bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Saturday 29 June 2013

emas korea

hari ni memang plaining nak beli emas korea. dah buat temujanji dgn kawan kak zila coz kawan dia yang jual emas korea tu.

lepas waktu keja kami terus gerak ke nilai, tempat yang kami nak tuju tu ar. hari ni jugak along ke port dickson ada seminar bagi pelajar upsr. 3 hari dia di sana. mr suami hantar dia. aku x ikut coz biar lah abah dia uruskan anak bujang dia. dalam pada tu aku suh dia bwk putri coz aku nak bawak skali ke nilai tu.

sampai nilai lebih kurang kol 7.30pm aku n kak zila terus duduk dkt barang2 tersebut. rambang mata aku di buatnya. aku juga nak jual emas ni. kalau kawan2 berkenan boleh bagi tahu aku k.

Friday 28 June 2013

hasil selepas training

hari ni dpt sijil bagi training audit isms. so skrg ni aku adalah auditor isms lah yea... aummmmm

layak ke? mesti ar layak.... dh dpt sijil pe

Thursday 27 June 2013

hari ini - kenapa??

macam panjang je hari ni... yus kau kena sabar dalam semua perkara yang menimpa diri kau. sabar tu kan separuh dari iman yuslina bt ghazali. jangan lah marah2 yus, jangan lah sedih2 yus, jangan simpan dalam dalam ati... simpan.kenangan yang indah je kenangan pahit buang jauh2...

kerja di opis

kerja yang sentiasa tak sudah2.... poyo je sebenarnya 

minggu ni dr isnin smpai khamis training je keja aku xsiap2 lg ni. kepala dh migrain plk ni... aduhai.

Wednesday 26 June 2013

hari keluarga SAINS

pada 22.06.13 (sabtu) yg lepas telah berlangsungnya hari keluarga SAINS di Permaisuri Resort POrt Dickson.

si putri ngan along bukan main hepi lg mandi swimming pool. tak banyak gambar yg aku snap tp layan lah

Sunday 2 June 2013

dah menjalankan tanggungjawab


pada 05.05.2013 (ahad) yang lalu kita sebagai rakyat mesti menjalankan tanggungjawab kita. so aku bersama keluarga menjalankan amanat sebagai rakyat keluar mengundi.

dalam ic aku alamat kampung so aku kena mengundi di kampung halaman lah. aku menjalankan tanggungjawab mengundi di kampung sambil melawat mak, abah dan adik beradik di kampung. aku balik pun berdua je dengan putri. dia pun dah lama sangat tak naik bas paling last waktu dia umur dalam 8 bulan waktu tu aku pergi ke Perak rumah sewa kaklong. sekarang pun kaklong balik ke kampung halaman dan menetap disana.

ada sedikit kenangan aku semasa pru13 dan perjalanan ke kampung.

sebelum balik kg singgah di Losong borong keropok 



sos koropok... nyum2



tarikh keramat pergi menunaikan kewajipan pada negara


sayang abah... Ghazali b Zakaria

WAJIB BACA JIKA ANDA SAYANGKAN AYAH ANDA

~APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH~

semoga abah panjang umur dan sihat sejahtera untuk menjadi pemerintah keluarga Pok Din



Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Begitulah pengorbanan seorang insan bergelar ayah ..