bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Wednesday 2 January 2019

RG Jaket tebal

baju jaket yang tebal sesuai untuk semua golongan...

selamat tahun baru 2019

tahun ini adalah tahun aku genap berumur 40 tahun kehidupan aku sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini. aku tak tahu berapa lama lagi aku boleh melihat dunia yang fana ini... aku sangat berharap bila aku dijemput aku sudah bersedia dengan amalan untuk mengadap Sang PENCIPTA.

tahun ini aku kena lagi banyak berusaha dengan biznes butik aku. walaupun perit dan penat dengan semua perkara ini aku akan tetap berusaha sehingga berjaya. aku tak mahu berputus asa dengan usaha yang aku berikan kepada bisnes butik aku ini. orang nampak best nya dah ada kedai sendiri tetapi aku masih belum boleh menghembuskan nafas lega.

setiap minggu aku dan suami seperti biasa akan ke nilai untuk meniaga barangan butik kami supaya butik kami dikenali. kalau masih boleh meniaga setiap pagi ahad aku nak cuba masuk pasar pagi di Paroi Jaya pulak... Insya Allah

ni la antara barangan yang aku jual...




dalam tahun ni aku berazam untuk :
  1. majukan butik dengan untung bersih 5-7k sebulan
  2. hantar mak dan abah gi umrah
  3. nak turunkan berat badan ke 45-48 kg
  4. nak beli van/kereta syarikat utk letak brg jualan

Banyak perkara

setelah beberapa bulan aku tidak update blog membuatkan aku mahu berkongsi banyak perkara dengan rakan blogger sekalian. tak tahu nak mula daripada mana sebab banyak benda yang aku nak kongsi dalam blog kesayangan aku ni.

pertama sekali aku nak bercerita pasal kelahiran anak ke 3. Ini lah hadiah yang paling bermakna buat suami tercinta. Pada 22/08/2018 jam 1.57 pagi dengan berat 3.0kg aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat comel secara normal kuatkan aku. Suami sangat terharu dan aku nampak dia mengalirkan air mata tanda kesyukuran. pada petang 21/08/2018 aku tidak rasa apa2 perubahan terhadap kandungan aku, tarikh ni aku check up di klinik desa (kd). semasa pemeriksaan aku menyuarakan kepada nurse yang terdapat air ketuban keluar pada awal pagi tersebut. tanpa berlengah nurse meminta aku terus ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. pada mulanya aku berat hati nak menyerah diri di hospital kerana aku masih 36 minggu. memandangkan suami dah bising suruh untuk ke hospital aku turutkan sahaja.



sesampai di hospital prosedur mcm biasalah slow n steady tapi aku layankan saja. anggaran pukul 6pm aku digemparkan dengan berita oleh doktor yang memeriksa aku menyuruh aku untuk terus ke labour room. masa ni aku rasa macam nak tercabut jantung tapi aku buat2 cool je dan nasihat pada diri supaya bertenang walau pikiran aku sangat berkecamok.waktu aku dihantar ke bilik bersalin perasaan nerfes makin kurang tapi perasaan risau menguasai diri aku pulak. rasa nak terkencing dan terberak pun ada tapi rasa nak meneran memang tak ada langsung.

dalam bilik bersalin jam di dinding menunjukkan pukul 8pm, waktu tu doktor periksa jalan bukaan aku hanya 3cm. masa nurse letak alat dan ubat sedikit demi sedikit aku rasa macam nak tercabut nyawa, sakit sangat tuhan saja yang tahu. air mata tidak dapat aku tahan kerana kesakitan yang sangat kuat dari masa ke semasa. Pukul 10pm sekali lagi doktor periksa bukaan dan hanya buka 6cm sahaja. Allahurabi masa ni rasa macam nak mati dan selawat sahaja keluar dari bibir aku. waktu ini suami berada disisi. pukul 12am sekali lagi doktor periksa bukaan aku dan menghampakan yang jalan masih 6cm akan tetapi baby telah berada dibawah. korang bayangkan yang aku dipaksa teran walaupun aku tak ada rasa nak teran sakit bukan kepalang aku rasa sehingga aku tiada daya untuk meneran. doktor yang ambil kes aku telah proceed untuk operate, waktu ni aku redha dengan ketentuan Allah tetapi sangat menakjubkan bila seorang nurse datang memberi semangat untuk aku terus teran dan dengan tenaga yang ada aku cuba sedaya upaya yang termampu sehingga lahirnya seorang bayi lelaki yang sangat comel. ini la pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan anak tercinta.





aku ingat telah berakhir kesakitan yang aku alami tetapi sangkaan aku meleset, doktor yang menjahit sangat kasar menyebabkan aku menangis teresak-esak menahan kesakitan yang amat sangat. aku bukan sorang yang lemah tapi aku betul2 sangat sakit. setelah jahitan selesai terdapat 1 lagi masalah iaitu aku tumpah darah.. Ya Allah rasa sangat lemah aku ketika itu, doktor yang menjahit aku menyatakan jika bleeding tidak berhenti jahitan aku terpaksa dibuka semula. rasa macam halilintar telah memancar pada aku, rasa sangat lemah dan tidak berdaya aku hendak menangis. air mata pun dah tak keluar memandangkan aku rasa sangat lemah. kuasa Allah kita hanya mampu berdoa dan dengan doa aku hamba yang lemah Allah makbulkan, pukul 6am doktor periksa mendapati bahawa bleeding aku telah berkurangan. terima kasih Allah... Pukul 7am aku di turunkan ke wad biasa.

yang kedua aku nak bercerita pasal produk terbaru aku iaitu serum muka. Alhamdulillah mendapat sambutan yang sangat memuaskan... Alhamdulillah dengan izin NYA. tapi aku kena lagi struggle untuk memperkenalkan serum aku pada umum.



yang ketiga adalah aku nak mewawarkan kini RG Butik telah ada di SEREMBAN. sape2 yang nak tempah baju dan beli baju siap datang la ramai2 ke butik kami. insya Allah official bukak pada 25/01/2018 (Jumaat)

walaupun permulaan rasa sangat perit aku bersyukur semua berjalan dengan lancar dan teratur seperti yang aku telah plan kan. tak cukup dengan ada butik aku dan suami bertungkus lumus untuk memperkenalkan butik kami dengan membuka booth di Mercato Enstek Nilai. aku amat berharap dengan usaha aku dan suami akan membuahkan hasil pada hujung tahun ini.




 dia la yang bagi semangat untuk aku terus berusaha. dia sentiasa ada waktu susah dan senang aku...