bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Saturday 30 September 2023

apa ada di Februari 2023

untuk Dairy bulan Februari pulak banyak aktiviti bisnes aku lakukan dengan team Forever Living dengan buka booth dekat masjid. aktiviti zumba juga aku tak lupa untuk aku kelak sihat dan bertenaga.

01/02/2023 - lepas wakti kerja aku dan beberapa kerat officemate di HQ ada zumba diketuai oleh Coach dari luar iaitu coach Eita. sebenarnya aku ni memang suka joget-joget ni dari kecik lagi tapi maklumlah arwah aku memang tak suka bab-bab ni. tapi aku bersyukur dengan ajaran dari arwah abah sebab klu aku terus berkecimpung dengan benda-benda ni mesti aku dah jadi orang gila hahahahaha....

 

02/02/2023 - hari ni juga aku ada zumba. sebenarnya aktiviti sukan selepas waktu kerja boleh buat kita jadi tenang dan lupakan semua stress dan masalah yang berlaku. so kalau satu minggu aku tak bersukan badan aku rasa lain dan lemau je. sebenarnya lagi ramai yang sama-sama bersukan lagi happening tapi apakan daya hanya beberapa kerat je yang berzumba. mingkin mereka ada aktiviti lain selepas waktu kerja? aku pun tak boleh fikir negatif...hope kawan-kawan lain happy dan sentiasa sihat.

 

03/02/2023 - bila suami masih nak memiliki BSH aku rasa marah juga pada mulanya tapi bila aku tengok kucing dah mula rapat dengan aku dan anak-anak rasa sayang pulak dekat kucing. perasaan geli tu memang tak boleh hilang cuma bila dia nak dekat tu aku akan behave sikit la takut aku tersepak... hahahah...

hari ni gi tapah semata-mata nak tengok kucing sama ada berkenan atau tak. kami tidur dekat rumah awie (adik lelaki aku) yang duduk di Manjung. masa di tapah suami tak berkenan BSH tu sebab x besar dari usia dia yang sebenar. malam tu kami lepak je rumah awie sebab esk pagi dah nak gerak balik seremban.


suami aku ni memang kaki jalan, ajak la mana aku nak pergi dia mesti onz je janji ada bajet... heheheh lain pulak dengan aku yang suka melepak dekat rumah je sambil layan netflix je. dari tapah nak ke manjung kami hanya ikut jalan biasa bukan highway sebab nak suasano tu... hahahah. memang best jugak la jalan-jalan sambil lihat kiri kanan banyak sawah padi.


04/02/2023 - awal pagi selepas sarapan kami berangkat pulang ke Seremban. Suami tanya ada nak singgah mana-mana tak? mula la aku mencari tempat makan yang sedap-sedap sepanjang jalan balik. hari ni kami balik ikut jalan dalam kerana google tempat makan best. suami nak makan mee udang, google la tempat makan tu tapi aku lupa kat mana. sampai dekat tempat tu gerai dia buka pukul 5 petang. aku pun sekian hal, tak tengok dekat google tu buka pukul berapa. dah sampai cari la jugak mee udang yang suami idamkan tu. jumpa tapi tak menepati citarasa suami dan aku sendiri.




lupa nak cerita masa gi manjung kami ikut belakang lori dan batu terkena cermin kereta. krek weh... nak jadikan cerita sampai je rumah suami ajak ke Air Hitam pulak sebab ada orang nak jual kucing disana. terus je kami gerak tanpa fikir panjang... kami sampai di Air Hitam, Johor anggaran pukul 9 malam. kami bermalam dirumah adik ipar yang menetap disitu.

05/02/2023 - tak sah kalau gi Air Hitam tak pekena Kari Kambing 40 hari. gigih weh aku beratur dengan suami sebab nak makan dan bungkus bawak balik seremban. aku memang gemar makan kari ni.

kami berangkat pulang pukul 7 malam tapi sebelum tu sempat singgah pekena cendol dekat situ... hehehehe. di Air Hitam aku bawak mak dan ayah mertua kerana mereka nak jengok jugak anaknya... sampai di Seremban hampir 11 malam. penat tak boleh cakap la.

oh yea... suami jadi beli se ekor lagi BSH tapi aku tak ambil gambar sebab kepenatan.


06/02/2023 - hari ni pagi-pagi dah hantar kereta ke bengkel untuk urusan cermin depan yang pecah tu. Alhamdulillah semua dipermudahkan urusan aku sekeluarga...

09/02/2023 - minggu ni satu hari je zumba tapi tak apa la kan janji setiap minggu ada aktiviti sukan.


12/02/2023 - masih dengan aktiviti booth di masjid, kali ni aku ke masjid Annur Rembau


 

16/02/2023 - aktiviti zumba berjalan seperti biasa 

 

18/02/2023 - Booth di Masjid Annur Rembau



 

19/02/2023 - Buka Booth dekat Masjid Putih Seremban 2. abis je booth, suami ajak makan dekaj Eaon S2. dan terima kasih suami belikan kasut ni, lama dah aim... hehehehe








 

23/02/2023 - zumba time, kali ni ramai sikit dari biasa hehehehehe....


25/02/2023 - Booth dekat masjid Rembau



 

26/02/2023 - Booth dekat Masjid PD




27/02/2023 - First dapat customer facial. Ahlamdulillah dan perlu lagi diperbaiki dari masa ke semasa. sape-sape yang nak facial dengan saya boleh je wasap di no 017-3502400 tau, insyaAllah saya bagi servis terbaik terus ke rumah korang.

28/02/2023 - perjumpaan bersama leader untuk dapat reward daripada beliau. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan capai target yang dikehendaki...









