bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Wednesday 30 September 2015

Bila kami balik raya haji

Tahun ni raya haji jatuh pada hari khamis 24.09.2015. Aku cuti dari 23hb hingga 27hb.


sekarang ni tiket memang mahal la. dah lama tak balik naik bas, kematu bontot.. heheheh. aku balik kampung hari rabu pagi pukul 10.000 pagi. bukan aku nak mengutuk tapi bas yang aku naiki ni terlalu santai sangat perjalanan nya menyebabkan aku boring. bukan santai macam mana cuma terlalu perlahan bagi aku, tak apa la janji sampai kan...



apa-apa hal selfie dulu duk dalam bas. putri bukan main hepi lagi dapat balik kampung. nampak pada riak wajah dia. kalah aku... dah lama sangat dia tak naik bas...


tak sampai sejam dah lelap si putri ni... hehehehe

 

bas yang aku naiki ni tak berhenti2... tapi tetap lambat.. heheh, last berhenti di Cherating. masa ni dah dekat pukul 5 petang. putri dah lapar... kesian pulak. pagi tu aku hanya beli snak dengan roti je pengalas perut... maaf kan ibu yea.

ni gambar raya korban... baju tak beli pun, pakai baju raya puasa tahun ni je


lepak bersama sepupu sepapat sanak saudara... yang ni group pertama, group kedua x snap gambar pun

raya pertama korban ramai adik beradik yang tak ada. yang ada semua yang belum berkahwin... walaupun ramai yang tak ada, terasa jugak.. aku gembira dapat jumpa mak dengan abah itu sudah memadai.


gambar ni pada hari ahad 27hb... masa untuk kami berangkat pulang ke seremban. rasa sangat sebak meninggalkan kampung halaman... tetapi kehidupan perlu diteruskan...



tengahari dalam pukul 12.45 putri bangun dari tidur, rasa lapar... mak dah bekalkan kami nasi goreng, keropok lekor, keropok keping dan air masak. aku dan putri makan dalam bas je...


sikit je aku dapat makan nasi goreng... dua bekas dapat putri habiskan.. eeemmm... dia cakap nasi goreng nenek sedap sangat

sebenarnya aku dah lama sangat tak balik raya korban di kampung, walaupun tidak semeriah raya puasa tetapi hati aku tetap rasa sangat gembira dan lapang. aku bersyukur masih dapat mencium tangan mak dan abah setiap kali aku balik kampung.

Wednesday 23 September 2015

Along at Ampac FA

Cerita ni pasal sabtu lepas. Nak cerita masa tu belum ada banyak idea.. tapi sekarang pun bukan ada idea mana pun. Tak nak cerita ni lagi makin basi aku ceritakan sekarang.


Ni la jersi dia. Nama Ampac Fa team. Tengok dari team... insya Allah, ada usaha mesti boleh pergi jauh. Harap along akan sentiasa ada semangat juang yang tinggi dalam permainan bola sepak ini.

Ibu akan sentiasa menyokong awk walau apa yang awk lakukan... awk hero junior ibu...



Wednesday 16 September 2015

Sunyi bila....

Permata aku demam panas sekarang. Tak nak makan dan nak baring je... nasib baik esok cuti kalau tak ibu terpaksa cuti sebab tengok awk asyik merengek je.

 

Bila dia asyik baring je buatkan aku rasa sunyi pulak. Selalu celoteh dia la yang kedengaran mengamit suasana rumah.

Putri ibu, semoga esok sembuh yea... amin

Bila DIA sedang menguji


Sesuatu perkara yang sangat menyakitkan bila kita luahkan akan rasa lagi sangat sakit sebab kita tak tahu penerimaan pihak yang mendengar mungkin tidak sama dengan apa yang nak kita sampaikan.

Sebab dalam banyak-banyak perkara elok kita diamkan dari mengeluarkan kata2 yang akan membuatkan orang salah sangka.

Sabar itu sangat penting...
Tuesday 15 September 2015

Lunch at Row-6 JJ


Hari ni kami tukar selera pulak. Jusco tetap sama cuma selera lain dari yang lain.

Tapi haru ni tak cukup gu la.. Maziah tak de pulak. Dia tak sihat.. xpe2 next bleh datang sama2 lagi yea.



Macam biasa sebelum makanan dihidang kan kami berselfie ler dulu. Selalu berlima...

Ni aku punya... minuman aku pilih yang masam2 dan manis. Terbaeek air dia sedap sangat. Gelas besar gajah ni boleh habis ko..

Zoom kasi dekat sikit biar meleleh air liur korang... hehehe

Kerabu ni nampak simple tapi sedap weh...

Ni hidangan Nad si budak kurus.. heheh, yg pakai baju coklat tudung biru.. tengok je kecik tapi makan banyak... lpa nak snap air dia. Dia minum air coklat kalau tak silap.


Ha, yg ni memang kaki makan juga.. boleh pegi ke blog lenny ni mesti banyak tempat2 makan dia pernah gi...


Ni air lenny, memang sedap sangat... rasa buah yang sangat segar.

Ni hidangan kak nora. Air dia lagi sedap dari aku n lenny punya... sedap. Dia makan nasi goreng thai.

Kalau korang nak try boleh la... aku pemakan tegar boleh bagi 3bintang dr jumlah 5bintang penuh.






