bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Tuesday 30 March 2021

dia pergi TABLIGH

sebelum ini aku sangat kurang pemahaman berkenaan tabligh, dan sekarang dia nak belajar dan mengikut tabligh pula... sape dia tu? dia la anak sulung aku 

APA ITU TABLIGH?

Maksud Tabligh adalah menyampaikan ilmu kepada umat islam seperti belajar dan mengajar tentang ilmu agama. Tabligh biasanya dilakukan oleh ustaz-ustaz, alim dan ulamak.

Tabligh ini berasal dari bahasa Balgha, Yablighu, Tablighu” yang bermaksud menyampaikan.

(sumber https://demiislam.wordpress.com/tag/tabligh/)  

 
Tabligh membawa maksud taklim wal taklum, atau belajar dan mengajar atau maksud ringkas mengajar ilmu agama. Tabligh biasanya dilakukan oleh ustaz-ustaz, alim, dan ulamak. Tabligh bermaksud menyampaikan ilmu kepada ummat. Sangat berbeza dengan dakwah Dakwah wajib untuk semua tetapi tabligh wajib disampaikan oleh golongan berilmu  (sumber : http://kotajanji.blogspot.com/#ixzz2krCszryZ ).

aku pasti mesti ada diantara kita yang pernah melihat jemaah-jemaah Tabligh ini di surau atau masjid berhampiran dengan rumah korang kan?

Mesti korang semua tertanya-tanya apa yang mereka lakukan, kebiasan mereka akan berhenti seketika di surau atau masjid untuk solat atau membersihkan diri sebelum mereka melakukan aktiviti dakwah dari rumah ke rumah untuk menyampaikan risalah-risalah tentang agama islam. Kebiasaannya jemaah Tabligh ini akan menyampaikan ilmu agama kepada semua dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

kini dia (anakku) mahu sama-sama rakan untuk tabligh. semoga dia istikomah dalam apa jua yang dia lakukan dan ingat Allah maha mengetahui. ibu sentiasa doakan awk berjaya dunia akhirat anakku...

 


Tahniah kepada Neelofa dan PU Riz

pada 28/03/2021 telah berlangsung perkahwinan antara ikon terbesar negara iaitu Neelofa bersama pasangannya iaitu PU Riz. pasangan ini sangat sesuai dan sepadan dari pandangan mata aku, dan sangat terkesan dalam diri aku.

walaupun mereka menghadapi pelbagai masalah pelbagai dugaan akhirnya mereka bersatu dalam majlis yang sangat sempurna dan mewah. lawa giler lofa dan hensem je PU Riz ni.. semoga mereka bahagia hingga jannah dan kita sebagai manusia biasa sentiasa la berdoa semoga mereka dan orang disekeliling bahagia.

bercakap berkenaan kebahagian, aku sedar  bahawa aku sebagai hamba Allah yang sangat lemah mempunyai banyak kekurangan tidak mampu untuk menutup semua tohmahan dan umpat keji dari orang sekeliling tapi aku tahu DIA maha SATU maha mengetahui apa yang telah berlaku pada aku dan keluarga.

selama orang mengata aku yang bukan-bukan aku sentiasa memaafkan kerana sebelum ini aku salah seorang yang naif dari segi Agama walaupun arwah abah seorang yang kuat agama. sebelum ini aku jarang memaafkan orang disekeliling yang sentiasa menindas dan mengata aku yang bukan-bukan. tetapi semakin banyak umur kita semakin matang jiwa dan raga kita... heheheh. dan baru kini aku tahu memaafkan adalah salah satu perkara yang sangat baik dan boleh menyucikan jiwa serta raga kita dari menjadi hitam.

semoga Neelofa dan PU Riz akan bahagia dan sabar dalam menghadapi dugaan hidup sebagai pasangan suami isteri. 

Wednesday 17 March 2021

PARETO LAW

Apakah itu pareto law?

Utk memahami apa itu Pareto Law, sy buat penjelasan mudah.

Setiap perkara adalah berasaskan 2 domain - OUTCOME dan SOURCE OF OUTCOME.

Misalnya kita ada outcome berjumlah RM100k, yg dtgnya drpd 100 orang agen. Jadi bagaimana kita nak menentukan sumber outcome yg efektif?

Pareto law ini juga dikenali sebagai 80/20 principle, iaitu 80% drpd outcome biasanya dtg drpd 20% sumber yg alpha, dan 20% drpd outcome dtgnya drpd 80% sumber yg beta.

Sebagai contoh dalam bisnes Forever Living, biasanya drpd semua Fbo yg ada, 20% drpd nya adalah fighter dan 80% lagi adalah user.

Biasanya drpd jumlah sales kita sebulan,

80% dtgnya drpd 20% fighter tu.
20% dtgnya drpd 80% user tu.

So kalau kita nak cepat jd jutawan, kita kena besarkan angka yg 20% tu. Tapi kena ingat, drpd 10 yg kita recruit, 2 yg akan jd fighter.

So kita kena melebar, melebar dan melebar lg supaya odds utk kita membesarkan jumlah 20% tu makin besar.

Dalam kehidupan biasa pun kita dikenalkan dgn konsep B40, M40 dan T20. 80% kekayaan negara ini dtgnya atau dimiliki oleh Top 20% tu manakala bakinya dimiliki oleh 80% golongan B dan M.

So jika kita nak berjaya segera, fokus utk folow Pareto Law ni ye.

