Tiktok Mekyuhhh

Showing posts with label iSu sEMasA. Show all posts
Showing posts with label iSu sEMasA. Show all posts
Monday, 6 October 2025

Ryt Bank – Bank Digital Baru Guna AI, Serius Best Ke?

Hai korang! Hari ni saya nak share satu benda menarik yang tengah viral — Ryt Bank.

Mula-mula saya pun blur, ingatkan nama orang ke apa. Rupanya ni bank digital baru kat Malaysia yang katanya guna AI untuk bantu urus kewangan harian kita. Bila dah ramai share kat TikTok, saya pun gatal tangan la nak try buka akaun. Sekali… eh, best jugak weh!




Apa yang best sangat pasal Ryt Bank ni?
Bila saya guna sendiri, saya perasan beberapa benda yang buat dia lain daripada bank lain.


Semua guna aplikasi je - Tak payah pergi kaunter, tak payah isi borang panjang. Daftar pun dalam beberapa minit je, guna IC dan pengesahan muka (macam selfie)

 

Ada “Ryt AI” – pembantu pintar. Ni part paling menarik. korang boleh cakap atau taip je macam cakap dengan kawan. Contohnya: “Ryt, tolong transfer RM20 ke akaun Aina.” Terus siap! Rasa macam ada assistant sendiri dalam phone.

 

Faedah tinggi, siap boleh keluarkan bila-bila - Ryt Bank bagi faedah simpanan sampai 4% setahun, dan boleh keluar duit bila-bila tanpa sekat. Promosi ni tengah jalan sekarang, so memang untung kalau buka akaun awal.

 

Kad debit digital pun ada. Boleh guna untuk shopping online atau luar negara. Siap ada cashback untuk perbelanjaan tertentu.

 

Ada “Ryt PayLater” untuk beli sekarang, bayar kemudian Tapi haaa… yang ni kena guna berhemah ya. Kalau pandai guna, memang membantu. Tapi kalau ikut nafsu, boleh sakit kepala bayar hujung bulan Tapi ada juga benda yang kena tahu Biasalah, sistem baru mesti ada “budak baru belajar” dia. Kadang AI dia blur kalau arahan kita pelik sangat. Tapi saya perasan, makin lama makin bijak — sebab dia belajar dari cara kita guna. Dan kalau nak guna PayLater tu, baca betul-betul terma dia. Jangan main tekan je sebab nampak senang.



 

Kesimpulan & Pandangan saya.

Secara jujurnya, saya suka vibe Ryt Bank ni. Moden, senang, tak serabut. Cuma dia masih baru, so jangan la letak semua duit kat situ terus. Cuba dulu, tengok sesuai ke tak dengan gaya hidup kita.

Bagi saya, Ryt Bank ni sesuai untuk orang yang suka benda cepat dan ringkas — tak perlu beratur, tak perlu tunggu giliran.Kalau korang jenis suka explore benda baru, memang wajib try. Mana tahu lepas ni Ryt AI boleh bantu bajet dapur korang terus.

Nak Cuba Guna Ryt Bank?

Kalau korang pun nak rasa pengalaman guna bank digital dengan AI ni, boleh klik link ni untuk buka akaun Ryt Bank 👇

👉 Klik sini untuk daftar Ryt Bank dan claim bonus pertama korang!
 

saya letak link invite saya— kalau korang guna link ni, dua-dua dapat reward tau.Tak rugi pun cuba - at least korang boleh tengok sendiri apa yang lain sangat pasal bank ni

Tuesday, 22 November 2022

PRU 15

sabtu yang lepas kita semua diberi mandat untuk memilih siapa yang akan menerajui Malaysia bagi penggal 5 tahun akan datang ini. tetapi saingan sangat sengit kerana tiada parti yang berjaya mendapat majoriti yang tinggi iaitu 112 kerusi at list untuk membentuk kerajaan.

pastu isnin tak cuti kerana masih tergantung  kerana mereka perlu bergabung parti untuk membina kerajaan Malaysia. aku sebagai rakyat merhain sangat-sangat berharap Allah bantu kami dengan memberi mandat kepada mereka yang benar-benar ikhlas memimpin negara dengan adil dan saksama. semoga Islam di Malaysia tetap utuh. 

