Tiktok Mekyuhhh

Showing posts with label cOrETaN uTK diA. Show all posts
Showing posts with label cOrETaN uTK diA. Show all posts
Thursday, 21 August 2025

Selamat Hari Lahir Suamiku Tercinta – Anugerah Terindah dari Tuhan




Hari ini genaplah usia insan yang paling aku cintai di dunia ini – suamiku, kekasih hatiku, teman seperjuangan yang sentiasa berada di sisi dalam suka dan duka. Selamat hari lahir, wahai belahan jiwaku.

Sayang,
Andai mampu aku ukir segala rasa dalam hati ini, pastinya takkan cukup ruang di langit dan bumi untuk menampungnya. Sejak kita disatukan dalam ikatan suci perkahwinan, hidupku berubah – lebih bermakna, lebih kuat, lebih tabah. Kau bukan sekadar suami, tapi imam, pelindung, dan sahabat sejati dalam setiap liku kehidupan.

Aku bersyukur, kerana Tuhan memilih aku untuk menjadi suri dalam hidupmu. Hari demi hari, aku melihat pengorbananmu – bekerja tanpa kenal penat, berusaha memberi yang terbaik untuk keluarga kecil kita, menyembunyikan lelahmu demi senyum di wajah kami.

Setiap helaan nafasmu adalah doa, setiap langkahmu adalah perjuangan. Dan aku, di sini… sentiasa mendoakan agar Allah sentiasa melindungimu, memberikanmu kesihatan, rezeki yang melimpah, dan keberkatan usia yang penuh makna.

Suamiku,
Di hari istimewamu ini, aku ingin kau tahu – aku mencintaimu bukan hanya kerana siapa dirimu hari ini, tetapi juga kerana siapa diriku bila bersamamu. Terima kasih kerana mencintai aku dengan segenap hatimu, menerima kekuranganku, dan sentiasa membimbingku ke arah yang lebih baik.

Semoga Allah panjangkan usiamu dalam kebaikan, kuatkan imanmu, luaskan rezekimu, dan tempatkan kebahagiaan dalam setiap langkahmu. Aku akan terus berada di sisimu – dalam apa jua keadaan, hingga akhir usia.

Selamat hari lahir, suamiku.
Semoga cinta kita terus mekar hingga ke syurga.

Dengan segenap cinta,
Isterimu yang mencintaimu sepenuh jiwa.

Wednesday, 10 August 2022

happy anniversary kepada saya dan suami

 lupa nak post tapi ok kan kalau aku nak post jugak. pada 29/07/2022 yang lepas macam tahun-tahun sebelum suami sentiasa ingatkan aku tarikh anniversary kami. korang doakan semoga hubungan kami kekal hingga jannah yea.

selamat ulang tahun kepada aku dan suami yang ke 5. semoga hubungan kami kekal hingga jannah


Wednesday, 18 May 2022

Berita gembira buat si dia

Tahniah kepada En Suami kerana berjaya dalam interview Kerajaan. Walau usia dah hampir senja rezeki isteri dan anak-anak sangat kuat. semoga dia dapat menjalankan amanat sebagai penjawat awam dengan sempurna dan berdedikasi. isteri mu akan sentiasa support dari belakang.

semoga penempatan dia di sekitar kawasan rumah lah hendaknya... sebenarnya dia tak berminat kerja gomen tapi atas nasihat isteri tercinta baru la terbuka hati nak kerja kerajaan.



Friday, 18 March 2022

lama tak update dengan dia

untuk hari ni aku tak tahu apa yang nak aku ceritakan cuma aku nak masukkan reel dalam blog aku ni. dalam reel ni mengisahkan aku nak buat content tapi telah di kacau oleh si dia. masa ni aku pergi ke rumah adik di kl untuk ambil pau kukus yang adik sorang lagi (khairah) buat. biasalah nak support adik kan sape lagi kalau bukan adik beradik walaupun biz aku mereka tidak support hehehe... 

mungkin belum masanya mereka pandang aku kan. tak apa lah aku cuma berdoa semoga aku berjaya dan dapat bantu mereka kelak.


Thursday, 9 November 2017

Dia part 4 (akhir)

kita ni cuma insan lemah dan hina sangat dimata SI PENCIPTA dan kita kena akui tu semua. aku manusia tidak sempurna dalam meniti hari2 kehidupan yang mungkin bagi aku masih panjang sedangkan percaturan DIA aku tidak tahu dan tidak boleh menduga.

apa pun perkara yang berlaku mesti ada hikmah disebalik semua perkara. kenapa aku mesti memikir kan yang bukan-bukan. kenapa masih tertanya-tanya? DIA yang mengkendaki begitu, begitu la yang berlaku. apa hak kita nak argue tentang perkara yang berlaku?


kesimpulannya adalah terima la semua perkara dengan hati lapang dan terbuka.
Wednesday, 8 November 2017

Dia part 3

pagi ni badan mengigil memikirkan keputusan yang diterima pagi tadi... adakah betul keputusannya??? pening kelapa memikirkan apa sebenarnya berlaku...

tak apa, DIA kan maha kuasa... DIA kan ada.. perancangan dia sangat PERFECT dan BETUL. tak perlu rasa rungsing dan tak perlu fikir yang bukan-bukan.

apa-apa perkara perlu terima dengan hati yang lapang dan terbuka.. mengharap itu boleh tetapi taksub itu perlu berhati-hati.

Insya Allah...
Tuesday, 7 November 2017

Dia part 2

hari ini dia pergi berjumpa dengan seseorang yang boleh membantu, keputusan seseorang tu buat dia terfikir dan merasakan adakah seseorang itu telah buat dan lihat dengan sempurna? kerana bukan itu yang dia harapkan.

pikiran mula bercelaru, tak tahu dekat mana lagi mahu dia rujuk untuk buat rujukan. buntu memang la buntu tapi dia nak jugak tahu apa yang telah berlaku sebenarnya... adakah hanya fikiran dia semata-mata? adakah apa yang telah dinyatakan oleh seseorang itu memang tepat atau sebalik nya?


kesian sangat pada dia, dah tak tahu nak buat apa cuma boleh tunggu dan terus menunggu supaya terjawab persoalan yang terbuku di minda dan fikiran dia.




Monday, 6 November 2017

Dia part 1

Telah beberapa hari rasa tak tentu arah dan lain macam. bukan nak merungut tetapi terasa sangat lain macam. entahlah... memang rasa sangat bukan nak buat2 dan bukan cakap2 je, orang lain tak tahu tetapi dia tahu sangat pasal tu.

Bila dia berada bersama mereka dia nak cakap tetapi tidak mampu nak luahkan apa yang telah berlaku pada diri dia sebenarnya. "biar la dulu, mungkin perasaan aku sahaja", berlegar dalam pikiran dia dan sanubari dia.



hari ke hari dia rasa berat dan rasa mula tidak bermaya, adakah ini tanda2 nya? nak mengharap dia takut nak bersuara dia risau. biar la dahulu esok lusa ok la tu... akan tetapi boleh dikatakan setiap masa dan ketika dia rasa tak selesa.

Insya Allah... semoga Allah permudahkan segala urusan dia dan keluarga.