usezally Tiktok

Tiktok Mekyuhhh

Yuslina Property Tiktok

Showing posts with label bIZnES. Show all posts
Showing posts with label bIZnES. Show all posts
Monday, 9 February 2026

Belajar Cara Menjana Income di TikTok Affiliate (Online Zoom | 7–8 Februari 2026)


Pada 7–8 Februari 2026 jadi antara tarikh yang aku rasa agak turning point untuk diri sendiri. Dua hari aku luangkan masa join kelas online melalui Zoom tentang TikTok Affiliate, bukan sekadar nak tambah ilmu, tapi memang dengan niat nak upgrade cara aku bina income dan branding diri dalam dunia digital.

Sejujurnya sebelum join, aku pun macam ramai orang lain nampak orang lain buat duit affiliate, nampak mudah… tapi bila cuba sendiri, hasil tak konsisten. Content ada, effort ada, tapi hala tuju tak jelas. Jadi aku decide untuk berhenti buat secara rawak dan mula belajar dengan lebih tersusun supaya setiap langkah ada strategi.

Hari pertama kelas banyak buka mata aku tentang mindset sebenar affiliate. Rupanya bukan semua produk sesuai untuk promote walaupun tengah viral. Kena faham siapa audiens, macam mana nak positioning diri, dan bagaimana pilih produk yang selari dengan personal branding. Dari situ aku mula sedar kalau nak bina kepercayaan, aku sendiri kena jelas identiti dan nilai yang aku nak bawa dalam content.

Hari kedua pula fokus pada content yang betul-betul berfungsi. Bukan sekadar video cantik, tapi video yang ada struktur tarik perhatian, bina kepercayaan dan akhirnya convert jadi sale. Ada sesi demo secara langsung yang tunjuk bagaimana content yang nampak simple sebenarnya ada strategi di belakangnya. Dari situ aku mula nampak ruang untuk tonjolkan identiti sendiri, bukan sekadar ikut trend orang lain.

Selain belajar dalam kelas, aku juga mula guna ChatGPT sebagai alat bantu untuk cari idea content, rangka skrip video, dan susun konsep storytelling supaya lebih tersusun. Bila stuck idea atau tak tahu nak mula dari mana, aku gunakan ChatGPT sebagai brainstorming partner tapi tetap tapis ikut gaya dan suara sendiri supaya branding aku kekal autentik.

Kelas ni juga sentuh bahagian teknikal seperti setup showcase, susun produk, dan cara elak kesilapan yang boleh jejaskan akaun. Tapi yang paling memberi kesan ialah kesedaran bahawa branding diri bukan tentang nampak sempurna tapi tentang konsisten, jujur dan ada nilai yang orang boleh ingat setiap kali tengok content kita.

Lepas dua hari belajar online ni, aku tak anggap diri terus jadi pakar. Tapi satu benda yang pasti aku sekarang lebih jelas arah content, lebih yakin dengan positioning diri, dan lebih faham bagaimana nak gabungkan personal branding dengan strategi income melalui TikTok Affiliate. Perjalanan masih panjang, tapi sekurang-kurangnya sekarang aku melangkah dengan ilmu, bukan sekadar cuba nasib.

Friday, 2 December 2022

MASIH MENCARI2 PLATFORM TERBAIK ??


MASIH MENCARI2 PLATFORM TERBAIK ??

Masih belum jumpa ?
Tiada orang nak cerita pada anda ?

Mai sini saya bagitau pada anda Networking Marketing platform Terbaik Di DUNIA BERADA di Forever Living ...

