bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Thursday 23 June 2022

pelan-pelan ajar dia


 hajat hati nak sangat tengok anak-anak boleh hafal al-quran dan bawa kesenangan buat aku di SANA nanti. kira saham akhirat buat aku. tak apa la kan kita merancang Allah yang tentukan semua nya...


semoga Doa aku Allah makbulkan supaya anak-anak semua dapat mengaji dan boleh halaf al-quran dan suka membaca al-quran serta menjadi peneman mereka setiap hari. aku pun pelan-pelan untuk terus istikomah dalam berdamping dengan Al-quran supaya senang aku di sana nanti.



Wednesday 22 June 2022

Anak syurga ibu ngoh

Akhirnya penderitaan adik hani terhapus jua. Ucapan takziah buat adik aku dan adik ipar kerana korang sangat2 penyabar dan sangat kuat dalam menempuhi dugaan ini jika dibandingkan kami yang hanya menerima serpihan sahaja. 


“assalamualaikum semua.. selamat pagi pada jam 10.15 pagi ni  hani dah hembuskan nafas nyer di hospital besut... habis sudah derita hani sepanjang derita sakit kanser dia... alhamdullilah semua ALLAH permudahkan hani gie...” text dari adik kira2 pukul 10.30am 


Teringat masa dapat wasap group keluarga adik bongsu bagitahu yang abah tak ada.. rasa baru berlaku. Ingat semua detik2 tu detik dimana kami semua terkejut dan terkesima dengan berita yang mengejutkan. Berlainan dengan adik hani yang kami semua perlu menerima apa yang bakal berlaku bila2 masa. Adik dibibir mengucapkan redha tetapi di sudut hati luluh dan tiada ungkapan untuk diluah lagi. Kami yang melihat dah rasa sakit sampai ke tulang menerima berita adik hani sakit ini kan pula umi dia yang menanggung rasa sedih yang teramat sangat. 


Untuk yang sekelian kalinya masih aku mahu ungkapkan semoga adik aku tabah dan redha menerima takdir Allah dengan baik. 


Al- Fatihah buat adik hani.

adha suka betul dekat kucing

si adha ni kalau dekat mana-mana pun kalau jumpa kucing suka sangat cuma aku kadang risau sebab kebanyakan kucing jalanan ni banyak penyakit tapi dia selamba je pegang. satu ari tu lepas keluar dari DIY ada la kucing lepak dekat luar tu terus dia pergi dekat. tak sempat aku nak tahan sebab aku nak pastikan dulu sama ada kucing tu ok atau tidak


tengok dari jauh macam bersih kucingnya, so aku biarkan la dia main-main dengan kucing tu. hajat nak jugak beli seekor buat adha tapi tengok keadaan macam mana. si kakak pun suka jugak dekat kucing cuma aku je yang kurang heheheh... aku geli sikit dengan kucing tapi kalau dia datang aku ok je cuma nak pegang peluk-peluk tu aku kurang hehehehe




Tuesday 21 June 2022

cuci mata di Kedai Emas Sri Tanah Merah

ahad lepas aku dan keluarga teman mak mertua dengan kawan dia cuci mata di Kedai Emas Sri Tanah Merah yang terletak di Bandar Baru Bangi. bukan apa cuma cuci mata sementara kawan mak tukar gelang lama kepada gelang baru.

aku ada tengok-tengok gelang dengan cincin dan ada lah yang berkenan jugak tapi dekat situ agak mahal tapi tak ada upah. nanti nak cari dekat Kampung aku, yang pasti aku suka beli dekat orang melayu kita sebab dia tak menipu.. heheheh



hantar kakak

 

sabtu yang lepas aku hantar si kakak ke kedai Angah dia. dia cakap nak cari duit poket untuk dia nak beli apa2 nanti senang. xpela.. ikutkan je dia tu

lepas tu singgah ke DIY beli sikit barang2 rumah dan jajan buat adha..



lunch jumaat 17/06/2022

pada jumaat yang lepas aku bersama 2 rakan baik heheheh... pergi cari makanan untuk lunch. sebenarnya kami dah ada makanan free pegawai bagi tapi nak keluar juga cari makanan. 

ni aku dekat kedai sushi, kedai ni baru bukak dan cantik la ruang dia.. aku dulu memang nak buat ala2 macam ni cafe aku tapi tak kesampaian. aku simpan dulu niat untuk buka balik cafe aku sebab aku kena fokus pada bisnes forever living ni. kena buat satu2 sampai berjaya baru fikir cafe pulak kan... 

harga dekat sini tak ada la mahal dan banyak juga hidangan sushi yang dibuat. ada juga kek dan donut yang menyelerakan.



