Tiktok Mekyuhhh

Showing posts with label dAIrY 2010. Show all posts
Showing posts with label dAIrY 2010. Show all posts
Friday, 31 December 2010

selamat tinggal 2010





hari nie last tahun 2010.....

sekejap sangat masa berlalu kan. tak terasa kita sudah tamat tahun 2010. rasa terharu, sebak, sedih dan gembira semua bercampur aduk. yang terharu adalah aku semakin meningkat matang, yang sebak aku semakin dimamah usia, yang sedih aku masih seperti tahun2 yang lalu dan yang gembira adalah rezeki aku sekeluarga semakin meningkat.. Alhamdulillah...

azam????
nak buat apa berazam kalau azam yang sudah2 masih terbengkalai... azam aku? setiap tahun aku berdoa semoga keluarga aku dilimpahi kebahagian di dunia mahupun akhirat. dan azam aku pada tahun 2011 adalah semoga perniagaan keluarga akan bertambah maju.. insyaallah.

kenangan????
banyak kenangan manis mahupun pahit aku tempuhi. biasalah sebagai seorang hamba Allah yang terlalu banyak kelemahan mesti tidak lari dari membuat kesalahan. semua yang berlaku ada hikmah di sebalik kejadian.

apa berlaku???
  1. tahun nie hubby dapat kerja dekat SAINS
  2. Along meningkat remaja walaupun perangai keanak-anakan masih terserlah
  3. adik semakin tinggi dan nakal dengan karenah yang tidak pernah penat
  4. aku? semakin lebar... huhuuh
tahun baru nie aku juga berazam ingin menjadi seorang yang lebih matang dalam menanggani masalah yang sentiasa menimpa. aku juga berazam menjadi seorang isteri yang taat kepada suami dan solehah. aku nak jadi ibu yang penyayang dan mitahli.... Insyaallah

semoga tahun ini kesihatan kami sekeluarga akan bertambah sihat. kenangan semasa berada di hospital kerana mengidap demam denggi masih menjadi mimpi ngeri dalam tahun 2010. sakit bukan kepalang.... semua sendi menjadi ngilu. sesiapa yang telah melaluinya akan rasa betapa seronoknya menjadi seorang yang sihat.
Sunday, 26 December 2010

barang-barang


penatnya kaki nie masa gi jalan2 tadi xterasa penat skarang nie rasa cam nak tercabut kepala lutut. padahal gi beli barang-barang skolah along jer pun. huhuhuhuhu.... tadi gi kl jap teman mak mertua gi beli barang bisnes dia. kami gi satu famli n tambah norman (adik) + makmertua (mestilah dia ikut coz nak beli barang dia).

mula2 gi kl dalam kol 11am, sampai kl dalam 11.45am beli barang2 mak. dalam setengah jam jer duk kat kl coz mak dah tempah barang tu kat tokeh kedai. pastu terus balik coz nak beli barang along.... jalan punya jalan dah kol 6pm, penat bukan main lagi nie. jap gi nak masak.... huhuhuh, letihnya. malam nie nak wat keja opis skit.

ingat ari isnin nak cuti arrrr.... nak sambut tahun baru lah. aku ada ker azam baru? azam lama dah makbul blum? huhuhuhuuh......
Saturday, 25 December 2010

coret-coret

hari nie terasa nak makan steambot lah... kat seremban nie mana restoran yang best? aku slalu makan kat johnny (jusco) seremban 2 jer. dengar dekat dataran senawang ada reestoran yang best. bila dapat ajak hubby gi makan yea?

ari nie wat tomyam je. sebenarnya aku nak wat sup tapi entah lah tetiba jadi tomyam. hahahahah....smalam awie (gambar atas) datang umah aku. rasa terkejut gak tp hubby cakap dia memang dah cakap ngan dia. lor, ngan kakngah dia xcakap ngan abg ipar plak bagitau.

malam nie adik aku yang no 6 (gambar bawah) nak datang plak, nasib baik masak lebih..
2 minggu lepas aku dah jadi untie (mak ngah) coz adik aku yang kawen raya cina tahun lepas dah selamat melahirkan baby girl. lupa nama anak dia. kepada adik aku (eni) selamat menempuh alam ibu, awak duk jauh dari suami mesti
Wednesday, 22 December 2010

update...

lama sungguh xupdate blog kesayangan aku nie... bukan apa sejak kebelakangan ni kerja macam kejar aku jer... dah xpat lari lagi. ari minggu plk ada jer kerja nak kena buat. dan sejak akhir2 nie ramai pulak sedara mara datang umah. biasalah cuti skolah kan mereka datang jalan2 sini.