parti-parti yang sebelum ni gah dengan pemerintahan yang kuku besi atau menindas rakyat telah kalah dan menjadi iktibar kepada mereka untuk istikomah dalam memimpin supaya lebih ikhlas dalam menerajui negara kelak jika mereka memang dimasa akan datang nanti.

oleh kerana isnin 21/11/2022 tidak cuti so aku terpaksa EL sebab buat pandai-pandai sendiri kata isnin tu aku cuti... hahahaha padan muka kau yus. aku pulang ke Seremban pada isnin pagi kerana hari ni aku kerja... huhuhuhu

sementara menunggu dengan debaran pada pukul 2.00 pm ni aku serta majoriti rakyat Malaysia berdoa agar PM ke 10 ini dapat membentuk Kerajaan yang adil, berilmu, berpegang teguh kepada Agama Islam dan sentiasa mengutamakan rakyat dalam melakukan sesuatu perkara... amin



Monday, 18 April 2022

Kes Adik Bella Didera: Pelaku Melampau


sekarang ni sana sini bercerita pasal kes adik bella tu, aku semasa baca rasa sangat sedih dan sayu. tergamak si pelaku buat macam tu. tak ada langsung belas kesian, macam binatang dah perwatakan kau. sakit betul ati aku bila teringat pelaku ni, kau dah la perempuan mana rasa kasih dan belas kau yea.. baca la petikan daripada web https://ikram.org.my/adik-bella-didera/

aku cnp untuk memudahkan korang membaca di blog aku je.. kepada si pelaku aku berharap sangat kau dapat hukuman yang setimpal

Tentunya perit kita mendengar satu persatu pendedahan yang dibuat oleh saksi dalam kes adik Bella didera. Dari tahun lalu, isu ini hangat diperkatakan. Namun, pelaku yang zalim lagi kejam itu masih belum dikenakan tindakan hukuman.

Suara-suara kita memperjuangkan isu adik Bella didera ini, #JusticeForBella perlu diteruskan. Sejak 2021 lagi rakyat sudah didedahkan bahawa NGO Rumah Bonda itu tidak berlesen apatah lagi beraudit. 

 Terdahulu, saya pernah membangkitkan isu ini melalui penulisan bertajuk ‘Adik Bella, OKU dan kita’ di https://ikram.org.my/adik-bella-oku-dan-kita/, seharusnya pihak berwajib peduli dan segerakan tindakan kepada si pelaku.

 

Bukan penderaan biasa

 “Tak sanggup nak baca satu persatu. Sedangkan kita kalau terpercik air panas sikit pun dah terasa sakit nya. Allahu Akbar, tak terbayang betapa seksanya sepanjang adik Bella didera. Sampai hati si pelaku. Dalam kalangan binatang, tidak ada manusia di situ tetapi dalam kalangan manusia, terdapat syaitan di situ,” kata Azliza melalui sebuah komentar berkaitan isu adik Bella ini.

 

Majoriti netizen sependapat mendoakan agar isu adik Bella didera ini terus diperjuangkan hingga pelakunya dikenakan hukuman yang sangat berat.

 

“Semoga pelakunya mendapat seberat-berat hukuman. Bukan manusia dah ni,” kata Wan Rosli.

 

Mdm Yui pula berkata; maka celakalah tangan-tangan yang berbuat kejahatan dan kezaliman! Semoga pelakunya mendapat hukuman selayaknya.

 

“Memang zalim! Nauzubillah, apa dalam kepala masa buat semua tu? Kepuasan? Keseronokan? Sebak baca. Moga terbela kes adik Bella.”

 

Selain itu, CEO The Content Success, Khairul Hakimin Muhammad menegaskan agar terus berjuang sampai menang kes adik Bella ini.

“Jangan pernah lupa setiap hari kita sedang perjuangkan anak ini.”

 

Sebagaimana yang didedahkan saksi, sebanyak 18 jenis deraan yang terpaksa dihadapi oleh adik Bella. Itu baru 18 yang didedahkan. Apa lagi yang masih belum terluah oleh saksi terhadap kes adik Bella ini?

