bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Monday 31 May 2010

Janji syahid itu memang benar

Dari email yang saya dapat, Al-Fatihah buat arwah


Assalamualaikum Semua Warga BP,

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah . Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja k ain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.


Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid.

Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; sel ain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.


wassalam

السﻼم عليكم


Rujukan Hadis 1:

Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: ” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan mel ain kan lindungan daripadaNya.

1. Pemimpin yand adil;

2. pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT ;

3. seseorang yang hatinya terpaut pada masjid;

4. 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT;

5. lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah;

6. seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya;

7. dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Hadis Riwayat Muslim

Rujukan Hadis 2:

MENINGGAL DENGAN BERPELUH DI DAHI.

Bur aida h ibnul Hushaib radhiyallahu ‘anhu ketika berada di Khurasan menjenguk saudaranya yang sedang sakit. Didapatkannya saudaranya ini menjelang ajalnya dalam keadaan berkeringat di dahinya. Ia pun berkata, “Allahu Akbar! Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَوْتُ الْمُؤْمِنِ بِعَرَقِ الْجَبِيْنِ

“Meninggalnya seorang mukmin dengan keringat di dahi.” (HR. Ahmad, An-Nasa`i, dll. Sanad An-Nasa`i shahih di atas syarat Al-Bukhari) Rujukan Hadis 3:

MENINGGAL DI JALAN ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA.

Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu menyampaikan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

مَا تَعُدُّوْنَ الشَّهِيْدَ فِيْكُمْ؟ قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَنْ
قُتِلَ فِي سَبِيْلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ. قَالَ: إِنَّ شُهَدَاءَ أُمَّتِي
إِذًا لَقَلِيْلٌ. قَالُوْا: فَمَنْ هُمْ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: مَنْ
قُتِلَ فِي سَبِيْلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ, وَمَنْ مَاتَ فِي سَبِيْلِ اللهِ
فَهُوَ شَهِيْدٌ، وَمَنْ مَاتَ فيِ الطَّاعُوْنَ فَهُوَ شَهِيْدٌ، وَمَنْ
مَاتَ
فِي الْبَطْنِ فَهُوَ شَهِيْدٌ، وَالْغَرِيْقُ شَهِيْدٌ

“Siapa yang terhitung syahid menurut anggapan kalian?” Mereka menjawab, “Wahai Rasulullah, siapa yang terbunuh di jalan Allah maka ia syahid.” Beliau menanggapi, “Kalau begitu, syuhada dari kalangan umatku hanya sedikit.” “Bila demikian, siapakah mereka yang dikatakan mati syahid, wahai Rasulullah?” tanya para sahabat. Beliau menjawab, “Siapa yang terbunuh di jalan Allah maka ia syahid, siapa yang meninggal di jalan Allah maka ia syahid, siapa yang meninggal kerana penyakit tha’un2 maka ia syahid, siapa yang meninggal kerana penyakit perut maka ia syahid, dan siapa yang tenggelam ia syahid.” (HR. Muslim)

Rujukan Hadis 4:

MENINGGAL KERANA PENYAKIT DI PERUT, KERANA TENGGELAM, DAN DITIMPA RUNTUHAN.

berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:


الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ: الْمَطْعُوْنُ وَالْمَبْطُوْنُ وَالْغَرِقُ وَصاَحِبُ
الْهَدْمِ وَالشَّهِيْدُ فِي سَبِيْلِ اللهِ

“Syuhada itu ada lima , yaitu orang yang meninggal kerana penyakit tha’un, orang yang meninggal kerana penyakit perut, orang yang mati tenggelam, orang yang meninggal kerana tertimpa reruntuhan, dan orang yang gugur di jalan Allah.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

Mata siapa yang tidak pernah menangis




Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.


Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.


Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"


Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"


"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"


"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"


Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"


Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"


Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"


"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.


Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.


Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.


Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.


Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"


Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.


"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut


Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"


Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.


"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".


"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"


"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".


"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".


"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"


Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!


Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.


Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.


Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang


Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!


TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!