3 STRATEGY MACAM MANA NAK SUCCESS DALAM PERNIAGAAN


1. FIND YOUR OWN STRENGTH 


Kita kena cari dan fokus lebih sedikit pada kekuatan kita. Ada yang pandai tangkap gambar, ada yang pandai bercakap, ada yang pandai edit video,ada yg pandai copywritting .Kita kena kenal pasti apa kelebihan kita dalam sosial media. Semua orang ada kelebihan tersendiri. Contohnya, kalau ada kelebihan editing video, so fokus kat situ dan jangan tinggal yang lain



2. Sentiasa konsisten dalam kekuatan kita


Sentiasa buat, jangan berhenti, nak buat buat sungguh², nak main bola, main sungguh², nak bisnes, bisnes sungguh², biar berbaloi apa yang kita buat. Biar susah dan letih awal, tapi percayalah, KEJAYAAN sedang menunggu anda kedepan



3. GUNAKAN SEMUA FUNCTION MEDIA SOCIAL


ig feed, ig story, ig tv, fb pages dan banyak lagi, biar orang nampak kita aktif, sebab apaa? 


bila kita aktif dalam semua. orang selalu tengok kita. orang mula trust kita. nanti orang senang² nak tekan simbol "KAPAL TERBANG KERTAS" tu orang share posting kita. nampak tak. pernah terfikir tak?

Tuesday 16 March 2021

🌈JOM BERSIHKAN HATI



🌸Tips hati bersih hidup​ ​bahagia🌸


1. Jangan cari salah orang. Salah sendiri banyak pun kita tidak sedar.


2. Jangan hina orang. Allah tidak pernah hina kita.


3. Jangan buka aib orang. Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.


4. Jangan perlekehkan orang. Allah hargai setiap usaha hambaNya.


5. Jangan mengata orang. Mana tahu masa depan orang yang kita kata itulah yang akan menolong kita dalam kesusahan.


6. Jangan sakitkan hati orang. Doa orang yang teraniaya itu makbul.


7. Jangan bangga dengan amal ibadah kita. Hanya Allah yang tahu amal tersebut diterima atau tidak.


8. Jangan sombong dengan apa yang kita ada. Allah boleh tarik bila-bila masa.


9. Jangan bandingkan orang lain dengan kita. Allah bagi rezeki setiap orang itu berbeza.


10. Jangan sedih dengan kekurangan kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.


Renung-renungkan dan sama-sama kita muhasabah diri🌹

📌 10 tanda-tanda ANDA akan menjadi seorang yang BERJAYA💪🏻


--- Roda hidup seringkali berputar, kadang kala kita di atas, kadang kala kita di bawah. Begitu juga kejayaan, adakalanya berjaya, adakalanya gagal. Namun, apa yang membuat seseorang itu berjaya atau gagal?


Berikut adalah senarai tanda-tanda anda akan menjadi seorang yang berjaya InsyaAllah!


🔥Anda fleksibel untuk berubah.

Ada masanya keadaan berubah yang memerlukan anda sendiri turut berubah. Perubahan tidak memberi impak negatif kepada anda.


🔥Anda tidak suka merungut dan mengeluh.

Selalu sangat merungut dan mengeluh memberi perasaan negatif kepada diri dan juga orang keliling.


🔥Anda sering produktif.

Mengurus masa dengan baik selalu dan tidak melakukan perkara membuang masa yang tidak mencapaikan matlamat anda


🔥Anda boleh tingkatkan motivasi sendiri.

Selalu ambil tindakan tanpa perlu disuruh dan tanpa melengahkan masa


🔥Anda suka buat lebih dari apa yang diperlukan.

Anda tahu melakukan lebih dari apa yang perlu memberi kepuasan kepada diri dan juga meningkatkan kredibiliti anda pada pandangan orang lain.


🔥Anda bersedia membantu orang lain.

Lebih banyak anda membantu orang lain, lebih ramai yang akan membantu anda satu masa nanti. Bak kata, the more you give, the more u get.


🔥Anda seorang yang pemaaf.

Tidak ada gunanya menyimpan dendam dan sakit hati. Maafkan orang lain dan jadikan diri lebih kuat.


🔥Anda menghadapi cabaran dan belajar darinya.

Anda suka melihat cabaran sebagai peluang, dan pelajari serta perbaiki melaluinya


🔥Anda suka melihat kejayaan orang lain.

Kejayaan orang lain memberi semangat dan inspirasi kepada anda dan bukan kebencian dan iri hati


🔥Anda suka mendampingi orang yang berjaya.

Kerana dapat “aura” kejayaan serta sering berasa positif dikalangan mereka yang positif!!!

📌TIP UNTUK UBAH HIDUP 360 DARJAH

 



🔺Buang 3E dalam diri anda🔻

❌ EGO

Buang ego dalam diri korang. Mcm mana nak tahu dalam diri ada ego? Kau rasa kau hebat. Nak orang pandang kau tinggi . Malas menuntut ilmu dengan orang lain.

❌ ENTENG

Bahasa mudahnya korang ambil mudah semua perkara yang berlaku .

Sebenarnya orang yg ambil enteng ni ialah orang yg suka FOLLOW THE FLOW

Korang kena ada maklamat dan cita-cita yg jelas. Jangan jadi orang FOLLOW THE FLOW

Start planning diri sendiri untuk masa depan.Cipta satu misi & matlamat dalam hidup. Plan on paper not on your mind. So akan lebih jelas dan yakin .

❌ ENAK

Korang nak ubah hidup kena berkorban.Korang kena keluar dari comfort zone.Hentikan bagi alasan yg tidak munasabah yg boleh halang minda korang tindakan untuk berubah.. Ini penyakit yg sangat bahaya dalam diri.

Nak ubah hidup bukan ambil masa sehari--
Tapi kalau tak mulakan sekarang,bila lagi??

Harap anda smua dapat input sedikit dari perkongsian ini☺️❤️

Monday 15 March 2021

Matlamat dalam Perniagaan

 


Matlamat ni adalah satu element yg sngat kuat,siapa yg takde matlamat itu yg jadi buat bisnes kejap tak jadi ,terus tukar bisnes lain,pastu tukar lagi,then tukar lagi,ending nya stop bisnes dan cakap bisnes susah,is not about bisnes susah,but is about you !