tu jer kot nak cakap... hehehehe
Friday, 5 November 2010

kehidupan yang biasa..

selalu aku perasan yang kalau aku terleka dan alpa aku rasa kehidupan aku jadi kosong sangat. adakah dia mengingati aku supaya tunduk dan sujud pada NYA? aku rasa bertuah sangat kerana mempunyai perasaan yang sebegini.

aku adalah seorang insan biasa, so banyak yang aku lupa (buat2 lupa pun ada) dan leka dalam menjalani kehidupan yang semakin hari semakin mencabar (cakap lah dan tua dan semakin dekat mengadap NYA). aku selalu merayu supaya Dia sentiasa mengingati aku tentang mati.

tetiba jer teringat kat mak ngan abah. rindu sangat pada kalian. sentiasa doakan kalian sihat walaufiat, aku jarang balik kampung... raya baru nak balik. (ikutkan setiap minggu nak balik, jeles pada hubby coz tiap2 mgu dapat jumpa mak dia tp aku juga sayang mak mertua)

kerja ada dah beres tapi ada jer kerja lain yang nak kena settle. bukan kerja aku pun kena siapkan sebab aku nie seorang pekerja yang baik (heheheheh.... iyea ker?)
Thursday, 21 October 2010

deqwan kawen

hari sabtu lepas (16.10.2010) dekwan anak alang sepupu hubby kawen. mereka buat ala kadar jer. aku n famli dijemput memeriahkan majlis. mereka kawen kat masjid dekat umah pempuan di selangor, aku lupalah tempatnya.

penat gak nak layan keletah si putri nie. tengok lah gambar nya n gambar along nya skali.

nielah deqwan sepupu hubby, muda2 dah kawen....nie plak wife dia.. ain namanya


putri ngan papa nya (sepupu hubby gak)


hari yang meletihkan

aduhai...
pepagi dah kelam kabut nak kena siap kan borang kaji selidik. pastu kena lari jadi tenaga pengajar buat pelajar2 tersayang (student sains) heheheheh.... sayang kalian. mgu depan student lain pulak, so kena lah standby buat latihan untuk mereka. bukan apa aku nie jenis kalau buat kena buat betul2 jangan nanti orang komplain dah lah..

gambar nak kena mintak kat umu, nti lah esk aku masukkan gambar k..
Wednesday, 29 September 2010

naper yea...


ada perkara yang kita xnak berlaku tapi berlaku jugak n ada perkara yang kita nak sangat berlaku tapi xpernah berlaku. paham x? sekarang ni ati aku kusut, serabut dan macam2 lagi kepala otak aku nak pikir...

banyak perkara yang berlaku semenjak dua menjak nie. xnak pikir tapi perkara nie mesti kena pikir. aku xtau nak buat apa lagi. perkara nie mesti aku tempoh..

apa yang aku kena pikir nie xleh nak kongsi ngan orang sembarangan coz kalau aku crite kat sini akan membuka pekung di dada, biarlah rahsia...
Wednesday, 1 September 2010

fikir... fikir... dan pasrah

banyak perkara yang kita xmahu berlaku pada diri kita tapi telah berlaku. mungkin Allah mahu menguji sejauh mana kesabaran kita sebagai seorang umatNya? Aku juga tidak ketinggalan diuji dengan berbagai perkara yang dijangka mahupun tidak dijangka. apa2 perkara aku kena redha dan pasrah, mungkin ada hikmah disebalik semua perkara yang berlaku ini.
kadang2 kita dituduh menipu sedangkan kita sendiri ditipu. apa perasaan korang kalau dituduh demikian rupa? sakitnya dan pedihnya perasaan nie... apa yang patut aku buat adalah bersabar dan pasrah dengan ujian yang mendatang... Ya Allah tabahkan lah hati umat Mu yang Daif ini.. Amin

Wednesday, 25 August 2010

Check up Qaireen

hari nie aku kena hantar si Qaireen (putri lah tu... nak panggil qaireen pulak) gi check up jap lg. appmt pukul 3.00pm, sengaja jer ambik petang coz xyah masuk opis balik... heheheheh. sekarang nie si qaireen dah masuk 2 tahun pada 17.08.2010.

