aku cnp untuk memudahkan korang membaca di blog aku je.. kepada si pelaku aku berharap sangat kau dapat hukuman yang setimpal
Tentunya perit kita mendengar satu persatu pendedahan yang dibuat oleh saksi dalam kes adik Bella didera. Dari tahun lalu, isu ini hangat diperkatakan. Namun, pelaku yang zalim lagi kejam itu masih belum dikenakan tindakan hukuman.
Suara-suara kita memperjuangkan isu adik Bella didera ini, #JusticeForBella perlu diteruskan. Sejak 2021 lagi rakyat sudah didedahkan bahawa NGO Rumah Bonda itu tidak berlesen apatah lagi beraudit.
Terdahulu, saya pernah membangkitkan isu ini melalui penulisan bertajuk ‘Adik Bella, OKU dan kita’ di https://ikram.org.my/adik-bella-oku-dan-kita/, seharusnya pihak berwajib peduli dan segerakan tindakan kepada si pelaku.
Bukan penderaan biasa
“Tak sanggup nak baca satu persatu. Sedangkan kita kalau terpercik air panas sikit pun dah terasa sakit nya. Allahu Akbar, tak terbayang betapa seksanya sepanjang adik Bella didera. Sampai hati si pelaku. Dalam kalangan binatang, tidak ada manusia di situ tetapi dalam kalangan manusia, terdapat syaitan di situ,” kata Azliza melalui sebuah komentar berkaitan isu adik Bella ini.
Majoriti netizen sependapat mendoakan agar isu adik Bella didera ini terus diperjuangkan hingga pelakunya dikenakan hukuman yang sangat berat.
“Semoga pelakunya mendapat seberat-berat hukuman. Bukan manusia dah ni,” kata Wan Rosli.
Mdm Yui pula berkata; maka celakalah tangan-tangan yang berbuat kejahatan dan kezaliman! Semoga pelakunya mendapat hukuman selayaknya.
“Memang zalim! Nauzubillah, apa dalam kepala masa buat semua tu? Kepuasan? Keseronokan? Sebak baca. Moga terbela kes adik Bella.”
Selain itu, CEO The Content Success, Khairul Hakimin Muhammad menegaskan agar terus berjuang sampai menang kes adik Bella ini.
“Jangan pernah lupa setiap hari kita sedang perjuangkan anak ini.”
Sebagaimana yang didedahkan saksi, sebanyak 18 jenis deraan yang terpaksa dihadapi oleh adik Bella. Itu baru 18 yang didedahkan. Apa lagi yang masih belum terluah oleh saksi terhadap kes adik Bella ini?
Jangan pula di pihak pelaku mengenakan apa-apa ugutan terhadap saksi selepas mereka meluahkan semua atau sebahagian itu di mahkamah.
Memang tidak terungkap betapa azab yang terpaksa diharungi oleh seorang Bella yang tidak berdosa dengan segala pendedahan yang dibuat oleh saksi tersebut. Seakan langsung tiada peri kemanusiaannya. Zalim, kejam!
Sebagaimana yang dilaporkan Sinar Harian pada tajuk ‘Saya gigit Bella sebab Siti Bainun suruh’ – Saksi’, inilah senarai 18 jenis penderaan yang dialami oleh adik Bella mengikut saksi :
- Dipukul dengan hanger sehingga patah.
- Dikurung dalam bilik dan tidak dibenarkan bermain dengan kawan-kawan lain.
- Dikurung dalam laundry room yang kecil dan penuh dengan barang stor.
- Dipaksa berdiri hadap dinding dari jam 8 pagi hingga penghuni masuk tidur.
- Disimbah air panas dengan kerap, termasuk tempat luka dan nanah. Hukuman air panas ni hukuman paling banyak Bella kena.
- Diikat tangan, kaki dan ditutup mulut.
- Ditelanjangkan.
- Dipaksa makan najis sendiri. Bella makan kerana takut diseksa, tapi muntah dan dipaksa makan lagi.
- Menekap kuali panas pada peha Bella.
- Dipaksa bersihkan tandas. Jika dia tidak puas hati, pemanas air dipasang pada suhu maksima sebelum disiram pada Bella.
- Tangan diikat dan direndam dalam baldi air panas yang dicampur Dettol dan garam.