 

Jangan pula di pihak pelaku mengenakan apa-apa ugutan terhadap saksi selepas mereka meluahkan semua atau sebahagian itu di mahkamah.

 

Memang tidak terungkap betapa azab yang terpaksa diharungi oleh seorang Bella yang tidak berdosa dengan segala pendedahan yang dibuat oleh saksi tersebut. Seakan langsung tiada peri kemanusiaannya. Zalim, kejam!

 

Sebagaimana yang dilaporkan Sinar Harian pada tajuk ‘Saya gigit Bella sebab Siti Bainun suruh’ – Saksi’, inilah senarai 18 jenis penderaan yang dialami oleh adik Bella mengikut saksi :

 

  1. Dipukul dengan hanger sehingga patah.
  2. Dikurung dalam bilik dan tidak dibenarkan bermain dengan kawan-kawan lain.
  3. Dikurung dalam laundry room yang kecil dan penuh dengan barang stor.
  4. Dipaksa berdiri hadap dinding dari jam 8 pagi hingga penghuni masuk tidur.
  5. Disimbah air panas dengan kerap, termasuk tempat luka dan nanah. Hukuman air panas ni hukuman paling banyak Bella kena.
  6. Diikat tangan, kaki dan ditutup mulut.
  7. Ditelanjangkan.
  8. Dipaksa makan najis sendiri. Bella makan kerana takut diseksa, tapi muntah dan dipaksa makan lagi.
  9. Menekap kuali panas pada peha Bella.
  10. Dipaksa bersihkan tandas. Jika dia tidak puas hati, pemanas air dipasang pada suhu maksima sebelum disiram pada Bella.
  11. Tangan diikat dan direndam dalam baldi air panas yang dicampur Dettol dan garam. 
  12. Diberi makanan lebihan penghuni lain atau nasi kosong digaul dengan cili kisar.
  13. Ditenyeh mata, mulut dan luka dengan cili kering. 
  14. Diikat dan tendang diperut oleh OKT. Selepas itu disiram air panas dan ditenyeh cili kering di mata dan luka. 
  15. Dipukul dengan batang penyapu atau penyodok sampai patah.
  16. Dipijak di bahagian lutut oleh OKT.
  17. Dipukul dan ditolak kepala.
  18. Digigit perut oleh penghuni lain atas arahan OKT.

 

Di mana rasa kemanusiaannya jika semua deraan itu dilakukan kepada adik Bella?

 

Percanggahan kepentingan

 

Dalam perkembangan berkaitan, Senator Ras Adiba Radzi menerusi hantaran Facebooknya berkata:

 

“Saya menyokong penuh memorandum yang mengesyorkan untuk menamatkan lantikan Syed Azmi Alhabshi sebagai Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Ahli Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN).”

 

Tambahnya, perkara ini beliau akan bawa kepada perhatian terus YAB Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang).

 

“Percanggahan kepentingan ini berlaku apabila Penasihat MBKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pemegang Amanah YKN juga merupakan Pengasas Bersama Pusat Perlindungan Rumah Bonda NGO, di mana Bella ditempatkan.”

 

Ras Adiba turut berkata, ini jelas menunjukkan terdapat isu integriti dan percanggahan kepentingan (conflict of interest).

 

Memetik kata Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM, Prof. Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar:

 

“Saya mengikuti kes Bella dengan rapat dan melalui input perundangan yang diberi oleh Exco Undang-undang WAFIQ, saudari Fatihah Jamhari.”

 

Dari sudut perubatan, sememangnya beliau merasa amat terkesan dengan penyeksaan yang dilakukan ke atas anak sindrom Down yang tidak berdaya seperti Bella (bahkan keganasan ke atas mana-mana kanak-kanak adalah sangat kejam). 

 

“Kini butiran yang lebih terperinci didedahkan di mahkamah.”

 

Justeru itu, beliau menzahirkan sokongan kepada petisyen penamatan lantikan (klik https://bit.ly/tamat-lantikan untuk isi petisyen), kerana ternyata ada isu integriti dan percanggahan kepentingan (conflict of interest) apabila Penasihat MBKK WPKL dan Pemegang Amanah YKN adalah juga merupakan Pengasas Bersama Pusat Perlindungan Rumah Bonda di mana Bella ditempatkan.