Wassallam



Friday 28 May 2010

anak-anak ku

Tinggalkan sejenak berita mengenai si adik. tapi tidak bermakna aku terus akan lupakan semua yang terjadi. bila teringatkan si dia aku jadi takut dengan masa depan anak2 aku. adakah aku mampu memberi sepenuhnya perhatian pada mereka?



anak-anak ibu,
kala ibu memarahi diri kalian tidak bermakna ibu membenci kalian. bila kalian besar baru kalian akan tau apa makna nya sebuah kehidupan. kalian akan tau betapa mencabarnya hidup di dunia ini jika tiada arah. kalian akan tau betapa sakitnya kesedihan, petapa hancurnya hati bila kehilangan sesuatu perkara, petapa menyesalnya bila berlaku sesuatu mala petaka.



kala itu ibu mungkin tidak bermaya lagi memarahi diri kalian kerana kalian sudah besar dan boleh berfikir mana baik mana buruk. tapi ibu yakin kalian masih memerlukan ibu dan abah dalam meniti hari-hari yang mendatang. ibu cuma berharap agar kalian menemuai arah dan jalan yang lurus, insyaallah...
Wednesday 26 May 2010

kesedihan yang belum berkesudahan



bila aku dapat berita dari si kakak mengenai status si adik aku rasa lega kerana aku difahamkan adik tidak bersalah tp aku masih ragu2 dengan berita itu. bukan bermaksud tidak percaya tp ada sedikit keraguan pada berita yang disampaikan oleh kakak.

aku harap berita baik yang di sampaikan akan memberi sinar baru pada adik dan memberi senyuman pada mak dan abah yang dah hampir dua minggu demam yang masih belum kebah.

mak,
walaupun apa keputusan dari yang berkuasa kita mesti redha dan terima. aku tau dirimu tidak dapat menerima apa yang telah berlaku. tp mak yang berlaku tetap berlaku, kita tidak mampu menahan kuasa Sang PENCIPTA.

abah,
bangkitlah dari kemurungan. sinari hari2 mu dengan senyuman dan suara parau mu.. anak2 yang lain masih rindu dengan suara itu. jika adik telah melakukan kesalahan kita lah yang menjadi pendorong semangat kepadanya. jika kita lemah dia di sana lg lemah dan sayu. kita masih ada buat dia biarpun kita tidak dapat menerima apa yang berlaku dalam hidup dia cuma dia jer yang tau apa yang telah berlaku.

adik,
walaupun kemarahan akak pada adik tp akak terlalu sayang ikatan persaudaraan kita. jangan lah lepas nie masih ada masalah yang awak lemparkan pada keluarga kita. cukup2 lah apa yang telah terjadi semua ini. jadikan iktibar dengan perkara ini..

akak mu ini akan terus berada disamping mu walaupun berjauhan doa tidak penah putus buat mu adik tapi ingatlah pintu taubat sentiasa terbuka buat mu. akak mu ini jua ada kekurangan dan kelemahan namun berusaha menjadi yang terbaik dari yang baik. biarlah hari-hari yang mendatang membuatkan kita terus kuat dan bersemangat dalam menempuhi kehidupan yang sentiasa mencabar dan tercabar dari akal fikiran kita. yang lepas biarlah lepas jangan kenangkan kerana apabila kita kenang kita akan rasa lemah dan tiada arah.
Monday 24 May 2010

wasiat dari cik nick

alamat, ada wasiat dari cik nick.... mak besarnya wasiat cik nick tp best gak wasiat nie. leh makan ker? ok lah saya jawab soalanya dengan gaya dan

TADAAAA…..(╯▽╰)hihi…ni la wasiat nyer…seekor lembu yag cute…

yeayyy....dpt sek0r lembu...miahahaha *gumbira ker??*

nanti muleh wat sup..nyummy tummy...lalallala


1. Thank & link the person that gave you the cow

trima kasih cik nick coz bg lembu nie, kekah leh ker?


2. Bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active atau7 paling tak active

nak bg kat saper ek (jeng3..)
a)fazyanna
b)elya
c)ina
d)azrai
e)jue
f)eina
g)ira

3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya paling nakal kat dunia blogger ni

ish3... memang nakal betul lah, lembu dia wasiat suh orang jaga


4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv

alamak, i nie klu tengok tv xreti sambil2 coz tengok tv kena concentrate ....

5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan

susah nak makan benda pelik(makan memilih).. hehheheh

6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK

xpenah check (malas)... heheheh


7. Feveret soalan ni…..camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe…kat mana???

heheheh... dah jd hubby.. eeemmm dekat kedai gambar

Friday 14 May 2010

hati seorang kakak

Senak perut aku, hancur hatiku, luluh jantung aku... kenapa semua ini berlaku pada keluarga aku? kenapa??? .....

tut3... tut3...
ada suara serak kedengaran pada corong telefon. bait2 bicara dari orang ditalian membuat pikiran aku dan hati aku jadi tidak keruan, tidak menentu, tiba2 air mata aku jatuh berlinangan. kenapa? kenapa???? tiba-tiba pikiran aku teringat pada mereka. apakah perasaan mereka? boleh kah mereka menerima semua perkara nie? Ya Allah.. kuat kan hati mereka kuat kan juga hati ku.

adik,
mana akal dan fikiran mu? kenapa ikut hati sedangkan kau tau ikut hati akan mati? kenapa ikut rasa yang memang terang-terangan akan binasa? kanapa ikut nafsu yang kau akan lesu? kenape? kenape? kenapa?...

Insaflah wahai adik ku. kau akan merasa saat sunyi, saat sepi, saat dimana kau akan merasa ruginya hidup yang tiada arah. tidak kah kau nampak muka-muka sedih mak dan abah? bila kakakmu ini tanya tidak kah ada setitik kekesalan pada diri mu. jawapan kau membuat kan diriku tertanya-tanya, kau menyesal tapi kau tidak mampu menahan nafsu kedegilan mu. berfikir aku sejenak adakah anak2 remaja zaman sekarang sudah tiada otak untuk berfikir walaupun mereka berpelajaran tinggi?

aku menatap wajah sayu si adik. dia cuma mampu menangis dan termenung memikirkan masa depan nya yang sama ada masih bersinar atau sudah gelap gelita. aku memandang tepat wajah adik ku yang aku sendiri tidak tau adakah aku marah, adakah aku kesian atau pun aku tidak mempunyai perasaan lagi ketika ini.

mak,
ampuni lah dosa adik. peluk lah tubuh adik kerana dia memerlukan belaian seorang ibu. maafkan dirinya diatas apa yang telah dia lakukan. setiap apa yang berlaku mesti ada hikmah disebaliknya. mudah-mudahan dia akan mendapat keinsafan dari Yang Satu.

abah,
janganlah membenci adik lagi. maafkan dia kerana dia masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar mu. dia jua adalah antara lambang cinta mu bersama ibu. mungkin kedegilan dia akan memberi kekuatan yang abah tidak tau apa yang DIA mahu sampaikan pada abah.

aku juga berharap apabila dia berada di rumah besi yang terlalu ramai penghuni yang senasib dengannya akan menunjukkan jalan yang lurus dan memberi keinsafan pada dirinya.

hukuman masih belum dijatuhkan pada adik tapi aku tau apa hukumannya. aku tau berapa sebatan nya. aku jua tau lama mana dia akan berada di rumah barunya. adakah dia mampu berada di sana berbulan-bulan, bertahun-tahun? dia sendiri yang akan tentukan dan dia mesti laluinya kerana dia yang melakukan semua kesalahan itu.. Ya Allah tabahkan lah hati adik.

sesungguhnya aku sudah tidak dapat berpikir apa2 lg tentang adik. bila aku kenangkan nasibnya air mata aku seolah-olah tau apa yang patut dilakukan iaitu mengalirkan air mata. di suatu masa nanti aku berdoa agar dia akan menjadi insan berguna dan soleh.. Amin.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgFWqfCTJUfHAEavCZJ5ug8PDJg3sa47h2Oe4WxNceGKbiTDUbGq_eu87jbA3ehaX3fUBPNwqAJTRZ_sU1ZPf0yhpclsxm9hEIawaDfwMSOUT7632E3PlEU-l8XO57DcNSvnH0UdOItjZZy/s400/nod.jpg

(hasil nukilan... yusrh79)

kad hari ibu (09.05.2010)

dari ari tu lg nak tulis entry nie tp xde masa. so skarang nie aku nak kongsi sama2 ngan kawan2 yang aku dapat kad hari ibu dari jantung hati aku ( anak sulung aku )...

