bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Friday 23 October 2015

Bila perkara ini akan berlaku kepada aku

Pertama sekali aku rasa letih sebab rutin setiap hari yang sangat terikat pada perkara yang sama... sampai bila aku tidak boleh putuskan. Hanya kepada Dia aku mampu berdoa supaya apa yang aku hajati akan aku capai...

Gambar kredit dari fb

Adakah betul apa yang tertulis pada gambar diatas??? Kawan-kawan doakan semoga aku berjaya yea. Kalau korang tanya... memang yea aku sudah kesuntukan masa. Memang agak terlambat... ini cuma azam aku dalam diri. 

Biarlah kita jadi kuli pada diri sendiri, bukan aku nak kata makan gaji tu tak bagus... 
Wednesday 21 October 2015

Sayangi mereka hingga ke syurga


Di Jepun, dulu pernah ada tradisi membuang orang yang sudah tua ke hutan.
Dan ada juga organ mereka diambil untuk kegunaan perubatan.

Mereka yang dibuang adalah orang tua yang sudah tidak berdaya,  agar tidak membebankan kehidupan anak - anaknya.
Pada suatu hari, ada seorang pemuda yang berniat membuang ibunya ke hutan. 

Kerana si Ibu telah lumpuh dan agak nyanyuk.. Si pemuda ini bergegas menyusuri hutan sambil menggendong ibunya. Si Ibu yang kelihatan tak berdaya, berusaha mencapai setiap ranting pohon yang mampu diraihnya lalu mematahkannya dan menaburkannya di sepanjang jalan yang mereka lalui.

Sesampai di dalam hutan yang tebal, si anak menurunkan Ibu tersebut dan mengucapkan kata perpisahan sambil berusaha menahan sedih kerana ternyata dia tidak menyangka terpaksa melakukan perbuatan ini terhadap Ibunya. Si ibu yang tak terdaya tadi masih tenang...  

Dalam senyumnya, dia berkata, ''Anakku, Ibu sangat menyayangimu. Sejak kau kecil sampai dewasa, Ibu selalu merawatmu dengan segenap cintaku. Bahkan sampai hari ini, rasa sayangku tidak berkurang sedikitpun. Tadi Ibu sudah menandai sepanjang jalan yang kita lalui dengan ranting-ranting kayu. Ibu takut kau tersesat. Ikutilah tanda itu agar kau selamat sampai di rumah''. 

Setelah mendengar kata-kata tersebut, si anak menangis dengan sangat sebak dan sayu. Kemudian terus memeluk ibunya dan kembali menggendongnya untuk membawa si Ibu pulang ke rumah. Pemuda tersebut akhirnya merawat Ibu yang sangat mengasihinya sampai Ibunya meninggal. 

Sahabatku semua... renung2kanlah....
''orangtua" bukan barangan lusuh yang boleh dibuang atau diabaikan setelah terlihat tidak berdaya. Kerana pada saat kita berjaya atau saat kita dalam susah, hanya ''orangtua'' yang mengerti kita dan batinnya akan menderita jika kita susah.
  
''orangtua'' mereka tidak pernah meninggalkan kita, macammanapun keadaan kita.. Walaupun kita pernah melawan atau meninggi suara kepada orangtua namun Ibu dan ayah kita akan tetap mengasihi kita...

Kasihi dan sayangi la orangtua kita selagi mereka masih hidup..

Kalau lah aku boleh...

Kalau lah aku boleh putar balik masa, akan aku janji pada diri sendiri supaya aku akan menjadi seorang insan yang berguna pada keluarga dan diri sendiri.

Sekarang pun sebenarnya masih ada masa lagi untuk aku merubahnya cuma dah terlalu lewat. Mak... Abah... akan aku capai cita2 kalian supaya aku tidak akan menyesal nanti...

Ya Allah.. berilah aku kekuatan dan kutrat untuk mencapai impian mak dan abah... amin

Restoran MEE UDANG MAK JAH @ Kuala Sepetang Perak

 Aku bukan la penggemar mee tapi aku ni kan jenis pemakan so aku boleh layan la mee udang ni. Pada pendapat peribadi aku la kan... rasa dia macam biasa je, tak de la sedap sampai menjilat jari.
 Ni signboard, aku tak ambik gambar ni... kawan aku Lenny tolong ambikkan sebab dia nak update kat blog dia so aku tumpang la sekaki.

Lupa nak cakap, aku makan ni masa perjalanan balik dari Penang tempoh hari.

Layan je la gambar-gambar yang di snap oleh kawan2 aku. Time ni dah penat so aku just buka mulut je... hahahah

Monday 19 October 2015

Selamat tinggal Pulau Pinang 14102015-16102015

Hari terakhir di Pulau Pinang. Macam-macam rasa tp yang pasti rasa lega sebab dapat habiskan lawatan di PBAPP, semoga dapat berkunjung lagi jika diberi peluang nanti.

terakhir di Cititel Express Hotel


selamat tinggal...

bergerak ke Bukit Bendera

dalam train menuju ke Bukit Bendera

sebelum panjat bergambar dulu

saya dah sampai...

antara gambar-gambar di Bukit Bendera...

























Di Penang at Perbadanan Bekalan Air PP (part 2)

Awal pagi dah siap2 sarapan dan naik bas ke PBAPP
Aku duk kat tingkat 21 dari 22 tingkat. Permandangan yang cantik dari tingkat 21.


Mana2 ada cermin, aku dan kenkawan tak kan sia siakan... so selfie... dalam lif

Apa2 hal sarapan dulu. Walaupun cafe dia kecik je tapi memuaskan


Selfie di lobi sebelum keluar


Dah sampai ke destinasi iaiti PBAPP


Ini dekat PBAPP komtar. Ni departent IT dengan Audit

bergambar bersama


Sebelum balik bergambar kenangan di ruangan PBAPP
menikmati pasembur di Padang Kota Lama. 1st time makan pasembur, tak mengecewakan.






Makan... makan.. dan makan... hehehhe

Bergambar sebelum naik bas balik hotel








Semoga aku akan datang lagi... 

Malam aku ke Batu Feringgi cuci mata dan cuci wallet