 

“Keberadaan beliau dalam posisi di atas umpama prinsip menegakkan keadilan dan hak kanak-kanak seakan-akan goyah dan terpilih,” tegasnya.

 

Dalam pada itu, Rafidah Hanim yang juga Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa untuk Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) mengucapkan terima kasih kepada Puan Mona Din dan sahabat-sahabat beliau yang memastikan perjuangan #JusticeForBella kekal sehingga Bella mendapat keadilan yang sewajarnya.

 

Peduli kes Bella

 

Isu adik Bella ini perlu diberi keutamaan oleh pemimpin negara terutamanya Perdana Menteri seterusnya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

 

Kita tidak perlukan tragedi lebih teruk lagi daripada azab didera yang adik Bella lalui ini. Ia bukan isu kecil untuk tidak dipandang atau dipeduli, tetapi ia perlu diangkat agar nasib rakyat terbela tanpa prejudis walau siapa pun mereka.

 

Seperti memetik kata-kata penceramah motivasi, Mohd Sukur Ibrahim:

“Sebagai warga OKU, jiwa saya sakit dengan isu jijik ini. Saya struggle sebagai OKU untuk berada dalam masyarakat. Tapi segelintir golongan jijik ni membuatkan jiwa saya dirobek. Ini yang dilaporkan. Berapa banyak kes yang tidak dilaporkan?” soalnya tegas.

 

Justeru menurutnya, kes ini perlu mendapat perhatian agar dijadikan pengajaran, pedoman dan contoh kepada umum agar pelaku lain yang membuat perbuatan jijik ini insaf, takut dan bertaubat atau berdepan dengan hukuman dunia.

 

“Kalaulah pelaku  terlepas, makanya ‘ke laut dalam’ lagilah nasib OKU,” tegasnya.

 

Pada bulan mulia ini, mari kita teruskan berdoa agar keadilan ditegakkan dalam kes adik Bella didera dan si pelaku kezaliman ini dan segala pelaku kezaliman di negara ini segera diberikan pengajaran, dikenakan tindakan dan hukuman
Monday, 21 March 2022

'Erma beritahu dia risau'

keluar pulak statment ni. aku cnp je senang korang nak baca benda viral dah ada dekat blog aku.. hehehe

farihad@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Kontroversi rakaman video 'teaser' drama Perempuan Itu yang menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen sejak beberapa hari lalu, berpanjangan apabila pelbagai pendedahan dibuat di sebalik insiden itu.

Antara mereka yang turut bersuara adalah pelakon tersohor, Datin Seri Umie Aida yang meluahkan pendapatnya dalam media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Umie yang juga adik Erma Fatima, iaitu penerbit drama rantaian terbabit, mempersoal tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang mengeluarkan video babak 'panas' lakonan Zul dan Siti Hariesa yang diakui tidak mendapat keizinan penerbit untuk dikongsi kepada khalayak.

"Dari awal lagi Erma meluahkan rasa risau apabila melihat 'footage' cerita ini. Erma cakap babak yang dirakam terlalu berani.

"Saya sempat berpesan kepadanya iaitu sebagai produser, dia kena tegas dan maklumkan kepada produksi supaya membuat penggambaran atas landasan dibenarkan.

"Lebih mengecewakan apabila ada pihak sanggup keluarkan 'footage' yang Erma memang hendak buang daripada penyunting tanpa keizinannya dan berkongsi di IG.

"Apa motif mereka keluarkan babak yang belum disunting dan teruja untuk berkongsi babak yang kurang indah itu di media sosial demi viral?" luah pelakon filem Embun ini panjang lebar.

Disebabkan isu terbabit ada kaitan dengan soal moral apabila babak panas yang dipaparkan dianggap keterlaluan hingga ditegur seorang Menteri Kabinet, Umie menggesa pihak terbabit mengambil tanggungjawab atas kontroversi itu.