Awal pg kira-kira dalam pukul 6.20am aku dikejutkan oleh satu lembaga. aku pun perlahan2 membuka mata aku yang memang berat sangat nak buka. tiba2 lembaga tu hilang dari pandangan (maklumlah aku nie rabun). bila aku dapati tiada apa2 yang mencurigakan aku terus merapatkan mata aku yang memang tunggu masa utk lelap.

pukul 6.45am aku dikejutkan oleh deringan jam yang membingitkan suasana pagi. aku dengan wajah sugul dan tidak bermaya terus pergi ke bilik air. selesai ke bilik air aku terus menunaikan kewajipan kepada yang Esa.

Selesai solat aku berbaring di katil yang empuk tiba2 aku terpandangkan sesuatu yang tidak pernah aku lihat. terkejutnya aku bukan kepalang apabila anak mata ku memandang kepada sesuatu yang menjadi teka-teki kepada aku.

kawan2 nak tau ker apa benda yang memeranjatkan aku? kawan2 tengok lah ....

Menitis air mata aku bila melihat 2 keping kad di meja sisi katil ku. Ya Allah bahagianya aku mendapat seorang anak yang mengingati diri aku sebagai seorang insan yang bergelar ibu. Terima kasih along kerana memberi sesuatu yang amat bermakna dalam hidup aku. ini lah kali pertama aku mendapat kad hari ibu dari anak ibu. akan ibu simpan sampai bila2.

kegembiraan ini aku kongsi pada orang tersayang (hubby). semoga aku dan keluarga akan bahagia sehingga akhirnya... amin
Sunday 9 May 2010

selamat hari ibu 09/05/2010

selamat hari ibu buat diri ku sendiri, semoga hari2 yang mendatang walaupun banyak dugaan akan aku tempuh dengan keyakinan dan kesabaran sebagai seorang ibu yang terlalu menyayangi anak2 nya dengan penuh kasih sayang serta harapan semoga suatu hari kelak mereka akan jadi seorang hamba dan anak yang soleh dan solehah.. amin





di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari ibu buat ibu tersayang (rodia bt abu yani) semoga mak akan sentiasa sihat, awet muda dan bahagia di samping abah dan anak2 yang menyayangi mu.. diri mu memang tiada bandingannya, pengorbanan diri mu melahirkan aku adik beradik akan kami kenang walaupun aku sendiri telah menjadi seorang ibu. aku xmampu menjadi sebaik dan setabah mu... mak, yus rindukan mu..















buat ibu mertua ku.. kau adalah seorang insan yang terlalu cekal dan tabah dalam membesarkan anak2 mu.. aku akan selalu menyayangi diri mu sebagaimana aku menyayangi ibu ku sendiri.. semoga Allah mempermudahkan kehidupan mu.
Saturday 8 May 2010

Award from Elya


thanks elya coz sudi bg award pada akak.. cantik sangat, nnti akak gantung pada dinding blog nie yea..

n macam biasa award nie yus sampaikan pada jeng3... nak gi terjah member yang akan di tag..

