Tiktok Mekyuhhh

Showing posts with label TeNtAnG aDIK bErAdiK. Show all posts
Showing posts with label TeNtAnG aDIK bErAdiK. Show all posts
Wednesday, 26 November 2025

Ucapan Hari Lahir Buat Kak Long Tersayang yang ke 48 Tahun




14/11/2025 yang lalu adalah hari istimewa untuk seorang insan yang sangat dekat di hati aku, Kak Long. Orangnya kuat, tegas, kadang garang tapi dalam masa yang sama penyayangnya tak pernah berkurang. Dialah antara orang yang selalu jadi tempat aku rujuk bila aku buntu, dan tempat aku bermanja bila aku perlukan sokongan.

Kak Long juga antara yang paling pandai masak dalam keluarga. Apa saja dia masak, mesti jadi sedap. Dari lauk harian sampai menu hari raya, tangan dia memang ada “aura” tersendiri. Kadang aku pun rindu masakan dia walaupun baru seminggu tak jumpa.

Sempena hari lahir Kak Long yang lalu, aku nak titipkan doa dan harapan:

Semoga panjang umur Kak Long, diberi kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah, dan kebahagiaan yang berkekalan dunia akhirat.
Semoga setiap usaha Kak Long dipermudahkan, setiap penat dibalas dengan ganjaran yang baik, dan setiap langkah dipandu oleh rahmat Allah.

 


Terima kasih jadi kakak yang istimewa, yang garang pada tempatnya, lembut pada waktunya, dan penyayang sepanjang masa. Semoga tahun ini bawa lebih banyak senyuman, ketenangan dan kegembiraan untuk Kak Long.


Selamat hari lahir, Kak Long.
Aku sayang Kak Long, selalu.


Friday, 11 July 2025

05/07/2025 - Hari berkumpul Adik Beradik

Sementara mak ada dekat dengan aku (rumah adik di Puchong) datang jenguk dia kat sana sambil lepak-lepak bersama adik beradik yang ada disini iaitu Ana, Faizal, Nurman dan Zalina.

 


Macam biasa aktiviti kami yang tak boleh lari adalah makan-makan serta bersuka ria. Aku kesana pada ari sabtu 05/07/2025 dah petang sebab janji nak lepak dekat Taman Putrajaya. Kami sampai sana pun pukul 5.30 petang, suka la Si Adha dapat berlari dan beriadah disitu.

 


 

lepas lepak-lepak sambil beriadah, kami balik ke rumah Faizal untuk solat dan mandi sebelum keluar ke ioi mall putrajaya untuk main bowling.... Penat weh tangan main bowling, baik main netball badan sihat dan otak cerdas hehehehe... 

 


 

Balik dari main bowling kami makan nasi dan yang paling best makan durian. 3 Bakul beli durian dengan pelbagai jenis. antaranya adalah ioi, kampung mix, udang merah dan d24.

 

Bila semua adik beradik dah bekerluarga, sekalu sekala berjumpa memang terubat rasa rindu masing-masing. semoga ikatan kami adik beradik akan berkekalan dan utuh.

 

 

Sunday, 24 April 2016

Famly day 2016

Pada 03/04/2016-05/04/2016 keluarga pok din telah ke melaka untuk famli day. Ini lah kali pertama kami adik beradik buat famli day ni. Banyak kekurangan nya.. sebab yea la baru 1st time kan. So lepas ni kena buat lagi banyak aktiviti.









Banyak aktiviti kami dengan berbual2. Teringat zaman sekolah duduk rumah sambil borak dan gaduh... heheh rindu saat tu.

Sebenarnya kami ada pergi ke muar johor tapi malang nya tak ada gambar kami ambil kerana semua terlupa. Kami pergi ke rumah kawan lama abah... 

Pengalaman manis ada pahit pun ada... hehehhe. Tahun depan kami akan buat lagi dengan lebih banyak aktiviti dan kena cari kolam jugak supaya anak2 tidak bosan.

Saturday, 14 June 2014

selamat pengantin baru adik2 ima & kerah

selamat sudah pernikahan dan persandingan adik2 ku... selamat menempuh alam rumahtangga....

Sunday, 12 January 2014

kenangan yang sangat indah

Friday, 13 December 2013

selamat bertunang adikku... kyra

hari ini dekat rumah mak dan abah di kampung ada majlis pertunangan antara Nurkairah bt Ghazali iaitu adik aku yang ke-9.

baru berusia 19 tahun dah bertunang, rasa sedih gak la sebab  aku rasa muda lagi tapi itu dah permintaan dia...

kepada adik tersayang kakngah doakan agar pertunangan hingga ke jinjang pelamin.... amin

Saturday, 19 October 2013

konvo ima

tahniah adik ku... nurul ima binti ghazali kerana selamat menghabiskan pembelajaran di Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

moga lepas ni dapat kerja yang bagus dan dapat sama2 dengan kami ringankan beban abah.... Amin


Monday, 16 September 2013

tahniah pezal

kita ucapkan tahniah pada adik aku yang sorang ni... Muhammad Faizal bin Ghazali kerana layak menyambung pengajian ke peringkat degree di UiTM shah alam. hari selasa ni (17.09.13) lapor diri.

semoga lulus dengan cemerlang... amin