Korang pasti pernah down kan?
Sale jatuh,cust complain,supplier problem,
Staff buat perangai,stuck tak grow,buntu idea marketing,banyak pesaing dan banyak lagi masalah dalam bisnes.

Gais rileks,problem dalam bisnes itu pasti,Jangan risau semua orang pasti akan melalui fasa down,cuma jangan lama2 sudahlah,
Down lama2 nanti kang risau tak naik2 da😂,berkubur la jawabnya..

Pegi Set kan  matlamat,apa yg korang nak nampak in term of company,cash flow,staff,perhubungan and so on.
Tuliskan dulu,pastikan matlamat tu boleh nampak dgn jelas,boleh diukur,logic,dan terperinci kan.Contonhya " aku nak ada kereta,kereta apa? Bila ? Warna apa? Tahun berapa? No flat apa? Berapa deposit ?Berapa montly? Bila nak test drive?Apa document diperlukan?

Daptkan tak ? Kena jelas dan terperinci supaya kita sangat jelas utk capai matlamat tu.

If rase down tengok balik matlamat ,dan tanya dekat diri sendiri kenapa kau start ? apa big why kau dalam bisnes ?
Pasti akan terus termotivasi 🔥💪

Khasiat Serat Dalam Forever Fiber.

Sila baca sampai habis tau sebab khasiat dia sangat-sangat bagus....

✔️Mengatasi Sembelit

✔️Serat / fiber yang diambil setiap hari dapat membantu melancarkan proses pembuangan air besar dan melegakan masalah sembelit.

✔️Menstabilkan Paras Kolesterol & Tekanan Darah.

✔️Kajian menunjukkan bahawa serat / fiber juga menyokong fungsi kardiovaskular dengan membantu mengekalkan paras kolesterol dan tekanan darah tinggi yang normal.

✔️Menguatkan Sistem Imun Badan.

✔️70% hingga 80% fungsi sistem imun badan manusia berkait-rapat dengan sistem pencernaan.

✔️Serat meningkatkan fungsi sistem pencernaan dan secara tidak langsung juga menguatkan sistem imun badan.

✔️Mengawal Paras Gula Dalam Darah.

✔️Serat / fiber juga membantu menstabilkan paras gula dalam darah yang sangat membantu pesakit kencing manis.

✔️Penyerapan serat yang lambat melambatkan kemasukan glukosa ke dalam darah yang mencegah glukosa darah dan insulin daripada naik.

✔️Mengurangkan Rasa Letih & Mengantuk.

✔️Serat juga melambatkan penyerapan nutrien makro dari makanan yang anda makan yang membantu mengurangkan rasa letih, mengantuk dan kurang bertenaga selepas makan.

✔️Membantu Menguruskan Badan.

✔️Serat sangat membantu dalam
penurunan berat badan kerana ianya memberikan rasa kenyang yang mengurangkan selera makan seterusnya mengurangkan pengambilan makanan secara berlebihan.




Khasiat serat dalam Forever Fiber dapat MEMBANTU:

🌷 mengurangkan pengambilan karbohidrat dan kalori berlebihan dengan memberikan rasa kenyang jika Forever Fiber diambil setengah jam sebelum makan.

🌷 menjayakan program diet & mengurangkan berat badan dengan mengawal keinginan untuk makan (cravings) jika Forever Fiber diambil antara masa makan.


Kelebihan Forever Fiber
Pensijilan Halal IFANCA diiktiraf JAKIM — boleh amalkan tanpa was-was
Pensijilan Kosher — operasi kilang, formula bahan, proses penghasilan dan kandungan bahan berkualiti tertinggi.

Proses penghasilan serat berpaten — lembut pada perut sesuai untuk semua golongan.

Setiap stick ada 5 gm serat yang bersamaan dengan 2 keping roti bijirin penuh atau 1 setengah cawan beras perang
Khasiat 4 jenis serat yang bebas kalori dan karbohidrat.

Serat bebas gluten, bebas kotoran, rasa sederhana dan mudah larut dalam air
Sesuai untuk vegetarian
Dipek dalam stickpack yang mudah dibawa ke mana sahaja.




 

FOREVER FIBER

Serat (fiber) perlu diambik setiap hari bagi menbantu fungsi sistem penghadaman yg sihat. Anda disarankan mengambil sehingga 30 gram serat harian bagi kesihatan fungsi pencernaan yg optima.

Ramai yg alami masalah kekurangan serat sebab kurang makan buah-buahan, sayur-sayurran dan bijirin penuh setiap hari.

Ada 2 jenis serat iaitu:
* Serat larut air - lembut dan mudah dikunyah
* Serat tidak larut air - kasar dan sukar dikunyah

Serat Larut Air
Serat larut dapat larut dlm air dan berubah menjadi gel semasa proses pencernaan dan membantu badan menyera[p lebih banyak vitamin dan mineral, serta nutrisi lainnya. Serat larut boleh didapati dari oat, gandum, chia, barli, kekacang (kacang tanah, lentil), buah-buahan (buah plum, pisang ranum, epal dan pear) dan sayur-sayuran (brokoli).

Serat Larut Air berkhasiat utk:
* menurunkan paras kolesterol
* mengurangi risiko kanser usus besar
* menurunkan berat badan
* mencegah sindrom iritasi usus seperti cirit birit atau sembelit dan perut sebu
* menurunkan paras gula dalam darah

Serat Tidak Larut Dalam Air

Serat tidak larut, tidak dapat larut dalam air dan menyerap air ketika mereka bergerak melalui saluran pencernaan. Proses ini melembutkan najis, mempercepatkan pergerakan najis dan membantu anda membuang air besar dan mudah. Serat tidak larut boleh didapati dari lapisan dedak biji-bijian, kulit kentang, sayuran (kacang hijau, zucchini, seleri dll) buah-buahan seperti alpukat, pisang mentah, kulit buah-buahan seperti buah kiwi, anggur dan tomato.