Guna lappy baru

aku dah snap lappy baru aku nie.. skarang nie pun tengah pakai lappy from hubby nie. layan ler lappy baru aku nie sebelum kepam.. hheheheheh.ok x? ok lah kan.... for lappy, hope u dapat menemani aku selalu tanpa ada apa2 masalah...
Friday 7 May 2010

My birthday 07.05.2010

heppi birthday to me...



nie lah hadiah yg hubby bg kat aku. tq hubby, sayang awak... bukan sebab awak bg hadiah tau tp memang selama nie yus memang sayang awak. tp hubby hari nie ada kursus sampai hari ahad so xde makan2 huuhuhuhuhu...

selamat datang lappy ku.. suka sungguh bila diri mu aku miliki tp bukan dirimu yang pertama (hubby yang 1st).

malas nak snap pic yang real so ambik kat mr google ler... tengah hari tadi makan kat johnny jusco seremban kawan aku belanjer sempena birthday aku. sori lah aku xsnap pun coz aku nie memang kurang bergambar skit.

" Semoga aku aku jd insan yang solehah.. amin"
Tuesday 4 May 2010

SUASANA MENGGERUNKAN PADA HARI DIBANGKITKAN

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra. bapa
saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:


"Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur
(bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada
hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi nabi
keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik.
Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika
mereka bangkit dari kubur.. mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada
di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: "Kami bersaksi bahawa
tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu
Rasulullah. Inilah yang! telah dijanjikan oleh Allah Taala serta
dibenarkan oleh para rasul." Ibnu Abbas ra berkata: "Orang yang pertama
dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan
datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa
bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya
pakaian pakaian syurga."

Jibril as akan menyeru: "Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?"

Bumi akan berkata: "Sesungguhnya Tuhanku telah menjadikan aku hancur.
Telah hilang segala lingkaran.. tanda dan gunung ganangku. Aku tidak tahu
dimana kubur Muhammad SAW."

Rasulullah SAW bersabda: "Lalu diangkatkan tiang tiang dari cahaya dari
kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka empat malaikat berada di atas
kubur."

Israfil bersuara: "Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!"

Maka kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula.. kubur mula
terbongkar. Pada seruan yang ketiga. ketika Rasulullah SAW berd! iri..
baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW.
Baginda SAW melihat kanan dan kiri.. Baginda SAW dapati.. tiada lagi
bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.


Jibril as berkata kepadanya: "Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di
sisi Allah Taala di tempat yang luas."

Baginda SAW bertanya "Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?"

Jibril as menjawab: "Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari
kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan
Allah Taala."

Baginda SAW bersabda: "Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!"

Jibril as berkata: "Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?"

Baginda SAW bersabda: "Bukan seperti itu pertanyaanku."

Jibril as berkata: "Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang
terpacak di atasmu?"

Baginda SAW bersabda: "Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya
kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?"
Jibril as berkata: "Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh
bumi daripada manusia sebelummu?"

Baginda SAW bersabda: "Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini.
Aku akan mensyafaatkan umatku."

Jibril as berkata kepada baginda SAW: "Tungganglah Buraq ini wahai
Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!"

Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba
meronta ronta. Jibril as berkata kepadanya: "Wahai Buraq! Adakah kamu
tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala?
Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?"

Buraq berkata: "Aku tahu semua itu. Akan tetapi.. aku ingin dia
mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya
Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang
belum pernah terjadi sebelum ini."


Baginda SAW bersabda kepada Buraq: "Ya! Sekiranya kamu berhajatkan
syafaatku nescaya aku memberi syafaat kepadamu."

Setelah berpuas hati.. Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu
dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi
Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih..
malaikat Israfil as menyeru: "Wahai tubuh tubuh yang telah hancur.. tulang
tulang yang telah reput.. rambut rambut yang bertaburan dan urat urat yang
terputus putus! Bangkitlah kamu dari perut burung.. dari perut binatang
buas.. dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha
Perkasa.

Roh roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada
beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh akan didudukkan
berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari
lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki.
Daripadanya terbinalah tulang tulang. Urat urat memanjang. Daging kulit
dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian
tubuh tanpa roh.

Allah Taala berfirman: "Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala
tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian
mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka
adalah golongan yang celaka dan derita."

Malaikat Israfil as menjerit: "Wahai roh roh yang telah hancur. Kembalilah
kamu kepada tubuh tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan
Tuhan semesta alam."

Allah Taala berfirman: "Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan
setiap roh pada tubuh tubuhnya!"