"Dalam isu ini, beberapa pihak yang terbabit harus ke depan dan jelaskan kenapa babak terbabit jadi sampai tahap begitu? Sayangnya apabila ada pihak tak bertanggungjawab dalam tugas yang diberi mengikut landasan dibenarkan.

"Antara skrip dan interpretasi pengarah berbeza. Lakon layar dibuat pengarah, bukannya penulis skrip atau penerbit.

"Sebagai pelakon wajar menolak lakon layar yang di luar kewarasan. Semoga jadi pengajaran buat kita semua," kata pemenang trofi Aktres Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) sebanyak dua kali ini.

Kontroversi tercetus apabila pelakon utama drama Perempuan Itu, Zul Ariffin memuat naik video yang memaparkan dia melakonkan babak agak sensual berganding dengan heroin drama itu, Siti Hariesa di Instagram (IG).

Dalam babak itu, Zul dilihat membuka baju sebelum mendukung pelakon baharu itu.

Turut dipaparkan adalah adegan menyuap krim putar antara kedua-dua pelakon itu. Aktor itu kemudian bertindak memadam entri berkenaan selepas dikecam netizen.

Selain Zul dan Siti Hariesa, drama 30 episod ini dibintangi Mimi Lana, Emma Manan, Amar Asyraf, Amir Ahnaf,

Erysha Emirates dan Iqbal Zulkefli.

Drama Perempuan Itu mendapat sentuhan dua sutradara iaitu Isma Yusof dan Ain Sharif.

© New Straits Times Press (M) Bhd

 

Saturday, 19 March 2022

Klip adegan panas Zul Ariffin: Melampaui batas dan perlu ditegur

apa lagi abang zul ni? buat hal la... korang baca la petikan dibawah ni.huhuhu


PUTRAJAYA: Sedutan klip video adegan ‘panas’ dikongsi pelakon, Zul Ariffin turut ditegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Idris menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, beliau akui kecewa dengan paparan klip video ‘teaser’ drama Perempuan yang dikongsi pelakon itu. 

Menurutnya, beliau menyifatkan paparan itu sebagai melampaui batas dan ia perlu ditegur. 

“Saya akan menghubungi pihak yang terbabit untuk mendapatkan nasihat supaya perkara ini boleh ditegah dan diubah dengan hikmah. 

“Hela nafas panjang saya apabila sebuah drama yang ditular untuk ditayangkan dalam bulan yang sepatutnya ditunggu oleh seluruh manusia yang beriman bagi mengejar taqwa, namun, seolah dicemari dengan kegusaran yang saya kira melampaui batas yang perlu ditegur,” katanya. 

Katanya, hiburan tidak dihalang dalam Islam, namun, tatacara hiburan dalam Islam pastinya terdapat disiplin yang tegas, apatah lagi ia melibatkan ikhtilat yang berlebihan dengan adegan yang ternyata mengundang maksiat. 

Idris berkata, industri hiburan di Malaysia ini bukanlah perkara yang ingin beliau ingin halangi. 

“Tetapi jika ia mencemarkan fitrah dalam agama, saya tidak boleh membiarkan ia berlaku tanpa dinasihati. 

“Pada masa sama, saya menyeru kepada seluruh umat Islam, tidak kira usia dan kedudukan, untuk bersiap menghadapi Ramadan yang menjanjikan sejuta hikmah oleh Allah SWT. “Jauhi perkara mendekatkan kita dengan maksiat, agar Ramadan kita tidak tercalar dan cacat cela,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tuesday, 8 March 2022

Polis bentang laporan awal kematian Tangmo Nida... Masih cari bukti yang didakwa sempat dibuang ke sungai


Kehangatan isu pelakon Thailand yang meninggal menjadi banyak spekulasi dan iktibar dari segi  keluarga, rakan-rakan dan netizen. disini saya simpulkan bahawa walau apa jua perkara yang berlaku kita sentasa mohon pada Allah untuk lindungi kita dan keluarga... InsyaAllah

jom kita baca petikan daripada Mystar

KEMATIAN pelakon Tangmo Nida terus menjadi perbualan hangat netizen hingga timbul pelbagai spekulasi di media sosial. Terbaharu, Ketua Polis Thailand iaitu Suwat Jangyodsuk membuat andaian awal kematian aktres itu disebabkan kemalangan.