Serat Tidak Larut Air berkhasiat untuk
* melembutkan najis
* memudahkan proses pembuangan najis
* mengurangkan risiko buasir dan sembelit

Anda disarankan mengambil sehingga 30 gram serat harian bagi kesihatan fungsi pencernaan yg optima. 5 gram adalah bersamaan dgn 1.5 cawan beras perang atau 2 keping roti bijirin penuh. 30 gram serat : 7.5 cawan beras perang atau 10 keping roti bijirin penuh. Banyaknya kena makan utk dapatkan jumlah serat yg diperlukan setiap hari! Karbohidrat dan kalori tinggi pulak tu kan?

Jangan risau. Anda boleh menikmati khasiat serat yg bebas dari karbohidrat dan kalori dengan mengamalkan Forever Fiber setiap hari!

Khasiat Serat Dalam Forever Fiber
* mengatasi sembelit - serat (fiber) yg diambil setiap hari dapat membantu melancarkan proses pembuangan air besar dan melegakan masalah sembelit.

* menstabilkan paras kolesterol dan tekanan darah - kajian menunjukkan bahawa serat (fiber) juga menyokong fungsi kardiovaskular dengan membantu mengekalkan paras kolesterol dan tekanan darah tinggi normal.

* menguatkan sistem imun badan - serat (fiber) juga membantu menstabilkan paras gula dalam darah yg sangat membantu pesakit kencing manis. penyerapan serat yg lembab melambatkan kemasukan glukosa ke dalam darah yg mencegah glukosa darah dan insulin drpd naik. mengurangkan rasa letih dan mengantuk. serat juga melambatkan penyerapan nutrien makro dari makanan yg anda makan yg membantu mengurangkan rasa letih, mengantuk dan kurang bertenaga selepas makan.

* membantu menguruskan badan - serat sangat membantu dalam penurunan berat badan kerana ianya memberikan rasa badan yg mengurangkan selera makan seterusnya mengurangkan pengambilan kalori.

Khasiat Forever Fiber
Membantu:
* mengurangkan pengambilan karbohidrat dan kalori berlebihan dengan memberikan rasa kenyang jika Forever Fiber diambil setengah jam sebelum makan
* menjayakan program diet & mengurangkan berat badan dengan mengawal keinginan utk makan (cravings) jika Forever Fiber diambil antara masa makan


15 Mac / 1 Syaaban 1442, Isnin

 


(29 Hari Lagi 🔜 Awal Ramadhan)
RASIPUMRAHERB  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Al - Fatihah(Pembukaan)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahiim Ya Dzal Jalali Wal Ikram...
 

Ya ALLAH berikanlah kami kekuatan, berilah kami kemampuan, kuatkan-lah iman kami. Ya ALLAH, kuatkan-lah agama kami dan Iman kami..
 

Ya  ALLAH, sesungguhnya kami memohon kpd-Mu kejayaan ketika bertemu-Mu dan kesabaran di sisi qada-Mu, darjat para syuhada, kehidupan  orang yg bahagia, kemenangan ke atas musuh dan menjadi teman para nabi
 

Ya ALLAH, dengan keadaan fikiran kami cuai dan amalan kami yang lemah, serta niat dan cita- cita kami yang tidak mampu mencapai kebaikan yang Engkau janjikan kepada seorang hamba-Mu atau kebaikan yang Engkau berikan kpd makhluk-Mu, maka kami menginginkan-Mu dalam kebaikan itu, dan kami memohonnya kepada-Mu wahai Tuhan sekalian alam
 

Ya  ALLAH, sekiranya kami keluar dari landasan`MU, berikanlah kami petunjuk`MU yang lurus dan yang haq


Ya ALLAH, semoga kami akan menjadi diri yang mukmin, yang soleh dan dekatkanlah hati kami pada`MU.


Ya  ALLAH, Ya Tuhan kami berikanlah Nurr cahaya disetiap percakapan kami, pergerakan kami dan cahaya disetiap denyutan nadi kami, jantung kami dan cahaya dipenglihatan kami dan juga pendengaran kami.


Ya  ALLAH, tabahkan-lah, sabarkanlah sifat kami dan ikhlaskanlah hati kami dalam mengharungi bahtera kehidupan ini.


Ya Allah, mudahkanlah kami yang hendak ke tanah suci ini untuk haji dan umrah, Ya Allah, bagi yang cinta dan rindu, tambahkanlah kecintaan dan kerinduannya itu sampai sekembalinya ke tempat ini
Ya  ALLAH, Sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada wabak QIF-19(CoViD-19), segala penyakit, keburukan tingkah laku dan malapetaka


Ya  ALLAH, Hindarkan diri kami daripada wabak  QIF-19(CoViD-19), kesulitannya ,kejahatannya serta segala dugaan yang nyata dan  yang tersembunyi khususnya di negeri dan negara kami, keluarga keturunan kami dan  umat kami amnya, Ya Allah. Tuhan yang Maha berlemah lembut, Sesungguhnya Engkau Maha berkuasa atas sesuatu


Ya  ALLAH, sesungguhnya kami memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal dan amal yang diterima


Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Syaaban dan pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan
Ya  ALLAH, seandainya saatnya tiba, ENGKAU memanggil kami tuk kembali ke sisi`MU, matikanlah kami dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepada`MU. 


Ya ALLAH,segala amal ibadah kami semua hanya tertuju kepada`MU. Terimalah amalan kami hari ini dengan keridhaan`MU hanya ENGKAU-lah yang menilai semua perbuatan kami .