Monday 20 June 2022

susah nak update blog

semenjak laptop tak ada ni memang susah nak sangat nak update blog. aku jenis tak suka update pakai phone ni. nak jugak pakai pc atau laptop. biasa waktu malam en suami yang konker pc sebab dia ada kerja sambilan dia tu.

 

tengok la macam mana nanti, nak kena beli jugak sebuah untuk aku buat kerja-kerja biz dan update blog aku ni kan.hehehehe

 

Tuesday 14 June 2022

adha demam dan ada ulser

kesian si adha tu dah 2 hari tak ada selera makan sebab ada ulser dekat mulut dia. biasanya memang dia kuat makan sama macam ibu dia. ini satu hari dia tak nak makan sebab takut mulut dia sakit. pagi ahad lalu aku buatkan dia dua kali susu tapi susu tu tak diminum. nampak sangat dia sakit tapi Alhamdulillah dia tak merengek.

lepas zohor pada ahad tu 12/06/2022 aku dengan suami bawak dia ke klinik, doktor cakap demam dia tak kuat dan ulser dia pun ada 1 je. doktor hanya bagi ubat demam dan ubat ulser. lepas jumpa doktor aku gi la beli makanan dia dengan beli ais cream.


 pastu aku singgah la kejap kat kedai beli lap kaki sebab lap kaki kat umah dah uzur sangat, nampak la bahagian mainan tu ada senapang. adha ni suka sangat senapang dengan robot. so aku beli la senapang tu untuk dia semoga hati dia ceria nampak mainan. tapi apa yang aku harapkan meleset, dia pandang je senapang yang aku beli 

hati ibu mana tak risau kalau si anak biasa ceria dan suka bercakap, ni baring je. dah sampai rumah niat nak bagi dia bubur yang aku beli tadi tapi hanya 2 suap je dia makan. pastu dia tak nak, sama jugak dengan ais cream pun dia jamah sikit je. balen aku simpan dalam fridge untuk dia makan kemudian.



Tuesday 7 June 2022

Majlis akikah nayra

Pada 04/06/2022 yang lalu kami sekeluarga pergi ke majlis akikah nayra yang bertempat di dewan berhampiran rumah tokma dia iaitu di Puchong. Comey sangat adik dan waktu majlis dia, dia tidur je dan sangat2 baik tak de nangis atau merengek










Lepas je majlis kami ke taman titiwangsa. Time ni sinadha buat perangai lagi semua belon dia nak suruh beli pastu dah beli dia main tumbuk2 pastu belon tu pecah dia suruh beli lagi. Memang ibu dia hilang sabar ler mcm2 peel tak abis dengan itu dia nak beli belon sabun tu

Sebenarnya aku dah beli siap2 belon sabun tu tapi bateri tak beli pulak. Salah aku sebab tau tengok Betul2 dan menyebab dia melalak nak beli yang baru dah la situ harga boleh tahan la…

Nak cerita lagi ni, bawak jauh2 basikal dia main sekejap je pastu dia buat perangai yang bukan2 tu la… penat ibu nak layan dia sampai ibu lupa nak ambik gambar kat sana huhuhu
Thursday 2 June 2022

Adha tercekik gula2


Kali ni dah 2 kali dia tercekik gula-gula. Masa suben wasap ckp dia tercekek memang dah seriau juga dengar, memang ayah dia mesti jadi mangsa amarah ibu sebab bagi gula-gula macam tu. 


Pastu aku call la ayah dia, dia yang angkat cakap “ibu adik sakit telan gula2” dengan pelat dia tu.. aku pun balas dengan cakap “kenapa adik telan? Kan besar gula-gula tu” dah dia salahkan ayah dia sebab bagi Gula2 pada dia. Tak nak ibu marah dia pandai pusing salahkan ayah dia. Anak oh anak dia punya pandai mcm mana dia boleh fikir spontan suruh ibu marah ayah bukan marah dia… huhuhu


Lepas tu boleh pulak mintak ibu senapang besar padahal dah banyak senapang kat umah. Adha ni jenis tak pandai sayang barang dia tu ibu dia selalu jadi mak kau hijau, ada je idea bagi ibu marah dah la ibu ni garang. Suka agaknya tengok ibu marah2 tu






APA IMPAK ADA 5cc AKTIF VS TIADA 5cc AKTIF

 


Kalau u VIP
Kalau ada 5cc aktif
-u beli barang dapat 30% diskaun
- bonus recap u dpt 30% dari belian your Preferred Customer 
- bonus recap u dpt 5% dari belian your VIP
Kalau takde 5cc aktif
-u beli barang dapat 30% diskaun
- bonus recap u dapat 25% dari belian your PC bawah u