Apabila roh roh mendengar sumpah Allah Taala.. roh roh pun keluar untuk
mencari jasad mereka. Maka kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula
terbongkar dan mengeluarkan jasad jasad mereka. Apabila semuanya sedia..
masing masing melihat.

Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis.. melihat makhluk makhluk.
Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan.. 70 umat berdiri. Umat
Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kum! pulan). Nabi SAW berhenti
memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.

Jibril as menyeru: "Wahai sekalian makhluk.. datanglah kamu semua ke
tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala."

Umat umat datang di dalam keadaan satu satu kumpulan. Setiap kali Nabi
Muhammad SAW berjumpa satu umat.. baginda SAW akan bertanya: "Di mana
umatku?"

Jibril as berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir."

Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!" Maka nabi Isa as
dan Jibril as menangis.

Nabi Muhammad SAW berkata: "Mengapa kamu berdua menangis."

Jibril as berkata: "Bagaimana keadaan umatmu.. Muhammad?"

Nabi Muhammad bertanya: "Di mana umatku?"

Jibril as berkata: "Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan
perlahan."

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu
bertanya: "Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?"

Jibril as berkata: "Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!"

Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka.. mereka gembira dan mengucapkan
selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya.
Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga
gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa.
Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil
menyeru: "Wahai Muhammad!."

Air mata mereka mengalir di pipi. Orang orang zalim memikul kezaliman
mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai umatku." Mereka berkumpul di
sisinya. Umat umatnya menangis.

Ketika mereka di dalam keadaan demikian.. terdengar dari arah Allah Taala
seruan yang menyeru: "Di mana Jibril?" Jibril as berkata: "Jibril di
hadapan Allah.. Tuhan semesta alam."

Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang
tersembunyi: "Di mana umat Muhammad SAW?"

Jibril as berkata: "Mereka adalah sebaik ! umat."

Allah Taala berfirman: "Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad
SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu."

Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: "Wahai Muhammad!
Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala."

Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: "Sesungguhnya
kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala."

Orang orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab
Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala
memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman:
"Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik baik kepadaKu tuduhan apa apa yang
telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!"

Hamba hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: "Hari ini.. Kami
akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari
ini.. Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu! . Dan.. Aku akan
mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu.. Wahai Jibril! Pergi ke arah
Malik.. penjaga neraka! Katakanlah kepadanya... bawakan Jahanam!"

Jibril pergi berjumpa Malik.. penjaga neraka lalu berkata: "Wahai Malik!
Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam."

Malik bertanya: "Apakah hari ini?"

Jibril menjawab: "Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan
untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan."

Malik berkata: "Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan
makhluk?"

Jibril menjawab: "Ya!"

Malik bertanya: "Di mana Muhammad dan umatnya?"

Jibril berkata: "Di hadapan Allah Taala!"

Malik bertanya lagi: "Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap
kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka
semua adalah umat yang lemah?"

Jibril berkata: "Aku tidak tahu!"

Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan.
Neraka berdiri di atas tiang tiangnya. Neraka mempunyai tiang tiang yang
keras.. kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang
dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).


Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih.
Kanak kanak mula beruban rambut. Ibu ibu yang memikul anaknya mencampakkan
mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.


Wallahu'alam

Keberkatan surah al-ikhlas

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan
keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka
akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum Masuk Ke Rumah


Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah
dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah
dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir
solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,
seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka
yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya
menjawab salam malaikat itu.



Ketika Sakit


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu
sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya,
akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan
sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan
dalam Tadzikaratul Qurthuby).


Khatam al-Quran


Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara
kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari
sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya
mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.. Saiyidina Ummar bersuara kepada
Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa
yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya
sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.


Pahala Membacanya


Berkata Ibnu Abbas r.a.. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW)
israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu
sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang
sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah
Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada
orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya
Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu
tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap
malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.


Nota


Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu
ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam
itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:

(1) Sedekah/amal jariahnya,
(2) Doa anak-anaknya yang soleh dan
(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain..

…Wallahu a’lam