bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Thursday 17 February 2011

bowling lagi


baru tadi aku lepas main bowling. bukan apa just ada member ajak main aku pun apa lg layan lah walaupun ada gak yang masuk longkang. nak release tension ada gak, asyik kerja jer xde masa nak beriadah tak ok gak.

aku main berdua jer ngan jannah rakan kerja aku sementara nak tunggu hubby habis kerja. tadi kol dia tanya boleh tak aku ikut jannah gi jusco main bowling dia cakap ok jer so apa lagi langkah panjang ler aku...

lepas penat membaling bola berat kami gi plak melalak di juke box (kat dalam tu macam hampeh jer... macam nyanyi dalam tong) tp layan jer lah lagipun bukannya mahal sangat pun just rm1 untuk satu lagu.
Sunday 13 February 2011

anak halal...


sedih dan sebak bila aku tonton cerita ampunkan daku (tv3) tadi yang dibintangi oleh shila rusli. memang menjadi sangat dengan lakonan dia serta pelakon lain. dulu kita tengok shila tu sorang yang seksi dan sekarang banyak perubahan pada dia alhamdulillah kerana DIA telah membuka jalan untuk shila berubah dan sekarang banyak cerita yang dia dan suami buat yang membolehkan kita berfikir dan ambil iktibar.

sebut mengenai berubah terasa keldil sangat aku pada Sang Pencipta kerana aku masih jauh sangat dengan DIA. Bila kita mengadap-NYA rasa macam sudah cukup amalan yang telah kita lakukan tapi aku sendiri sebagai seorang hamba yang hina selalu leka dengan syurga dunia. lupa mengingati siapa diri aku. lupa dari mana asal usul aku dan lupa siapa aku yang memang nyata dan jelas bahawa kita semua adalah seorang hamba pada-NYA.

anak halal dan anak haram.....????? siapa yang menentukan anak tu adalah anak halal atau pun haram? bila aku tengok cerita tadi rasa kesal kerana di dunia nyata ini ada orang yang membeza-beza kan anak halal dengan anak haram padahal anak2 tersebut adalah anugerah ilahi. bukan di kaca tv sahaja kita dengar dan lihat tapi di alam realiti juga kita sering dengar terutama sekali pada anak2 gadis yang ingin mendiri kan rumah tangga.

ada antara si ibu dan bapa yang tidak berkenan anak2 mereka menikahi anak luar nikah tp adakah mereka tahu yang anak2 luar nikah nie nak lahir ke dunia dengan gelaran anak haram? kita selaku orang yang ada akal fikiran kenapa hendak menghukum anak2 ini? tidak kah kita sama2 mendidik anak2 ini kejalan yang benar dan diredhai?

kepada bakal2 ibu yang akan melahirkan anak luar nikah ini jangan lah sia2 anak2 ini kerana anak ini adalah anugerah kepada si ibu. kepada lelaki yang hanya mengikut nafsu memamah anak2 gadis sedarlah kita ada hukum dunia dan akhirat. jika kamu terlepas di dunia belum tentu kamu akan terlepas di akhirat... insaf lah wahai anak2 adam (mengingati pada diriku sendiri jua..)
Friday 11 February 2011

rasa cinta yang bergelora


hidup kita nie diumpama bola kan, sekejap diatas sekejap dibawah. kadang-kadang kita rasa hidup kita penuh dengan kebahagian dan kadang-kadang kita rasa penuh dengan kesengsaraan. ada masa aku rasa macam nak menangis jer dengan apa yang berlaku dan ada masa aku rasa jiwa aku kosong. apa yang berlaku sebenarnya?

semua orang ada perasaan... ada perasaan marah, benci, gembira dan macam2 lg perasaan yang kita dapat rasa. ape sebenarnya aku nak dalam hidup? rasa bahagia? rasa nak jadi kaya???? entahlah, kadang2 sampai satu tahap aku rasa jiwa aku kosong.. aku rasa macam nak menyendiri, aku rasa macam nak putar balik pada zaman persekolahan...

rindu sangat dengan alam persekolahan, memang betul cakap cikgu aku dulu iaitu zaman persekolahan lah zaman yang paling best iaitu zaman remaja. rindu-serindu rindunya pada alam yang lama telah berlalu itu. zaman yang aku bebas berfikir dengan fikiran yang tidak matang. rindu pada cinta monyet, rindu pada kawan2...uuuuuwaaaaaaaa, knape aku ada rasa semua nie? adakah normal? selalu tengok tv crita zaman remaja zaman kegemilangan aku dulu bersama2 kawan sekolah.

rindu pada kawan2 skolah aku, apa khabar agaknya mereka sekarang. ramai kawan2 aku yang sama nasib macam aku iaitu hidup merantau di tempat orang walaupun masih dalam negara tp rindu pada kampung halaman selalu berlegar2 dalam pikiran aku.

cinta monyet.... cinta yang aku rasa sangat bahagia, cinta monyet nie aku rasa cinta yang suci.. cinta yang tak berbalas....

cinta monyet aku dah pernah rasa, cinta yang tidak berbalas pun aku pernah lalui. bila terfikir2 balik rasa bahagia sangat walaupun kadang-kala aku rasa bila cinta tidak berbalas hati memberontak disebabkan bebanan cinta yang tidak keruan. rasa aku lah paling malang sebab cinta tidak berbalas. eeeeemmmm.... bodoh dan dungu kan maca tu.

bila ada rasa cinta tp cinta tu pergi tanpa diundang.... bila cinta lain datang rasa hati tidak keruan. betapa buta nya cinta jika tidak dikawal dengan akal. rasa kesal kerana cinta juga datang..

indah betul kita sebagai ciptaan Tuhan yang paling sempurna.....