- Diberi makanan lebihan penghuni lain atau nasi kosong digaul dengan cili kisar.
- Ditenyeh mata, mulut dan luka dengan cili kering.
- Diikat dan tendang diperut oleh OKT. Selepas itu disiram air panas dan ditenyeh cili kering di mata dan luka.
- Dipukul dengan batang penyapu atau penyodok sampai patah.
- Dipijak di bahagian lutut oleh OKT.
- Dipukul dan ditolak kepala.
- Digigit perut oleh penghuni lain atas arahan OKT.
Di mana rasa kemanusiaannya jika semua deraan itu dilakukan kepada adik Bella?
Percanggahan kepentingan
Dalam perkembangan berkaitan, Senator Ras Adiba Radzi menerusi hantaran Facebooknya berkata:
“Saya menyokong penuh memorandum yang mengesyorkan untuk menamatkan lantikan Syed Azmi Alhabshi sebagai Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Ahli Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN).”
Tambahnya, perkara ini beliau akan bawa kepada perhatian terus YAB Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang).
“Percanggahan kepentingan ini berlaku apabila Penasihat MBKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pemegang Amanah YKN juga merupakan Pengasas Bersama Pusat Perlindungan Rumah Bonda NGO, di mana Bella ditempatkan.”
Ras Adiba turut berkata, ini jelas menunjukkan terdapat isu integriti dan percanggahan kepentingan (conflict of interest).
Memetik kata Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM, Prof. Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar:
“Saya mengikuti kes Bella dengan rapat dan melalui input perundangan yang diberi oleh Exco Undang-undang WAFIQ, saudari Fatihah Jamhari.”
Dari sudut perubatan, sememangnya beliau merasa amat terkesan dengan penyeksaan yang dilakukan ke atas anak sindrom Down yang tidak berdaya seperti Bella (bahkan keganasan ke atas mana-mana kanak-kanak adalah sangat kejam).
“Kini butiran yang lebih terperinci didedahkan di mahkamah.”
Justeru itu, beliau menzahirkan sokongan kepada petisyen penamatan lantikan (klik https://bit.ly/tamat-lantikan untuk isi petisyen), kerana ternyata ada isu integriti dan percanggahan kepentingan (conflict of interest) apabila Penasihat MBKK WPKL dan Pemegang Amanah YKN adalah juga merupakan Pengasas Bersama Pusat Perlindungan Rumah Bonda di mana Bella ditempatkan.
“Keberadaan beliau dalam posisi di atas umpama prinsip menegakkan keadilan dan hak kanak-kanak seakan-akan goyah dan terpilih,” tegasnya.
Dalam pada itu, Rafidah Hanim yang juga Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa untuk Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) mengucapkan terima kasih kepada Puan Mona Din dan sahabat-sahabat beliau yang memastikan perjuangan #JusticeForBella kekal sehingga Bella mendapat keadilan yang sewajarnya.
Peduli kes Bella
Isu adik Bella ini perlu diberi keutamaan oleh pemimpin negara terutamanya Perdana Menteri seterusnya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Kita tidak perlukan tragedi lebih teruk lagi daripada azab didera yang adik Bella lalui ini. Ia bukan isu kecil untuk tidak dipandang atau dipeduli, tetapi ia perlu diangkat agar nasib rakyat terbela tanpa prejudis walau siapa pun mereka.
Seperti memetik kata-kata penceramah motivasi, Mohd Sukur Ibrahim:
“Sebagai warga OKU, jiwa saya sakit dengan isu jijik ini. Saya struggle sebagai OKU untuk berada dalam masyarakat. Tapi segelintir golongan jijik ni membuatkan jiwa saya dirobek. Ini yang dilaporkan. Berapa banyak kes yang tidak dilaporkan?” soalnya tegas.
Justeru menurutnya, kes ini perlu mendapat perhatian agar dijadikan pengajaran, pedoman dan contoh kepada umum agar pelaku lain yang membuat perbuatan jijik ini insaf, takut dan bertaubat atau berdepan dengan hukuman dunia.
“Kalaulah pelaku terlepas, makanya ‘ke laut dalam’ lagilah nasib OKU,” tegasnya.
Thanks for your sharing...
ReplyDeleteterima kasih singgah
Delete