Ya ALLAH, sesungguhnya kami memohon kepadaMu iman yang benar, dan keyakinan yang tidak dituruti dgn kekufuran. Kami memohon kepadaMu rahmat yang kami dapat mencapai kemuliaan disisiMu di dunia dan di akhirat melaluinya


Ya ALLAH,tambahkanlah cahaya kepada kami, anugerahkanlah cahaya kepada kami dan muliakanlah kami dengan cahaya serta jadikanlah untuk kami cahaya dengan rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Merahmati
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

---------------------------------

✍️"SAMPAIKANLAH DARIKU WALAUPUN SATU AYAT."*(HR. Bukhari)

*🤲DO'A ITU INTI IBADAH(Keutamaan)*
*✅Usaha tanpa DOA adalah SOMBONG,*
*✅DOA tanpa usaha adalah SIA-SIA*,
*✅Jangan lupa akhiri dengan TAWAKKAL*

*🤲Berdoalah*
*(Mengadulah/merayu), pasti Allah Maqbulkan*.
*✅(Al - Baqarah 2 : 186)*
*✅"DOA itu senjata orang Mukmin  dan orang yang Beriman*"
*✅'Berdoalah untuk-Ku, pasti Aku Kabulkan untuk Kalian.'(QS. Ghafir : 60)*
*✅' Ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepada Kalian.'(QS. Al- Baqarah : 152)*
*✅' Jika Kalian bersyukur, maka akan Aku tambahkan nikmat-Ku untuk Kalian'.(QS.Ibrahim : 7)*
*✅'Tidaklah Allah mengazab mereka, selama mereka memohon ampun(Beristighfar kepada Allah).'(An Anfal : 38)*
*✅Sabda Nabi SAW ', Ilmu itu milik Allah,barangsiapa menyebarkn ilmu demi kebaikan,In Shaa Allah, Allah akn menggandakn 10 x lipat kpdnya'*

*Alhamdulillah...


semoga menyampaikn ilmu yg bermanfaat dan mengamalknnya*

---------🌹💚----------

Thursday 11 March 2021

PERISTIWA ISRA’ MIKRAJ: PERJALANAN, KEAJAIBAN DAN KEIMANAN

 

Peristiwa agung Isra’ Mikraj yang berlaku pada malam 27 Rejab merupakan satu mukjizat besar bagi umat Islam, kerana ketika itulah baginda Rasulullah SAW menerima perintah oleh Allah SWT untuk mengerjakan solat lima waktu sehari semalam. Pensyariatan itu diturunkan secara langsung oleh Allah SWT kepada baginda tanpa adanya perantaraan Malaikat Jibril.

Perjalanan baginda Rasulullah SAW dari Masjidil Haram di Kota Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin merupakan suatu kisah yang tidak masuk akal bagi mereka yang menggunakan logik pemikiran semata. Namun, tidak ada yang mustahil bagi Allah Yang Maha Berkuasa. Jika Dia mengkehendaki sesuatu, maka ia pasti terjadi. Hal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT :

سُبۡحٰنَ الَّذِىۡۤ اَسۡرٰى بِعَبۡدِهٖ لَيۡلًا مِّنَ الۡمَسۡجِدِ الۡحَـرَامِ اِلَى الۡمَسۡجِدِ الۡاَقۡصَا الَّذِىۡ بٰرَكۡنَا حَوۡلَهٗ لِنُرِيَهٗ مِنۡ اٰيٰتِنَا ؕ اِنَّهٗ هُوَ السَّمِيۡعُ الۡبَصِيۡرُ‏ ﴿17:1﴾

Terjemahan: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari, dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(Surah al-Isra’ 17: 1)

وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَى (١٣) عِنْدَ سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى (١٤) عِنْدَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَى (١٥)

Terjemahan: “Dan demi sesungguhnya (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, di sisi Sidratul Muntaha (iaitu pada malam Mikrajnya), di mana di sisi Sidratul Muntaha itu terletak Syurga Jannatul Makwa.”

(Surah al-Najm 53: 13-15)


HADIAH TERAGUNG DARIPADA ALLAH

Isra’ Mikraj merupakan hadiah daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW atas kesedihan yang baginda hadapi. Sebelum terjadinya peristiwa ini, Rasulullah SAW telah menghadapi pelbagai ujian yang sangat berat terutamanya baginda berhadapan dengan tentangan hebat dalam usaha dakwah. Antaranya baginda diusir dan ditolak oleh penduduk di kota Taif. Selain itu, Rasulullah SAW juga kehilangan dua insan yang sangat penting dalam hidupnya iaitu isteri kesayangan baginda, Siti Khadijah r.a. serta bapa saudara yang banyak membantu baginda di dalam perjuangan sebaran dakwah iaitu Abu Talib.

Terdapat pelbagai hikmah dan pengajaran yang boleh kita ambil daripada peristiwa ini, antaranya:

1. Tiada yang mustahil bagi Allah SWT bagi setiap yang berlaku.

2. Perkara ghaib yang wajib diyakini dan dipercayai sebagai umat Islam. 

3. Ketinggian darjat Nabi Muhammad SAW di sisi Allah SWT yang tidak pernah berlaku oleh sesiapa pun selain baginda.

4. Betapa pentingnya ibadah solat lima waktu yang telah diperintahkan Allah SWT secara langsung kepada Nabi Muhammad SAW.

5. Kasih sayang Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya dengan mengurangkan jumlah 50 waktu solat sehari semalam kepada 5 waktu sahaja tetapi tetap mengekalkan ganjarannya.

Semoga dengan perkongsian ini dapat mengukuhkan pengetahuan, keyakinan dan keimanan kita terhadap peristiwa Isra’ Mikraj dan dapat mengambil ibrah dari peristiwa ini untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.


