bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Friday 31 January 2020

Corn dog

Sebenarnya makanan ni dah lama sangat viral cuma aku je baru nak cuba buat tu pun sebab si putri asyik merengek nak makan corn dog. aku bab-bab makanan tak sihat ni aku tak suka sangat tapi boleh la cuba sekali sekala kan.

semalam beli la bahan-bahan dia seperti dibawah aku copy dari website buat orang lapo 

tapi untuk permulaan tak berapa nak jadi sebab tepung dia cair skit kot, ingat petang ni nak sambung buat lagi sebab tepung dia banyak dan aku kena oter bagi pekat skit.

Bahan-Bahan untuk Resepi Corn Dog :

  • 1 Cawan Tepung Gandum
  • 2 Sb Gula
  • 2 sk Serbuk Penaik
  • 1/2 sk Garam
  • 1 Telur
  • 3/4 Cawan Susu Segar Sejuk
  • Keju Cheddar/Mozarella Sosej
  • Serbuk Roti (optional)

Cara-cara membuat Corn Dog:

  1. Gaulkan tepung gandum bersama gula, serbuk penaik dan juga garam.
  2. Masukkan telur dan juga susu segar. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan adunan ke dalam cawan yang tinggi supaya mudah untuk mencelup sosej.
  4. Salutkan sosej dengan keju dan cucuk dengan lidi.
  5. Sejukkan sosej ke dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit.
  6. Celup sosej yang telah sejuk tadi ke dalam adunan tepung. Kemudian salutkan pula dengan serbuk roti dan terus goreng di dalam minyak yang panas sehingga garing.
corn dog
corn dog



corn dog
Thursday 30 January 2020

Tak lama dah

Aku amat berharap semoga apa yang aku impikan menjadi kenyataan dan berjalan lancar seperti yang aku harapkan. Bermula dari boutique dan sekarang InsyaAllah cafe pulak






Pecah kepala jugak la nak buat tema apa untuk boutique cafe aku ni. Bukan nak beriya sangat tapi alang-alang buat kan mesti la nak yang terbaik, bersih, cantik dan customer suka. Dah ada beberapa menu dalam kepala ni dan semua menu yang simple tapi InsyaAllah orang akan suka dan harga pun sangat berpatutan.




Tuesday 28 January 2020

Azam 2020

Tahun 2020 dah masuk hari ke 28 aku baru nak bagi tahu apa azam aku tahun ni. Rasa belum terlewat kan? Hehehhe..

Macam tahun2 sebelum gak ada yang capai ada yang belum capai lagi azam tahun lepas tp aku nak bawak azam tahun lepas ke tahun ni dengan kesungguhan dan keimanan yang padu 😬. Untuk tahun ni pulak azam aku adalah

1) target untung kasar 20-30k
2) nak solat sunat banyak2
3) nak ganti solat yang lepas2
4) nak bahagiakan keluarga terutama emak
5) nak berhenti kerja sekarang.. huhuhu bila sampai masa


Takut

Selepas ketiadaan abah, aku takut sangat melakukan perkara yang salah. Rasa takut bila perbuatan aku turut terpalit pada arwah abah. Aku juga takut bila anak2 turut buat salah kerana didikan aku pada mereka tidak sempurna



Aku takut Bila lihat anak2 membesar. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat anak2 semoga menjadi anak yang soleh dan solehah. Semoga anak menjalani kehidupan bertunjangkan agama islam yang kukuh.. InsyaAllah
Saturday 25 January 2020

Syahdu tapi syukur

Hari ni mak kena cek darah, doktor cakap mak dah ada darah tinggi, kencing manis dan mungkin buah pinggang.. 😭 Allahuakbar sian nya mak. Nasib baik ada adik2 yang dekat boleh jaga mak dan bawak mak ke klinik check up