Kalau u SUPER
Kalau ada 5cc aktif
-u beli barang dapat 38% diskaun
- bonus recap u dapat 3% dari belian vip aktif
- bonus recap u dapat 8% dari belian vip tak aktif
- bonus recap u dapat 33% dari belian PC bwh U
Kalau takde 5cc aktif
-u beli barang tetap dapat 38% diskaun
- bonus recap u tetap dapat 33% dari belian your PC bawah U


Kalau u ASSISTANT MANAGER
Kalau u ada 5cc aktif
- u beli barang dapat 43% diskaun
- bonus recap u dapat 5% dari belian super bawah u
- bonus recap u dapat 8% dari belian vip aktif
- bonus recap u dapat 13% dari belian vip tak aktif
- bonus recap u dapat 38% dari belian your PC bawah u


Kalau takde 5cc aktif
-u beli barang dapat 43% diskaun
- bonus recap u dapt 38% dari belian PC bwh U


Kalau u MANAGER
Kalau ada 5cc aktif
-u beki barang dapat 48% diskaun
- bonus recap u dapat 5% dari belian assistant Manager bawah u
- bonus recap u dapat 10% dari belian super bawah u
- bonus recap u dapat 13% dari belian vip aktif
- bonus recap u dapat 18% dari belian vip tak aktif
- bonus recap u dapat 43% dari belian PC bawah U


Kalau takde 5cc aktif
-u beli barang dapat 48% diskaun
- bonus recap u dapat 43% dari belian PC bawah U

PC= preferred customer 
Diskaun 5%
 (Dulu novus diskaun 15%)

Nampak tak *besar beza kalau ada 5cc aktif dengan takde 5cc aktif*

5cc *tak wajib*, kalau tak buat tetap ada bonus recap, tapi kalau ada 5cc aktif, laaagi banyak % company bagi.


Wednesday 1 June 2022

Skincare Untuk Umur 30an & Kulit Kering

 


Forever Living Products memang sudah terkenal dalam penghasilan produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri berasaskan aloe vera sejak hampir 42 tahun. Dengan kehebatan bahan semulajadi ini, ditambah pula dengan kecanggihan teknologi sains kecantikan kulit, Forever Living Products dengan INFINITE by Forever ™ yang direka khas sebagai skincare untuk umur 30an & kulit kering.

INFINITE by Forever™
INFINITE by Forever ™, sistem penjagaan kulit advanced daripada Forever, sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya bagi anda yang sedang mencari skincare untuk umur 30an & kulit kering atau kulit yang sudah menampakkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan, garis halus, kulit kendur & jeragat.

Sekiranya anda berusia 25 tahun keatas, sudah tiba masanya untuk memikirkan tentang menggunakan produk yang memang direka untuk memperlahankan atau meminimumkan penuaan.

Jika penuaan kulit bukan masalah anda, tetapi anda mengalami masalah kulit kering, saya galakkan anda untuk tidak memilih skincare lain selain daripada kehebatan INFINITE by Forever ™.

Skincare revolusioner ini memperkenalkan gabungan formula dan ramuan yang luar biasa yang berfungsi untuk memulihkan keseimbangan kelembapan kulit, merangsang tahap kolagen yang sihat dan mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan.
Ini menjadikan INFINITE by Forever ™ sebagai skincare untuk umur 30an & kulit kering yang sangat hebat.

Semua tahu bahawa aloe vera sangat baik untuk kulit dan INFINITE by Forever ™ telah melangkah lebih jauh dengan menggabungkan aloe vera dengan bahan botani dan kemajuan saintifik terkini yang meningkatkan prestasinya.
Dengan menggunakan bahan kecantikan kulit semulajadi untuk menghapuskan penampilan penuaan pramatang kulit dari dalam dan luar, INFINITE by Forever ™ adalah sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin menambah seri pada kulit mereka.

HYDRATING CLEANSER


Pembersih lembut ini penuh dengan ramuan yang hebat dan alami seperti epal, asid amino epal dan asid lemak koko yang mampu meningkatkan penghidratan kulit dan membersihkan kotoran serta minyak dengan perlahan.

Bahan-bahan ini adalah hypoallergenic, dan formulanya tidak ditambah pewangi tiruan. Ini menjadikannya juga sesuai untuk kulit yang sensitif. Formula yang memperlahankan penuaan kulit ini juga membantu fungsi (skin barrier) kulit anda untuk melawan kekeringan.

Terima kasih kepada asid linoleat dan vitamin E, yang menjadikan pencuci muka ini mampu membersih sambil menyokong lipid kulit dan membantu menyingkirkan kotoran, mengekalkan kelambapan & kelembutan kulit.

Hydrating Cleanser INFINITE by Forever ini adalah pilihan yang sangat baik untuk asas pertama dalam rejim skincare untuk umur 30an & kulit kering dan rutin kecantikan kulit harian anda. Ia membantu menyediakan kulit wajah untuk menerima rutin seterusnya dengan lebih efektif.