ASMA' BINTI HARUN 


~~~

Friday 5 March 2021

Pelan Pemasaran Patuh Syariah

 


 Yang penting PELAN PEMASARAN PATUH SYARIAH .

Jika anda sukakan bisnes Networking Business ,
Jika anda sukakan bisnes Online Business ,
Jika anda sukakan bisnes Health & Wellness ,

Tetapi anda tak suka bisnes yang perlu kejar sales ,
Tetapi anda tak suka bisnes yang perlu kumpul point ,
Tetapi anda tak suka bisnes yang perlu kumpul stok ,
Tetapi anda tak suka bisnes yang perlu buat loan ,
Tetapi anda tak suka bisnes yang suka paksa  orang & tak menyusahkan orang ,

In Sya Allah , Bisnes Forever dapat membantu masalah anda .
Bisnes Forever dimana2 , berada di 169 buah negara seluruh dunia ,
Berhijrah ke mana pun anda , anda tetap boleh bisnes dengan fleksibel .

Modal serendah RM 90 , Itulah seumur hidup anda ,
Jika anda ada modal lebih sikit , anda boleh terus jadi VIP 35% dengan modal RM 1,547 .
Keuntungan sehingga 55% jadi milik anda atas segala usaha anda .

Jom ambil peluang terutama sekali untuk sahabat2 yang sedang mencari peluang pendapatan .

www.wasap.my/+60173502400

#ForeverLivingProducts

Thursday 4 March 2021

Jom Sertai Forever Living


 

Awak Suke bisness tak? 

Awak kene bijak memilih bisness tau.
3 syarat ni wajib dipatuhi kalau  awak nak kekal lama dalam satu-satu bisness FOREVER LIVING ade semua tu!

Kalau tak, takkanlah top2 leader dari MLM lain datang join Forever ni. Sebab marketing plan yg luar biasa dan tidak terdapat di MLM lain.

Alamak, MLM??😱

Ramai dengar je MLM mulalah rasa ngeri dan trauma. Memang 90% MLM di merata-rata menggunakan sistem PV/BV/SV yang buat kita ni struggle nak achieved target.
.
Imagine lah..Biz kat Malaysia..tp kena hit target dlm USD!! Matilanak!!! Bila gitu, awak akan rasa Effort lebih, dapatnya sikit. 

Forever TIDAK menggunakan sistem tersebut. Totally different. Siapa buat lebih dia dapat lebih. Tak kiralah dia downline, mmg boleh sangat mengatasi pendapatan upline tau! Pelik ke? haaaa...itu tak pelik di FOREVER.

Bagi peluang untuk mendengar, lapangkan dada, buku lama yg pahit tu tutup, cuba buat dan awak akan faham kenapa Kak ALOE yakin dengan FOREVER?. THats why la Kak ALOE recommend anyone, who are willing to help family, who are planning to live in their big dream. Only by generating extra income with FOREVER. The BEST platform ever.

Nak sangat tengok orang Malaysia especially anak melayu success di pentas dunia kan? Forever Malaysia ni ada...nimbun2 orang melayu Islam dah terbukti kaya berjaya. Berdiri depan mata Kak ALOE ni dengan sangat Humble orang2nya.

We are in the world market since 42 yrs and our sales profit are increasing without failed every single year. If the products and marketing plan was not good, the company will not survive until now. Logic!!

Wednesday 3 March 2021

ALOE BITS N’ PEACHES

 


mengandungi ketulan-ketulan kecil gel aloe vera yang 100% distabilkan dan jus pati buah pic. Selain daripada ia mengandungi khasiat gel aloe vera, rasanya lebih sedap dengan cebisan-cebisan buah pic yang dimasukkan sekali - sangat digemari oleh kanak-kanak. 
 
Minuman ini sangat sesuai untuk meningkatkan sistem daya ketahanan badan (imuniti) dan membantu sistem penghadaman.   Buah pic adalah sumber yang sangat kaya dengan Vitamin A & potasium. Ia membantu menjadikan kulit sihat dengan kompleksi yang lebih baik. 
 
Penggunaan pic sangat membantu dalam penyingkiran cacing dari saluran usus. Ia juga kaya dengan vitamin A,  buah pic membantu mencegah kanser dalam organ-organ dan kelenjar dengan tisu epitelium. Buah pic terdiri daripada lebih daripada 80 peratus air dan sumber serat pemakanan, menjadikan ia pilihan yang baik untuk mereka yang cuba mengurangkan berat badan dan mengurangkan sembelit.   
 
Mengandungi 100% aloe vera yang distabilkan. Sedap diminum dan digemari oleh kanak-kanak.
 
 Memakan buah pic memberi manfaat kepada individu yang mengalami penyakit berikut:
 
Asidosis, Anemia, Asma, pundi kencing dan batu buah pinggang, Bronkitis, Sembelit, Batuk Kering, Gastritis, Tekanan Darah Tinggi, Nefritis, Masalah Penghadaman. 
Tuesday 2 March 2021

Apakah Itu Ekzema Dan Penawarnya Dengan Set Forever Living

Para penyelidik mempercayai bahawa ekzema adalah berkemungkinan dari disebabkan oleh faktor genetik, walaupun terdapat pencetus yang mengakibatkan simptomnya. Ekzema adalah perkara biasa lebih kurang 1 dalam 10 orang di dunia mengalami ekzema pada suatu ketika hidup mereka.


Apakah itu eczema?

Ekzema adalah keadaan kulit yang menyebabkan kulit menjadi merah, merengsa, dan gatal. Kadangkala, benjol kecil yang dipenuhi cecair muncul pada kulit. Ekzema adalah biasa berlaku pada bayi tetapi berkurangan pada zaman dewasa. 

  

PENYEBAB KEPADA BERLAKUNYA EKZEMA?

Berikut adalah penyebab simptom ekzema semakin memburuk:-

  • Alergi terhadap bunga diudara, kulapuk, hama atau haiwan 
  •  Selsema
  • Kulit Kering
  • Pendedahan perengsa alam sekitar
  • Pewangi atau pewarna yang ditambah pada losyen atau sabun
  • Tekanan hidup 
  • Alergi Makanan
 
Simptom?
  1. Biasanya, simptom pertama adalah kegatalan yang amat sangat 
