bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Sunday 11 July 2021

Hari Raya Aidil Adha 2021 bakal tiba

 Assalamualaikum semua,,,  buat apa tu time pendamik ni? masih bermurung durja? jangan murung lama-lama nanti jatuh sakit. saya pun dah bleh move on dengan situasi ni dan kena usaha dengan lebih gigih lagi demi keluarga tercinta.

Kerajaan dah umum hari raya haji pada 20/07/2021 ini dan apa persediaan korang? walaupun kita masih berperang dengan pendamik ni tapi hidup perlu diteruskan. untuk raya haji ni aku dan buat persediaan awal dari segi apa menu pada hari tersebut.

rendang jangan ditinggalakan kerana itu adalah menu wajib aku sejak dulu lagi mak buat. ingat nak buat lontong tapi nanti banyak-banyak menu membazir pulak tapi tengok la macam mana nanti. lemang dah order awal2 dengan rakan sekerja supaya tidak lupa.. hhehehe

biasa dekat kampung pun untuk raya aji tak ada la meriah sangat macam raya puasa tapi tebiat kunjung mengunjung pasti berlaku kerana masa ni la kami dan sanak saudara akan berkumpul maaf memaafi untuk kesilapan besar mau pun kecil. dah 2 tahun amalan tersebut dihentikan, rindu kampung rindu keluarga dan rindu sanak saudara tapi apakan daya ketentuan Allah yang maha Esa yang mengetahui apa akan berlaku kelak selepas pendamik ini.

aku juga turut sedih melihat mak yang dah lama tidak menjenguk adik beradik yang berada di negara asal iaitu Singapura. ari tu dia buat video bersama adik beradik dan limpahan air mata laju mengalir antara satu sama lain. mak ada bagi tahu kami yang kerinduan menjadi kerisauan kerana semua dah dipanjat usia. sedih aku mendengar kata-kata mak yang sangat sayu. semoga mak dan keluarga di sana tabah dan berdoa semoga dapat berjumpa dalam masa terdekat ini.