Kenapa ?
✅ Tiada MoQ
✅ Pangkat anda TIDAK jatuh
✅ Tiada maintain sales bulanan
✅ Bayar bonus drp harga jual bukan point PV,CV,BV DLL
✅ Bukan Syarikat orang Tengah
✅ Bukan pairing, matching @ binary
✅ Syarikat Yang wujud secara ÅŸah di lebih 165 buah Negara DUNIA
✅ Produk Yang Sangat berkualiti
✅ Penanam Aloe Vera spesies Terbaik DUNIA (Aloe Barbadensis Miller) Terbesar Di DUNIA
✅ Penternak lebah terbesar DUNIA
✅ Syarikat Yang mengeluarkan secara BeÅŸar - besar2an produk berasaskan lebah merangkumi madu, bee pollen, bee propolis &  royal jelly TERBESAR Di DUNIA
✅ Syarikat networking Yang bayar BONUS paling BESAR di DUNIA sehingga diskaun 48%
✅ Insentif2 Yang Sangat  best
✅ Redeem2 hadiah Yang Sangat menarik
✅ Plan marketing Yang Sangat simple & menyeronokkan
✅ Pelung untuk anda membina empayar Perniagaan di seluruh DUNIA tanpa mengeluarkan modal Yang BeÅŸar tapi rangkaian Bisnes anda boleh melebar ke peringkat Global
✅ No limit penajaan. Seramai mana Yang anda mahu. It's up to you.
✅ Kelas2 bimbingan SECARA PERCUMA sama ada offline @ online
✅ Channel support & baham marketing Yang Sangat luar biasa untuk membantu anda
✅ Bimbingan kejayaan sepenuh Jiwa daripada MENTOR2 Yang berpengalaman Dan proven success
✅ Of course plan marketing patuh syariah, halal & sangat adil
✅ Sangat2 berbaloi untuk anda bersungguh2 di platform ini 💪

Dan banyak lağı ... ✈️

Join us now

Wednesday, 27 July 2022

HATI TENANG DAN LAPANG

 HATI TENANG DAN LAPANG ❤️

Manusia yang kaya dan beruntung sebenarnya adalah mereka yang memiliki hati yang tenang dan lapang.

Sebenarnya kita selalu lupa bahawa hati kita itu Allah yang pegang.

Dan lupa bahawa rasa ketenangan itu Allah lah yang berkuasa mencampakkan ke dalam hati kita. Kita selalu beranggapan bahawa kita akan gembira bila mendapat apa yang kita mahukan. Tapi sebenarnya kita silap.

Gembira sahaja tidak cukup tanpa hati yang tenang. Hati yang tenang akan menjadikan kita aman dan sentiasa lapang walaupun mempunyai banyak kekurangan dan masalah.

Sedangkankan rasa gembira itu hanya bersifat sementara.

Dan kunci ketenangan hati adalah dengan menjaga hubungan dengan Allah diikuti dengan menjaga hubungan dengan manusia yang lain..
Tuesday, 26 July 2022

Belajar Personal Branding

pada 16/07/2022 yang lalu aku belajar personal branding dengan keret. banyak gila benda yang aku belajar dan sangat memuaskan. lepas aku mengikut basic ini aku telah membeli pembelajaran PBB iaitu Personal Branding Blueprint yang bernilai rm247 sahaja.

bangak sangat yang keret ajar dari a-z dan sangat mudah difahami. aku baru buka bab 1 dan tidak sabar untuk terus belajar step by step untuk grow kan instagram aku serta menaikkan sale aku nanti.


“I dah try personal branding ni, tapi follower tak naik pun. I tak tahu kat mana silap I yang I kena adjust”

Are you wondering about this?

Maybe you rasa stress sangat sebab you dah letak effort, spend masa lama untuk buat content but still tak naik-naik followers you.

When it comes to anything in our business, we need to have the right understanding and strategy in place.

Sama juga dengan personal branding, bila guna strategy yang betul, barulah content you buat dapat attract more potential followers dan maybe akan beli product / service you.
Are you ready to improve your personal brand?
Sunday, 3 July 2022

CBM Road Tour








pada 25/06/2022 - 26/06/2022 Leader telah adakan roadtour di beberapa negeri tapi aku cuma dapat pergi ke 2 negeri ni sahaja memandangkan tugasan hakiki aku.











pada 25/06/2022 road tour berlangsung di Melaka dengan kehadiran lebih 150 orang tetapi di PutraJaya pada 26/06/2022 road tour berlangsung di Putrajaya dengan lebih 250 orang. terpaksa ubah plan dari 1 sesi kepada 2 sesi, meriah memang tak dapat dinafikan lagi.