  2. Ruam muncul kemudian; merah dan berbenjol 
  3. Ruam menjadi gatal-gatal dan rasa membakar 
  4. Jika digaru, ia mungkin berkeruping 
  5. mengosok selalu menyebabkan plak kulit menebal 
  6. Kuping yang menyakitkan terbentuk

Bagi kanak-kanak yang berusia kurang dari 2 tahun , luka kulit bermula pada muka, kulit kepala, tangan dan kaki. Ia selalu berkerak atau meleleh.

Bagi kanak-kanak yang berusia lebih dari 2 tahun dan orang dewasa, ruam biasa didapati, dibahagian pelipat lutut dan siku.
 
 
PENJAGAAN DIRI (LUARAN)
  • Elakkan apa-apa sahaja yang menyebabkan reaksi alergi (contohnya menukar bahan pencuci kepada Forever MPD 2x Ultra) 
  • Mencegah kulit kering dengan mandi air suam (tidak terlalu lama panas atau tidak mandi terlalu lama  Gunakan Aloe Bath Gelee ketika mandi , lap badan kering, kemudian penyembur Aloe First dan akhirnya menyapu Aloe vera Gelly diikuti dengan Aloe propolis Crème 
  • Elakkan memakai pakaian yang ketat dan kasar
  • Elakkan dari menggaru ruam, jika anda tidak boleh menahan dari mengaru ruam, tutup bahagian tersebut dengan pembalut
  • Makan dengan sihat , lakukan senaman ringan, dan berehat dengan secukupnya

Produk berikut boleh membantu melegakan simpton ekzema:

FOREVER ALOE VERA GEL
  • Mengandungi Aloe Vera berpaten yang distabilkan 100%.
  • Mengandungi kompleks Antakuinon yang boleh membantu mengurangkan keradangan kulit dan kesakitan
  • Mengandungi Acemanan yang boleh membantu meningkatkan sistem imun badan
 

 
 
FOREVER BEE PROPOLIS
 
  • Boleh membantu mengalakkan penghasilan faktor keimunan semulajadi (interior) dan dengan demikian meingkatkan sistem keimunan badan. 
  • Membantu menentang alergi dan mengurangkan keradangan
F 
F

 
FOREVER ABSORBENT-C
  • Membantu meningkatkan sistem imun badan dengan mengaktifkan neutrophil (sejenis sel darah putih , penghasilan antibodi badan dan mengawal fungsi sel darah putih
  • Boleh membantu mengurangkan reaksi alergi dengan mengurangkan penghasilan histamin ( histamine adalah bahan kimia yang boleh menyebabkan kebengkakan , kegatalan, dan hidung berair



 FOREVER ARCTIC SEA

  • Kaya dengan Omega-3 ( dari ikan lautan sejuk) dan Omega-9 (dari minyak zaitun yang mempunyai ciri-ciri anti-keradangan dan dengan demikian membantu mengurangkan kesakitan. 

 

Bertindak sekarang untuk insan-insan yang anda sayangi.. pulihkan Penyakit mereka dengan Set Ekzema dari Forever Living Produk kesannya memang berbaloi-baloi..


Diskaun sehingga 15%-35% jika anda hubungi saya sekarang!
Untuk Tempahan Hubungi saya yuslina di www.wasap.my/60173502400

*Pengedar diperlukan bagi seluruh semenanjung Malaysia.. COD area Negeri Sembilan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

mother

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera...

pada waktu pendamik ni banyak kita dengar berita berkenaan kes penderaan kanak-kanak dan amat menyayat hati adalah kes kematian arwah adik amir sebab aku sendiri terkesan dengan kematian beliau. Allah sungguh sedih dan sangat terharu dimana seorang ibu sanggup melakukan sedemikian rupa

TV3 sekarang ni memaparkan cerita Korea dengan tajuk Mother yang mengisahkan anak kepada wanita yang tiada suami didera oleh kekasih mereka. sangat2 menyentuh perasaan dan sedih tu yang aku teringat sangat pada kes kematian adik amir sehingga aku menitiskan air mata. memang aku tak tahu apa kisah sebenar disebalik apa yang berlaku tapi kita sebagai seorang ibu perlu menjaga dan menjadi pelindung kepada anak2. 

dibawah saya ambil daripada website berita awani :


 

MELAKA: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Ayer Keroh atas tuduhan membunuh anak mereka yang berusia tujuh tahun.Tertuduh Mohd Fadzli Abdull Razak, 38, dan Zuraida Atan, 32, didakwa di dua mahkamah berasingan atas dua pertuduhan.
 
Bagaimanapun kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.Bagi pertuduhan pertama, pasangan itu didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.Mereka didakwa menyebabkan kematian kanak-kanak lelaki Zubaidi Amir Qusyairi Abdul Malek.
 
Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh sejurus kertas pertuduhan dibacakan.
Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa mendera mangsa sama dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
 
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kesalahan Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.
 
Kesalahan didakwa dilakukan pada 29 Januari 2021, jam 3.32 petang di rumah pasangan itu di Taman Krubong Jaya dalam daerah Melaka Tengah. Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan itu.Hakim tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin.
 
Mahkamah menetapkan 29 Mac sebagai sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan kanak-kanak lelaki itu didakwa lemas dalam dalam tong air setinggi 60.9 sentimeter oleh suspek lelaki berusia 38 tahun yang juga bapa tirinya dalam kejadian di Taman Krubong Jaya.
 
Pemeriksaan fizikal serta hasil bedah siasat bagaimanapun mendapati, terdapat pelbagai kecederaan termasuk luka baru di kesan di bahagian belakang kepala kanak-kanak itu.
