bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Tuesday 19 April 2011

anakku sakit lagi

putri aku sakit lagi... kali ini dia demam campak pulak, dah 2 ari aku cuti semata-mata menjaga permata hati aku nie. walaupun dia demam dia masih aktif bermain cuma waktu malam jer dia banyak merengek. mungkin waktu tidur baru dia rasa sakit dan miang di seluruh badan. semalam ada cakap ngan kakak yang jaga anak aku nie sama ada dia boleh jaga, memang dengan semangat dia cakap dia boleh jaga tp bila aku pikir balik. anak nie permata aku kenapa tanggungjawab nie aku nak suruh orang lain yang pikul.

insyaallah esok (Rabu) aku masuk opis. macam biasa lah nanti dah masuk opis tak ingat nak balik umah pulak sebab kerja memang berlambak-lambak lah.

kepada si putri anak ibu, ibu doakan anak ibu cepat sembuh ok dan ibu boleh datang kerja dengan hati yang senang dan lapang....



Thursday 7 April 2011

Majlis Makan Malam SAINS 2011

























Pada 01hb April 2011 telah berlangsungnya majlis makan malam kepada semua warga SAINS. aku salah seorang staf yang dikatakan sibuk. iyea lah kan aku nie penari sains.. wah gitu.

tema majlis makan malam nie adalah layar perak so ramai lah yang ikut tema dan ada juga yang berpakaian biasa jer tp boleh dikatakan meriah lah jugak. ada jemputan vip dan artis ternama. jemputan khas adalah MB & the geng lah, artis pula adalah nash (pada syurga diwajah mu) dan pengacara adalah hamdan(bekas senario) dan farok(pelakon).

aku kongsikan bersama teman2 yang sudi jengok blog aku untuk melihat kemeriahan majlis makan malam syarikat air ns ini...