Ini berdasarkan bukti-bukti seperti rakaman telefon bimbit, kelajuan bot dan data pada GPS. Namun pihak polis akan terus mencari maklumat tambahan selepas pemeriksaan forensik selesai beberapa hari lagi.

Menurut laporan Bangkok Post, polis juga menubuhkan pasukan penyiasat untuk mengumpulkan bukti berkait dengan insiden berkenaan.

Sekurang-kurangnya 29 saksi akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kematian aktres ini.

Sementara itu, Ketua Polis Wilayah 1 iaitu Jirapat Phumijit berkata mereka sedang mengumpul barang bukti dan proses berkenaan kebiasaannya memakan masa yang panjang.

Pada Sabtu lalu, pasukan penyelam menemukan dua objek di Sungai Chao Phraya yang menjadi lokasi terakhir Tangmo ditemui lemas. Mereka juga sedang mencari barang yang disebut saksi telah dibuang ke sungai selepas Tangmo jatuh dari bot laju.

Untuk rekod, mayat Tangmo Nida dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan selepas tiga hari hilang dipercayai lemas. Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.

Pegawai bahagian Forensik Hospital Umum Polis, Kol Pol Naphat Natthasumon mengesahkan kematian Tangmo akibat lemas kerana terdapat lumpur pada bahagian paru-paru.

Pihak polis kini masih meneruskan siasatan terhadap lima individu yang turut berada di dalam bot sama termasuklah pengurusnya Kratik.

 

 


Monday, 7 March 2022

Enam kawasan ibu negara dilanda banjir kilat


KUALA LUMPUR: Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Lembah Klang, berikutan hujan berterusan sejak jam 3 petang tadi.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengesahkan kejadian itu dan kawasan dilaporkan dinaiki air sekitar Balai Polis Dang Wangi membabitkan Jalan Sultan Ismail/Jalan Ampang, Jalan Leboh Ampang, Jalan Raja Laut dan Jalan Kia Peng/Jalan Raja Chulan.

NADMA menerusi Facebook hari ini berkata, sungai melepasi paras amaran pula di Sentul-Sungai Batu, Jambatan Sulaiman-Sungai Klang, Lebuh Pasar-Sungai Klang dan Jalan Parlimen-Sungai Gombak, manakala sungai melepasi aras bahaya membabitkan Jalan Tun Razak-Sungai Gombak.

"Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir pada jam 1.35 tengah hari tadi, di mana hujan lebat dan angin kencang dijangka di Selangor membabitkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

"Turut terkesan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, selain Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau) serta Melaka (Alor Gajah) sehingga jam 5 petang. Amaran dikemas kini pada jam 2.50 petang dan 4 petang," katanya.
NADMA mengingatkan orang awam supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga, peka dengan keadaan sekeliling dan mengutamakan keselamatan diri ketika banjir berlaku.
Sementara itu, Info Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi ciapan di laman Twitter memaklumkan banjir kilat turut melanda enam kawasan iaitu Terowong Tabung Haji, Terowong Chan Sow Lin, Jalan Pudu, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Tun Razak dan Jalan Pahang.
Lokasi lain turut dilanda banjir kilat ialah dari arah Bulatan Kg Pandan menghala ke Jalan Sultan Ismail, jalan boleh dilalui tapi pergerakan kenderaan perlahan manakala air bertakung bawah terowong Jalan Tun Razak, menyebabkan kenderaan bergerak perlahan
Menurut DBKL lagi, air bertakung di bawah terowong Bulatan Cheras menghala ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di kedua dua arah, Jalan Kia Peng, Jalan Raja Chulan dan Jalan Raja Laut belakang bangunan MARA, Jalan di Masjid Al –Syakirin KlCC juga di naiki air

Jalan Genting Klang di lencongkan ke bulatan Pahang, terowong bawah bulatan Pahang di naiki air, bulatan Hishamuddin di tutup, Jalan Kuching susur naik ke Bulatan Segambut, Jalan Parlimen Ke Bulatan Datuk On,

Dalam pada itu, ITIS DBKL turut memaklumkan Terowong SMART ditutup sepenuhnya bagi persediaan operasi banjir.