Sekarang ni kami adik beradik hanya ada mak untuk kami jaga pulak. Mak seorang yang sangat tabah sebab tu la aku ikut jejak mak tabah berada di perantauan orang. Aku banyak belajar macam mana nak berdepan dengan orang bila kita diperantauan. Mak selalu pesan supaya jaga tingkah laku, jaga perlakuan, jaga mulut dan paling penting jaga maruah diri supaya tidak dipijak oleh orang. Aku akan sentiasa ingat pesan mak cuma aku insan biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan, semoga Allah ampunkan dosa-dosa aku.. amin

Ini la tangan yang menjaga kami 12 beradik yang sangat sayang kan anak-anak. Mak tak garang cuma mak suka membebel sikit sebab anak2 dia tak nak dengar cakap. Mak ni kalau nak tau dia seorang yang happy go lucky cum sejak akhir-akhir ni mak nampak tak banyak cakap mungkin tragedi 11/01/2020 tersebut. Aku tau mak lagi tabah dari kami adik beradik.

Semoga mak cepat sembuh yea.. kami semua sayang mak
Friday 24 January 2020

Dia garang tapi hati tisu

Hari ni genap 14 hari pemergian abah. Kenangan bersama abah akan kekal sehingga akhir hayat aku. Bercerita berkenaan abah dia seorang yang sangat tegas pada anak-anak dia tetapi dia lah orang paling cepat mengalirkan air mata bila anak-anak menghadapi kesulitan dan kesakitan. 

Dia bukanla seorang yang banyak cakap pada kami adik beradik tetapi dia lah akan bercerita pada kawan-kawan tentang kejayaan anak-anak. Dia bukan riak Cuma berkongsi kegembiraan bersama sahabat rapat untuk menyatakan betapa dia gembira dengan kejayaan anak-anak. Tidak pernah dan tidak jemu dia mengingati kami adik beradik untuk melakukan perkara WAJIB iaitu menunaikan SOLAT 5 waktu sambil mengeluarkan air mata bahawa siksa akan dapat jika tidak menunaikan perkara wajib tersebut. Allahuakbar... Al-Fatihah pada abah

Abah suka sangat dengan masakan mak dan kak long, kalau mak tak ada atau mak pergi balik kampung halaman abah boleh je memasak. Masakan abah pun sedap Cuma dia jarang je gunakan skil kepakaran dia pada kami aku pun tak tahu kenapa atau mungkin dia tak confiden dengan kepakaran yang dia ada.. 

Abah juga suka makan nasi berulamkan tembikai, orang terengganu panggil timun cina. Kalau tak ada tembikai akan kurang sedikit abah makan. Tapi abah akan berselera jika mak dan kak long yang masak, kalau anak-anak yang lain masak berselera juga tetapi kurang sikit.. hehehe abah oh abah
Kalau bulan puasa abah suka minum air kelapa muda untuk berbuka, dan tak kan tinggal tembikai yang menjadi kegemaran dia. Dia sentiasa ingatkan kami supaya jangan membazir sebab kami ni memang jenis yang kuat makan tapi tahun ni tak dapat lagi melihat karenah abah dan kata-kata abah semasa berbuka... Allahu sakitnya

Semoga abah tenang... doa kami adik beradik akan sentiasa bersama abah. Didikan abah pada kami adik beradik sangat sempurna abah.. 

Wednesday 22 January 2020

dia pergi dan tak kan kembali

pada 11/01/2020 kami dikejutkan dengan berita menggemparkan dan menyayat hati. kesedihan menyelubungi keluarga kami dengan berita kematian mengejut seorang yang amat kami sayang, sanjungi dan hormati iaitu abah.

abah pergi secara tiba-tiba membuatkan kami amat terasa pemergian beliau. tak dapat aku gambarkan betapa sedih hati sehingga ke ulu hati yang paling dalam. begini rupanya rasa kehilangan yang amat sangat. sakit yang juga tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata.