Thursday, 2 June 2022

APA IMPAK ADA 5cc AKTIF VS TIADA 5cc AKTIF

 


Kalau u VIP
Kalau ada 5cc aktif
-u beli barang dapat 30% diskaun
- bonus recap u dpt 30% dari belian your Preferred Customer 
- bonus recap u dpt 5% dari belian your VIP
Kalau takde 5cc aktif
-u beli barang dapat 30% diskaun
- bonus recap u dapat 25% dari belian your PC bawah u


Kalau u SUPER
Kalau ada 5cc aktif
-u beli barang dapat 38% diskaun
- bonus recap u dapat 3% dari belian vip aktif
- bonus recap u dapat 8% dari belian vip tak aktif
- bonus recap u dapat 33% dari belian PC bwh U
Kalau takde 5cc aktif
-u beli barang tetap dapat 38% diskaun
- bonus recap u tetap dapat 33% dari belian your PC bawah U


Kalau u ASSISTANT MANAGER
Kalau u ada 5cc aktif
- u beli barang dapat 43% diskaun
- bonus recap u dapat 5% dari belian super bawah u
- bonus recap u dapat 8% dari belian vip aktif
- bonus recap u dapat 13% dari belian vip tak aktif
- bonus recap u dapat 38% dari belian your PC bawah u


Kalau takde 5cc aktif
-u beli barang dapat 43% diskaun
- bonus recap u dapt 38% dari belian PC bwh U


Kalau u MANAGER
Kalau ada 5cc aktif
-u beki barang dapat 48% diskaun
- bonus recap u dapat 5% dari belian assistant Manager bawah u
- bonus recap u dapat 10% dari belian super bawah u
- bonus recap u dapat 13% dari belian vip aktif
- bonus recap u dapat 18% dari belian vip tak aktif
- bonus recap u dapat 43% dari belian PC bawah U


Kalau takde 5cc aktif
-u beli barang dapat 48% diskaun
- bonus recap u dapat 43% dari belian PC bawah U

PC= preferred customer 
Diskaun 5%
 (Dulu novus diskaun 15%)

Nampak tak *besar beza kalau ada 5cc aktif dengan takde 5cc aktif*

5cc *tak wajib*, kalau tak buat tetap ada bonus recap, tapi kalau ada 5cc aktif, laaagi banyak % company bagi.


Saturday, 21 May 2022

Bukan senang nak jadi Business Consultant

 ha, dah baca tajuk aku kali ni? bukan senang yea nak jadi beauty consultant sebab banyak perkara kena jaga antaranya adalah :

  1. penampilan
  2. kecantikan
  3. percakapan
  4. perbuatan
  5. pemakanan
  6. lifestyle
6 perkara ni sangat penting kerana kita adalah public figure... acey2 perasan. mana tau yang perasan tu jadi kenyataan nanti akan datang kan. so usaha tangga kejayaan kan



Friday, 20 May 2022

Meh join saya

Orang cakap nak jadi beauty consultant wajah kena lawa… yea ke? Bagi saya sangat tak setuju sebab lawa tu banyak makna. Dia tak lawa sangat tapi kulit dia flowless, bersih, penampilan menarik di kira lawa. 

Nak sama2 saya untuk kelihatan cantik luaran dan dalaman? Meh pm laju2 tau




Thursday, 19 May 2022

Aku seorang Beauty Consultant

Hai korang semua hari ni ceria tak? Semoga hari kita sentiasa ceria dan bahagia disamping orang tersayang dan sentiasa dilindungi Allah swt. 


Aku sekarang adalah seorang beauty consultant dengan produk forever living. Nak kata aku pro tu idok ler tapi aku akan sentasa belajar dan mencari ilmu dalam biz aku ini. Nampak macam senang kan tapi ia memerlukan kepakaran yang tinggi dan ilmu yang luas. 


Aku akan sentiasa belajar perkara baru dari masa ke semasa supaya aku semakin yakin dan pro dalam dunia kecantikan yang semestinya sangat sinonin pada semua wanita


semoga aku dapat capai target aku dalam dunia kecantikan dan memberi manfaat kepada semua golongan yang memerlukan dan sentiasa ingin nak nampak cantik serta segar sepanjang hari.

Monday, 4 April 2022

Small Office Home Office


kepada mereka yang mempunyai perniagan atau tidak sekali pun mesti ada SOHO di rumah masing-masing kan. ini adalah untuk memudahkan kita melakukan perkara atau tugasan dengan tenang dan aman. sebab biasa lah kalau buat dimana2 sudut pasti rasa tidak selesa kerana nanti anak-anak akan kacau dan sebagainya.

