pada 12/03/2022 aku bersama 3 lagi ajk pergi mencari barang untuk diagihkan kepada ahli kelab syarikat kami. pagi yang sangat cerah dan ceria dan tiada masalah untuk mencari bahan walaupun yang bawa kenderaan tu menggunakan kenderaan manual. gigih betul, kalau aku memang tak ler dah la jalan Kuala Lumpur yang sentiasa jem dimana-mana.
jam 9.05 pagi kami bertolak dari seremban dan singgah di rnr untuk sarapan pagi. aku antara yang tidak boleh skip makan sarapan pagi. kadang aku pelik kenapa ramai rakan di opis aku yang suka skip makan sarapan pagi sedangkan sarapan pagi sangat penting untuk tenaga kita sepanjang hari.
selesai sarapan pagi kami terus ke distinasi pertama untuk cari kurma. walaupun sesat kami terus mencari hehehe... biasa la kalau tak pompuan tak kan tak ada drama.
distinasi pertama cari kurma di mana jalan ampang. tempat seperti arab street sebab sederet situ memang kedai arab. banyak manisan yang aku nampak macam menyelerakan tapi aku tak beli takut aku tak makan sebab macam pelik.
walaupun banyak pilihan disitu tetapi harga nya agak keras juga yea. kami decide tidak membeli disitu. jalan-jalan cuci mata sahaja di setiap kedai.
selesai di jalan ampang kami ke distinasi ke dua iaitu mencari barang untuk hadiah hari jadi pada tahun 2022. macam biasa sesat tu normal bagi kaum hawa.. hehehe tetapi rakan yang memandu sangat cool dan bersahaja dalam mencari jalan menuju kejayaan.. hahahah
lama juga kami di kedai cenderahati, setelah berpuas hati dengan pilihan kami. anggaran pukul 1pm juga kami keluar dari kedai tersebut dan telah membuat bayaran pendahuluan.
setelah selesai kami terus mencari ke distinasi seterusnya iaitu mencari kurma. cari punya cari jam menunjukkan pukul 2pm. kami singgah untuk makan tengahari dan solat.
aku lupa nak ambik gambar di kedai kurma yang kami buat tempahan sebab dah penat... huhuhuhu. dalam perjalan balik hujan sangat lebat dan membimbangkan kerana kami takut dengan banjir kilat. biasa la jiwa wanita ni kan sentiasa menggelabah dan panik. tetapi alhamdulillah kami sampai di nilai hujan telah reda. ini membuatkan kami lega dan tidak panik.. hehehe ok tak ayat ni? macam ayat budak sekolah yang tengah buat karangan tak? hahahaha
dan kami sampai di seremban anggaran pukul 5.30 petang. sebab aku sebut anggaran sebab aku tak berapa nak tengok jam sebab dah letih walaupun bukan aku yang pandu kereta. dah sampai pikiran aku macam biasalah, ingat nak terus balik rumah je. so sampai rumah anggaran pukul 6 petang.
sekian sahaja karangan aku untuk hari ini. terima kasih kepada yang setia membaca coretan aku dari blog aku yang tak berapa famos ini.
Kita suka manisan Arab. Tambah-tambah khunafa & baklava.
ReplyDeleteKurma tu suka yang kurma madu saja sebab lembut. Yang jenis kering & keras tu Syu tak berapa suka.He3.
saya plak suka bedal je mana yang bleh makan... hheheheh
DeleteSeronok jadi AJK kelab. KA dari sekolah membawa ke tempat kerja aktif berkelab.. Selalunya memegang portfolio logistic. Muka pun memang muka supir :D
ReplyDeleteseronok kan ada aktiviti mcm ni xde la bosan sangat kan... supir? saya pun pernah je jadi supir hahahahah
Delete