INFINITE FIRMING SERUM


Firming Serum mensasarkan tanda-tanda penuaan dan melengkapkan proses semulajadi kulit untuk menambah keanjalan dan mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan. Formula saintifik ini meningkatkan kekuatan aloe vera dengan bahan yang diuji secara klinikal, trifluoracetyl tripepetide-2.

Dalam ujian klinikal, 
bahan ini terbukti mampu meningkatkan keanjalan kulit yang ketara dan dikenali dalam memerangi progerin iaitu protein berbahaya yang bertambah seiring dengan pertambahan usia anda yang menimbulkan masalah kepada kulit anda.

Asid three-amino peptide ini digabungkan dengan natrium hyaluronat hidrolisis, pelembap semulajadi yang menyokong kelembapan dan perapi kulit. Ekstrak yis membantu menyokong sintesis kolagen dan pertahanan kulit semulajadi untuk mengurangkan penampilan tona kulit yang tidak sekata.

Sementara protein whey pula membantu untuk menghidupkan semula kulit dengan meningkatkan kelancaran, keanjalan dan ketebalan kulit.

Formula yang disusun ini adalah impian saintis kulit yang disokong dengan kuasa alam dan kehebatan penemuan kajian makmal untuk membantu anda melihat dan merasai yang terbaik.

Dengan bahan-bahan semulajadi yang kuat dan aloe vera yang dipatenkan oleh Forever Living Products, serum hebat ini berfungsi sebagai pelembab yang membuatkan kulit lebih licin dan anjal dan kelihatan lebih muda.


INFINITE RESTORING CRÈME
Dengan lebih daripada 15 bahan perapi kulit, INFINITE Restoring Crème menyerap dengan cepat untuk membuatkan kulit lebih lembab dan licin. Krim yang mengagumkan ini menggabungkan sains dan aloe vera dengan antioksida botani yang kuat termasuklah acai berry, delima dan vitamin B3 yang membantu memulihkan tona dan tekstur kulit.

Bahan-bahan seperti squalane, ester jojoba, glikolipid dan lilin lebah (beeswax) memiliki sifat pelembab yang penting dan membantu krim ini menjadi lebih mudah diserap. Campuran minyak pati (essential oils) anti-penuaan seperti lavender, petitgrain, basil, kayu putih, eucalyptus dan kulit limau & oren yang menyokong aloe vera untuk menambah dan menyegarkan kulit kering.

Untuk menghebatkan lagi kuasa pelembab INFINITE Restoring Crème ini, Forever Living telah menambah latest chemistry untuk memberikan struktur gula baru yang meningkatkan halangan dan pengekalan lembapan pada kulit.

Sebagai langkah terakhir yang sangat penting dalam rutin skincare untuk umur 30an INFINITE by Forever ™, INFINITE Restoring Crème mengunci semua khasiat daripada bahan-bahan hebat dalam rangkaian produk ini sehingga anda mampu memperlahankan penuaan kulit wajah anda.

Gunakan setiap hari untuk menguatkan penghalang semulajadi kulit, mengatasi kulit kering dan mengurangkan penuaan.

Lengkaplah sudah rutin skincare untuk umur 30an & kulit kering anda. Hanya dengan 3 langkah mudah!

Yes… less is MORE!

Tak perlu produk yang banyak atau rutin penjagaan kulit yang leceh jika anda mahukan kulit yang cantik & sihat. Dan paling penting sekali adalah tak perlulah berbelanja mahal untuk semua ini.

INFINITE by Forever ™ didatangkan khas untuk anda dengan kehebatan kuasa alam semulajadi yang digabungkan dengan kecanggihan sains kecantikan kulit Forever Living Products.




Demam, batuk dan sakit tekak


ce tengok tajuk aku tu memang penangan makan tak beringat... heheheh korang jangan jadi macam aku tau semua benda nak bedal sampai sakit2 ke diri sendiri.


aku kalau dekat opis memang terkenal dengan kaki makan bukan kaki kipas tau hahahaha... entah la memang susah nak tolak makanan cuma bila aku sakit aku memang boleh kurus kalau aku sakit macam demam ke batuk ke atau aku dalam kesedihan memang tak ada selera makan. tapi situasi tu semua memang sukar buat aku sebab aku memang jenis happy go lucky sebab bagi aku hidup kena banyak gembira dan sentiasa positif dalam apa jua keadaan kita kan.


so semalam dan hari ni aku mc, ambik masa nak update blog sebab tak suka baring je kat katil. ni pun tengah fikir kontent untuk youtube, ig dan fb aku... hehehehe walau sakit biz kena jalan jugak.



dan aku ingin mengucapkan selamat tinggal bulan birthday aku dan selamat datang Jun/22