Saturday 12 September 2015

Kenduri kahwin effa azlen 120915


Hari ni kenduri kahwin erin dengan pasangan dia, saleh.. semoga ikatan perkahwinan akan kekal sehingga akhir hayat. 

Mesti bergambar denga  pengantin... cantik sangat erin bersama pasangan tersayang... 


Sempat bergambar dengan kereta pengantin... hehehhe. Ingat nak bergambar dengan kek pengantin sekali... hehehe. Kang nanti org cakap over tapi kalau ada peluang nak je ambik gambar kek tu. #adaakukesah hahahah
Thursday 10 September 2015

Abah pencen

Tak sangka sangat bulan 10 ni abah dah pencen. Sekejap sangat masa berlalu, rasa mcm semalam je aku habis sekolah menengah.

Abah...
Seorang lelaki, suami dan ayah yang sangat jujur dan amanah. Dalam pekerjaan mahupun dalam kehidupan. Walaupun ada masa aku sangat takut dengan ketegasan dia tp aku sangat sayang dan menghormati dia. Dalam kehidupan dia, beberapa tahun ni la dia rasa selesa dari segi kewangan mahupun kemahuan diri sendiri.

Selama ni dia hanya berfikir macam mana nak besarkan anak2 yang seramai 12 orang. Sampaikan satu masa dia terpaksa masuk ke hutan mencari kayu untuk di buat minyak wangi. Aku tak tahu apa nama kayu tersebut.

Aku masih ingat waktu dia bersama seorang kawan yang sangat rapat iaitu pakcik jusoh masuk ke hutan... dan aku tak pernah tahu pun waktu tu yang abah pernah sesat dalam hutan beberapa hari. Dengan tiada bekalan mereka hanya tawakal dalam mencari jalan keluar. Mungkin Allah nak tunjukkan kepada 2 sahabat ini betapa DIA maha kuasa...
Selepas beberapa hari baru abah balik dengan selamat. Berkat kesabaran dan tawakal mereka... Alhamdulillah

Abah, 
Aku ingat lagi waktu aku di sekolah menengah gaji abah waktu itu hanya rm500++. Walaupun aku mendapat biasiswa, ringan la sikit beban abah tp masih ramai adik beradik aku bersekolah.. abah mampu membesarkan kami dengan sempurna sekali.

Sekarang aku rasa sangat rindu kan dia. Rindu suara dia... rindu kebengisan dia.. walaupun kami jarang berborak, hati aku sangat rindu saat2 aku kecik2 dan membesar dengan didikan dia.

Abah, 
Walaupun dia sangat tegas tp dia seorang yang sangat sensitif. Mudah mengalirkan air mata dan mudah tersentuh hati. Walaupun anak2 banyak perangai dan karenah dia mampu tanggani dengan sempurna. Aku tahu dia sangat takut dengan tanggungjawab dia sebagai seorang ayah, takut tidak mampu mendidik kami adik beradik ke jalan yang diredhai oleh Nya.

Abah, 
Anak mu ini sangat bangga dapat seorang ayah yang sangat bertanggungjawab. Walaupn ramai antara kami adik beradik yang telah berumahtangga, dia sentiasa bertanya soalan2 pada mak.. memang betul la apa orang cakap, walaupun mereka tak direct berhubung dengan kita mak la yang akan update pada dia.

Abah, 
Semoga abah akan gembira dengan kehidupan sekarang. Boleh lupakan jerit perih mencari sesuap nasi buat kami adik beradik.

Dengan nama Allah saya sangat sanyang pada abah... semoga abah sentiasa sihat dan bahagia disamping mak dalam menempuh liku2 kehidupan ini... amin
Tuesday 8 September 2015

Cuba tembus benteng

Ada seorang kawan sekolah aku nak bawak aku berbiz yang mampu membuat income lagi besar.. kita tunggu apa yang kawan aku akan ajar aku.. yang pasti bisnes ini halal

 

harap dari gambar ini terpancar bisnes yang cemerlang nanti... Insya Allah... amin 

Majlis kahwen fifah 30082015

Ingat jugak budak ni pada aku.. student praktikal ict tahun 2013 kalau x silap. Diam tak diam dah kahwin. Mereka melangsungkan majlis kahwin pada 30.08.2015. Majlis akad nikah sehari sebelum
Sama cantik dan sama padan... semoga kekal hingga ke jannah... amin
 

 

 

 

 

 

 

Jangan buat macam tu

gambar sekadar perhiasan... blog saya.. gambar saya... hehehehe


kenapa mesti ada sifat2 kepimpinan macam tu? macam mana orang nak respect dengan awak? awak cakap macam la kacang sangat... ingat dulu nak ucap sesuatu mesti berfikir dari otak yang bersih. jangan tahu nak kondem orang je. satu masa orang akan menyampah pada awak... percaya lah

saya salah seorang yang menghormati awak. kalau sikap macam ni, sikap yang sentiasa awak je yang betul macam mana saya orang biasa ni nak terus menghormati awak?
Thursday 3 September 2015

Sabar itu separuh dari iman...

Allah dah cakap sabar itu separuh dari iman. Sebab tu la bila kita beriman kita akan menjadi orang yang sabar.

Bukan mudah untuk kita bersabar saat kita tengah marah dengan sesuatu perkara dan bukan senang kita nak senyum saat hati kita terluka dan sedih.


Gambar ni diambil dari encik google......