bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Thursday 26 April 2018

Butik ku harapan ku

minggu lepas banyak bende aku fikir pasal butik. banyak kena restock banyak kena betulkan balik dan banyak kena cantikkan lagi tempat menjadi harapan aku dan keluarga aku.

dari masa ke semasa aku perlu membuat perubahan pada butik aku supaya kelihatan cantik dan nampak menarik tertarik dan de boomb.. hehehe bukan apa, keselesaan pelanggan itu kan keutamaan kami. cewah... tapi apa2 perkara yang nak aku lakukan mesti bermula dengan modal. modal ada senang nak buat tapi bila modal sangkut semua benda yang nak dibuat tergendala. 

itu tak rapuhkan semangat aku untuk mencari dan mencari modal secukupnya. modal kecik kita buat kecik2 modal besar kita buat besar2 plak. so tak jadi masalah modal kecik atau besar janji kita pandai manage duit dan modal yang ada.

betul la cakap pepatah bukan senang nak senang dan tak susah nak susah. jadinya pilihan di tangan kita sama ada pilih untuk senang atau susah. hehehehe. aku sekarang ni pun masih straggle lagi dengan butik aku,yea la mana nak bayar butik nak bayar pekerja sebab untung kasar belum boleh tampung lagi perbelanjaan. so kena la cari alternative lain cari duit bayar semua tu. 

orang nampak WOW ada butik tapi disebalik nya masih lagi aku merangkak dan terus berusaha. kalau ikutkan perancangan tahun 2019 akan ada 1 lagi cawangan akan dibuka tetapi semua itu masih dalam perancangan lagi... kita merancang Allah yang tentukan, betul tak?



Thursday 19 April 2018

Jaga Lidah Jagalah Akhlak

KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik.Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”
 
Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka. Oleh kerana lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia, kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah sewaktu bertutur kata. Dengan kata lain, kita hendaklah bijak menggunakan lidah apabila bercakap.


Baginda adalah contoh manusia yang sangat menjaga tutur katanya. Rasulullah akan berbicara atau berkhutbah di hadapan orang ramai secara berakhlak dan baginda juga adalah individu yang sangat jarang berbicara. Namun, sekali berbicara, isi bicaranya pasti ada kebenarannya. Nilai ucapannya sangat tinggi eolah-olah mutiara yang indah dan bermutu. Ucapan baginda menembus hati, menggugah kesedaran, membekas ke jiwa serta dapat mengubah perilaku orang dengan izin Allah. Atas sebab itu, Rasulullah digelar ‘Al-Amin’ kerana sejak kecilnya lagi tidak pernah berdusta. Justeru, jika kita ingin tahu kualiti seseorang itu, lihat saja apa yang sering dikeluarkan daripada mulutnya.

Manusia dapat dikategorikan kualitinya kepada empat berdasarkan kualiti tutur bicaranya. Pertama, orang yang berkualiti tinggi. Jika mereka berbicara, isinya sarat dengan hikmah, idea, gagasan, ilmu, zikir dan penyelesaian. Orang seperti ini bicaranya bermanfaat pada dirinya sendiri dan juga bagi orang lain yang mendengarnya. Malah, apabila diajak berbual pastinya ada manfaat ilmu. Bicara mereka bermotivasi dan berpandangan positif dalam setiap perkara yang diutarakan.

Kedua, orang yang biasa-biasa saja. Ciri orang seperti ini adalah mereka sibuk menceritakan peristiwa contohnya melihat kemalangan jalan raya atau rompakan, dia juga pasti akan menceritakannya seolah-olah diri mereka berada di tempat itu. Jika melalui semua bicara itu orang lain dapat mengambil hikmah maka tidak rugi, tapi jika sekadar memenatkan mulut sendiri tanpa manfaat tentu ia sia-sia.

Ketiga, orang rendah kualiti diri. Cirinya jika berbicara isinya hanya mengeluh, mencela dan menghina. Apa saja akan jadi bahan keluhannya. Contohnya, mereka sering mengeluh banyak masalah. Mereka juga tidak tahu menghargai sesuatu misalnya, Jika dihidangkan makanan akan keluar keluhannya seperti ‘kenapa lauk ini kurang sedap’, namun begitu habis juga dimakannya. Hari-harinya dipenuhi dengan bersungut seolah-olah segala yang berlaku penuh kekurangan. Alangkah ruginya hidup orang kategori seperti ini kerana seolah-olah tidak dapat membezakan nikmat dan musibah.

Keempat, orang yang cetek fikirannya iaitu mereka yang bicaranya hanya mengenai kehebatan dirinya atau kebaikan dirinya sedangkan hidup adalah pengabdian diri kepada Allah.
Mengapa mereka perlu bangga diri kerana semua itu kurniakan Allah. Golongan seperti itu sering dilihat menonjol dan mendominasi. Jika ada yang lebih baik darinya hatinya berasa tidak senang dan berharap orang itu segera jatuh.