Monday 1 March 2021

Program Clean 9 by Forever Living

Masalah perut buncit dialami oleh ramai orang. Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan hal ini berlaku seperti pengumpulan lemak akibat terlalu banyak makan, pengumpulan air serta banyak pengambilan garam.

"Di sini saya sarankan anda mencuba set Clean 9 Forever Living. Clean 9 sudah terkenal diseluruh dunia sebagai salah satu cara berkesan untuk mendapatkan berat badan yang menawan dan sihat"

 


Program Clean 9 Forever Living

set pengurusan berat badan Clean 9 Forever Living adalah satu pakej program yang terdiri daripada beberapa produk yang boleh membantu penurunan berat badan dalam masa 9 hari.

set clean 9 mengandungi produk seperti dibawah iaitu :

  • 3x Alovera Gel
  • 1x Forever Lite Vanila/Chocolate (Pouch)
  • 1x Forever Bee Pollen 
  • 1x Forever Arctic-Sea
  • 9x Stick Foraver Fiber 
  • 1x Panduan Clean9

 

 Alovera Gel :

  • membantu proses detoksifikasi umtuk membuang segala mendapan di usus 
  • membuang toksin, 
  • meningkatkan tenaga dan meningkatkan sistem penghadaman

Forever Lite Ultra:

  • Makanan gentian yang bernutrien seimbang dan mengenyangkan.
  • Kandungan protein yang cukup baik untuk membantu hati menjalankan pembuangan toksin.
  • Membekalkan nutrient yang diperlukan oleh manusia seharian.
  • Mengandungi lebih banyak protein kurang karbohidrat
  • Kandungan asid amino dan GH (growth hormone) yang membantu kulit lebih muda dan melambatkan proses penuaan.

Forever Artic Sea:
  •  Mengandungi EPA dan DHA (Omega 3) dan minyak zaitun (Omega 9) dan vitamin E.
  • Memberi perlindungan dalam mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular , sakit jantung dll.
  • Menyokong fungsi otak, system saraf, dan penglihatan.
  • Mengurangkan keradangan , bengkak dan membantu dalam penyembuhan eczema, reumatisme dan artritis.
  • Mengawal Berat badan dan selera makan.

Bee Pollen:
  • Mempercepatkan kadar metabolism hati
  • Membantu Proses pembakaran lemak dan meningkatkan kerja pembuangan toksin.
  • Amat kaya dengan vitamin B compex
  • Membekalkan nutrient lengkap untuk kulit dan tubuh manusia.
  • Membantu kulit kelihatan lebih sihat dan bersinar. 
 
 Forever Fiber:
  • serat larut air yang membantu rasa kenyang dan seterusnya mengurangkan keinginan untuk makan
"Ke semua produk dalam set Clean 9 Forever Living sudah mampu untuk membekalkan tenaga kepada badan kita selama 9 hari TANPA makan seperti biasa. kita tidak akan terasa lapar sebab khasiat dalam set Clean 9 sudah lengkap untuk badan kita"
 
kat atas tu saya copy paste dari rakan2 yang pernah mengikuti dan saya sendiri hari ini baru mula untuk program C9 ini. untuk pemaham saya begini, kita makan sepanjang tahun, ada satu bulan ramadhan, kita berpuasa, dari segi kesihatan, puasa adalah proses merehatkan perut.  Di masa inilah perut kurang bekerja memproses makanan.  Makanan yang disarankan, adalah makanan berserat tinggi seperti buah kurma.  Jadi, usus mempunyai ruang untuk melakukan proses detox. 
 
Program 9 hari ini hampir menyamai proses puasa. Cuma dalam program ini dibekalkan dengan produk yang menggantikan nutrisi makanan yg diperlukan tubuh. 9 hari ini usus kosong.  pembersihan bermula. Saya samakan ia dengan pembersihan rumah atau ruang pejabat.  jika nak betul-betul bersih, mestilah pastikan ruang kosong agar pembersihan mudah dilakukan.  perabot dan barang-barang dikeluarkan.  
 
begitulah untuk membersihkan usus ketika ia tidak dipenuhi dengan makanan.  Ia bukan sahaja dibersihkan, malahan dilapisi dengan jus aloe yang mampu menghalang toksin bahaya meresap ke tubuh. Detox/ pembersihan ini penting untuk memastikan penyerapan nutrisi secara maksimum dan anda akan terasa kecergasan yang sebagai orang sihat walaupun anda tidak mengambil makanan seperti selalu.  
 
Kemudian, program 30 hari menyusul.  Proses penting ini adalah sambungan program pengurusan badan.  inilah yang dinamakan program secara berperingkat.  Dalam tempoh ini, berat anda mula diturunkan. Dalam program Clean 9, kita tidak perlu makan banyak.  Nutrisi yang penting sudah termasuk dalam produk program.  perut kosong sepanjang hari.  Ini memudahkan nyahtoksin berlaku.  Usus dibersihkan dan disegarkan.  Yalah, nak bersihkan usus lebih mudah tanpa makanan.  
 
selepas 39 hari, berat badan turun secara berperingkat dan sihat.  Anda bleh terus menggunakan aricsea dan aloevera seperti biasa. berat badan anda boleh kekal langsing jika anda sudah terbiasa dengan disiplin 39 hari.  Makanlah secara berhemah.  Jangan terlalu ikut nafsu. 
 
Namun, serius saya cakap, anda sendiri akan terasa cepat kenyang setelah mengambil aloevera dan articsea.  Bee pollen meningkatkan metabolisma... menggalakkan pembakaran kalori berlaku.  manakala vitamin c membakar lemak berlebihan memastikan anda dapat mengekalkan berat badan ideal.
 
saya akan terus berusaha untuk kekal langsing dan sihat. bila sihat kita senang nak beribadat dan tidak rasa sakit dan susah nak melalukan sesuatu perkara.
 
antara testimoni yang dah berjaya dalam program c9 ini.