pada malam kejadian semasa aku mendapat berita yang sangat menyayat hati, fikiran terus berfikir adakah aku bermimpi dengan berita ini? semua berlaku dengan begitu pantas sehingga aku tidak dapat berfikir dengan waras. raungan pada malam yang abah tiada membuatkan aku hilang arah dan hilang pedoman walhal arwah abah dah minta supaya jika dia telah pergi jangan tangisi, aku insan hina dan tidak berfikir dengan waras telah meratapi dengan raungan yang kuat... maaf kan anak mu wahai abah, anak mu tidak tabah menghadapi pemergian mu secara mengejut.


kornologi kejadian
pada hari 11/01/2020 (Sabtu) abah macam biasa melakukan rutin harian, selepas solat subuh abah akan bersiap2 untuk ke taman berjogging. tiada yang menghairankan mak dengan perlakuan abah sehinggalah abah melakukan kerja-kerja dihadapan rumah pada petang selepas solat asar.

abah menyapu sampah, bakar sampah dan lain-lain kerja untuk mengemas di hadapan rumah. sehingga adik balik pada pukul 6 petang dari kerja, borak-borak dengan mak dan hampir magrib kelibat abah tiada. adik bertanya mak berkenaan abah, tanggapan mak yang abah telah siap dan pergi ke masjid yang juga rutin abah.

menghairankan adik adalah kenderaan yang biasa abah naiki masih ada di parking, dengan perasaan cuak dan takut mak suruh adik pergi ke halaman depan yang agak bertebing sebab rumah kami depan sungai so tempat abah melakukan kerja-kerja mengemas agak tersorok kebawah. mak menyuruh adik cari abah disitu.

pada masa tu lebih kurang pukul 7.30 malam, suasana agak gelap adik ajak sepupu aku yang duduk sebelah rumah untuk teman carikan abah. alangkah terkejut adik bila nampak abah terbaring di tanah. adik dengan rasa yang sangat takut terus berlari mendapatkan bapa saudara dan jiran untuk bawah abah ke hospital.

semasa di hospital adik sangat takut kerana perubahan abah dan menghantar wasap ke group adik beradik dan menyuruh kami semua balik. dengan keadaan menangis membuatkan kami rasa tidak keruan dan turut menangis sekali. setelah agak lebih kurang 45 minit abah berada di dalam kecemasan, doktor mengesahkan abah telah tiada.

dunia berputar seakan terhenti seketika, begini rupanya berada dalam keadaan ini.. Ya Allah ampunkan dosa abah. aku dan adik beradik tidak dapat menahan sebak dan sangat sedih dengan pemergian yang sangat mengejutkan kami ini.

kami sepakat dengan adik beradik untuk tidak melakukan post moterm. dalam surat kematian hanya menyatakan bahawa sebab kematian akibat serangan jantung.

aku dan keluarga terus balik tanpa memikirkan pakaian yang hendak dibawa. sampai di kampung lebih kurang pada pukul 2pagi. masuk je diruang depan rumah aku nampak sekujur tubuh abah yang sejuk dan kaku. kelihatan muka abah tersenyum sama dengan gambar diatas, aku tak tipu dan raub wajahnya kelihatan sedang tidur. Allahuakbar... 

kali terakhir aku jumpa arwah abah pada hari ahad 05/01/2020 semasa majlis tunang adik lelaki aku. setelah aku melihat raub wajah abah ati aku sangat sayu dan sangat rindu.. Allahuakbar, air mata menitis sangat laju sehingga keluar esakan kecil. aku cuba sedaya upaya untuk menahan tapi aku gagal.

keesokan hari lebih kurang jam 10.00 pagi abah dimandikan dan dikafankan... salam terakhir buat abah semoga abah tenang disana. tiada kata-kata yang mampu aku ucapkan lagi hanya doa mengiringi abah untuk ke alam sana.


semoga roh abah dicuci rahmat dan tenang disana...

Al-Fatihah buat abah (05/10/1955 - 11/01/2020)