aku sangat berangan nak ada SOHO dengan sentuhan daripada designer yang bagus. berangan tak kena bayar kan heheheh. semua tahu kan maksud SOHO ni? SOHO ialah singkatan Small Office Home Office. Saiz SOHO ni agak sederhana sebab masih lagi boleh dibuat office yang memuatkan kurang daripada 10 orang. Sebab tu namanya small office. Pada masa yang sama, boleh jugak dijadikan kediaman, sebab dalam SOHO kebiasaannya akan ada 1 bilik, tandas dan dapur.  Di situ pejabat, di situ juga kediaman.
aku sangat suka jika SOHO aku boleh lihat sekitar yang hijau mcm mengadap pokok atau tanah lapang. sebab tu aku berangan soho aku tingkat 2 dan bercermin supaya aku boleh nampak ruang luar rumah dan jika boleh ia mengadap tumbuhan hijau... heheheh
ni aku tunjukkan SOHO aku yang sekangkang kera ni tapi Alhamdulillah aku seronok walaupun keinginan aku lain. ni yang aku tengah berusaha untuk beli rumah yang mengadap tumbuhan hijau dan sangat damai. 




Saturday, 19 March 2022

korang... jomla follow media sosial aku

hahahahah... belum apa-apa dah gelak sebab tajuk macam memaksa. siapa yang selalu update media sosial? meh komen sikit nak tengok.

sebelum ni aku pernah update tiktok aku disini kalau ada yang tak baca lagi sila la baca yea.. hehehe

orang cakap senang je nak update semua content di media sosial. ce korang buat dan konsisten rasa mampu tak kalau kita tidak betul-betul serius dalam konten yang kita akan lakukan. kalau korang mampu alhamdulillah dan kalau masih belum mampu boleh je buat satu-satu. aku pulak ada je konsisten ada je kejap bersarang kejap aktif sebab semua tu kan normal.

bila kita dah ada satu bisnes kita perlu branding kan diri kita supaya orang diluar sana tahu kehadiran kita dan ada antara follower yang nak tahu perkembangan kita, caya tak? korang kena percaya walaupun korang sendiri tak percaya.

sebab ramai je netizen nak tahu pasal kita sama ada nak tahu yang positif atau negatif. hehehehe...

korang ingat senang ke nak buat content? aku rasa nak pecah kepala cari bahan untuk buat content dalam tiktok, instagram, dan youtube  termasuk blog aku ni tau.

so kepada rakan-rakan yang berbisnes aku sarankan kita gunakan media sosial ini dengan sebaik yang mungkin untuk naikkan rating kita. 

Sunday, 13 March 2022

Achievement day AGL


 hari ini aku gembira sangat sebab aku dijemput untuk memeriahkan majlis Achievement day dari team Aquila Legacy yang sangat hebat dan meriah. memang dalam hati aku nak sangat sampai ke tahap seperti mereka. inilah semangat yang aku dapat daripada leader hebat macam mereka.

Majlis Hi Tea ini telah berlangsung di 9 Lake Taman Tasik Jaya Seremban dengan tema Garden Pastel dan kemeriahan dessert yang sangat sedap serta sangat mencabar untuk aku hanya melihat sahaja didepan mata. mana boleh rezeki itu hanya ditatap bukan dijamah... hahahha











korang boleh bayangkan tak betapa rambang matanya aku untuk membuat pilihan. so aku decite untuk ambik semua supaya aku tidak menyesal dan teringat-ingat tentang mereka... hahahaha. semua dessert sangat sedap dan menyelerakan.

untuk makluman ada menu tengahari iaitu nasi putih, daging salai masak lemak, ayam goreng, ikan keli sambal, sayur campur, sambal belacan dan buah buahan. aku lupa nak snap gambar sebab masa ni rasa lapar sebab dah pukul 1pm. 

lepas makan tengahari acara penyampaian hadiah berlangsung dengan sangat meriah sebab hadiah nya sangat-sangat best.



tahniah kepada semua achiever yang telah berjaya. semoga aku juga berjaya macam korang dan aku berazam untuk terus istikomah dalam Forever Living sehingga berjaya dengan izin Allah... amin
ini lah coach leen yang banyak memberi kata-kata semangat dan dorongan untuk aku terus berusaha dan istikomah dalam biz ini. aku janji leen dan doakan aku berjaya seperti korang yea.


nampak tak muka kegembiraan aku atas jemputan mereka pada aku. sangat-sangat menghargai jemputan ini dan menjadi memori indah dalam hidup aku.





tahun 2022 adalah tahun aku pulak... insyaAllah. aku akan cuba sedaya upaya merialisasikan impian aku.. big why aku tahun ini aku kena langsaikan dan buat sehabis baik






UseZally