)

🔆 Elakkan temujanji, meeting penting pada Isnin

🔆 Bangkit dengan penuh kesyukuran, masih bernafas & mampu bekerja

🔆 Rancang luncheon dengan rakan sekeria pada tghari Isnin

🔆 Tidur awal pada malam Ahad

 


Thursday 1 February 2024

TANDA-TANDA BURNOUT PADA IBU BAPA

 

💢 TANDA-TANDA BURNOUT PADA IBU BAPA 💢

📌 Sentiasa rasa letih
📌 Sentiasa tiada mood
📌 Cepat memarahi anak
📌 Tidak menjalankan tugasan harian dengan sempurna
📌 Emosi tidak serasi dengan anak
📌 Mudah lupa
📌 Rasa seperti anda bukan ibu bapa yang baik
📌 Kesihatan terjejas