Oleh itu berhati-hati apabila berbicara. Jagalah tutur percakapan kita dan kurangkanlah berkata-kata kerana ia akan mengurangi kesalahan kata kita. Jaga lidah sebaik mungkin kerana ia adalah amanah Allah s.w.t. INDIVIDU berkualiti dapat dinilai daripada kemampuannya menjaga lisan iaitu lidahnya. Mereka yang beriman pasti akan menjaga tutur bicaranya daripada mengeluarkan perkataan buruk.Dalam hal ini, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:
“Siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia berkata baik atau diam” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)


RENUNGAN BERSAMA 
Suatu hari seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata, "Ya Rasulullah! Sungguh si fulanah itu terkenal banyak sembahyang, puasa, dan sedekahnya. Akan tetapi juga terkenal jahat lidahnya terhadap tetangga-tetangganya. ". Maka berkatalah Rasulullah SAW kepadanya, "Sungguh ia termasuk ahli neraka".
Kemudian lelaki itu berkata lagi, "Kalau si fulanah yang satu lagi terkenal sedikit sembahyang, puasa dan sedekahnya, akan tetapi ia tidak pernah menyakiti tetangganya." Maka Rasulullah SAW berkata, " Sungguh ia termasuk ahli syurga . "(HR.Muslim)
Thursday 12 April 2018

PRU 14


panas betul kan sekarang ni dengan kempen pilihanraya yang akan di adakan pada 09 Mei 2018. aku berharap sangat kerajaan akan menjadi lebih baik dan bersifat keperimanusiaan. aku nak komen panjang risau ramai yang salah faham so cakap yang baik2 dan fikir yang baik-baik sahaja.

semoga kerajaan Malaysia menjadi kerajaan yang baik dan mementingkan rakyat jelata. bukan apa, aku risau pada genarasi yang akan datang iaitu anak-anak dan cucu cicit nanti. kalau kerajaan tidak buat sesuatu dari sekarang takut Malaysia menjadi negara mundur balik dan banyak perkara buruk yang akan berlaku.

bagi aku kerajaan mana yang bagus aku akan sokong. pemilihan berada di tangan kita sendiri, kita juga layak unutk memilih siapa pemimpin yang layak. tiada isu paksaan sepatutnya berlaku tapi kita tengok dan lihat la macam mana nanti bila tiba hari pilihanraya tersebut.

aku mungkin akan bercuti sebab aku mengundi di kampung kelahiran aku iaitu Terengganu Darul Iman. harap perjalanan aku untuk sama-sama membentuk kerajaan yang baik akan tercapai... Insya Allah, amin
Friday 6 April 2018

Soul Garden, Palm Mall Seremban 2

sabtu yang lalu 31/03/2018 aku bersama keluarga menikmati hidangan di Soul Garden. sebenarnya dah lama nak pegi tapi tidak kesampaian dan tidak kelapangan (konon bizi sangat). makanan dia boleh la dikatakan sedap, dari 5 bintang aku hanya boleh bagi 3 bintang je. sekali sekala boleh la sebab harga untuk satu kepala mahal jugak la.


sambil-sambil makan sambil lepak dekat Palm Mall tu tp en suami kena kerja pulak hari sabtu tu. kira selepas makan dia terus gerak gi kerja.





Monday 2 April 2018

sabar itu indah tapi...

Berbicara tentang hati dan perasaan sebagai seorang insan yang lemah disamping DIA membuatkan aku menjadi lebih matang dan bersahaja dalam menjalankan tugasan sebagai Umat Islam di bumi Allah.Sejak dua menjak banyak betul perkara yang timbul yang nak buatkan perasaan aku terganggu. walaupun perkara tersebut tidak benar namun aku hanya sorang insan lemah dan tidak kuat dengan pelbagai dugaan yang melanda, namun begitu aku akan tempuhi dengan sabar.

sabar tu kan indah...
SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN. menjadi insan yang beriman kepada Allah satu perkara yang sangat diingini oleh aku dan semua manusia. namun bukan semudah dengan lafaz dan kata2 sahaja, ia memerlukan pengorbanan dan patuh kepada semua yang DIA mahukan. dengan itu timbul la sabar itu indah. walaupun perit perkara yang kita hadapi, walaupun sakit macam mana sekali pun SABAR itu penting untuk kita tempuhi.

berbalik kepada perkara lama yang masih tidak sudah2 yang mana telah aku buang jauh2 namun perkara tersebut terus mengejar hidup aku. manusia membenci sesama manusia menyebabkan pertelingkahan demi pertelingkahan berlaku. aku tak nak menjadi insan lemah, aku tak nak fikirkan perkara yang sudah2... 

apa-apa pun kita layan dulu lagu SABAR dari Ismail Izzani

Jangan menangis, sayangku
Ini hanyalah sementara
Berdoalah
Pada Yang Esa
Terus menahan sabar
Agar bahagia di sana

Mungkin kau tak pernah sedar
Bukalah mata dan dengar
Dengarkan lagu ku
Ku cuba untuk lepaskan
Luahan hati ini
Ku disakiti

Namun jua kau sedar
Kau tersakiti

[Ulang chorus]
Now i’m all alone in the dark
Why should I lose you when I needed you the most
The best is the best, the past is the worst
Just let it go, just let it go, no….
Why is it hard for you to see
When everything i’ve done is for you and me

Ku disakiti
Namun jua kau sedar
Kau tersakiti
Jangan pedulikan
Teruskan berjalan
Biar waktu pisahkan kita
Walau bukan selamanyA