Sementara itu, banyak jalan ditutup susulan banjir kilat yang melanda kebanyakan kawasan ibu negara mengakibatkan kesesakan terus di jalan-jalan utama.

ITIS DBKL memaklumkan kesesakan berlaku dari Bandar Tasik Selatan ke Desa Tun Razak; dari Ampang ke Ukay Perdana; dari Ukay Perdana ke Ampang bagi pengguna yang menggunakan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Aliran trafik juga perlahan dari Petronas/Shell TPM ke Tol Sungai Besi membabitkan laluan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban.

Dalam pada itu, pengguna twitter turut berkongsi gambar dan video aliran trafik terjejas berikutan banjir di MRT Kuchai Lama yang sedang dalam pembinaan dengan banyak kenderaan ditenggelami air.
Oleh Mahani Ishak dan Faris Fuad - Mac 7, 2022 @ 6:11pm

bhnews@bh.com.my 

Friday, 25 February 2022

Gempa Bumi di Malaysia?


pagi tadi korang ada dapat rasakan tak gegaran anggaran 10 minit dekat tempat korang? member opis bagitau gegaran tu berlaku dan menyebabkan mereka keluar daripada bangunan. aku dekat rumah pulak tak ada rasa sebab kepala memang dah tingtong kot... hahahaha

korang baca aku dah copy n paste dari website berita harian

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda pantai barat Sumatera di Indonesia hari ini pada kedalaman 10 kilometer, kata agensi geofizik negara BMKG.

REUTERS melaporkan pusat gempa bumi berada di darat dan tiada risiko tsunami, kata agensi itu menerusi Twitter.

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Lembah Klang, termasuk Kuala Lumpur, Pelabuhan Klang dan Cyberjaya.

Ia dikongsikan warga media sosial.

Sementara itu AFP melaporkan gempa itu melanda utara kepulauan Sumater pada kedalaman 12 kilometer, kira-kira 70 kilometer dari bandar Bukit Tinggi di barat wilayah Sumatera mengakibatkan penduduk meninggalkan kediaman masing-masing untuk menyelamatkan diri.

Menurut Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada laporan kerosakan setakat ini namun gegaran dapat dirasai di Riau, Sumatera Utara serta Malaysia dan Singapura.

Penduduk memaklumkan, gempa itu berlaku pada jam 8.30 pagi waktu tempatan, beberapa minit selepas USGS merekodkan gegaran berukuran 5.0 pada skala Richter.

Ketua Agensi Mitigasi Bencana Pasaman, Alim Bazar, berkata beberapa bangunan retak susulan gempa yang berlaku.

"Datuk Bandar mengarahkan semua penghuni di tingkat dua dan tiga supaya mengosongkan bangunan," katanya.

Bazar berkata, terdapat laporan kecederaan dialami penduduk namun tidak memiliki perincian mengenai perkara terbabit.

Penduduk Pasaman, hanya dikenali Irpanda, berkata dia merasai kedua-dua gegaran yang berlaku.

"Gegaran pertama hanya berlaku beberapa saat. Orang ramai bergegas meninggalkan kediaman dan bangunan sebaik ia berlaku.

"Kemudian satu lagi gegaran berlaku dan ia amat kuat menyebabkan orang ramai bertempiaran menyelamatkan diri manakala pesakit yang dirawat di hospital berhampiran diusung keluar," katanya.

Di Singapura, gegaran turut dirasai kira-kira jam 9.45 pagi waktu tempatan.

Polis dan perkhidmatan keselamatan menerima beberapa panggilan daripada orang awam yang melaporkan gegaran terbabit.

Di Malaysia pula, Jabatan Meteorologi memaklumkan gegaran dirasai di pantai barat Semenanjung.

"Gegaran dirasai terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor," katanya menerusi ciapan di Twitter.

Pada 2004, gempa bumi berukuran 9.1 pada skala Richter melanda pantai Sumatera mengakibatkan tsunami yang meragut lebih 220,000 nyawa.