ada gambar birthday qaireen ngan aqim pada 8.08.2010. gambar nya ada dalam camera malas plak nak transfer coz penat puasa. aci x alasan tu? hehehehe... ok lah kan. so, tu jerlah aku nak tulis pada hari ini. layan gambar qaireen
Friday, 13 August 2010

adik-adik praktikal

dah 3 bulan aku dapat adik2 praktikal. masa bulan 7 aku dapat budak uitm puncak alam ambik kos it (digree). nama dia siti tp aku xde ambik gambar dia. masa tu gak aku kan kena demam denggi. nie kat bawah ada gambar adik2 praktikal baru. sorang dari uitm shah alam n sorang lg dari kolej komuniti.dari kiri (hanim)student uitm n kanan (ummu)student kolej kominiti

budak2 baru nak tempoh alam kerja. macam-macam masalah tp mereka nie ska bertanya dan rajin. xpenah plk nak membantah setakat nie lah. xtau lah klu cover line. hehehehe.... dalam pada tu kenalah ambik gambar tuan punya blog gak... heheheheh

Thursday, 12 August 2010

hari kedua

hari nie adalah hari kedua puasa. penatnya... smlm aku cuma makan lauk jer coz rasa kenyang tp pg tadi aku makan nasi tapi badan rasa penat cam nak demam. mulut rasa pahit... jangan lah demam, bukan apa cuma aku rasa bersalah coz bulan 7 ari tu aku dah banyak mc sebab demam denggi.

nak makan apa yea hari nie? ingat nak makan satey.. kena manje2 ngan hubby dulu, heheheheh... harap2 dapat.
Wednesday, 4 August 2010

kursus first aid part2

hari kedua kursus baru ada perkembangan positif. aku dah pandai buat cpr tau... nak2 lg pada bayi n kanak2 tu yang penting. pengajar aku pun ada cakap klu berlaku insiden kena selamatkan mangsa yang muda terlebih dahulu kerana mereka ada potensi untuk selamat. bukanlah orang dewasa cepat mati tp memang kena macam tu.

aku juga ada belajar protokol dalam menyelamatkan mangsa iaitu

d - danger
r - respond
a - airway
b - breathing
c - circulation

sesiapa belajar pertolongan cemas akan tau apa maksud semua tu. aku juga ada belajar

d - direct presure
i - indirect
e - elibate

itu semua hanya lah basic sahaja. yang lanjutan nya akan diajar lain kali. bila aku tengok gambar2 mangsa kemalangan memang mengerikan. macam mana yea nak selamatkan orang kalau kita xleh nak tengok mangsa dalam keadaan macam tu? heheheh.... tepuk dada tanya selera.

leh tengok gambar2 yang di ambil untuk kenang-kenangan :
Monday, 2 August 2010

kursus first aid part1


hari nie hingga ari rabu aku kena gi kursus first aid. masa mula2 nama naik rasa cam malas gi coz macam xpenting. biasalah kan mentaliti orang melayu nie selalu pikir yang negatif. hari nie hari pertama masuk kursus... boring2 coz dengar ceramah dan penerangan.

bila lepas lunch ada buat praktikal baru aku tahu betapa pentingnya first aid. petang nie aku belajar cara2 nak buat cpr pada bayi. walaupun hanya bayi mainan (patung) bila disuruh aku melakukan nya rasa berdebar2 coz takut salah. penceramah cakap tengok memang senang bila sampai kita melakukan untuk kali pertama baru kita rasa betapa beruntungnya kita yang mengetahui cara betul macam mana nak bantu orang bila berlaku sesuatu perkara yang xdiingini contohnya kena buat cpr.

esok ada banyak lagi praktikal aku kena buat so kita layan gambar esok k, kalau ada lah....
Friday, 30 July 2010

sawang3....

hai dah lama sangat xupdate blog nie... cam dah lupa kat kau, huhuhuhu... tp masih sayang sangat kat blog nie.

aku sebenarnya sibuk ngan kerja2 di opis. skarang aku kena blajar software baru (bagi aku baru lah) iaitu dreamweaver8. nak cakap susah sangat tu xde lah tp macam leceh skit. skarang nie mamang banyak software yang kita boleh guna utk buat system kan. dulu memang terhad skit. kena buat coding sendiri tp skarang banyak software yang dah siap code.

rasa2nya nie jer lah dulu. ada kerja nak kena siap kan. aku berjanji pada blog aku nie yang aku akan sentiasa jaga dirimu. hehehehe....

banyak cerita aku sebenarnya nie. minggu lepas kena jadi urusetia retreat syarikat aku. penat bukan main lagi. gambar2 pun ada nak masukkan dlm blog nie utk simpanan tp aku masih belum ada kelapangan lg. gambar terbaru anak2 aku pun ada tp tu lah nak kena upload macam xde masa jer.

minggu nie minggu rehat aku. minggu depan ada family day SAINS so nantikan gambar aku n famli yea. gambar retreat pun akan aku masukkan sekali. tapi xbanyak gambar aku coz aku tukang jadi camera woman. hehehhe...
Friday, 9 July 2010

Tm Amazing Race 2010-Dinner