Friday 29 September 2023

aku masih disini - Januari 2023

hampir setahun aku tak update blog kesayangan aku ni. bukan dah melupakan tapi kekangan kerja, bisnes yang memerlukan tumpuan masa yang tinggi.
 
dalam tahun 2023 banyak sangat perkara berlaku, banyak aktiviti yang menyebabkan tenaga dan jiwa berkecamoh dan bergelora... hahahahahah acah betul ayat. 
 
Januari 2023
 
bulan Januari tak ada apa yang menarik cuma masuk tahun baru dan ada la azam baru kan. so azam aku tahun ni nak seminima yang boleh penggunaan duit hahahahha... tak beli barang merepek-repek, tak nak tukar perabut, tak nak beli barang rumah banyak-banyak dah sebab barang dekat rumah tu ada yang tunggu masa nak sedekah dekat orang. semak weh banyak barang sangat.

rak-rak pun banyak buat aku rasa apsal gila babas banyak sangat barang dalam rumah aku ni. macam tu jugak dengan kain baju, lipat je ada lagi lipat je ada lagi, weh letih la macam ni... huhuhuu. dengan baju si kakak, baju aku apatah lagi tunggu masa aku nak prelove je tu. nasib baik baju adha dengan suben tak banyak

kerja macam biasa lah di bulan Januari sama dengan bulan-bulan sebelum ada pasang ada surut ada happy ada sad ada stress ada chill. nak buat macam mana kan kerja dengan orang kita kena lah buat apa yang telah ditetapkan buat kita. malas nak cerita bab kerja panjang-panjang sebab korang yang bekerja makan gaji pun tahu naik turun stress macam mana kan.
 
01/01/2023 - Malam ni ada kenduri doa selamat dekat rumah Mak Andak suami di Rawang. tapi pagi ni kami gi beli barang dapur dulu. Video ni ayah dia yang pakaikan baju.. dengan baju lain seluar lain. pastu nak keluar x dan nak bersiap punya lah nak cepat. pastu malam doa selamat tu tak ada pulak gambar sebab aku bab tengok makanan memang tak nampak dah handphone hahahahah....


malam tu kami tidur rumah Mira sepupu suami...






05/01/2023 - Sediakan borang kemas adik untuk kemasukan bulan Mac nanti. Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan teratur. Allah permudahkan urusan aku nak adha masuk kemas. 

6/01/2023 - Peristiwa yang aku rasa sangat bersalah pada rakan Office sebab kereta dia kena langgar dengan budak motor. padahal bukan salah dia pun, budak motor tu yang salah cilok tak nampak kami nak masuk simpang. pulak tu tak puas hati kawan-kawan diorang datang repeat nak mintak ganti rugi. dalam pada kesian tengok kawan dia yang langgar kami tu menggunakan motor kawan dia. owner motor tu la tak puas hati, cakap macam bagus je... "dik, ko tu budak mentah nak cakap macam-macam dengan hakak yang dah separuh abad hidup". kalau cakap elok-elok kita bleh bincang tapi disebabkan kami ni perempuan kan dik ko rasa bleh je makan kami yea. Suami kepada kereta kawan aku tu datang, bincang macam mana nak buat. tiada sebarang penyelesaian so sama-sama buat report polis.
 
 




petang tu aku dan keluarga berangkat ke Penang, asal nya suami nak beli BSH tapi nak tengok macam mana keadaan nya. di Penang kami tidur rumah Adik ipar aku.
 
 


7/01/2023 - Jumpa mak aku di Penang, sebab mak ada dekat rumah Inie adik perempuan aku yang menetap disana hampir 10 tahun dah. kejap je masa berlalu. mak nak tengok anak dia disana.
 
 





8/01/2023 - Kami bertolak ke Seremban dalam pukul 11.30 pagi. sebelum berangkat suami jadi ambik Kucing BSH namanya Bella dan Elsa. tanpa singgah di mana-mana kami terus je balik seremban.





12/01/2023 - hari ni aku ke Nilai beli seekor lagi BSH, entahnya suami nak sangat bela banyak-banyak. aku bukan apa cuma kalau dah banyak-banyak aku jadi rimas sebab sebenarnya aku ni tak suka sangat dnegan kucing sebab aku geli.
 
15/01/2023 - Aku bersama rakan niaga buka booth di Masjid Putih Seremban 2. dekat je dengan rumah aku so aku pergi sendiri terus ke sana. untuk dua bulan ni masjid ada aktiviti belajar haji dan umrah.macam biasa lah ada naik turun meniaga kan. itu semua asam garam dalam kehidupan berbisnes.



 

 

21/01/2023 - Buka Booth dekat Masjid kampung Paya Port Dickson, untuk yang ni aku tumpang rakan ke sana sebab aku tak tahu tempat. sebenarnya aku seronok buka booth di masjid kerana aku dapat banyak ilmu. 









22/01/2023 - hari ni adik aku faizal ada buat makan-makan kami adik beradik yang ada disini berkumpul bagi merapatkan lagi silaturahim antara kami semua.

24/01/2023 - Hari ni adalah hari cuti kerja sebab semalam adalah hari Raya Cina 22/01/2023 - 23/01/2023. hari ni aku belajar facial dengan Ekin Forever Living cara-cara macam mana nak buat facial dnegan betul. alasan aku belajar adalah aku sebenarnya nak buka mobile facial. aku suka sangat pasal kecantikan ni. dan aku yakin kebanyakan wanita memang suka bab kecantikan. semoga apa yang aku azamkan akan tercapai.... amin






 

28/01/2023 - Hari ni kami buka booth dekat D'Tempat Sendayan.






29/01/2023 - masih buka booth dekat sendayan